CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Ahad, 29 Jun 2008

PENAMBAT KASIH.....

Pernahkah anda di luar sana mendengar tentang perbuatan yang di lakukan untuk menundukkan kaum lelaki atau suami. Baru-baru ni aku ada menonton rancangan 360 di tv3, ceritanya amat menarik dan lebih kurang sama tentang jiran aku yang aku ceritakan.

Selain berjumpa dengan bomoh dia juga ada melakukan perkara yang sama seperti yang didedahkan oleh salah seorang yang ditemuramah oleh wartawan 360, bukan nasi kangkang tapi memberi makan sesuatu yang kotor.

Di lorong tempat aku tinggal ada beberapa orang yang dalam lingkungan usia 50an keatas ada berkongsi pengalaman tentang hal itu. Kebanyakan mereka ada keturunan yang ahli keluarganya menjadi bidan atau dukun(bomoh).

Mereka telah diajar bagaimana hendak menundukkan suami mereka supaya tidak cari perempuan lain atau tidak garang dengan isteri, kemudian mereka mengajar kepada anak-anak mereka yang lain.

Perbuatan ini seolah-olah sudah menjadi suatu tradisi kepada keturunan mereka. Aku merisik supaya mereka menceritakan bagaimana ianya dilakukan, segalanya sama seperti yang didedahkan di360 perlu ada jampi serapahnya dan itu juga diajar kepada aku.


Em......tapi aku terfikir,kalau tentang perkara yang aku sebutkan seperti di atas rasa-rasanya ramai yang sedia maklum dan mengetahui, bagaimana pula suami yang membuat sesuatu untuk menundukkan isteri. Adakah perkara itu pernah terjadi?

Adakah kita pernah mendengarnya? Bagaimanakan ianya dilakukan? Kaum lelaki boleh berkahwin empat apa dia hairan dengan seorang isteri. Emmm...itu hanyalah pandangan liar saja.

Apapun kaum lelaki ke kaum perempuan ke janganlah berfikiran cetik selagi ada imam didada janganlah sesekali berfikir untuk melakukannya, sesungguhnya besar balasannya di akhirat nanti, tapi sekarang ni ALLAH dah tak tunggu lagi DIA kasi cash kat dunia.

Wahai suami.... wahai isteri bersabarlah banyak-banyak janganlah melakukan sesuatu yang isteri atau suami tak suka fikir sedalam dalamnya sebelum membuat sesuatu perkara.Isteri syurganya pada suami dan suami walaupun mempunyai kuasa sayanglah isteri dengan seadanya itukan amanah.

Wassalam





Khamis, 26 Jun 2008

KASIH DI SEBALIK ILMU HITAM

ASSALAMUALAIKUM...


Lama rasanya aku tak membuat sesuatu dalam blog aku ni,nak kata tak melayari intenet tak juga.Buka tapi sekadar nak mendapatkan berita atau maklumat yang terkini saja.

Rasanya dah bersawang atau berabuk blog aku ni, bukan tak ada masa tapi fikiran aku agak targanggu sedikit, dan inilah yang nak aku kongsikan di sini.


Selalunya aku akan mencurah atau mencoretkan sesuatu di blog aku pada waktu malam bukan sebab idea tu datang pada waktu malam tapi masa dan waktu tulah yang paling sesuai kerana semua anak-anak sudah pun masuk tidur.

Apabila anak-anak sudah masuk tidur itu bermakna semua kerja dan tugas aku sudah pun selasai.Bermula dari waktu petang bawa anak bermain, mandikan anak, bersiap dengan pakaian, solat, makan malam dan memantau kerja sekolah.

Selalunya aku akan menetapkan waktu untuk tidur tepat pukul 12.00 atau 12.30 tengah malam, sebab aku akan memulakan tugas seawal 5.30 pagi.Tapi dalam beberapa minggu ni sejak demam bola, aku tidur agak lewat kerana menunggu kanda balik dari menonton perlawanan bola sepak bersama rakan-rakannya di kedai kopi.

