CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Jumaat, 30 Mei 2008

ANEH TAPI BENAR







Eh, begitu pula?
Rasa-rasanya semua orang pernah
Kucing siam boleh dikenal
warna bulu yang lebih gelap padA
telinga, kaki serta ekornya, berbanding bulu diseluruh badan.Sebenarnya, semua anak kucing siam dilahirkan dalam keadaan bulu yang putih keseluruhannya,. Ini disebabkan melanin, atau pigmen warna pada bulu kucing siam adalah peka terhadap suhu.Semasa berada didalam rahim induk kucing, suhu adalah panas dan dengan itu, tiada warna yang kelihatan pada bulu anak kucing siam sewaktu dilahirkan. Warna gelap hanya akan muncul perlahan-lahan setelah setelah usia anak kucing tersebut mencecah beberapa bulan.




Tidak sangka ya....
Semua orang pernah digigit nyamuk,
tapi apa yang menarik, menurut
kajian di negara Barat, nyamuk
lebih gemar menggigit orang yang
kakinya berbau....oleh itu, pastikan
kaki anda sentiasa bersih dan tidak
berbau busuk.Jika tidak, anda bakal
menjadi mangsa sang nyamuk.














Ikan emas paling tua
Biasanya seekor ikan emas belaan jarang sekali dapat hidup lama, sehingga bertahun-tahun. Namun begitu, menurut BBC Online News, UK, seekor ikan emas belaan yang diberi nama Tish, adalah ikan emas paling tua kerana ia dapat hidup sehingga 43 tahun! Tish yang telah mencatat rekod sebagai ikan emas belaan paling tua di dunia di dunia dalam GUINNESS BOOK WORLD RECORDSini, ditemui mati di balang akurium tuannya, Hilda Hands pada tahun 1999, setelah jatuh sakit selama beberapa hari.Bayangkan pula usia tuannya jika usia Tish itu sendiri 43 tahun...............








































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































Rabu, 21 Mei 2008

TANAH TUMPAH DARAHKU


Dimana nak ku mulakan dulu?. Sebenarnya.... apa yang nak ku katakan hari ini adalah bukan bermaksud apa-apa sekadar luahan yang tersimpan jauh disudut hati.Sejak 8Mac yang lalu aku mula tertarik mengikuti perkembangan dunia politik tanah air.Banyak blog-blog politik yang ku layari.Sebenarnya ramai yang tak sedar tentang apa yang berlaku sekarang terutamanya surirumah seperti aku, kak su,kak enon,kak mah, kak eton,mak mah,mak lijah,mak nab dan ramai lagi yang tidak ambil tahu tentang perkembangan politik dan pergolakkannya.Pada mereka tanggungjawab mereka sudah selesai dipeti undi.Siapa yang memerintah mereka sandarkan harapan yang menggunung tak kira wakil yang mereka pangkah menang atau kalah,kehidupan perlu diteruskan.Bila amanah telah diberikan sampai masanya suara mereka perlu didengar dan diutarakan kepada yang sepatutnya mendengar dan melaksanakan.Mereka yang duduk di atas perlu memikirkan bagaimana nak memenangi hati mak-mak dan kakak-kakak kita tu, juga memikirkan bagaimana nak melaksanakan janji-janji yang ditaburkan.




Tapi...sejak akhir-akhir ni pergolakkan masih terus berlaku tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda akan berakhir.Aku semakin risau memikirkan apa akan terjadi seterusnya,apakah TANAH TUMPAH DARAH ku ini akan menjadi seperti negara-negara luar?.Kesabilan politik sudah tidak menjadi perkara pokok lagi masing-masing mempunyai agenda tersendiri.Wahai pemimpin-pemimpinku janganlah bertelagah sesama sendiri kelak membawa rugi.Bawalah berbincang,bermuzakarah dan bermusyawarah cari jalan penyelesian melalui saluran yang betul.Kasihanlah kami yang berada di bawah yang sentiasa berharap mendapat pembelaan, diangkat mendapat hak yang sama.Jangan diturutkan hati yang marah, rasa kecewa,rasa berkecil hati kerana turutkan hati mati.Jangan korbankan agama,bangsa dan negara,memecah belahkan sesama sendiri.Carilah jalan penyalesaian yang membawa kebaikan kepada semua.Tanah yang kita pijak sekarang adalah warisan terdahulu yang telah diperjuangkan oleh datuk nenek kita Tok Janggut,Mat Kilau dan ramai lagi pahlawan MELAYU yang berjasa.Jangan kerana ketidak puasan hati yang sedikit kita lupa segalanya,lupa pada sejarah.



