CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Ahad, 31 Ogos 2008

RAMADHAN OH RAMADHAN

Puas ku pandang...
ku renung...ku selami...
yang tersurat dan tersirat...
siapakah gerangan...
si tubuh kecil..
menjamah sisa-sisa..
hiba...tersentuh rasa..
baginya..
hari berlalu..ramadhan tiada beza
kita di sini...anak kita
melimpah ruah...ramadhan menjelma..
merasai sama si tubuh kecil..
walau sepurnama cuma..
nikmat...keperitan sama dirasa...
ingat pada yang tiada...
ramadhan mengajar..
erti dunia...
ramadhan oh ramadhan..
kau tiba ku gembira..
nukilan: naz ilyn

Sabtu, 30 Ogos 2008

LAUNGAN MERDEKA....MERDEKA....MERDEKA....

LUAH RASA MALAM MERDEKA

Aku merasa terkesan dengan apa yang dikatakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi diakhir perbentangan bajet 2009 pada hari jumaat lepas.

Apa yang beliau katakan ada kebenarannya. Yang perlu sebagai seorang warganegara Malaysia yang berbangsa melayu dan beragama Islam...berlapang dada...memberi sedikit ruang untuk minda dan iman berbicara...merungkaikan apa yang dikata.

Janganlah membatukan hati...menepis sebelum memberi peluang...jadilah seorang pendengar yang baik hanya untuk seketika...

Tak kiralan siapa yang menerajui negara...yang penting sebagai seorang pemimpin yang memimpin dan mengalas tanggungjawab perlu melakukan dengan sejujur, seikhlas, dan berpandukan acuan Al Quran. Insya Allah rakyat akan menerima dengan hati yang terbuka.

Kalau kita sesama kita asik berbalah sesama sendiri...bagaimana rakyat nak dimakmurkan...bagaimana negara dapat dibangunkan...kalau sering kali diganggu...

Janganlah terlalu gelojoh...janganlah terlalu mendesak...janganlah terlalu extreme...bersabarlah...bersabarlah...redakan rasa amarah...bersabar bukan bermakna kita berada dalam kerugian...bersabar adalah makanan iman...tak lari gunung yang dikejar...Insya Allah...

Rakyat masih boleh bersabar asalkan kemakmuran, keamanan dan ketenteraman negara dipelihara. Rakyat masih boleh lagi mencari makan untuk meneruskan kehidupan.

Budaya politik yang keterlaluan merugikan kita, malah menjejaskan kemakmuran negara. Jika kerajaan sekarang ini sudah tidak relaven...buktikan di PRU13 dengan cara yang lebih demokratik dan bukan dengan merampas mandat rakyat.

Mungkin apa yang berlaku ada hikmahnya...ketentuan yang telah ditentukan olehNya... kemenangan besar DSAI membuka minda dan fikiran kerajaan untuk lebih perihatin terhadap keperluan dan kehendak rakyat. Janganlah kita mengadu domba pula...terima dengan rasa syukur Alhamdulillah...perbuatan yang baik janganlah dicari salahnya...

Apa yang telah terjadi sudah pun terjadi... DSAI telah membuktikan kewibawaannya. Yang tinggal sekarang tanggungjawab kita untuk merapatkan semula jurang antara kita. Kita bersaudara... Adam dan hawa ibubapa kita. Berhentilah seketika dari memikirkan perkara-perkara yang lain. Berfikirlah dari sudut seorang mukmin yang hidup di muka bumi Allah ini.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Dan Selamat Menyambut bulan Ramaddan.