Pada suatu hari tu, sedang asyik jari jemari aku menekan keybord tak sedar jam menunjukkan pukul 4.00 pagi, sebelum jam menunjukkan pukul 4.00 pagi beberapa kali aku terdengar pintu pagar dan pintu rumah aku dibuka orang.

Pada mulanya aku sangkakan kanda yang balik, jadi aku biarkan.... malas nak sambut, dalam hati aku berdetik kenapa pula kanda tak memberi salam, selalunya dia akan beri salam sebelum masuk.Ah...biarkan jerlah kata hati ku, aku pun teruskan menaip.

Tapi yang buatkan aku berasa hairan, kenapa kanda aku tak masuk-masuk lagi kerana pintu rumah aku akan berbunyi kuat kalau dibuka.

Aku pun pergi ke depan untuk melihat, aku tengok pintu rumah aku masih tertutup rapat mana pula perginya kanda aku, aku membuka tingkap dan menjengah ke luar tapi tak ada sesiapa pun.

Kejadian yang sama berlaku beberapa kali, aku berfikir pintu pagar rumah siapa pula yang berbunyi, sedangkan hanya rumah aku saja yang mempunyai pintu pagar, rasa pelik dan hairan pula.

Kejadian yang sama berlaku lagi selang beberapa hari, aku masih lagi menjengah keluar tingkap tapi tiada sesiapa.Sudah hampir seminggu kejadian itu berlaku tapi aku tak pernah menceritakan kepada sesiapa dan aku tak pula merasa apa-apa.

Pada suatu hari sedang aku menyidai kain di hadapan rumah aku ternampak jiran sebelah rumah.Aku tengok air mukanya macam ada yang tak kena,matanya aku lihat bengkak macam baru menangis.

Aku cuba menegur nak pergi ke mana,dia seolah-olah memang menunggu aku untuk menegurnya.Dia kata nak ke rumah kakak iparnya untuk membincangkan tentang masalah suaminya.

Jiran sebelah rumah aku ini memang ada masalah rumahtangga sejak awal tahun lepas, dan aku kadang-kadang menjadi tempat dia melepaskan masalah.Kalau dia tak bercerita aku yang akan bertanyakan pasal masalahnya sekurang-kurangnya dia merasa lega.

Suaminya berkahwin lagi semenjak bertukar kerja di tempat sekarang ni.Pada mulanya suaminya hanya menumpangkan seorang kenalan lama yang tinggal berjiran dengan emaknya dan sudah hampir dua tahun hidup menjanda setelah kematian suami akibat kemalangan.

Dari situlah segalanya bermula, dan jiran aku ni mula merasakan ada sesuatu yang tak kena dengan suaminya.Kalau dulu tiap-tiap hari dia akan balik ke rumah tapi sekarang seminggu sekali.

Duit belanga rumah cuma beri seratus untuk sebulan, kadang-kadang satu hari sahaja dalam seminggu makan nasi belaukkan ikan, sambil menangis dia menceritakan.

Kalau suaminya mampu dan cukup memberi keperluan di rumah juga perbelanjaan sekolah anak-anak,jangan kata nak kahwin dua, kahwin empat pun dia izinkan.

Yuran sekolah anak-anak pun masih ada yang tertunggak. Jiran aku ni mula merancang sesuatu dengan kakak iparnya untuk mengintip pergerakan suaminya.Barulah dia tahu bahawa suaminya bermain kayu tiga dengan janda tu.

Si isteri mulalah berjumpa dengan beberapa orang bomoh yang dicadangkan oleh keluarga sebelahnya dan juga sebelah ipar duainya tetapi dirahsiakan dari pengetahuan emak mertuanya.

Rasanya dah beratus-ratus duit habis seperti mana yang diberitahu tapi suaminya masih macam tu juga malah sekarang dah berkahwin dengan menggunakan ejen sendikit nikah palsu, itulah yang diberitahu pada aku dan kesnya dibawa ke mahkamah syariah.