Aku berasa amat sedih atas apa yang sedang berlaku sekarang ini semoga segalanya berlalu dengan cepat dan kita boleh meneruskan kehidupan dengan aman,sentosa dan makmur. AMIN.....

Ahad, 18 Mei 2008

TAK KENAL TAK CINTA



Sedang aku melayari blog-blog di internet, tiba-tiba ingatan aku terimbau kembali detik mulanya aku berkenalan dengan dunia blogger,lalu jatuh cinta pandang pertama.Ibarat orang mengantuk disorongkan bantal.
Sehinggalah terciptanya blog lurah rasa.Sebenarnya sebelum ni aku tak pernah tau pun tentang blog ni,dengar pun tak pernah.Semuanya bermula selepas pilihan raya ke12,8 Mac yang lalu.Dari apa yang aku baca di internet ramai golongan muda dan profesional mendapat maklumat tentang pilihan raya di laman-laman blog.
Dari situlah aku mula tertanya-tanya apa itu blog,kenapa ia begitu dekat dengan sesetengah golongan.Kalau internet tu taulah,itupun masa kanda baru beli komputer dia terus daftar internet, tapi sayang buah kepayang dibuang pahit ditelan sayang,rupanya hayatnya tak lama adalah dalam setahun, lepas tu perkhidmatan internet ditamatkan atas sebab yang tak dapat dielakkan.
Seingat akulah, dulu kerajaan pernah membuat kempen satu rumah satu komputer sehinggakan kerajaan memberi kemudahan untuk membuat pinjaman pembelian komputer dan juga skim pengeluaran wang KWSP .
Apa lagi kanda aku pun tak lepaskan peluang yang terbentang di depan mata.Almaklumlah masa tu rasanya tak mampu lagi nak beli.Aku siap ambil krusus komputer lagi,yang ditanggung sepenuhnya oleh kanda tersayang.
Waktu tu kanda dihantar oleh TNB berkrusus selama dua tahun di ILSAS UNITEN.Jadi sebagai mengisi masa lapang aku pun belajar komputer dan anak sulung aku baru lima tahun pada ketika itu.Aku berterima kasih banyak-banyak pada kerajaan kerana memberi peluang kepada orang seperti aku merasa tercelik dan tersentap betapa perlunya dunia maya tanpa sempadan.
Semuanya kami buat demi masa depan anak-anak, supaya mereka tidak buta iT dan tercicir dari dunia berteknologi tinggi.Ramai juga jiran-jiran tetangga aku buat keputusan begitu.Aku perhatikan lepas sebuah rumah, sebuah rumah lagi.
Kadang-kadang tu terfikir juga dibenak aku, seolah-olah berlumba pulak beli komputer,masing-masing tak mahu ketinggalan merebut peluang yang ada.Tapi.... itu tujuh tahun yang lalu sekarang boleh dikira dengan jari berapa kerat sangatlah yang masih ada lagi komputer.
Em...sekarang nak tahu tak macam mana aku boleh mencipta blog aku sendiri.Pada suatu hari tu seperti biasalah aku menonton MHI di Tv3,pengacaranya Wardina sedang berbincang dengan tertamu jemputannya topik bagaimana mencipta sebuah blog.Ah.... dari situlah aku cuba berlajar mencipta blog.
Tekan punya tekan,jadi da...boleh tahan pandai juga aku ni.Aku ni sebenarnya tak pandai,eh...bukan,kurang pandai almaklumlah belajar tak tinggi cuma sampai SPM jer tapi aku cukup suka menulis seolah-olah segala bebanan kerja kat rumah ni berlalu begitu saja,ringan rasanya kepala otak aku ni bila dapat meluahkan segala yang terlintas,terbuku ,terpendam dalam senubariku ini.
Ada satu lagi yang aku nak cakap,kat komputer ni semuanya cakap omputeh,tak semena-mena aku kena beralih bahasa indon pulak,habis bahasa melayu tak ada.Tapi kata orang alah bisa tegal biasa.Diblog aku ni belum lagi menarik tapi Insyaallah aku akan cuba memperbaikinya dari masa kesemasa.
Yang bagusnya anak-anak aku pun dah berminat nak mencipta blog.Masing-masing sibuk mengadap komputer,lepas sorang,sorang.Nampaknya cuti sekolah setengah tahun ni tak payahlah aku pening kepala fikir nak bawa mereka pergi bercuti,sebab mereka tak bosan duduk di rumah ada perkara yang mereka nak lakukan.
Tapi mungkin aku bawa mereka balik kampung.Buat pengetahuan semua,kalau nak melakukan sesuatu tu buatlah dengan hati yang ikhlas biar ianya datang dari dalam diri kita sendiri dan jadilah diri kita.