Wassalam

20 KESILAPAN ISTERI

BISMILLAHIRRAMANIRRAHIM
Isteri yang gemilang merupakan hiasan dalam jiwa dan minda seorang suami. Senyumannya menyerikan lagi semangat dan perjuangan dalam mengharungi bahtera rumahtangga. Isteri yang ingkar bagaikan duri dalam daging, menusuk setiap gerak nadi, memamah jiwa dan raga, serta menularkan bahang keresahan dan penderitaan.
Isteri yang mengabaikan tanggungjawabnya akan menghancurkan harapan seorang suami.Agama Islam menganjurkan agar isteri mematuhi segala perintah suami jika berada di jalan yang diredhai. Sesungguhnya kerderhakaan kepada suami yang soleh bererti menderhaki Allah dan Rasulnya.
Di bawah ini ada saya titipkan :
1) Mengabaikan hak kekuasaan suami.
2) Menentang perintah suami.
3) Enggan memenuhi keperluan seksual suami.
4) Tidak mahu menemani suami tidur.
5) Memberatkan beban belanja suami.
6) Tidak mahu bersolek untuk suami.
7) Merosak kehidupan agama suami.
8) Mengabaikan kepentingan suami.
9) Keluar rumah tanpa izin.
10) Melarikan dari rumah suami.
11) Menerima tamu lelaki yang tidak disukai suami.
12) Tidak menolak disentuh lelaki lain.
13) Tidak mahu merawat suami ketika sakit.
14) Puasa sunnah tanpa izin suami saat suami di rumah.
15) Menceritakan bentuk fizikal wanita lain kepada suami.
16) Menolak kedatangan suami memenuhi gilirannya.
17) Mentaati perintah orang lain di rumah suami.
18) Menyuruh suami menceraikan madunya.
19) Minta cerai tanpa alasan yang sah.
20) Mengambil harta suami tanpa izinnya.
Semoga apa yang tertulis di atas dapat memberikan pedoman bagi saya dan isteri-isteri di luar sana dalam berbakti kepada keluarga, untuk menuju kebahagian di dunia dan akhirat, insya Allah.

Khamis, 28 Ogos 2008

DIALOG.......DI PASAR AWAM

Hari ni aku ke pasar.....rasanya dah lama aku tak ke pasar....selalunya kanda yang pergi sebelum pergi kerja.
Ini yang sempat aku perhatikan.........

Penjual ayam : Anuar menang.........minyak turun 50sen

Pelanggan Cina : Ah.........sama jer ma.......kalo mau menang cakap per pun boleh

Penjual ikan : Betoilah........lepas menang mampossslah ko

Penjual ayam : Dia tak jadi PM bolehler cakap....tengok kalo dah jadi PM nanti....

Penjual ikan : Siapa pun sama jer.... harga barang tetap naik gak.....yang penting kita mau pembaharuan

Penjual ayam : Tapi.........tengok kat Thailand tu... terok sekarang...huru hara

Pelanggan melayu : ( dengan emosi dan nada yang tinggi ) Buat per pembaharuan....kalo asik berperang jer...sikit-sikit gaduh....pembaharuan kita nak gak tapi jangan ler asik nak berbalah jer..camni tak boleh ler ....bla...bla...bla.....

Pelanggan Cina : Kalo camni awak jer ler menang........( cakap ngan penjual ayam ) nanti harga ikan turun........

Penjual ikan : Ni tak boleh layan ni.... nanti tak jadi jual ikan...

Penjual ikan : Sembilan ringgit........terima kasih.. saya jual...

Aku : Nak masak ape ikan ni eekk...

Rabu, 27 Ogos 2008

MENANG JUA AKHIRNYA...........

Berita yang hangat di pasaran.....Pilihanraya di Pematang Pauh telah menyaksikan kemenangan berpihak kepada DSAI, dengan mejoriti besar malah lebih besar dari undi yang diraih oleh wakil BN.

Di sini tak perlulah aku menulis angka-angkanya sekali sebab semua blog-blog ada tertera. Izinkan aku menulis dengan lirik dan iramaku sendiri.

Melihat kepada kemenangan DSAI, ternyata DSAI tetap menjadi pujaan hati penduduk Pematang Pauh. Ternyata segala isu-isu hangat yang telah dibangkitkan oleh BN tidak membuahkan hasil. Kedua-dua pihak begitu berkerja keras dan berusaha untuk meraih undi tapi..... segalanya ketentuan dariNya........

Bagi pihak BN yang tewas.........ambil sebagai iktibar. Rasanya dengan menghentam dari sudut keperibadian seseorang adalah sesuatu yang tidak lagi boleh diterima pakai. Pendekatan yang wajar dan lebih berkesan adalah dengan mendekatkan diri dengan rakyat yang memerlukan pembelaan dan perhatian secara langsung.

Cuba cari ruang-ruang yang lompang.... yang terlepas pandang atau yang belum diisi oleh PKR....memenangi hati penduduk Pematang Pauh dan bukan hanya membesar-besarkan isu yang sedia ada.

Kemenangan DSAI membuktikan bahawa beliau berada di landasannya yang tersendiri. Penduduk Pematang Pauh begitu yakin sekali dengan merealisasikan di peti undi. Mungkin ada sesuatu di dalam DSAI yang dapat dilihat dengan jelas oleh mereka, yang masih belum dapat dilihat oleh rakyat di negeri Johor misalnya.......

