CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Rabu, 24 September 2008

BINGKISAN: KEMAAFAN YANG TERINDAH

Salah satu sifat yang perlu ada bagi setiap suami ialah sifat pemaaf. Sifat ini penting sekali untuk mengharungi kehidupan rumahtangga dengan baik serta memberi kebahagian kepada suami dan isteri.

Adapun rumahtangga yang dipimpin oleh suami yang tidak mempunyai sifat pemaaf tentu akan berdepan dengan pelbagai persoalan yang rumit. Sebagaimana yang dijelaskan bahawa kaum wanita adalah ibarat tulang rusuk yang bengkok, dan ini adalah perwatakan setiap wanita.

Maka apabila suami lebih cenderung untuk menghitung-hitung kesalahan dan kekeliruan isterinya, tentu akan sukar untuk mempertahankan kerukunan suami isteri dan kestabilan rumahtangga.

Itulah sebabnya maka sifat pemaaf dan berlapang dada perlu ada pada setiap suami kerana terkadang suami membenci isterinya disebabkan oleh hal-hal yang tidak jelas baginya sehingga keadaan itu membawa keburukan kepada suami isteri berkenaan. dan kemudan setelah berlalunya masa jelaslah bahawa kebencian tersebut ternyata mempunyai hikmah dan kebaikan. Ketika inilah suami akan menyesal dan penyesalan itu kadang-kadang sudah terlambat.

Seorang suami tidaklah boleh menganggap serta mengharapkan isterinya mempunyai akhlak dan perilaku sebagaimana malaikat yang tidak mmpunyai kekurangan dan cacat cela. Sebenarnya kaum wanita adalah makhluk Allah yang mempunyai kelebihan tersendiri di samping kekurangan.

Oleh itu sebagai seorang suami haruslah dapat bertolak angsur apabila menemui cacat cela seta kekurangan isteri kerana tidak boleh menilai seseorang tanpa melihatnya dari segala aspek, kekurangan disatu segi barangkali dapat ditutupi oleh keistimewaan dari segi yang lain.

Sorang suami mungkin saja membenci sebahagian sifat dan perwatakan isteri, tetapi pada waktu yang sama ia juga menyukai sebahagiannya sehingga dengan demikian suami harus dapat mempertimbangkan kebaikan dan keburukan untuk memelihara rumahtangga yang rukun dan damai dan ikatan perkahwinan yang berkekalan.

Dan tidak beberapa hari lagi Ramadhan akan berlalu melabuhkan tirai bulan keberkatan. Syawal pula mengambil tempat untuk hari-hari kemaafan. Kalau Ramadhan berlumba kita merebut tempat di sana kelak dengan segala amal ibadat, tibalah masanya kita melangsaikan hutang sesama manusia agar bekalan ke sana lebih ringan.

Di kesempatan yang ada ini selagi bernafas marilah kita bermaafan sesama kita, dan harus bermula dari rumahtanga yang menjadi syurga dunia. Sedangkan lidah lagikan tergigit apatah lagi suami dan isteri, buangkan yang keruh ambil yang jernih baru teguh peribadi.

Di kesempatan dan ruang maya tanpa suara ini aku mengambil peluang untuk meminta ampun dan maaf seandainya disepanjang tintaku berbicara ada nada-nada yang menyentuh sesiapa atau mendatangkan rasa kurang lunak didengar, segalanya adalah cetusan rasa dan ilmu-ilmu yang aku kutip dari pembacaanku.

Akhir kata laluilah Aidil Fitri dengan berhemah...setelah sebulan berpuasa janganlah hari raya pertama menjadi hari yang tidak menyeronokkan sebab sakit perut...melantak banyak sangat..

p/s SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Sabtu, 20 September 2008

SUNTIKKAN SEMANGAT UNTUK PARA ISTERI TAHANAN ISA

ASMA BINTI ABU BAKAR

Menjadi seorang isteri yang soleha dan menjadi seorang ibu yang berjaya mendidik anak bukanlah suatu perkara yang mudah. Ianya memerlukan kesabaran, ketabahan dan ilmu yang cukup dalam menjayakan dua peranan utama ini.

