CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Sabtu, 20 September 2008

SUNTIKKAN SEMANGAT UNTUK PARA ISTERI TAHANAN ISA

ASMA BINTI ABU BAKAR

Menjadi seorang isteri yang soleha dan menjadi seorang ibu yang berjaya mendidik anak bukanlah suatu perkara yang mudah. Ianya memerlukan kesabaran, ketabahan dan ilmu yang cukup dalam menjayakan dua peranan utama ini.

Dalam sesebuah rumahtangga, jika kedua peranan ini dapat dilaksanakan oleh seorang wanita maka akan berbahagia dan berserilah rumahtangga itu. Suami akan merasa terhibur dan anak-anak akan terbela nasibnya.

Wanita yang berjaya dalam menjadi isteri yang soleha dan menjadi ibu yang bijak dalam mendidik dan mengasuh anak-anaknya. Beliau ialah Sayidah Asma binti Abu Bakar. Wanita yang berjaya di dunia dan di akhirat.

Selain dari itu, Asma jiga terkenal dengan gelaran Dzatunithaqain atau gadis yang berikat pinggang dua. Gelaran ini didapati dari Rasulullah SAW kerana sewaktu baginda bersama ayahnya berangkat ke Madinah, mereka telah bersembunyi dalam gua ketika dikejar oleh orang-orang kafir Quraisy. Berhati-hati mereka tinggal di dalam gua itu. Asmalah yang menghantar makanan pada mereka.

Asma mencari tali untuk mengikat bekalan itu tapi tidak berjumpa. Maka tali yang sedang mengikat pinggangnya dikoyak menjadi dua, satu untuk mengikat makanan dan satu lagi untuk mengikat gereba ( kulit kambing sebagai tempat mengisi air ) dan kerana inilah dia mendapat gelaran tersebut.

BERKAT

Sewaktu menghantar makanan, beliau tepaksa pergi dalam keadaan sembunyi-sembunyi pada waktu malam. Tempatnya juga jauh, bayangkanlah di tengah padang pasir berjalan seorang diri. Tapi berkat keberanian dan kecekalan hatinya semua itu dapat ditempuhnya.

Bahkan beliau ditampar oleh Abu Jahal hingga tercabut anting-anting dari telinganya kerana beliau enggan memberitahu di mana tempat persembunyian Rasulullah SAW dan ayahnya. Sekalipun dibunuh mati beliau tidak akan membocorkan rahsia. Asma sedar kalau rahsia ini diketahui musuh alamat akan bahaya akan menimpa pada Rasulullah SAW dan ayahnya. Beliau berpegang pada peribahasa 'biar pecah diperut jangan pecah dimulut'. Akhirnya dengan berkat amanah yang mulia itu, Rasulullah SAW dan Sayidinah Abu Bakar selamat berhijrah ke Madinah.

Kemudian Asma berkhawin dengan seorang pejuang Islam yang miskin harta tapi mempunyai semangat yang kuat dalam menegakkan Islam. Suaminya Zubair bin Awwam selalu pergi jauh untuk mengembangkan Islam. Kadang-kadang berminggu-minggu beliau tidak pulang ke rumah. Asmalah yang menguruskan keperluan rumahtangga, hatta mencari sesuap makanan dia sendiri yang mengusahakan.

Baliau terpaksa berjalan kaki hampir 3batu setiap hari kerana mengusahakan kebun tamar suaminya. Beliau juga terpaksa mengangkat air, mengisar tepung, memberi kudanya makan dan lain-lain perkerjaan yang berat-berat terpaksa dibuat dengan menggunakan tenaga perempuan tanpa seorang pembantu pun.

PENDERITAAN

Asma sedikit pun tidak mengeluh dengan penderitaan itu. Sebab beliau sedar penderitaan dan kesusahan di dunia ini adalah bersifat sementara daripada menanggung penderitaan yang lebih hebat dan hina di akhirat kelak.

Disamping itu Asma adalah seorang yang kuat beribadah kepada Allah SWT. Beliau selalu bangun malam, bertahajud dan membaca Al Quran. Berpuasa disiang hari, bahkan selalu mendoakan suaminya agar lebh gigih berjuang, sanggup berkorban apa saja untuk Islam. Beliau tidak pernah susah hati bila suaminya tiada. Bahkan rela dan gembira melepaskan suaminya pergi.