PERSOALANNYA..........

1. Apakah DSAI akan menjadi PM ke 6

2. Apakah seluruh rakyat Malaysia bersedia berganding bahu bersama-sama DSAI membentuk
Malaysia Baru

3. Apakah DSAI akan menjadi ketua pembangkang yang lebih tegas membangkang

4. Apakah persidangan di Parlimen akan menjadi lebih menarik lagi

5. Apakah ini KEMERDEKAAN yang sebenar

Walau bagaimana pun sekalung TAHNIAH diucapkan kepada Datuk Seri Anuar Ibrahim diatas kemenangannya...selamat datang ke Parlimen.....jalankan tanggung jawap anda yang telah dipertanggung jawapkan.

Datuk Arif Shah Omar Shah kepada anda...hikmat anda masih diperlukan...teruskan berhikmat pada rakyat.

p/s Yang sedang menduduki tempat.... jangan alpa dan leka, kerana kuasa tetap berada di tangan rakyat

Isnin, 25 Ogos 2008

ANA MUSLIMAH...

Muslimah...........
malumu mahkota
yang tidak perlukan
singgah sana
kerana ia berkuasa
menjaga diri dan
nama
ketegasanmu
umpama benteng
negara dan agama
dari dirobohkan dan
jua dibinasakan
diri kita
ibarat berlian
lagi dijaga dan
disimpan rapi
lagi tinggi nilainya
dan lagi mahallah
harganya
jangan biarkan diri kita
seperti makanan
yang dijual
di tepi-tepi jalanan
akhirnya menjadi rosak dan basi...
muslimah....
peliharalah aurat dan
maruah dirimu...
titipan: www. iluvislam.com


Rabu, 20 Ogos 2008

OPS LIPAT

Hari ini aku mengadakan ops lipat, setelah seminggu ditangguhkan perlaksanaannya. Rasanya macam nak tercabut urat saraf aku nak menghabiskan tugasan. Tapi Alhamdulillah selesai juga dengan jayanya tanpa bantuan sesiapa.

Operasi bermula seawal pukul 8.30 malam dan berakhir pada pukul 10.00 malam. Mengambil masa kira-kira satu jam setengah untuk menyelesaikannya. Pada mulanya aku ingin memanggil pasukan bantuan tetapi hasrat aku terpaksa dibatalkan atas sebab yang tidak dapat dielakkan.

Banyak juga yang telah terlipat dan dilipat, baru puas hati aku melihat berbaris panjang yang telah siap untuk di gantung dan di susun ke dalam bilik.

Tersimpul rasanya urat kentut, mana tidaknya selama satu jam setengah duduk tanpa bergerak hanya tangan saja yang laju berkerja, bukan apa takut puan kecil yang di dalam bilik menjerit memanggil sebab merasa dahaga.

Satu hal lagi untuk bangun beri dia minum, kerja tengah banyak ni..perlu diselesaikan dengan segera sebelum tengah malam...sebelum semuanya tertidur.

Cuba puan-puan bayangkan setinggi gunung Kinabalu hendak diratakan menjadi dataran. Sekali bangun rasa nak tercabut urat kentut yang tersimpul tadi.

Akhirnya kain baju yang bergunung-gunung dapat dilipat menjadi lipatan yang sungguh menarik sekali, sejuk mata memandang.... macam melihat permandangan yang hijau luas terbentang...

Selasa, 19 Ogos 2008

HARI JADI SHAFIQA





























Rabu, 13 Ogos 2008

KANDA KRUSUS LAGI.....

Selasa, rabu dan khamis, hari-hari yang terpaksa aku jalani bersama anak-anak tanpa kehadiran kanda. Nampaknya kena pergi krusus lagi... kali ni kat Perak nama tempatnya aku lupa, yang aku tahu di pusat latihan tnb di Malim Nawar.

Macam biasalah kalau kanda tak ada kenalah aku ambil alih tugas menghantar anak ke sekolah. Biasanya waktu pagi shafiqa pergi sekolah naik sekali dengan kanda yang hendak pergi kerja. Hari selasa selamat sebab siddiq dan shaqira masih tidur jadi mereka aku tak payah bawa, lagipun aku boleh hantar naik motor aje.

