CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Sabtu, 20 Disember 2008

ADAKAH ANDA RASA DIRI ANDA CANTIK ATAU TAMPAN.....??

Dunia seindah wanita soleha.

Usah terkejut kalau ada orang melahirkan rasa hatinya pada anda, sedangkan anda merasakan tiada apa-apa istimewanya anda. Begitulah hebat dan misterinya kehidupan. Ukuran manusia tentang kecantikan dan ketampanan memang tidak sama.

Ada orang mabuk dengan seseorang sedangkan menurut pandangan orang lain, wajah semacam itu tidak patut dimabuk-mabukkan. Misterinya suara memang sukar dibaca. Tidak ada sebarang alat untuk mengukur makna cantik atau tampan pada seseorang. Ukuran cantik atau tampan ini sentiasa berlainan.




Kecantikan mata bundar.


Sebab persepsi kecantikan tidak pernah sama antara manusia. Ada orang anggap hidung yang sedikit mancung sebagai cantik, ada orang tidak. Ada orang rambut yang mengurai sebagai cantik ada orang menganggap rambut yang ditutup sebagai kecantikan yang mengatasi.
Mata sepet pun cantik pe macam si dia tu..... putih melepak lagi.

Ada orang menganggap putih melepak itu sebagai cantik ada orang suka yang hitam.
Ada orang mengtafsirkan kecantikan itu mata yang bundar tetapi ada orang merasakan yang sepet seperti Jepun atau Cina itu lebih menawan. Ada orang menganggap bibir yang nipis itu cantik tetapi ada juga orang yang mengatakan bibir tebal lebih mengancam.

Di sebuah kawasan terpencil di utara Thailand terdapat sekelompok manusia yang mentafsirkan cantik itu leher yang jinjing. Maka, para wanita memakai besi lilit di leher untuk memanjangkan leher masing-masing. Alangkah seksanya untuk menjadi cantik menurut penilaian masyarakat ini.Kat Afrika ni dah cantik sangat dah... emmm ada yang terpikat ker...??

Begitu juga di sebuah penempatan di Afrika, cantik di tafsirkan mulut yang lebar. Semakin lebar mulut semakin cantiklah mengikut ukuran kelompok ini. Maka para lelaki dan para wanitanya memakai piring besi berbentuk bulat di mulut. Piring ini diukur kepada yang lebih besar dari semasa ke semasa.
Datuk Shah Rukh Khan... jangan tenung lama-lama haaa.

Begitulah misteri dan luasnya makna cantik dan tampan. Jadi usah terlalu susah hati jika anda merasakan anda tidak begitu menarik. Anda tetap cantik di mata orang yang mengtafsirkan kecantikan itu bukan sekadar wajah tetapi mungkin keseluruhan anda. Ini termasuklah gaya jalan anda, cara nada bertutur, pendirian serta sikap anda terhadap sesuatu perkara.

Siapa kita untuk mempertikaikan ciptaan-ciptaan ALLAH. Sudah tentu kita tidak layak. Tetapi ramai orang yang mempertikaikan ALLAH setiap kali menghadap cermin. Berkatalah setiap kali bercermin sebab dengan berkata, cermin akan memberitahu anda apakah anda yang berdiri di situ atau perasaan dan keegoan anda yang menampani.

Siapa anda.... anda sendiri yang menentukan. Pandangan manusia semuanya tidak sama, sejuta yang mengatakan anda tidak indah, sepuluh juta mungkin mengatakan yang sebaliknya. Hanya anda belum bertemu muka dengan yang sepuluh juta itu.

DR. H. M. TUAH.

26 Luah rasa:

guru_cikgu berkata...

salam,
Setiap manusia ada penilaiannya yang tersendiri.
Yang penting, jagalah kecantikan/ketampanan itu agar suami/isteri tetap setia dan menyayangi.

ryann berkata...

sedap mata memandang yang lahir daripada getaran hati itu paling indah sekali

naz ilyn berkata...

cikgu...

wasalam... pandangan setiap orang berbeza-beza... hanya tuan badan sendiri yang tahu apa yang dipandang tu menawan hati atau tidak.