Bila suaminya tiada, beliau menjaga diri dengan sebaik-baiknya. Maruah dijaga bersungguh-sungguh. Asma menahan pandangan dari melihat dan berbual dengan lelaki lain yang tidak disenangi oleh suaminya. Beliau sedar suaminya adalah seorang yang cemburu. Jadi dia sedaya upaya tidakakan meminta pertolongan kepada lelaki lain ketika suaminya tiada.

Pernah suatu ketika Asma balik dari ladang dengan menjunjung sebakul buah tamar di atas kepala ke rumahnya yang hampir 3batu. Dalam perjalanan itu beliau bertemu dengan Rasulullah SAW dan beberapa orang sahabat. Baginda kasihan melihat Asma berjalan kaki di tengah padang pasir yang terik lalu memperlawa Asma untuk menaiki untanya. Tetapi asma malu dan terpaksa menolak kerana sedar Zubair adalah seorang yang kuat cemburu.

Begitulah sikap wanita soleha yang tahu menjaga diri da maruahya. Beliau pandai mengambil hati suaminya dan perbuatan yang tidak disukai suami dijauhi sungguh-sungguh. Setiap sikap dan tingkah laku dikawal agar semua tidak mencacatkan hati suaminya. Redha suami penting bagi Asma.

Asma dikurniakan dengan lapan cahaya mata. Lima lelaki dan tiga perempuan. Beliau mendidik mereka dengan sebaik-baiknya memelihara dengan penuh kasih sayang dan jiwa mereka berkembang dengan ilmu-ilmu agama.

SEMANGAT

Zubair syahid dalam pertempuran Jamal kerana dibunuh oleh eorang miskin yang berkhianat padanya bernama Amr bin Jarmuz. Meskipun suaminya pergi lebih dahulu, Asma masih mempunyai harapan terhadap putera-puteranya. Sejak saat itu dia menanamkan semangat perjuangan ke dalam jiwa anak-anaknya sebagai penganti suaminya.

Anaknya yang sulung bernama Abdullah menjadi ketua di Mekah dan Madinah dan beberapa wilayah Islam yang lain, selama hampir sembilan tahun. Kemudian belaku pengulingan kuasa dan kemenangan berpihak pada Bani Umaiyah.

Abdulah kemudian menjadi buruan Al Hajaj, panglima perang Bani Umaiyah dan tenteranya. Beliau dikepung di Madinah berhari-hari lamanya. Ramai diantara para pengikutnya yang lari dan mati. Abdullah datang menemui ibunya untuk meminta pendapat samada ia menyerah atau terus menentang musuh.

Peristiwa ini benar-benar menguji sejauh mana kesabaran Asma dalam berhadapan dengan anaknya yang mahukan pandangan dan perlindungan. Walaupun Asma waktu itu adalah seorang ibu yang telah lanjut usianya, badanyan telah bongkok tiga tetapi akal dan fikirannya masih tajam dan jiwanya masih kuat.

Dengan tegas dia berkata dengan anaknya:
Wahai anakku, jika engkau mengetahui bahawa engkau berada dipihak kebenaran mka teruskanlah menegakkan kebenaran itu sekalipun engkau terpaksa mati kerananya. Sesungguhnya itu lebih mulia dari hidup terpaksa tunduk kepada kezaliman.

Mendengar jawapan dari ibunya, Abdullah kembali bersemangat, kini ia lebih yakin dengan dirinya. Ia rela mati untuk membela kebenaran. Sebelum pergi, Abdullah mencium dahi ibunya memohon restu da redha disamping mengharapkan doa.

PAHLAWAN

Abdullah berangkat menuju ke medan pertempuran dan pada saat terakhir dari hayatnya dia telah menunjukkan sikap dan jiwa pahlawannya. Akhirnya Abdullah syahid juga ditangan musuh. Al Hajaj telah menyalib jenazah Abdulah bin Zubair untuk melepaskan dendamnya dan unuk menimbulkan rasa takut di kalangan musuh.

Asma pergi di tempat puteranya disalib itu tanpa tangis dan ratapan. Ia melihat sendiri bagaimana tubuh anaknya terkulai di tempat salib itu dengan kesan-kesan tikaman dan panahan di seluruh tubuhnya.

Agak lama juga tubuh Abdullah di tempat salib itu, suatu hari Asma pergi ke tempat Al Hajaj bertanya bilakah jenazah anaknya itu mahu diturunkan.
Al Hajaj menjawab dengan sombong, "si munfik ini?'
Asma berkata dengan marah, "Demi Allah, Abdullah tidak munafik, dia sering berpuasa dan bertahajud di tengah malam."

