CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Rabu, 30 Julai 2008

BLOGGER KELAS II...?

Aku ada terbaca seseorang yang menyatakan blogger kelas ll. Apa yang di maksudkan blogger kelas ll tu..? Apa blogger pun ada kelas juga ker ? Dari segi apa pengkelasan ini di nilai..? Tahap pendidikannya, ulasan yang diberikan, isu-isu yang diketengahkan di dalam blog atau tahap pemikirannya ? Kenapa perlu ada pengkelasan ini ?

Sebenarnya kita semuanya sama di dunia ini, tak perlulah ada pengkelasan. Setiap manusia dianugerahkan kelebihan dan kekurangan. Kalau kita boleh menerima segala kelebihan yang di berikan kita juga perlu terima segala kekurangan dengan keredhaan. Kelebihan yang diberi adalah dengan keizinanNya jua, kenapa kita selalu melihat kekurangan sebagai ujian atau dugaan. Bukankah kelebihan itu juga merupakan ujian dariNya. Harus dipergunakan dengan sebaik mungkin, bukan untuk mendabik dada dan menyatakan bahawa akulah yang pandai, aku diatas engkau di bawah atau sebagainya. Sistem kasta di India pun ditentang. Tidak selamanya kita akan berada di atas, hidup ini umpama roda. Hari ini kita di atas esok lusa kita mungkin di bawah dan di bawah tidak selamanya berada di bawah. Seorang pemimpin juga harus mendengar suara rakyat tak mengira bangsa, agama, keturunan dan darjat seseorang. Ianya perlu didengar dan diperhalusi hingga ke akar umbi. Hanya yang membezakan manusia sama manusia dan manusia dengan haiwan adalah keimanan dan kewarasan fikiran.

Aku sesungguhnya bersyukur dengan apa yang dianugerahkan. Yang paling penting aku tahu siapa aku sebenarnya, sedar diri walau di mana aku berada, sesuaikan diri dengan khalayak mana aku bergaul dan juga bertanya sekali bukan bererti bodoh selamanya. DI SISINYA KITA SAMA SAJA

KANDAKU AMBIL UJIAN...?

Kalau bergambar ngalahkan Rosham Nor. Dah beri amaran, kalau nak posting beri gambar yang handsome jer...

Minggu lepas kanda aku terima surat tawaran dari ibu pejabat TNB Kuala Lumpur untuk melayakkan kanda mengambil ujian kenaikan tangga gaji dan temuduga di ILSAS Kajang.Kira-kira dalam pukul 10 malam tadi kanda bertolak ke Melaka untuk bermalam di rumah adiknya, esok pagi baru bertolak ke Kajang. Rasa-rasa mengambil masa lebih kurang tiga jam perjalanan ke Melaka dari Johor, pukul satu nanti sampailah tu. Hari ni satu hari suntuk kanda melayan Siddiq dan Shaqira, pusing-pusing naik motor kemudian pergi servis kereta tukar minyak hitam. Puas rasanya anak-anak aku bermain dan menghabiskan masa bersama ayahnya.Alhamdulillah... aku dapat bersuamikan orang yang bertanggung jawab.Sebelum pergi dia dan siapkan segala keperluan di rumah, belikan aku lauk untuk di masak esok, supaya aku tak perlu pergi ke pasar, pam tayar dan isikan minyak kereta aku...tq.....juga melayan anak-anak supaya mereka tak rindu bila ayah mereka tak ada.Kanda aku biasanya memang tak pernah lekat di rumah, tapi anak-anak tahu bahawa ayah mereka ada dan hanya keluar berkerja.Tapi mereka rasa lain kalau ayah mereka keluar jauh dari kebiasaan. Aku berharap semoga kanda dapat menjawap ujian dengan baik sekali.Aku yakin dia boleh lakukan sebab kanda aku sangat komited dengan kerjanya, sentiasa up gred dalam melakukan tugasan yang diberi. Sungguh dia cintakan dunia elektrikel, sampai dia buat kerja part time pun berkenaan dengan elektrikel. Sampai kalau ada rumah yang terputus bekalan elektrik tengah-tengah malam pun panggil kanda, ada juga yang plug rosak pun panggil juga, dapatlah sepuluh dua puluh ringgit.Tapi sekarang kanda dah malas nak buat kerja yang kecil-kecil ni, kalau ada kerja diberikan kepada kekawan yang mahu membuatnya. Sekarang kanda ambil kerja dari tukey-tukey cina, yang mana mereka nak buka kolam ikan perhiasan, mereka panggil kanda aku untuk tanam tiang atau tarik servis. Alhamdulillah... perigi satu kenalah kerja lebih sikit. Lagi pun gaji kanda dah sampai dinding, jadi kenalah pergi untuk naik tangga gaji.


Apa-apa pun semoga selamat sampai dan selamat kembali kepangkuan kami sekeluarga. AMIN...

Selasa, 29 Julai 2008

AKU...? ADALAH AKU

Sejak negara digemparkan dengan kes liwat DSAI dan sebelum itu tentang pembabitan DSN dan isteri dengan kes pengeboman wanita mongolia dan juga kisah perdebatan antara Menteri Penerangan dengan DSAI aku seakan lupa dengan blog aku sendiri. Setiap masa kelapangan akan ku layari blog-blog yang memperkatakan tentang hal-hal itu juga tentang arus politik negara.Pelbagai ulasan-ulasan yang diberikan semuanya amat menarik minat aku, aku begitu tertarik sekali. Semuanya melontarkan pandangan dan pendapat masing-masing mengikut fakta atau pendapat peribadi. Tak kurang juga yang terlalu emo, sehingga memberi komen yang kurang sedap didengar dan terlalu kasar, tapi tak ape, semua orang berhak untuk berkata apa saja. Kadang-kadang tu kalau sehari tak sempat membaca blog tersebut rasanya macam tak mandi. Aku biasalah.... hanya menbaca untuk mengisi masa lapang sambil mengetahui berita-berita terkini. Kalau nak memberikan ulasan tentang arus politik negara rasanya tak kot...takuuut...takut terkeluar dari tajuk. Di blog aku, aku bukan bercerita tentang dunia politik, tapi bercerita tentang dunia kehidupan yang sebenar dari kaca mata seorang suri rumah dan ahli masyarakat. Dari ruang lingkup yang lebih kecil, tapi...jangan sangkal keujudan kami, kerana kami...kami..kami... inilah yang bisa mengecilkan kadar siosial di negara ini. Aku ada juga rasa segan dengan blog aku ni, sebab macam karangan bebudak sekolah jer, orang nak baca pun tak berselera. Aaahhh...itu tak penting yang paling penting inilah... aku, dan inilah duniaku, aku tak hipokrit. Aku ni berlajar tak tinggi mana setakat spm jer itupun pangkat 2 jer sekolah aje yang tinggi empat tingkat, tapi tak per dah setakat tu jer yang aku mampu.Anak-anak kan ada bolehlah mereka meneruskan perjuangan yang belum selesai tu. Biarlah orang-orang yang berhak, berkata tentang politik ni, aku ni hanya tempilan jer. Tapi aku tetap suka dengan dunia politik, sssebbbab aku adalah bekas bendahari wanita umno di tempat aku eehh...eh..eh...aku baru melepaskan jawatan, sebab aku setuju dengan kanda kerana masanya belum sesuai untuk aku menceburkan diri dalam dunia politik, anak-anak dan keluarga masih memerlukan perhatian yang kusus dari aku. Perjalanan masih jauh dan masih ramai lagi orang yang mempunyai kelapangan untuk meneruskan dan aku tidaklah terlalu ghairah mengejarnya.
Wassalam...