Dalam sesebuah rumahtangga, jika kedua peranan ini dapat dilaksanakan oleh seorang wanita maka akan berbahagia dan berserilah rumahtangga itu. Suami akan merasa terhibur dan anak-anak akan terbela nasibnya.

Wanita yang berjaya dalam menjadi isteri yang soleha dan menjadi ibu yang bijak dalam mendidik dan mengasuh anak-anaknya. Beliau ialah Sayidah Asma binti Abu Bakar. Wanita yang berjaya di dunia dan di akhirat.

Selain dari itu, Asma jiga terkenal dengan gelaran Dzatunithaqain atau gadis yang berikat pinggang dua. Gelaran ini didapati dari Rasulullah SAW kerana sewaktu baginda bersama ayahnya berangkat ke Madinah, mereka telah bersembunyi dalam gua ketika dikejar oleh orang-orang kafir Quraisy. Berhati-hati mereka tinggal di dalam gua itu. Asmalah yang menghantar makanan pada mereka.

Asma mencari tali untuk mengikat bekalan itu tapi tidak berjumpa. Maka tali yang sedang mengikat pinggangnya dikoyak menjadi dua, satu untuk mengikat makanan dan satu lagi untuk mengikat gereba ( kulit kambing sebagai tempat mengisi air ) dan kerana inilah dia mendapat gelaran tersebut.

BERKAT

Sewaktu menghantar makanan, beliau tepaksa pergi dalam keadaan sembunyi-sembunyi pada waktu malam. Tempatnya juga jauh, bayangkanlah di tengah padang pasir berjalan seorang diri. Tapi berkat keberanian dan kecekalan hatinya semua itu dapat ditempuhnya.

Bahkan beliau ditampar oleh Abu Jahal hingga tercabut anting-anting dari telinganya kerana beliau enggan memberitahu di mana tempat persembunyian Rasulullah SAW dan ayahnya. Sekalipun dibunuh mati beliau tidak akan membocorkan rahsia. Asma sedar kalau rahsia ini diketahui musuh alamat akan bahaya akan menimpa pada Rasulullah SAW dan ayahnya. Beliau berpegang pada peribahasa 'biar pecah diperut jangan pecah dimulut'. Akhirnya dengan berkat amanah yang mulia itu, Rasulullah SAW dan Sayidinah Abu Bakar selamat berhijrah ke Madinah.

Kemudian Asma berkhawin dengan seorang pejuang Islam yang miskin harta tapi mempunyai semangat yang kuat dalam menegakkan Islam. Suaminya Zubair bin Awwam selalu pergi jauh untuk mengembangkan Islam. Kadang-kadang berminggu-minggu beliau tidak pulang ke rumah. Asmalah yang menguruskan keperluan rumahtangga, hatta mencari sesuap makanan dia sendiri yang mengusahakan.

Baliau terpaksa berjalan kaki hampir 3batu setiap hari kerana mengusahakan kebun tamar suaminya. Beliau juga terpaksa mengangkat air, mengisar tepung, memberi kudanya makan dan lain-lain perkerjaan yang berat-berat terpaksa dibuat dengan menggunakan tenaga perempuan tanpa seorang pembantu pun.

PENDERITAAN

Asma sedikit pun tidak mengeluh dengan penderitaan itu. Sebab beliau sedar penderitaan dan kesusahan di dunia ini adalah bersifat sementara daripada menanggung penderitaan yang lebih hebat dan hina di akhirat kelak.

Disamping itu Asma adalah seorang yang kuat beribadah kepada Allah SWT. Beliau selalu bangun malam, bertahajud dan membaca Al Quran. Berpuasa disiang hari, bahkan selalu mendoakan suaminya agar lebh gigih berjuang, sanggup berkorban apa saja untuk Islam. Beliau tidak pernah susah hati bila suaminya tiada. Bahkan rela dan gembira melepaskan suaminya pergi.

Bila suaminya tiada, beliau menjaga diri dengan sebaik-baiknya. Maruah dijaga bersungguh-sungguh. Asma menahan pandangan dari melihat dan berbual dengan lelaki lain yang tidak disenangi oleh suaminya. Beliau sedar suaminya adalah seorang yang cemburu. Jadi dia sedaya upaya tidakakan meminta pertolongan kepada lelaki lain ketika suaminya tiada.