Dengan niat untuk menawan semula suami dia sanggup berbuat apa saja tanpa mengira akibat dikamudian hari sampai sanggup melakukan dosa.

Bomoh yang dia jumpa ni boleh melakukan apa saja semuanya terpulang kepada orang yang memerlukan perkhidmatannya macam dalam filem Thailand yang aku tonton katanya.

Ceritanya lagi bomoh tu ada memberi suatu barang iaitu sehelai kain kuning yang tertulis beberapa ayat dan di tanam di tempat yang membolehkan suaminya melangkah benda itu.

Katanya lagi bomoh itu akan menghantar suruhannya untuk memantau suaminya jika dia balik ke rumah. Jiran aku ni kata lagi jika suruhan bomoh itu datang dia akan mendengar seolah-olah ada sesuatu yang mengetuk pintu rumahnya, kalau tidak pintu depan, pintu belakang atau pun dia mendengar seperti ada sesuatu yang sedang berjalan di atas bumbung rumahnya.

Eh...seram aku mendengarnya, mendengar aje ceritanya aku teringat apa yang berlaku pada aku beberapa minggu yang lalu. Manalah tau benda tu suka-suka nak mendengki aku tengah-tengah malam nak buat kerja overtime. Sejak hari tu aku rasa seram-seram sejuk bila tiba waktu malam.

Kalau kanda balik lewat aku akan angkut anak-anak aku tidur dalam bilik aku terpaksalah kanda tidur di bilik shafiq. Lampu pula semua aku buka biar terang, mata ni kadang-kadang buat hal juga taknak tidur-tidur puas aku pejam, hampir seminggu aku berkelakuan begitu. Lama-kelamaan aku fikir tak boleh jadi macam ni, inikan rumah aku kenapa aku perlu takut, ALLAH kan ada.

Alhamdulillah segalanya kembali seperi sedia kala.
Apapun yang berlaku atau akan berlaku segalanya telah di tentukan olehNya, jadi kita atau diri aku sendiri kenalah banyak-banyak bersabar jika diuji sedemikan rupa. Muhasabah diri dan perbaiki apa yang kurang dan minta dipermudahkan, jangan sesekali meminta selain dariNya.






Selasa, 24 Jun 2008

SELAMAT HARI JADI

Sebiji kek kejutan dari ayah untuk anakanda

Memotong kek hari jadi

Meniup lilin.. malu-malu pulak


Menyalakan api lilin yang ke 13 tahun mohd shafiq



Adik ipar aku sedang menyediakan kek sebagai kejutan




Selasa, 10 Jun 2008

DUIT RAYA....