Selasa, 13 Mei 2008

ENTRY LAMA..... SERASI BERSAMA

kian serasi walau wajah dimamah usia namun kasih sayang kian bertaut

Hari ini aku rasa nak berkongsi sesuatu. Selepas aku tidurkan anak aku shaqira aku menonton rancangan terbitan RTM di tv 1 sementara menunggu masuk waktu solat asar.

Tajuk rancangan tu menarik minat aku, SERASI BERSAMA.Rancangan ini mengisahkan pasangan suami isteri warga emas yang hidup bersama merasai nikmat berumahtangga dan mengecapi bahagia sampai mencecah usia emas . Tersentuh hati aku melihat bertapa bahagianya dan cerianya mereka segalanya jelas terpancar diwajah. Tentu sudah banyak yang mereka tempuhi juga rasai.Sudah bertimbun pengalaman hidup yang mereka kutip dari setiap saat yang mereka lalui.

Tentu juga mereka merasa lega kerana segala pengorbanan,kesabaran dan kesetiaan yang mereka sulam membuahkan hasil, meniti hari-hari tua dan menghabiskan sisa-sisa usia bersama pasangan yang mereka cintai. Kalau dulu mereka mungkin sibuk menguruskan rumahtangga dan membangunkan keluarga juga mengejar impian dan cita-cita. Tapi kini pastinya sudah tidak seghairah dulu atau mungkin sudah tidak bernafsu untuk berlari mengejar syurga dunia.

Kalau mungkin pun pastinya tidak selaju dulu. Mereka lebih banyak menghabiskan masa bersama,pergi ke surau bersama,sarapan pagi,makan tengahari,makan malam dah tak di rumah lagi semata di kedai dah jadi macam belangkas, dah jadi macam pasangan yang sedang hangat bercinta ke mana-mana pun serasi bersama. Ikatan kasih sayang kian utuh hanya maut yang dapat memisahkannya saling perlu memerlukan.

Keserasaian bukan datang dengan sekelip mata ia memerlukan jangka masa yang panjang untuk mengenal hati budi masing-masing,bertepuk tampar,senyum tangis,tolak ansur, faham memahami, sayang menyayangi segalanya disimpulkan menjadi satu. Bukan semua pasangan serasi pada mulanya,setelah berkhawin barulah watak sebenar terpancar.


p/s: Yang paling penting sekali kita perlu berusaha mencari sampai bertemu titik keserasian agar kita dapat menikmati kehidupan rumahtangga yang bahagia.

Maaf buat beberapa hari ini saya terpaksa membataskan aktiviti bloging buat sementara waktu dan di atas adalah antara n3 terawal saya ketika baru-baru nak belajar bloging.

Ahad, 11 Mei 2008

ratu hatiku

siddiq pun tak nak ketinggalan

Sepasang gelas dari shafiq

Kad ucapan dan bunga dari shafiqa


Menurut riwayat Thabrani:"Ya Rasulullah! Aku ingin berjihat fisabilillah."Rasulullah
bertanya,"Apakah ibumu masih hidup?"Jawapnya."Benar."Kemudian Rasulullah saw berkata,"Jagailah dia kerana disana ada Syurga."Menurut riwayat Ibnu Majah,"Ya Rasulullah,apakah hak kedua orang tua kepada anaknya?"Rasulullah menjawab,"Mereka adalah Syurga dan Nerakamu."