P/s: pastinya sang suami yang menjadi pemuja pertama tak gitu...

-----------------------------------------

ryann...

pandang pertama menggetarkan jiwa... hati berkata kaulah yang bertahta.

::SRISUFI:: berkata...

sis,
bg sri semua makhluk yg dijadikan NYA cantik...dan mempunyai kecantikan yg tersendiri...
kadangkala yg x cantik pd pndangan zahir...lebih cantik bila dipandang ngan mata hati...
kerna
pandangan mata selalu menipu
pandangan akal selalu tersalah
pandangan nafsu selalu melulu
pandangan hati itu yg hakiki
kalau hati itu bersih

Fara berkata...

slalu teringat kata2 ni:) beauty lies in the eyes of beholder. cantik

naz ilyn berkata...

srisufi...

selalu pandangan mata diakur... hati juga yang terkulai layu...

p/s: manusia ciptaan Allah yang teragung.

----------------------------------------

fara...

ada juga yang cantik dimata cantik juga dihati...

p/s: kekadang pandangan mata orang tua selalu benar... nape ek..?

aNIe berkata...

Salam naz ilyn

Selalunya cantik dimata seseorang tidak sama dengan apa yang dilihat cantik oleh orang lain...

Tu sebab kita selalu terlihat ada pasangan yang kita lihat macam tak sepadan...

naz ilyn berkata...

anie...

betul tu... mungkin ada sesuatu yang tak dapat dinilai dik mata kasar... hanya dia yang tau...

p/s: kekadang rasa dia lebih secocok dengan.....??? (tak baik tau)

AL-BIMA SAKTI berkata...

kecantikan dan ketampanan itu berbeza2
dari pandangan yg berbeza2
pd pendapat yg berbeza2...

naz ilyn berkata...

bima...

ada juga yang sama selera... tapi belum tentu serupa... lain padang lain belalang.

p/s: orang kata belalang kat sawah masak goreng bercili pon sodap... hehehe ( ada bran mau cuba..)

Tie berkata...

Ho ho..mata kak tie sepet!! Mujur boleh tengok dunia..hi hi..

naz ilyn berkata...

tie...

tu ler pasal... sepet pun cantik pe...

tintaHati berkata...

Yang penting iman dan akhlak kena cantik, barulah terpancar keseluruhan nur tu di wajah...

ghost_MaR berkata...

sedikit tazkirah walaupun x der kena mengena dgn entry ...

org2 yahudi mengahwinkan anknya dgn seseorang krn harta . org nasrani mengahwinkan anak mereka krn keindahan . org arab pula mengahwinkan ank mrk krn nasab & keturunan . sedangkan org muslim mengahwinkan ank nya kpd seseorang krn harta ...

x dinafikan semua manusia sukakan kecantikan & suka melihat benda yg cantik ... t'pulang kpd diri sndr utk m'nilai keadaan cantik itu ...

kuIna Jentayutiara berkata...

cantik... penilaian pancaindera.


sy cantik, selalu cantik, sentiasa cantik... hehehe

noorlara berkata...

naz,
cantik adalah sesuatu yg subjektif, cantik pada kita tidak bererti cantik kpd yg lain. manusia adalah ciptaan Allah yang paling sempurna kita hendaklah bersyukur dengan apa yg kita ada walau kulit tak putih melepek,walau idong tak mancung atau mata tak bundar namun yg penting kita sihat dan yg lebih penting kita dilahir dan kekal sebagai seorg muslim. jgn sampi kecantikan membuat kita riak dan perasan!
ok adik manis. have a nice day

INTAN RH berkata...

naz, shahrukh khan mmg ada kelas dia sendiri hehehe... :P

naz ilyn berkata...

tintahati...

kalau di hati berserabut banyak hasad dengki sedikit sebanyak terlihat diwajah... hati yang sentiasa berperasangka buruk kurang seri...

p/s: kecantikan itu suatu anugerah jangan sampai ia menjadi perkara yang paling buruk yang kita ada.