Tidak beberapa bulan lagi kita akan menyambut bulan Ramadan, lebih kurang tiga bulan lagi, awal bulan sepuluh Insyallah Aidil Fitri akan menjelang. Tiga bulan bukanlah jangka masa yang panjang, pejam celik dah sampai. Dalam masa nilah aku merancang perbelanjaan untuk menyambut raya. Setengah orang kata terlalu awal, tapi pada aku yang tak berkerja ni, yang takada hasil pendapatan dan hanya bergantung pada kanda yang mencari nafkah, perlu bagi aku merancang perbelanjaan lebih awal lagi. Duit untuk persiapan rumah, seperti kain langsir, perlu di beli lebih awal sebab kain langsir lebih mahal dan perlu ditempah lebih awal, begitu juga dengan kain ela untuk kaum lelaki.Di tempat aku biasanya hari pertama bulan Ramadan tempahan untuk baju melayu dan baju kurung sudah tidak diambil lagi.Aku beli awal kain dan menepahnya bila dah hampir nak puasa nanti.
Aku biasanya membeli baju kurung yang sudah siap dijahit,jadi aku tak perlu mencari kain atau pergi menepah baju.Bila sebut pasal baju raya, kanda akulah yang paling gairah sekali, mana taknya dia paling suka pakai baju sedondon warnanya. Awal-awal lagi dia dah tanya raya tahun ni nak beli baju melayu warna apa. Pening juga kepala aku memikirkan warna apa yang nak di beli.Aku paling suka pasal kanda aku ialah tiap-tiap tahun mesti tukar baju melayu, tahun ni warna lain,tahun depan warna lain.
Bila baju melayu dah banyak, setiap hari jumaat macam hari raya, kalau boleh dia nak pakai samping sekali.Sebenarnya bukan apa, dia hendak kalau boleh pada hari raya pertama hendak pergi sembahyang raya dengan baju yang baru dan kemas.Kalau nak tahu hari raya pertama kanda aku akan pakai baju melayu sepanjang hari, hari raya kedua baru tukar baju lain.
Itu baru tentang baju raya yang perlu ditempah, baju yang siap biasanya aku beli bila dah hampir nak raya begitu juga dengan kuih raya.Kalau pasal menghias rumah, lagi dua tiga hari nak puasa aku dah sibuk mengemas, nanti kalau dah puasa baru nak mengemas kasihan anak-anak yang membantu keletihan. Mengecat rumah aku dan kanda lakukan pada malam hari selepas berbuka puasa. Walau apa sekali pun yang paling mustahak sekali sekarang ni ialah menabung, kata orang sikit-sikit lama-lama jadi bukit.
Dan aku rasa nak cari duit rayalah, rasanya nak jual kain tudunglah.Sekarang ni dah ada macam-macam jenis kain tudung, tapi di tempat aku biasanya diorang pakai kain tudung bawal berbatu. Nak berbincang dulu dengan kanda sebab aku nak buat pinjaman dengan dia. Harap-harap kanda setujulah.Bukan aku yang pergi berjual tapi aku akan beri pada adik ipar aku yang berkerja di Jabatan kerajaan, mak mertua aku yang berkerja sebagai pengusaha kantin sekolah juga kawan-kawan yang berkerja di sektor perkilangan. Bukan bayar secara tunai tapi secara hutang dua, tiga atau empat kali bayar. Kalau dikira nak raya nanti baru mereka habis membayar.
Harap-harap aku berjaya walaupun untungnya tak sebanyak mana tapi dapat jugalah membeli keperluan aku sendiri Insyallah mudah-mudahan.Apa pun yang penting aku bersyurkur dan berbangga kerana dapat membuat sesuatu yang aku suka dengan seikhlas hati.

Isnin, 9 Jun 2008

JAHANAM

Tentang Jahanam, dirawikan dalam sebuah hadis: "Bahawa Jahanam itu hitam pekat. Tidak ada cahaya atau kilatan. Ada tujuh pintu. Di setiap pintu ada tujuh puluh ribu gunung. Di setiap gunung ada tujuh puluh ribu bukit dari api. Tiap bukit ada tujuh puluh ribu celah. Tiap celah ada tujuh puluh ribu jurang dari api. Dalam tiap jurang ada tujuh puluh ribu kalajengking. Tiap kalajengking ada tujuh puluh ribu ekor. Tiap ekor ada tujuh puluh ribu sengat. Setiap sengat ada tujuh puluh ribu racun. Pada hari Kiamat tutupnya dibuka.Asapnya mengepung kanan dan kiri belakang, bawah, atas manusia dan jin. Ketika mereka melihatnya, mereka lemas dan menjerit: "Tuhan, selamatkanlah aku!"
RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL

Selasa, 3 Jun 2008

SALAHKAH IBU DERHAKAKAH ANAK

Sejak akhir-akhir ni banyak aku dengar tentang kehilangan kanak-kanak.Di tv di radio juga di media-media cetak semuanya menceritakan topik yang sama.Bermacam usaha yang dijalankan oleh pihak berkuasa dan juga pelbagai cadangan yang diutarakan oleh mereka-mereka yang cerdik pandai tak kurang juga yang hendak membantu dengan memberikan maklumat yang benar dan juga yang tak benar, tapi tunggulah akibatnya nanti dah terbukti.