Imam Bukhari dan muslim merawikan,"Ya Rasullullah, siapakah orang yang lebih berhakku pergauli dengan baik?"Beliau menjawab,"Ibumu."Aku bertanya,"Lalu siapa lagi."Baginda menjawab,"Ibumu."Aku bertanya lagi,"Kemudian siapa lagi."Baginda menjawab,"Ibumu! Aku bertanya lagi,"Siapa lagi."Baginda menjawab,bapa

Selamat hari ibu,buat ibuku Pn Hamidah Bt Yusof yang berada di Kota Tinggi.Semoga Allah melindungimu,diberikan segala kekuatan dan semangat menepuh dugaan yang sering meujimu.Senyumlah selalu walaupun didalam keperitan sesungguhnya segala yang berlaku ada hikmahnya,bersabar adalah ubat yang paling mujarab.Senyuman dibibirmu memberi kecerian kepada anakm
Selamat hari ibu juga ku ucapkan kepada ibu mertuaku,semoga segala pengorbananmu akan dihargai oleh anak-anakmu.Anak-anak adalah ujian buatmu dan juga nyawamu,kau sanggup berbuat apapun demi kesenangan dan kebahagian anakmu.Terima kasih ibu mertuaku,panjang umurmu, sihat tubuh badanmu,semoga tercapai impianmu menjejakkan kaki di tanah suci.








Jumaat, 9 Mei 2008

RUMAHKU SYURGAKU

Inilah Mohd Siddiq yang akan menjejakkan kaki ke alam persekolahan buat pertama kalinya.

SEMOGA BERJAYA ABANG UDA.....


Selalunya selepas selesai uruskan suami yang hendak pergi berkerja dan kakak Shafiqa pergi ke sekolah aku membasuh baju.Sementara menunggu baju yang dibasuh siap aku menyapu sampah dianjung rumah.Sementara anak bujang kecil aku tu si siddiq lena dibuai mimpi indah yang kadang-kadang(rasanya macam hari-hari)basah lukus dan berbau.Tapi sejak dua menjak ni dia dah tak macam tu lagi aku dah buatkan jadual untuknya siap kunci jam lagi.Aku kunci jam pukul 2pagi dan pukul 5.30pagi sebab waktu itulah biasanya dia akan membuang hadas kecilnya.Anak ketiga aku ni lain sikit,dialah yang paling lambat bercakap empat tahun pun masih cakap bahasa jepun dia sorang aje yang faham.Tapi Alhamdulilah sekarang dah berumur lima tahun barulah faham apa yang dia cakapkan tambahan pulak dia dah aku hantar ke sekolah tadika agama johor(TAJ).Makin bagus pulak siap boleh hafaz surah lagi,dah pandai menulis,mengenal abjad,nombor,merwarna juga.Aku ingatkan dia ni lambat sikit (sebab lambat cakap,abang & kakak dua tahun dah cakap)tapi boleh tahan juga,mudah-mudahan ianya berterusan hendaknya AMIN... Alamak lupa pulak dengan puteri cilikku yang kadang-kadang pagi-pagi subuh dah bangun masih lena lagi rupanya pagi ni.Shaqira namanya agak lasak tak padan dengan girl kelakuannya mengalahkan abang long dengan abang udanya waktu kecil dulu tapi kuat menangis.Nak menyusu menangis,nak mandi menangis,nak basuh uk..uk.. menangis, nak tidur menangis pokoknya nangis semata.Aku rasalah sebab nama dia NUR SHAQIRA kot maksudnya yang membaca AlQuran tu pasal dia suka mengalunkan suaranya.

Anak sulung aku pulak baru melangkah ke alam remaja,nama Mohd Shafiq 13tahun tapi badan macam 16th like father like son.Aku ada juga membaca laman blog pelajar-palajar 'U`terutamanya dari UIA.Kadang-kadang terfikir pulak macam mana mak bapak dia orang mendidik anak sampai cermelang ilmu dunia dan akhirat.Aku memang berhasrat dan berazam melihat anak aku mendapat pendidikan yang seimbang agar senang didunia dan senang diakhirat.Aku pun akan dapat faedahnya bila dah menutup mata nanti.Anak aku baru memulakan langkah pertamanya walaupun keputusan UPSRnya tak memberangsangkan Alhamdulilah dapat juga dia masuk sekolah berasrama.Bukan apa supaya dia berlajar berdikari menguruskan sesuatu.Kalau kat rumah dia banyak bergantung pada aku,sampai kalau nak exam dia akan tanya apa buku yang nak baca dulu.Tapi sekarang dah banyak berubah badan pun dah tak semangat lagi cuma nampak makin panjang jer.Sebenarnya aku dah mendidik anak aku berdikari dalam mengurus diri dan kebersihan diri sedari kecil lagi cuma dari segi menguruskan masa aje, terutamanya masa untuk berlajar.Anak aku ni bercita-cita nak menjadi pensyarah nak berlajar kat UIA katanya dalam bidang agama sekarang pun dia berada dikelas aliran agama.Aku sentiasa mendoakan supaya apa yang dicita-citakan akan menjadi nyata dan yang penting jangan sesekali lupa pada yang Esa,anggap segala keperitan, pengorbanan,jatuh dan bangun sebagai ujian semata,putus asa jangan sekali.Ibu tahu abang long boleh lakukan Insyaallah.