Pernah suatu ketika Asma balik dari ladang dengan menjunjung sebakul buah tamar di atas kepala ke rumahnya yang hampir 3batu. Dalam perjalanan itu beliau bertemu dengan Rasulullah SAW dan beberapa orang sahabat. Baginda kasihan melihat Asma berjalan kaki di tengah padang pasir yang terik lalu memperlawa Asma untuk menaiki untanya. Tetapi asma malu dan terpaksa menolak kerana sedar Zubair adalah seorang yang kuat cemburu.

Begitulah sikap wanita soleha yang tahu menjaga diri da maruahya. Beliau pandai mengambil hati suaminya dan perbuatan yang tidak disukai suami dijauhi sungguh-sungguh. Setiap sikap dan tingkah laku dikawal agar semua tidak mencacatkan hati suaminya. Redha suami penting bagi Asma.

Asma dikurniakan dengan lapan cahaya mata. Lima lelaki dan tiga perempuan. Beliau mendidik mereka dengan sebaik-baiknya memelihara dengan penuh kasih sayang dan jiwa mereka berkembang dengan ilmu-ilmu agama.

SEMANGAT

Zubair syahid dalam pertempuran Jamal kerana dibunuh oleh eorang miskin yang berkhianat padanya bernama Amr bin Jarmuz. Meskipun suaminya pergi lebih dahulu, Asma masih mempunyai harapan terhadap putera-puteranya. Sejak saat itu dia menanamkan semangat perjuangan ke dalam jiwa anak-anaknya sebagai penganti suaminya.

Anaknya yang sulung bernama Abdullah menjadi ketua di Mekah dan Madinah dan beberapa wilayah Islam yang lain, selama hampir sembilan tahun. Kemudian belaku pengulingan kuasa dan kemenangan berpihak pada Bani Umaiyah.

Abdulah kemudian menjadi buruan Al Hajaj, panglima perang Bani Umaiyah dan tenteranya. Beliau dikepung di Madinah berhari-hari lamanya. Ramai diantara para pengikutnya yang lari dan mati. Abdullah datang menemui ibunya untuk meminta pendapat samada ia menyerah atau terus menentang musuh.

Peristiwa ini benar-benar menguji sejauh mana kesabaran Asma dalam berhadapan dengan anaknya yang mahukan pandangan dan perlindungan. Walaupun Asma waktu itu adalah seorang ibu yang telah lanjut usianya, badanyan telah bongkok tiga tetapi akal dan fikirannya masih tajam dan jiwanya masih kuat.

Dengan tegas dia berkata dengan anaknya:
Wahai anakku, jika engkau mengetahui bahawa engkau berada dipihak kebenaran mka teruskanlah menegakkan kebenaran itu sekalipun engkau terpaksa mati kerananya. Sesungguhnya itu lebih mulia dari hidup terpaksa tunduk kepada kezaliman.

Mendengar jawapan dari ibunya, Abdullah kembali bersemangat, kini ia lebih yakin dengan dirinya. Ia rela mati untuk membela kebenaran. Sebelum pergi, Abdullah mencium dahi ibunya memohon restu da redha disamping mengharapkan doa.

PAHLAWAN

Abdullah berangkat menuju ke medan pertempuran dan pada saat terakhir dari hayatnya dia telah menunjukkan sikap dan jiwa pahlawannya. Akhirnya Abdullah syahid juga ditangan musuh. Al Hajaj telah menyalib jenazah Abdulah bin Zubair untuk melepaskan dendamnya dan unuk menimbulkan rasa takut di kalangan musuh.

Asma pergi di tempat puteranya disalib itu tanpa tangis dan ratapan. Ia melihat sendiri bagaimana tubuh anaknya terkulai di tempat salib itu dengan kesan-kesan tikaman dan panahan di seluruh tubuhnya.