Berat mata memandang berat lagi bahu yang menggalasnya. Ibu bapalah orang yang tak keruan, terutamanya sang ibu yang mengandung dan melahirkan, bersekang mata merawat anak dikala sakit tiba-tiba anak yang ditatang bagai minyak yang penuh hilang sekelip mata. Tak kurang juga cerita tentang remaja yang lari dari rumah kerana memberontak terhadap kedua orang tua atau mengikut kekasih hati, kalau warga tempatan takpe juga ni warga asing atau PATI. Siapa yang merana dan terseksa? kalau bukan ibu dan bapa.




Di rumah orang tua-tua lain pulak ceritanya. Orang-orang tua yang tersisih dan disisih oleh anak-anak, menanti dan berharap agar suatu hari nanti ada sinar bahagia yang menyelubungi hidup mereka sekeluarga bersama-sama anak-anak, menantu dan cucu-cucu yang disayangi.Paling tak pun menumpang kasih sayang seketika cuma dari orang-orang yang berkunjung.






Tapi cerita yang nak aku kongsikan bersama ni agak pelik sikit, ianya di ceritakan oleh sahabatku.Begini...seorang ibu dalam lingkungan pertengahan lima puluhan dan suami dalam lingkungan awal enam puluhan.Si suami berkahwin dua, isteri muda diberi sebuah kedai makan untuk menampung hidup untuk membesarkan anak seorang dan tinggal di rumah sewa di sebuah taman perumahan di tengah bandar.Isteri tua tinggal di sebuah felda dengan hasil kebun.Si suami sudah tidak berkerja lagi, siang di rumah isteri muda malam di rumah isteri tua.Pasangan suami isteri ini selalu sakit-sakit iaitu suami dan isteri tua.Rumah isteri tua dah uzur hampir menyembah bumi, itu menyebabkan suami kadang-kadang seminggu sekali baru balik.






Semenjak suami berkahwin lain hidup isteri seolah-olah macam dunia dah kiamat hilang segala kecerian di wajah siang dan malam asyik memikirkan suami yang tak balik.Keadaan rumah yang sempit tidak menghalang dari anak-anak dan cucu datang bermalam ke rumah atuk dan nenek mereka.Kalau dikira sudah hampir belasan tahun lamanya.Yang di harapkan cuma menantu lelaki kepada anak yang ke tiga, sebab anak pertama, perempuan sudah lama bercerai, anak kedua ikut suami ke Pantai Timur dan anak yang bongsu lelaki tinggal di kuala lipis pahang.Jadi segala masalah terpaksa meminta bantuannya lagi pun anaknya tak berkerja, walau pun anak perempuannya tak berkerja hidup mereka boleh dikatakan senang berbanding dengan anak yang lain kerana menantunya seorang yang kuat berkerja dan rajin.Kalau balik ada saje kerja yang nak disuruhnya, suruh itulah inilah tapi menantunya tak pernah merungut walau pun penat dalam perjalanan belum hilang.Perjalanan ke rumah ibu mertuanya mengambil masa tiga jam perjalanan mana penat baru balik dari kerja lagi, maklumlah lepas kerja terus aje bertolak.




Tapi yang membuat hati anak sedih kerana sikap ibu yang sentiasa berubah-rubah kadang-kadang senyum gembira menyambut kedatangan, pada masa yang lain menyahut salam yang cucu beri di depan pintu pun tak kedengaran, nak buka pintu pun ambil masa yang lama seolah-olah macam tak nak beri masuk, anak merasa malu kepada suami dengan sikap ibu.Tapi apa nak buat itu adalah ibunya.Pada suatu hari suami jatuh sakit koma di hospital selama beberapa minggu.Ibu itu tinggal di rumah anak ketiga kerana hospital hampir dengan rumahnya.Ibu asyik bertanyakan tentang perabut, jubin, berapa kos buat rumah dan sebagainyaMenantu pun sibuk selepas kerja hantar ibu mertua ke hospital, begitulah seterusnya pelbagai bantuan yang di berikan, sehinggalah menantu ini membantu dalam proses pemohonan rumah untuk warga felda yang belum lagi merubah bentuk rumah felda yang lama.Menantu membantu meroboh dan membersihkan rumah yang telah dirobohkan dan sebagainya sehingga demam menantu ni. Barang-barang di rumah lama diletakkan di rumah belakang, jadi makin sempitlah jadinya.Bila anak dan menantu ni balik mereka tak tidur di sana mereka menginap di hotel kerana menantu kurang selesa dengan anak yang ramai dan ada yang masih kecil lagi.