Mendengar jawapan Asma r.a itu Al Hajaj berkata sambil marah, "Pergilah, sungguh engkau perempuan tua yang sudah nyanyuk."

Asma menjawab, "Demi Allah, sekali-kali aku tidak nyanyuk. Dan sungguh aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:
" Akan keluar dari Tsaqif pendusta dan pembuat kerosakan. Adapun pembuat dusta telah kita ketahui dan pembuat kerosakan tidak ada lain kecuali kamu."

Akhirnya jenazah Abdullah diturunkan ditampat salib. Asmalah yang mengurus jenazah itu: dimandi dan dikafankan. Walaupun mayat itu hanya tinggal tulang-tulang. Asma bersabar dalam menghadapi saat ini. Jiwa yang kental menyebabkan ia tenang berhadapan dengan peristiwa yang sungguh mengharukan itu.

Di samping itu Asma seorang yang berani dan mempunyai kekuatan jiwa yang sukar ditandingi oleh wanita-wanita lain. Dia sanggup berhadapan dan bersemuka dengan orang paling ganas dan buas dan orang telah membunuh anaknya dengan kejam. Asma dengan selamba mengingatkan kepada Al Hajaj akan hadis Nabi tentang dirinya. Ini tentu membuatkan Al Hajaj takut dan tidak senang duduk.

Begitulah sikap, wanita yang mempunyai kekuatan jiwa, isteri yang taat dan ibu yang sabar. Beliau kemudiannya meninggal dumia pada tahun 73 Hijrah. Semoga Allah merahmati rohnya dan menepatkannya di tempat yang sebaik-baiknya. AMIN...Marilah kita sama-sama hayati kisah Asma binti Abu Bakar dan contohi sikap-sikapnya. Kalau di dunia ini kita diuji dengan pelbagai ujian, itu adalah sedikit jika dibandingkan di akhirat kelak. Bersabarlah, jangan sesekali berputus asa, selalulah berdoa kepada Allah SWT.

Kerana Allh SWT sajalah tempat kita mengadu, berserah dan meluahkan segala keluh kesah, sesungguhnya Dia maha mendengar dan maha mengasihani hambanya. Jiwa kita akan lebih tenang dan perasaan lebih damai selepas melakukannya.








5/90500

10 Luah rasa:

faridmw berkata...

salam ziarah.. selamat berpuasa.. kisah yang penuh manfaat untuk dijadikan sebagai satu pegangan bg wanita2.. ;) senyum selalu..

perfectwater75 berkata...

Salam!

Kisah pengajaran ISLAM yang boleh disebarluaskan untuk tatapan semua khususnya wanita seluruh dunia...moga mereka memahami perit getir perjuangan para wanita yang dilabel sebagai muslimah solehah mithali dalam dunia Islam ini. Syabas dan tahniah!

thx!

eTomyam berkata...

ISA oh ISA....the never ending story....

INTAN RH berkata...

nice blog..
nice family..

naz ilyn berkata...

faridmw-salam dan selamat berpuasa juga. Insya Allah semoga Asma binti Abu Bakar menjadi idola wanita muslima.

perfectwater75- terima kasih..dialah wanita terbaik sebaik manusia..namanya tetap menjadi sejarah.

etomyam- ISA..tetap menjadi mainan bibir selagi ianya ujud di bumi Malaysia.

intan rh- thank you

perfectwater75 berkata...

Salam,

Kita buat koloborasi tentang wanita ulung ini... awak buat lirik nanti saya buatkan lagu tentang Asma' Abu Bakar..

boleh? kalau ok awk emailkan saya di
adikastara@gmail.com

thx!

naz ilyn berkata...

perfectwater..

beburung terbang bersebaran,
menambah ceria di pagi hari,
terimalah salam lebaran,
semoga ceria di adil fitri.

p/s terima kasih bebanyak..

Al-BIMA SAKTI berkata...

salam ziarah,

kecekalan dan ketabahan
seharusnya menjadi pegangan dan amalan
bagi sesiapa yg bergelar insan
dalam menempuhi setiap cabaran...

naz ilyn berkata...

al-bima sakti- ziarah disambut..

ujian mendatang tak pernah mengenal sesiapa..keimanan dan kewarasan fikiran sesuatu yang pasti.

perfectwater75 berkata...

Salam Naz Ilyn,

Salam Lebaran Penuh Keceriaan,
Buat Dirimu dan Keluarga Tersayang,
Hiasi Taqwa Nilai Kebahagiaan,
Perteguhkan Iman Walau Nyawa Melayang...

thx!