Agak lama juga tubuh Abdullah di tempat salib itu, suatu hari Asma pergi ke tempat Al Hajaj bertanya bilakah jenazah anaknya itu mahu diturunkan.
Al Hajaj menjawab dengan sombong, "si munfik ini?'
Asma berkata dengan marah, "Demi Allah, Abdullah tidak munafik, dia sering berpuasa dan bertahajud di tengah malam."

Mendengar jawapan Asma r.a itu Al Hajaj berkata sambil marah, "Pergilah, sungguh engkau perempuan tua yang sudah nyanyuk."

Asma menjawab, "Demi Allah, sekali-kali aku tidak nyanyuk. Dan sungguh aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:
" Akan keluar dari Tsaqif pendusta dan pembuat kerosakan. Adapun pembuat dusta telah kita ketahui dan pembuat kerosakan tidak ada lain kecuali kamu."

Akhirnya jenazah Abdullah diturunkan ditampat salib. Asmalah yang mengurus jenazah itu: dimandi dan dikafankan. Walaupun mayat itu hanya tinggal tulang-tulang. Asma bersabar dalam menghadapi saat ini. Jiwa yang kental menyebabkan ia tenang berhadapan dengan peristiwa yang sungguh mengharukan itu.

Di samping itu Asma seorang yang berani dan mempunyai kekuatan jiwa yang sukar ditandingi oleh wanita-wanita lain. Dia sanggup berhadapan dan bersemuka dengan orang paling ganas dan buas dan orang telah membunuh anaknya dengan kejam. Asma dengan selamba mengingatkan kepada Al Hajaj akan hadis Nabi tentang dirinya. Ini tentu membuatkan Al Hajaj takut dan tidak senang duduk.

Begitulah sikap, wanita yang mempunyai kekuatan jiwa, isteri yang taat dan ibu yang sabar. Beliau kemudiannya meninggal dumia pada tahun 73 Hijrah. Semoga Allah merahmati rohnya dan menepatkannya di tempat yang sebaik-baiknya. AMIN...Marilah kita sama-sama hayati kisah Asma binti Abu Bakar dan contohi sikap-sikapnya. Kalau di dunia ini kita diuji dengan pelbagai ujian, itu adalah sedikit jika dibandingkan di akhirat kelak. Bersabarlah, jangan sesekali berputus asa, selalulah berdoa kepada Allah SWT.

Kerana Allh SWT sajalah tempat kita mengadu, berserah dan meluahkan segala keluh kesah, sesungguhnya Dia maha mendengar dan maha mengasihani hambanya. Jiwa kita akan lebih tenang dan perasaan lebih damai selepas melakukannya.








5/90500

Sabtu, 13 September 2008

RAMADHAN TANPA YANG TERSAYANG




Oh Awie...Aduhai Sharlinie
Kau permata penghibur lara
Tangkai nyawa penawar luka
Hadirmu bagai sang pelangi
Cahaya tiada namunkau berseri
Kau pergi bila hujan berhenti
Namun hadirmu pasti dinanti
Oh Awie...Aduhai Sharlinie
Hilangmu tiada galang ganti
Nisan tiada jasad entah ke mana
Hati luluh gunda gulana
Tamu istimewa datang menjelma
Hadir hanya sepurnama
Namun cukup menyentuh jiwa
Juadah kesukaan disentuh tiada
Ingatan hanya padamu saja
Oh Awie...Aduhai Sharlinie
Pulanglah kasih...Pulanglah sayang
Andai nyawa jadi taruhan
Rela berkorban untukmu sayang
Asalkanmu selamat pulang
Menjadi hadiah di hari lebaran
Menangis sudah...meratap pun sudah
Merintih sudahlah pasti
Air mata jatuh tertumpah
Doa dipanjat tiadalah henti
Andai tiada berilah tanda
Agar hilang remuk di jiwa
Hati dipujuk agar rela
Redha hanya pada yang Esa
Agar yang pergi damai abadi.
nukilan : naz ilyn

Khamis, 11 September 2008

UDAH-UDAH LER TU...

Dalam perjalanan pulang dari berbuka puasa, si suami berhenti seketika di hadapan sebuah kedai, sambil menyeluk kocek seluarnya.

Suami : eemm...harga rokok pun dah mahal..