Tapi hari ni aku terpaksa bawa shaqira sebab dia seawal pukul lima dah bangun.Dia terjaga sebab aku bangun untuk bersahur. Almaklumlah dan masuk bulan Syaaban tak lama lagi bulan Ramaddan. Jadi kenalah ganti puasa yang masih belum diganti, rasanya masih berbaki satu hari lagi hari khamis nanti habislah.
Berbalik pada cerita tadi, shaqira yang masih lagi mengantuk tetap mahu ikut aku hantar kakaknya.Semalam petang hari hujan agak lebat juga jadi pagi ni keadaan cuaca agak berkabus dan sejuk. Aku ambil baju sejuk Siddiq dan aku pakaikan pada Shaqira. Tapi sure masih sejuk sebab dia duduk di depan kat bakul motor.. malas betul lah nak keluarkan kereta...
Selalunya kalau naik motor exfive JFQ dia pasti pegang kat cermin sisi tapi disebabkan tarlalu sejuk dia hanya menyandarkan badannya kat aku. Sampai kat rumah dia terus masuk bilik nak tidur balik.

BANGSAKU AGAMAKU......




Apa yang akan aku katakan ini adalah datang dari hati aku sendiri yang cetik ilmu pengatahuan... tapi merasakan ingin melontarkan sesuatu yang ikhlas, yang pasti tidak bersandarkan pada apa-apa rujukan... apa yang tak kena dirasa harap maaf.




Aku begitu tersentap mendengar Menteri Besar Selangor mencadangkan agar dibuka sepuluh peratus kemasukkan pelajar bukan bumiputera ke UiTM. Bukankah UiTM menepatkan pelajar-pelajar dari kalangan anak-anak bumiputera di Malaysia, bagi melahirkan generasi yang boleh mengimbingi bangsa lain? Kenapa beliau tergamak melontarkan cadangan yang sedemikian rupa? Apakah ada segolongan yang meneguk di air yang keruh......sehinggakan beliau rasa terdesak dan terpanggil......? Adakah beliau ingin mendapatkan sokongan dari bangsa bukan melayu bagi menguatkan kedudukannya...?




Bukan begitu caranya.....banyak cara lain yang boleh difikirkan tanpa menyentuh hak-hak bumiputera. Syor yang dianggap wajar dan tepat bagi melahirkan pelajar daripada golongan melayu dan bumiputera yang berdaya saing bukanlah sesuatu yang boleh dijadikan alasan. Janganlah kerana desakan peribadi dan mengagungkan keberkuasaan menyebabkan keistemewaan orang melayu kususnya menjadi semakin tipis. Kita semua sedia maklum bahawa Pakatan Rakyat mendapat sokongan dari golongan bukan melayu, sangat ramai.....kalau tidak masakan Pakatan Rakyat dapat menguasai beberapa negeri di Malaysia, jangan kerana itu kita orang melayu dikianati. Orang melayu sendiri yang menjahanamkan melayu...tak patut... dan tak seharusnya berlaku...dan jangan biarkan ianya berlaku.....janganlah kita menyalahkan antara kita dan pertenglingkah atas apa yang sedang barlaku.




Kita semua sayangkan agama, negara dan bangsa kita sendiri, kalau bukan kita...kita...ini yang memeliharanya dan mempertahankannya siapa lagi...kasianlah pada anak cucu kita dan generasi yang akan datang, ketuanan melayu harus dipeliharan dan dipertahankan.


Kalau keadaan ini dibiarkan berterusan, bimbang nanti bangsa bukan melayu makin besar kepala dan semakin berani, bukankah selama ini mereka begitu selesa hidup di negara yang bernama MALAYSIA. Mereka tetap terbela walaupun yang memerintah adalah orang melayu dan di bawah payung baginda sebagai Raja yang berdaulat. Dulu Malaysia dikenali sebagai Tanah Melayu dan orang melayu jugalah yang berjuang mati-matian menentang penjajah sehingga kemerdekaan dapat dinikmati bersama dengan bangsa-bangsa lain. Bersyukur dengan apa yang ada...




Semenjak Pakatan Rakyat menang besar dalam pilihan raya yang lalu, keseimbangan politik mula menampakkan gelora dan kesan-kesan tsunami mula terasa dan kelihatan semakin jelas. Saban hari ada saja isu-isu berkaitan bangsa dan agama dibangkitkan. Itu membuatkan ketidak selesaan bagi orang melayu Islam. Kebebasan bersuara jangan disalah gunakan, jangan menyentuh agama lain, sedangkan selama ini, kita pun tak pernah mempertikaikan agama lain. Sekarang ni mereka mula memperlekehkan agama kita dan sanggup membicarakan soal agama Islam secara terbuka...sungguh menggeramkan...