-----------------------------------------

mar...

walau secantik mana pun seseorang itu jangan sampai berjalan lebih sombong dari burung gagak...

````````````````````````````````````

jentayu...

ko tak payah cakap aku tau kau memang cantik... tapi jangan sampai kau kena kejo dengan lembu sebab topi merah ko tu... hehehe.

p/s: biarlah sesedap mata memandang...

---------------------------------------

noorlara...

alahai... malu ler pulak kena panggil adik manis... hehehe dah berderet kat belakang ni...

betul tu... bersyukur dengan segala anugerahNya cantik ker tidak bukan ler menjadi keutamaan ... yang penting kita menghargai pemberianNya juga diberi tubuh badab yang sihat dan sempurna tiada cacat cela... jangan lupa dengan bumi yang dipijak dan langit yang dijunjung.

naz ilyn berkata...

intan...

kak intan ni mesti minat gile dengan shah rukh khan... haiii bikin ana tak boleh tido laa... ooooh shah rukh khan...

p/s: lumrah manusia suka dengan benda-benda yang cantik.

*GB* berkata...

hati luhur akan
melahirkan kecantikkan
dan kecantikkan itu akan
tetap kekal andai keluhuran
sering di lahirkan

:-)

salihin berkata...

salam...

hmm..lots n lots of point of view..
nice..correct indeed..

btween..its treu..do appreciate wut 've been created for us...
HE knows d best for us..rite?

n evrythg was plan by HIM nicely..
its just d matter for us to undergo the tests..wether we strong..or we fail it..

u'll find it so beautiful,when it comes for u to realize wut lies n wut has been setup in front of u..

patient..n pray,its all u need..

*Allahumma..hassanta khalqi,fahassin khuluqi...

naz ilyn berkata...

GB...

terciptanya kita kerana Dia
Dia tahu siapa kita
kerna Dia yang mencipta
begini begitu Dia lebih tahu
mungkin kita yang tak mampu
mendungak ke langit lupa tunduk ke bumi
lebih baik kita begini
bersyukur apa yang diberi.

p/s: terima kasih sudi bertandang..

-------------------------------------

salihin...

hanya Dia tahu yang terbaik untuk kita
kerna Dia maha berkuasa
begitu indah rupa kita
hanya kita saja yang alpa
suka sangat membeza-beza
tak pernah puas apa yang ada

p/s: ingatkan cakap jawa tadi... hehehe jenuh nak alih bahasa.

salihin berkata...

hoo

salam..

jengene iso ngomong jowo yo..
njaluk ngampuro..

makasih yyo kak
sudi ne melebu blog nyong

aa nyong arek nonyo,kalu iso nyong nukar link karo kue..

iso?
hhehehee..
kalu akak paham la..

anyway,thanx kak kerana sudi datg..

ayu we anak2 kakak..

k..gtg..assamekom!

naz ilyn berkata...

salihin...

alamak salah tembak ler... pandai cakap jawa rupanya... hehehe. cakap ler jawa akak paham... nak tukar link..?? boleh apa salahnye nasib baik suami orang jawa.

p/s: tak sangka pulak orang jawa... kalau cakap omputih ada seling jawa tak..?? hehehe.

MAZEMIE MAZ berkata...

Cantik
itu yg terbaik.

Baik
itu yg tercantik.

Tampan
itu yg tertawan

Menawan
mata yg menampan.

naz ilyn berkata...

MM...

cantik
itu yang asyik

baik
itu yang tertarik

tampan
ada ramai kawan

menawan
menggunung harapan