Isteri : tau tak per...

Suami : tuuu ler pasalll...

Isteri : udah-udah ler tu isap rokok...kalo tau dah mahal...hentikan ler...

Suami : heh... tak der makna nyer...

Isteri : tu kan... tandanya kerajaan nak rakyatnyer berjimat cermat, jangan suka membazir, jaga kesihatan diri.

Suami : kalo lelaki yang berhenti isap rokok sebab harga rokok mahal...tu bukan lelaki namanya...cepat sangat mengalah..

Isteri : lahhh...gitu pulak...

Rabu, 10 September 2008

MERENUNG SEJENAK

Di bulan Ramadhan Almubarak ni, disamping kita menjalani ibadah puasa, ada sesuatu yang hendak aku kongsikan bersama-sama. Dengan niat semoga dapat kita renung-renungkan ke dalam diri kita. Almaklumlah ramadhan sentiasa menguji kesabaran.

Semalam dan hari ini aku ada menonton rancangan Wanita Hari Ini terbitan tv3, mengisahkan atau membincangkan tentang derhaka isteri pada suami. Derhaka ini luas pengertiannya dan bergantung kepada keadaan dan punca yang mencetus kepada perterlingkahan dan akhirnya membawa kepada kerdurhakaan.

Seorang isteri itu seandainya hendak menjadi seorang isteri yang soleha, mestilah mempunyai cita-cita dan impian untuk sampai ke arah itu. Bila tertanam dalam diri keinginan dan impian, maka pelbagai usaha dilakukan untuk mencapai apa yang diharapkan.

Di bulan puasa ini kesabaran sering kali diuji, sama ada isteri yang berkerja atau yang menjadi surirumah. Dalam kesibukan berkerja dan menahan lapar dan dahaga, kesabaran mudah kecundangan. Mana dengan tugasan di tempat kerja kemudian balik memasak pula untuk juadah berbuka puasa. Kalau yang berpuasa hanya dua orang, suami dan isteri sahaja anak-anak masih kecil, lebih mudah dibeli sahaja. Tapi kalau anak-anak semuanya dah besar dan dah pandai berpuasa...tiga empat orang anak...ah...camner tu..Penat macam mana sekali pun kenalah memasak.. kalau beli tentu tak berbaloi. Suami pula balik terus jer buka tv baring kat sofa, kalau bukan dia yang tengok tv, tv yang tengok dia.

Ahh...time tu ler...irama nada suara isteri dari irama nasyid bertukar kepada irama rock. Semua kerja rumah isteri kena buat selain dari memasak, kemas rumah dan sebagainya. Suami bantu-bantulah isteri kat rumah, ringan-ringankan tulang...berat sama dipikul yang ringan sama dijinjing. Lagi pun isterikan dah membantu dan meringankan suami mencari rezeki.

Satu lagi yang sering kali kesabaran tergugat, apabila hendak membuat persiapan untuk berhari raya. Si suami kata tak payah beli, tak payah ganti...isyhhh... isteri nak juga... bermasam muka lagi. Dah nak tiba untuk balik berhari raya...berbalah lagi nak balik kampung siapa...

Selalulah isteri meminta maaf pada suami kerana tiada syurga bagi isteri yang derhaka kalau tidak dapat keredhaan suami. Kadang-kadang kita tidak sedar yang kita berada didalam kederhakaan. Orang yang paling takut adalah orang yang sentiasa memaafkan orang lain dan orang yang paling berani adalah orang yang sentiasa mengaku kesilapan sendiri.

Seorang isteri juga tidak baik berperasangka buruk terhadap suami kerana Allah sentiasa bersama dengan sangkaan hambanya. Kalau suami hendak pergi kerja iringilah suami kita dengan doa. Berdoalah dari belakang suami, maksudnya berdoa apabila suami mula membelakangi kita bila hendak pergi kerja sehinggalah hilang pandangan suami dari hujung mata kita. "Ya Allah kau jauhkanlah suamiku dari melakukan dosa, kau selamatkanlah dia di sepanjang perjalanannya, jauhilah dia dari digoda oleh wanita lain, kau ikatlah kasih sayang kami dengan ikatan yang kuat, kau jagailah dia ketika aku tidak bersama dengannya supaya dia pulang dengan keadaan yang baik juga." Amin.

