CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Rabu, 24 September 2008

BINGKISAN: KEMAAFAN YANG TERINDAH

Salah satu sifat yang perlu ada bagi setiap suami ialah sifat pemaaf. Sifat ini penting sekali untuk mengharungi kehidupan rumahtangga dengan baik serta memberi kebahagian kepada suami dan isteri.

Adapun rumahtangga yang dipimpin oleh suami yang tidak mempunyai sifat pemaaf tentu akan berdepan dengan pelbagai persoalan yang rumit. Sebagaimana yang dijelaskan bahawa kaum wanita adalah ibarat tulang rusuk yang bengkok, dan ini adalah perwatakan setiap wanita.

Maka apabila suami lebih cenderung untuk menghitung-hitung kesalahan dan kekeliruan isterinya, tentu akan sukar untuk mempertahankan kerukunan suami isteri dan kestabilan rumahtangga.

Itulah sebabnya maka sifat pemaaf dan berlapang dada perlu ada pada setiap suami kerana terkadang suami membenci isterinya disebabkan oleh hal-hal yang tidak jelas baginya sehingga keadaan itu membawa keburukan kepada suami isteri berkenaan. dan kemudan setelah berlalunya masa jelaslah bahawa kebencian tersebut ternyata mempunyai hikmah dan kebaikan. Ketika inilah suami akan menyesal dan penyesalan itu kadang-kadang sudah terlambat.

Seorang suami tidaklah boleh menganggap serta mengharapkan isterinya mempunyai akhlak dan perilaku sebagaimana malaikat yang tidak mmpunyai kekurangan dan cacat cela. Sebenarnya kaum wanita adalah makhluk Allah yang mempunyai kelebihan tersendiri di samping kekurangan.

Oleh itu sebagai seorang suami haruslah dapat bertolak angsur apabila menemui cacat cela seta kekurangan isteri kerana tidak boleh menilai seseorang tanpa melihatnya dari segala aspek, kekurangan disatu segi barangkali dapat ditutupi oleh keistimewaan dari segi yang lain.

Sorang suami mungkin saja membenci sebahagian sifat dan perwatakan isteri, tetapi pada waktu yang sama ia juga menyukai sebahagiannya sehingga dengan demikian suami harus dapat mempertimbangkan kebaikan dan keburukan untuk memelihara rumahtangga yang rukun dan damai dan ikatan perkahwinan yang berkekalan.

Dan tidak beberapa hari lagi Ramadhan akan berlalu melabuhkan tirai bulan keberkatan. Syawal pula mengambil tempat untuk hari-hari kemaafan. Kalau Ramadhan berlumba kita merebut tempat di sana kelak dengan segala amal ibadat, tibalah masanya kita melangsaikan hutang sesama manusia agar bekalan ke sana lebih ringan.

Di kesempatan yang ada ini selagi bernafas marilah kita bermaafan sesama kita, dan harus bermula dari rumahtanga yang menjadi syurga dunia. Sedangkan lidah lagikan tergigit apatah lagi suami dan isteri, buangkan yang keruh ambil yang jernih baru teguh peribadi.

Di kesempatan dan ruang maya tanpa suara ini aku mengambil peluang untuk meminta ampun dan maaf seandainya disepanjang tintaku berbicara ada nada-nada yang menyentuh sesiapa atau mendatangkan rasa kurang lunak didengar, segalanya adalah cetusan rasa dan ilmu-ilmu yang aku kutip dari pembacaanku.

Akhir kata laluilah Aidil Fitri dengan berhemah...setelah sebulan berpuasa janganlah hari raya pertama menjadi hari yang tidak menyeronokkan sebab sakit perut...melantak banyak sangat..

p/s SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

8 Luah rasa:

faridmw berkata...

salam selamat hari raya... sifat pemaaf tu harus ada dalam semua diri semua insan... baru lah setiap hubungan itu berkekalan...

Zul-Elle berkata...

suatu hakikat...

terkadang kemaafan amat mahal untuk dilafazkan kerna keterkilanan rasa, ketersentuhan hati, dan merajuknya diri di atas sikap dan perlakuan seseorang terhadap diri, kan...

Namun, terkadang...
ia bisa berubah 360 darjah,
jiwa jadi tenang, hati jadi lembut,
besar mana pun salah orang pada kita, rasa kasih dan sayang yang Allah izinkan bertandang di lubuk jiwa dan hati nurani, bisa melunturkan segala amarah dan dendam kesumat yang bersarang kian lama, tak gitu!

Selamat Hari Raya,
Maaf zahir dan Batin.

naz ilyn berkata...

faridmw- masalahnya bukan semua manusia di bumi Allah ini mempunyai sifat pemaaf..

zul-elle- kemaafan adalah hak seseorang, samaada ia hendak memaafkan atau tidak..tapi seandainya hati digerak oleh Allah itulah kemaafan yang terindah.

Al-BIMA SAKTI berkata...

kemaafan terindah amat sesuai pada hari mulia ini...

selamat hari raya....

naz ilyn berkata...

Selamat Hari Raya faridmw, zul elle dan albima..

Kemaafan di pagi raya saat terindah dan menyentuh rasa, air mata berguguran bagai dosa yang terhapus..

Ibnurashidi berkata...

Salam Tuan Rumah..

Selamat Hari Raya Aidilfitri..Semoga ceria2 selalu dan diberkati Allah..

Banyakkan menziarahi diaidilfitri...oleh itu dtglah ziarah ke blog sy ya:)nak link pun takpa..

13may berkata...

selamat hari raya...maaf zahir batin :)

kami berkata...

hai salam pekernalan
selamat hari raya