Ada sorang lagi... puteri kedua aku Nur shafiqa,11tahun.Jangan lupa tahun depan nak ambil UPSR.Ini sorang lagi ni malas nak berlajar tapi rajin pulak tolong aku kat rumah.Kalau kerja rumah separti basuh baju(pakai w\m)sidai baju,sapu sampah,jaga adik,mop lantai,basuh pinggan, masak nasi dan macam-macam lagi pandai pulak dia buat.Sebenarnya taklah teruk sangat masih lagi duduk dalam kelas terbaik cuma kurang cemerlang.Harap-harap lepas UPSR nanti dapatlah masuk asrama.Hai...makin surutlah anak kat rumah, tu yang sikanda aku mula sibuk nak buat lagi,takde maknanya dah nak pencen dah ni, nak jaga badan pulak.Dah takde bau apa lagi badan aku ni, bau susu,bau bawang,bau belacan macam-macam bau lagi.Tak sempat nak uruskan badan,asik uruskan anak aje..Tapi kanda aku tak pulak merungut dia faham, dia kata bau asli,lantaklah kau situ.Janji bahgia.Satu aje yang tak sedap mata memandang pasal anak aku ni,dia punya badan punyalah...montel kuat makan.Tapi muka dia macam cerita cinta kalestrol lakonan erra.Kalau bab berpakaian macam ustazah,keluar rumah pakai tudung,walaupun depan rumah nak sidai baju Alhamdulilah mak borik anak rintik.Kalau dibandingkan dengan kawan-kawan sebayanya banyak bezanya.Jangan kecil aje bertudung litup bila dah besar nanti sibuk nak rebondinglah nak boplah nak kerintinglah,dijauhkan...Tapi kadang-kadang tu depress juga,sebab mak keluarga mertua aku selalu komen macam yang aku cakapkan tadi,biarlah yang penting kami tahu apa yang kami buat.

Emm... nampaknya dah gelap ruang tamu aku tu,dah tidur agaknya anak-anak dan bapak anak.Nampaknya kanda aku tidur kat luar melayan siddiq.Selalunya siddiq tidur dengan shafiqa kat dalam bilik tapi hari ni dia nak tidur dengan ayahnya kat luar.Kasian... tinggallah shaqira sorang-sorang kat dalam bilik yang berhawa dingin.Rasanya dah sampai masa untuk ucapkan selamat malam.Selamat malam abang uda, selamat malam kanda, selamat malam kakak, selamat malam adik,jangan lupa baca doa tidur.zzzzzzzzzzzzzzz

Khamis, 8 Mei 2008

LURAH RASA


Perjalanan kehidupan kita seharian sememangnya penuh onak dan duri apa tah lagi meharungi kehidupan sebagai seorang isteri dan juga ibu.Tidak dinafikan kekadang kaki melangkah terlanggar akar, terpijak duri ,mengharungi sungai, merangkak menaiki lurah ,berlari menuruni lembah terluka dan tercalar diubati dan sembuh walaupun meninggalkan bekas.Hidup berumahtangga ini bukanlah semudah yang disangka,dirasa,atau yang fikirkan,pelbagai rona-rona warna dapat diselami dan dinikmati.Diawal perkhawinan,menimang cahaya mata,membesarkan dan mendidik anak,perkara yang paling mencabar menjaga kerharmonian rumahtangga.Hubungan isteri dengan suami biar harum dan mekar selalu tetapi tak semua yang diimpikan menjadi kenyataan. Kekadang hujan turun diwaktu panas,langit mendung tapi hujan tak turun,ribut melanda tanpa diduga ada juga hujan langsung tak turun-turun tanah menjadi kering kontang dan gersang.Semuanya terhimpun dan terbenam didalam lipatan sejarah kehidupan sebuah rumahtangga.Terlalu sukar untuk dirungkaikan yang mengalami saja dapat merasainya tapi bukan semua yang pahit ,masam itu sakit tapi itulah penyedap dalam masakan,penyedap dalam kehidupan dan itu jugalah yang akan aku hidangkan dalam LURAH RASA.Perjalanan kehidupan seharian yang selalu dijalani setiap wanita yang bergelar suri dan ratu hati anak dan suami.