Ada juga suami isteri berkerja, tapi masih lagi tidak merasa kecukupan. Sering kali bertegang urat bila nak membayar hutang, itu adalah tanda-tanda Allah marah pada kita. Dan kita hendaklah berdoa " Ya Allah adakah ketidak cukupan ini adaah kerana Engkau marah padaku, kalau Engkau marah pada ku maka Engkau ampunkanlah dosa-dosaku dan Engkau cukupkanlah kecukupan yang Engkau berikan padaku." Amin.

Kalau berlaku perselisihan dan ada antara suami isteri yang merajuk atau tersinggung, janganlah sampai melebihi dari tiga hari. Jika sampai melebihi dari tiga hari maka segala amalan dan solatnya tidak diterima oleh Allah dan berada didalam keadaan tergantung antara langit dan bumi, jadi sia-sia saja amalan kita kerana tidak di angkat oleh Allah.

Sesamalah kita mengelakkan diri dari sifat derhaka. Untuk mengelakkan derhaka hendaklah hidup bahagia, suami yang soleh dan isteri yang soleha juga suami yang sentiasa membimbing dan tidak bersikap zalim pada isteri. Memang tidak ada istilah suami yang derhaka tapi ada suami yang bersikap zalim pada isteri.

Renung-renungkan dan selamat beramal.





















Ahad, 7 September 2008

TIPUAN DUNIA


Demi umurku
Pemuja dunia akhirnya akan menyesal
Bila dunia pergi dia merasa rugi
Bila dunia datang keinginan pun terus memuncak

Demi Allah...............
Bila dunia datang padaku
Dan melimpahkan rezekinya
Tentu orang merdeka tetap menghinanya
Bagaimana tidak, ia barang yang bakal pula

Herdiklah dunia dan hari-harinya
Ia hanya membawa duka
Kehausannya tidak pernah terpenuhi
Terus saja ingin memiliki
Sungguh menghairankan
Ia musuh tapi dirindukan

Ada orang berkata
Ku lihat hari menberi cela pada manusia
Menghalangi kemuliaan dan keutamaannya
Kukata kepadanya
Ambillah apa adanya
Banyak orang berusaha yang haram
Ia temukan kejahatan ke atas kejahatan

Tanya pada hari-hari
Apa yang engkau perbuat dengan raja dan singgahsananya
Adakah engkau bahagiakan mereka
Tidak pula yang pandai mahupun yang bodoh

Ingatlah dunia adalah naungan bangunannya
Suatu hari pasti naunganmu akan hilangjuga
Ingat dunia hanya tempat menegur orang yang menunggang
Sesampai di suatu tempat kemudian ia berjalan

Wahai orang-orang yang tertipu oleh dunia
Siang kau tidur dan malas
Malam pula kau tidur dan hina
Kau tertipu oleh sesuatu yang fana
Kau bahagia dalam hayalan
Persis orang tidur yang tertipu dengan kelazatan
Akhir kesibukanmu hanyalah kebosanan
demikianlah kehidupah haiwan-haiwan

P\s Siapa menyintai dunia dan mengagungkannya, hilanglah ketakutan terhadap Akhirat dari hatinya.

Sesamalah kita renung-renungkan

Sabtu, 6 September 2008

KELEBIHAN HAMIL

Apabila wanita hamil, semua malaikat akan beristighfar ke atas dirinya. Dengan kehendak Allah, setiap tempoh kehamilan itu akan diberikan 1,000 kebaikan adn dilenyapkan 1,000 keburukan daripada ibu berkenaan.



Apabila wanita hamil mula merasai kesakitan daripada kontraksi, perjuangannya itu bagaikan seorang yang melalui jihad.



Apabila hamil menerusi suaminya yang sah, dan suaminya meredhainya, wanita berkenaan akan dianugerahkan pahala bagaikan seorang melakukan ibadat pada waktu malam.

wanita yang melalui tempoh kehamilan hingga melahirkan, bagaikan Mujahid. Mati syahid sekiranya ketika melahirkan, wanita berkenaan menemui ajal.