Tidak sabar menanti pilihanraya di Pematang Pauh dan mendengar khabar gembira yang mungkin membawa suatu membaharuan...




Alangkah baiknya jika kita dapat duduk semeja dan mengenepikan sementara perbezaan fahaman politik dan membicarakan soal agama yang sememangnya kita wajib senada.




Rindukan suasana aman dan tenang tanpa berita-berita yang acapkali membuatkan hati kita rasa kurang selesa dan sedih.




Wasalam...








Isnin, 4 Ogos 2008

KEUTAMAAN BULAN REJAB

Rasulullah saw bersabda:
"Rejab adalah bulan Allah, Syaaban itu bulan ku dan Ramadhan adalah bulan umatku."

Ahli isyarat menyatakan: "Rejab itu dari huruf ra, ertanya ialah rahmat. Kemudiam jim, ertinya abdi (kesalahan hamba). Dan ba, ertinya birru Allah (kebaikan Allah). Maka seolah-olah Allah menyatakan: " Aku jadikan kesalahan hambaKu diantara rahmat dan kebaikanKu."

Dari Abu Hurairah ra, dia berkata, bahawa telah bersabda Rasulullah saw:
"Siapa berpuasa dua puluh Rejab, maka ditulus untuknya puasa enam puluh bulan. Itulah hari dimana untuk pertama kalinya Jibrail turun kepada Nabi saw diisrak-mikrajkan." Beliau juga bersabda "Rejab adalah bulan Allah.Siapa puasa sehari dari bulan Rejab kerana iman dan mengharapkan akan keredhaan Allah, pasti dia mendapatkan redha Allah yang Maha agung."

Dikatakan: "Allah menghias bulan-bulan itu dengan empat bulan: Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab."Itulah empat bulan haram yang disebutkan dalam Al-Quran.

Diceritakan bahawa seorang perempuan membaca Surah Al-Ikhlas di Baitul Maqdis setiap bulan Rejab sebanyak dua belas ribu kali. Dia memakai pakaian bulu di bulanRejab. Kemudian dia jatuh sakit dan berwasiat kepada anaknyaagar pakaian itu dikubur bersamanya. Namun ketika meninggal, dikafani dengan kafan yang elok. Maka nak bermimpi melihat ibunya berkata:Aku tidak redha kepadamu kerana kamu tidak melakukan wasiatku." Si anak lalu terbangun dan terkejut. Kemudian anak itu mengambil pakaian bulu ibunya di situ. Dia hairan. Kemudian ada suara memanggil: "Tidakkah kau tahu, bahawa orang taat kepadaKu di bulan Rejab, tidak akan Kubiarkan dia sendirian di liang lahad!".

Dirawikan, bahawa ketika sepertiga malam hari Jumaat bulan Rejab, semua malaikat memohon diampun kan untuk orang yang berpuasa di bulan Rejab."

Dari Anas ra, dia berkata:" Telah bersabda Rasulullah saw:"Siapa berpuasa tiga hari dari bulan haram, ditulis untuknya pahala ibadat sembilan ratus tahun." Dan berkata Anas ra:"Pekak sajalah telingaku jika aku tidak mendengarnya dari Nabi saw."

Bulan yang mulia itu ada empat. Malaikat terpilih juga empat . Kitab terutama yang diturunkan juga empat. Anggota wuduk juga empat. Kalimat tasbih yang terutama juga empat iaitu' sibhana Allah, walhamdu lillah, lailaha illa Allah, waAllahu akbar'. pokok hitungan juga empat: sa, puluh, ratus, ribu. waktu juga empat: jam, hari, bulan, tahun. Musim juga empat; bunga, hujan, luruh, dan kemarau. Watak juga empat: panas, dingin, basah dan kering. Penguasa badan juga empat: kuning, hitam, darah dan dahak. Khulafaur-Rasyidin juga empat: Abu Bakar, Umar, Usman dan Ali ra.

Ad-dailami merawikan dari Aisyah ra, dia berkata:"Aku mendengar Rasulullah saw bersabda: "Allah menyiramkan kebaikan pada empat malam: malam Adha, malam Fitri, malam nisfu Syaaban dan malam pertama bulan Rejab."

Ad-Dailami merawikan dari Abi Umamah dari Rasulullah saw, beliau bersabda:"Ada lima malam, tidak akan doa itu ditolak; malam pertama bulan Rejab, malam nisfu Syaaban, malam Jumaat dan malam aidil Fitri dan aidil Adha."