Sampailah masa rumah yang dijanjikan pun siap pada masa tu bapa mertua dah enam bulan pulih dan keluar hospital.Ibu mertua ni berkali-kali telefon supaya anak dan menantu ni balik, dan membantu mengemas, anak merasa kurang senang dengan sikap ibu dan merasa serba salah nak memberi tahu suami niat sebenar ibunya.Ibu ini ceritalah macam-macam, nak pinjam duitlah nak pasang jubin, nak pasang penghawa dingin, dah tak payah menginap di hotel lagi, rumah yang baru pun dah macam hotel dan sebagainya.Kebetulan kewangannya menghadapi sedikit masalah.Anak berdalih kalau belum berkemas tak usahlah balik tunggu hari raya baru balik, sebabnya adiknya yang di kuala lipis akan balik menetap disana jadi biarlah dia yang mengemas pulak.Tapi anak tak sampai hati, sebelum bertolak disuruh anak telefon nenek beri tahu nak balik.


Mungkin ibu merasa berkecil hati. Sampai sahaja cucu merasa gembira melihat rumah baru, berlari mendapatkan nenek, tapi salamnya tak bersahut, lama juga anak, cucu, menantu tunggu di luar baru nenek muncul membuka pintu setelah beberapa lama mencari-cari kunci.Soalan yang anak dan cucu tanya pun tak di jawapnya.Satu hari di rumah menantu membawa anak-anak pergi jalan-jalan di pantai sambil memancing ikan sampailah malam.Sepanjang hari tu ibu tak banyak bercakap dengan si anak, asyik melayan suami dan sungguh ceria sekali, dengar cerita sang suami dah selalu balik ke rumah.Esoknya anak berterus terang dengan ibu, mengapa ibu bersikap begitu terhadap mereka, ibu marah, kalau tak suka tak payah balik tunggu kalau aku mati nanti baru balik.Anak berkata bukan begitu maksud anak, dia pun tahu hukum ALLAH tapi apalah salah berhenti sekejap memikirkan diri sendiri cuba fikirkan perasaan anak, kalau taknak pun fikirlah perasaan menantu. Ibu ni sebenarnya tak boleh di tegur apa yang dibuat, anak-anak yang lain pun dah beberapa kali bergaduh besar dengannya, tapi baik kembali, dengan anak ni belum pernah,baru sekali ni, dan tak pernah meminta duit dari ibunya kalau dibandingkan dengan anak yang lain.


Waktu nak pulang ibu asyik berkurung dalam bilik tak nak keluar walau dipanggil oleh cucu yang nak bersalam, kasihan cucu terpinga-pinga tak tahu hujung pangkal.Dalam perjalanan balik sang suami melepaskan marah pada isteri kerana kecewa dengan sikap ibu mertua.Begitulah yang di ceritakannya.


Ada ke ibu yang tak suka melihat anak datang melawat? Ada ke ibu yang hanya bahagia setelah apa yang diimpikan tercapai? Rumah baru dan suami yang selalu balik ke rumah. Bagaimana anak nak menangani ibu yang sebegini?Jikalau ada pembaca-pembaca di luar sana tersesat masuk ke dalam blog ni bolehlah berikan beberapa pendapat.






































SERONOKNYA.......CUTI

Cuti kali ni menghabiskan masa di rumah.

Ketika cuti awal tahun di Gerden Hotel Batu Pahat.