Keadaan kehamilan diberatkan berbuka:

  • Pendarahan
  • Diabetes Mellitus
  • Tekanan Darah Tinggi ( hipertensi )
  • Anoreksia dan bulimia
  • ganguan sistem percernaan
  • Dehidrasi
  • Pada hari kelahiran kerana wanita memerlukan tenaga untuk menempuh proses pelahiran


Khamis, 4 September 2008

PANTUN KARYA MUFTI POPULAR

Pantun karya Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainal Abidin. Ada maksud yang tersirat dan tersurat.
Maksud dan pengertiannya... yang sahih hanya beliau yang mampu menghuraikannya.

Dan anda yang membacanya... tentu menpunyai pengertian yang tersendiri. Sama-samalah kita merungkainya...semoga mendapat titik keserasian.

SELAMAT BERBUKA PUASA

Alhamdulillah...siap juga akhirnya juadah berbuka puasa untuk hari ini. Tapi hari ini agak awal aku selesai tugas memasak. Tidaklah terlalu letih...sebab cuaca sedari pagi tadi asik mendung dan hujan. Inilah nikmat yang Allah berikan...terasa tenang dan tidak pula merasa kepanasan.

Kalau di Johor waktu berbuka puasa pada hari keempat ini pukul 07.09pm...rasanya masih berbaki 15minit lagi...masih sempat buka internet...saja nak lepaskan stress selepas bertungkus lumus memasak.

Kalau tengok keadaan dapur aku pada masa ni..emm..macam tongkang pecah...pinggan mangkuk, periuk belanga, senduk, sudip bersepah...ni tak lain tak bukan...shaqiralah yang empunya kerja. Tu jamlah dia nak tunjuk kepakarannya memasak dan mengemas.

Aku kupas bawang...dia pun kupas...aku menubuk...dia pun nak menumbuk...lantaklah situ janji dia tak meragam masa aku nak masak. Selesai memasak barulah keadaan menjadi sedia kala... segalanya tersusun rapi...juadah pun sedia terhidang di atas meja...hanya menunggu waktu berbuka...

Selamat berbuka puasa semua...

Selasa, 2 September 2008

MEMERANGI NAFSU DAN SYAITAN

Sudah semestinya orang berakal memerangi keinginan dengan berlapar. Hanya lapar akan dapat menundukkan musuh-musuh Allah.
Rasulullah saw telah bersabda:
"Sesungguhnya syaitan itu menjalar dalam tubuh manusia bagaikan aliran darah. Maka bendunglah aliran itu dengan lapar!"

Sesungguhnya manusia yang paling dekat dengan Allah kelak pada hari kiamat adalah orang paling kuat menahan lapar dan hausnya. Dan bahaya yang paling besar bagi manusia adalah syahwat perut. Sebab itulah Adam dan Hawa dikeluarkan dari Darul Baqa ke Darul Fana. Allah dah melarang keduanya memakan (buah) pohon. Namun mereka tidak tahan membendung keinginannya sehingga memakannya. Maka terbukalah kain yang menutup badan keduanya. Dan pada dasarnya perutlah sebagai sumber segala syahwat.

Sebahagian ulama ada menyatakan: "Barang siapa yang telah dikuasai oleh nafsunya, maka dia akan menjadi hamba syahwatnya. Ia merengkuk dalam penjara kegilaannya. Dan hatinya semakin lalai. Barangsiapa menyiram bumi tubuh ini dengan syahwat, bererti dia telah menanam 'pohon' penyesalan dalam hatinya."

Sesungguhnya Allah menciptakan makhluk ada tiga bahagian. Dia menjadikan malaikat hanya diberi akal, tanpa diberi syahwat. Lalu Dia menjadikan haiwan yang dibekali syahwat tanpa diberi akal dan Allah menjadikan manusia dengan diberi akal dan syahwat. Jika syahwat seseorang telah mengalahkan akalnya, maka haiwan lebih baik daripada dia. Namun barang siapa menggunakan akal dan menundukkan syahwatnya, tentulah dia lebih baik daripada malaikat.