Seronoknya cuti.... bukan saja anak-anak yang menyebutnya, mak anak macam aku ni pun sama.Berehat seketika dari mengurus anak yang bersekolah, menghantar dan mengambil, tapi lain pula yang tambah, kerja rumah.....Mana taknya semua anak-anak ada kat rumah, tak menang tangan aku asyik memasak, pagi sarapan, makan tengah hari, minum petang kemudian bersiap untuk makan malam pulak, alah bisa tegal biasa.





Biasanya aku dan kanda akan membawa anak-anak pergi bercuti apabila cuti panjang akhir tahun saja kalau cuti seminggu atau dua minggu ni kami akan menyediakan aktiviti untuk mengisi masa lapang. Misalnya cuti kali ni kanda aku dah merancang membawa anak-anak pergi balik kampung untuk memancing sambil melawat atuk dan nenek mereka.





Bila sebut pasal cuti ni aku paling tak suka bawa anak bercuti di tepi pantai atau berkelah di air terjun, bukan apa aku takut perkara yang tak diingini berlaku, takut anak-anak ku lemas walaupun dah diberi jaminan. Pernah ketika bercuti di PD pada penghujung tahun lepas, sepatutnya kami dah daftar masuk di rumah peranginan TNB di Teluk Kemang tapi anak-anak aku sibuk nak pergi mandi laut dulu, kanda dengan niat tak nak mengecilkan hati anak, terpaksa pergi tambahan pula undian tak memihak kepada ku,aku terpaksa bersetuju. Apa lagi sampai aje ke pantai berlari anak-anakku mengejar pantai, aku hanya memerhatikan dari jauh aje. Yang buatkan aku geram tu, aku ingatkan kanda nak melayan anak-anak di pantai, rupanya dia duduk dan hanya memerhatikan dari jauh aje.





Apa lagi terjerit-jeritlah aku memanggil mereka supaya berhati-hati, perasaan cemas tak henti-henti macam nak gugur jantung ni, nak pergi dekat, shaqira tak ada siapa nak jaga, si kanda aku ni dah lama terlena dibuai mimpi indah sambil ditiup angin laut china selatan, macam penat sangat aje memandu dari Johor ke PD.Satu lagi yang buat aku tak berkenan dengan pantai ni ialah pasirnya yang halus melekat di pakaian, kalau nak cuci kena pastikan pasirnya benar-benar hilang baru boleh masuk dalam w\m.



Pada masa tu lama juga aku bercuti adalah dua hari tiga malam puas juga anak aku bercuti,tapi di kondo TNB segalanya lengkap tak payah keluar untuk berhibur.Kolam renang, pusat karaoke, mandi sauna, gim, pusat permainan, gelanggang tenis dan banyak lagi semua tersedia dan bayarannya pun murah,memang disediakan untuk pekerja-pekerja TNB. Aku pun tak payah risau akan keselamatan anak-anak, ada pengawal yang menjaga ketika di kolam renang.



Kota Tinggi bukan saja terkenal dengan pantai Desarunya yang cantik tapi kesejukkan air terjunnya juga memukau hati.Dari rumah bonda cuma mengambil masa satu jam perjalanan, tapi kenapa hati ni tak begitu tertarik untuk ke sana, walau pun keadaannya lebih bersih dari mandi laut.Sebabnya senang aje tentulah keselamatan walaupun ada pengawal penyelamat disediakan, kalau dah seronok mandi ingat ke keselamatan, hati aku ni yang tak aman tengok anak seronok mandi. Bercuti pun tak rasa kalau hati tak aman.Ada suatu masa tu sampai tiga orang budak lemas bergilir-gilir, aku yang duduk kat tepi menjerit minta tolong, lepas kejadian tu aku tak beri peluang anak-anak aku mandi jauh dari aku.



Itulah antara pengalaman aku ketika pergi bercuti pada masa cuti sekolah.Kalau cuti yang pendek pula kalau tak kemana-mana, aku akan membahagikan tugasan kepada anak-anak aku, itupun kalau aku tengok dia orang macam dah bosan jer.Shafiq buang sampah dan moop lantai, shafiqa basuh kain, sidai dan sapu sampah di anjung, aku pula macam biasa masak dan menyapu sampah dalam rumah, kerja tambahan untuk shafiq cabut rumput.Seronok tengok anak-anak berkerjasama membuat kerja rumah.


Yang pasti walau apa pun yang kita lakukan pada masa cuti sekolah niatnya adalah satu untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan.










Isnin, 2 Jun 2008

CUTI SEKOLAH


Abang dengan kakak sibuk siang ikan.Chef Shaqira cilik ambil giliran memasak.


Ikan kecil pisau gergasi



Teknik siang ikan yang dicipta oleh Shafiq.




Tangis sedih mengenang hasil tangkapan yang terkorban ditangan sendiri.





Shafiqa siang ikan hasil dari kailnya sendiri.


Minggu pertama cuti persekolahan sudah pun berlalu, aktiviti anak-anakku adalah memancing, tapi sayang sekali aku tak dapat merakamkan.Aku hanya duduk di rumah bersama dengan shaqira, di rumah bonda
.Memang niat kami sekeluarga balik ke kampung untuk pergi memancing.
Aku tak ikut serta kerana keadaan cuaca yang tidak mengizinkan.
Cuaca tak menentu sejak dalam perjalanan balik ke kampung lagi, hujan renyai-renyai kadang-kadang lebat, tapi tak mematahkan semangat kandaku dan anak-anak, mereka masih hendak pergi memancing juga,dah ku tegah tapi tak jalan.

Almaklumlah sehari sebelum bertolak mereka dah bersiap sedia dengan pancing masing-masing.Dah baiki pancing, juga menyediakan peralatan yang diperlukan.Kanda ditugaskan mencari cacing sebagai umpan,bersemangat sungguh.Siddiq pun ada pancing sendiri,boleh ke anak aku yang berusia lima tahun ni menaikkan ikan? Dengar cerita kailnya pun mengena....alamak mesti bising mulut dia,kegembiraan.

Mana taknya sampai saja di rumah masing-masing sibuk cerita tentang apa yang mereka lalui.Tempat yang mereka pergi tu taklah jauh sangat dengan rumah bonda aku dan nama Tanjung Sedili pun bukan asing bagi aku sebab aku bersekolah di sana dulu.Selepas balik dari memancing aku pun bersiap untuk pulang ke Layang-Layang.

Dalam kereta masing-masing menyepikan diri kepenatan.Keesokan harinya di rumah tugas menyiyang pun di lakukan oleh anak-anakku.Aku kata, kalau malas nak siang ikan lain kali tak payah pergi menancing lagi, tu yang mereka semangat siang ikan hasil tangkapan mereka.

Akulah yang goring, petang kanda balik sibuk tanya dah masak ke ikan tadi? Amboi... bukan main selera lagi macam makan daging kijang.Ialah seharian berpenat lelah tibalah masa menikmatinya.Yang mengelikan hatiku apabila Shafiq merasakan dirinya terlalu kejam nak menyiyang ikan.

Tu yang duduk relex sekejap di tangga, menenangkan fikiran, sampai dia tak menyentuh pun ikan yang siap digoring.Minggu kedua cuti persekolahan adalah masa untuk menyediakan persiapan untuk memulakan hari persekolahan.Kasut perlu dibasuh, baju perlu digosok, tugasan sekolah perlu di pastikan siap.

Apa pun aktiviti yang dilakukan masa cuti sekolah perlulah dilakukan bersama-sama ahli keluarga.Ibu bapa perlu meluangkan masa bersama anak-anak walau sesibuk mana sekali pun.Tak semestinya pergi bercuti di tempat-tempat peranginan, lakukan mengikut kemampuan masing-masing walaupun tak mengeluarkan perbelanjaan.
Fikirkan sesuatu yang lebih bermakna.