CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Khamis, 30 Oktober 2008

" tak pandai masak....suami tegur..? "

Ramai pasangan muda hari ini yang tidak pandai memasak. Sejak kecil disuruh belajar sahaja sampai universiti. Bila berkahwin, isteri kena memasak di rumah sendiri dan di rumah mertua. Jika suami tidak memberikan sokongan moral, isteri akan berkecil hati.

Sebagai seorang isteri ungkapan atau kelakuan yang bagaimana yang ingin didengar apabila suami menegur apa yang isteri masak tak kena dengan seleranya. Apakah ungkapan atau kelakuan seperti di bawah ini yang ingin isteri dengar ? Apakah setelah mendengar ungkapan atau kelakuan tersebut isteri bersemangat untuk bersenseng lengan memasak untuk kanda tercinta...?

1. " masinnya...awak nak suruh saya kena darah tinggi ker..?"

2. " awak ni masak gulai ker...masak pengat ni...?"

3. " apasal takder rasa ni....macam air paip jer..."

4. makan sikit jer..nasi kat pinggan pun tak habis dimakan, padahal suami anda punya ler kuat makan.

5. " kenapa awak masak tak sama dengan mak saya masak..?"

6. " masakan mak saya lagi sedap...."

7. suami nak tegur tapi bercakap dengan anak " sedap tak mak masak hari ni...macam ada yang tak kena jer...?"

8. menjamah sikit jer lepas tu terus ambil kunci kereta..." nak pergi mana tu...?" " nak pergi makan kat kedai mamak.."

9. " dia ni nama jer lulus universiti, nak suruh masak gulai pun tak tau.."

10. " tak apa, esok cuba lagi...lagi pun gulai hari ni lebih sedap daripada gulai semalam.."


Apakah perasaan isteri ? gembira, sedih, rasa rendah diri atau biasa aje. Sokongan moral terhadap tindakan pasangan amat penting. Suami mesti memberi sokongan moral jika isteri berjaya melakukan sesuatu yang baru seperti memasak resepi baru.

Jika tidak pandai memberikan sokongan moral, jangan memberi apa-apa komen. Kemungkinan komen itu akan menjatuhkan air muka pasangan. Jika isteri tak pandai memasak, jangan beri komen berlebihan ketika orang lain bersama seperti mertua.

Suami kenalah jujur dalam memberi komen, janganlah mata macam nak terkeluar bila menelan makanan tapi cakap " emm...sedapnyer awak masak..." tak patut...

Sabtu, 25 Oktober 2008

TAMU TAK DIUNDANG

Demi Allah...
kalian akan mati itu janji
ia kepastian yang pasti
tiada keraguan yang sangsi
kabar yang harus dipercayai
kita semua akan dijemput
pada hari tidak disebut
itu dia sakaratul maut
tamu datang tanpa diundang
pada hari pasti datang
apakah kita mampu membayang
jangan tanya kenapa sekarang
kerana ia sentiasa dekat dengan setiap orang
ia tidak pernah memilih
tua atau muda
miskin atau kaya
rakyat atau raja
pemimpin atau penguasa
semuanya sama rata
tidak peduli siapa kita
tidak mengenal kecil atau dewasa
yang kuat atau lemah
mana yang mulia
mana yang hina
ia tidak pernah mengetuk pintu
atau datang minta izin dulu
itulah janji padamu
wahai jiwa inilah dunia
semua nikmat akan dirampas
seluruh angan-angan hanyalah bualan
semua harta akan diwarisi
yang hilang akan kembali
tetapi...
yang hilang kerana mati
tak kan kembali
kenapa kita masih tak sedarkan diri
wahai jiwa bertaubatlah...
sesungguhnya kematian bakal datang
apalah erti harta yang kau simpan di belakang
padahal kau keluar dari dunia dengan telanjang
marilah kita amati...
marilah kita ubati...
hati yang keras ini...
nukilan : naz ilyn

Selasa, 21 Oktober 2008

TITIPAN DARI CAKAR HARIMAU

Hari minggu yang lepas pulang dari melawat anakku Shafiq di asrama, kami singgah ke kedai buku kerana menunaikan janji kepada Siddiq. Aku macam biasa mencari-cari buku yang berkenan di hati dan terpandang buku Cakar Harimau dari Siti Nor Bahyah Mahamood. Rasanya dah lama buku ni berada di pasaran cuma aku yang terlepas pandang tapi hari ini aku berkesempatan memilikinya.

Masih belum habis membacanya tapi ada sesuatu yang hendak aku kongsikan bersama iaitu Rumahtangga Bahagia Bermula Dari Cinta Suci

Cinta adalah anugerah Ilahi kepada setiap insan. Insan yang tidak bercinta atau tiada rasa cinta adalah insan yang tidak mempunyai hati dan perasaan. manusia tidak dapat lari daripada cinta. Oleh itu al-Quran menegaskan cinta sebagai sesuatu yang fitrah. Firman Allah maksudnya:

" Dihiaskan bagi manusia itu kecintaan tentang apa-apa yang dapat menyenangkan iaitu daripada wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari emas dan perak, kuda-kuda pilihan, haiwan ternakan dan tanaman..."( Surah Ali Imran : 14 )

Cinta bertujuan melahirkan kebahagiaan dalam kehidupan. Cinta ada pasang surutnya. Ada ketikanya, cinta itu akan pudar. Ada ketika, cinta itu cinta buta. Ada ketika, manusia buta cinta. Setiap yang terjadi kepada cinta perlu dinilai dan digilap agar ia kembali bersinar.

ADA APA DENGAN CINTA ?

Mengapa cinta begitu penting ? Tidak lain tidak bukan ialah cinta adalah kunci kepada kebahagiaan. Kebahagiaan adalah antara perkara terpenting dalam kehidupan kita. Semua orang ingin bahagia. Tiada manusia yang bercita-cita untuk tidak bahagia. Seorang penulis pernah bertanya kepada anaknya, " Apa cita-cita kamu apabila besar kelak ?" Anaknya menjawab, " Saya ingin menjadi seorang profesor." Profesor itu bertanya lagi, " Profesor dalam bidang apa?" Anaknya menjawab, " Profesor kebahagiaan!" Ya, cita-cita untuk bahagia adalah cita yang mulia. Tidak guna duit banyak jika tidak bahagia. Seorang pujangga pernah berkata tentang hakikat kebahagiaan:

Rumahnya bertingkat-tingkat
Wangnya berlipat-lipat
Kasutnya berkilat-kilat
Pasangannya cantik memikat
Badannya sihat wal a'fiat

Tapi tidak bahagia kenapa
Hidupnya macam nak kiamat
Sana sini gamat

Seandainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tidak pernah hadir.

DALAM HATI ADA CINTA

Cinta akan terbina dengan baik jika hati kita bersih dan ikhlas dalam bercinta. Oleh iti, cinta yang tercerna nampak dalam kelakuan dan tingkah laku kita sebenarnya bermula daripada hati. Jika perkahwinan itu secara paksa tanpa ada sekelumit rasa cinta, maka istana yang dibina akan punah. Istana kebahagiaan juga akan musnah jika cinta tidak dibajai.

CINTA FOTOKOPI

Cinta tidak boleh di tiru dengan begitu mudah. Ia perlu dibina dan disemai dengan baik agar ia subur. Oleh, itu jika kita bercinta hanya kerana ingin fotokopi daripada cinta orang lain, ia akan kabur. Cinta fotokopi adalah cinta yang lahir tanpa perasaan yang ikhlas.

Cinta juga khususnya cinta antara pasangan yang masih belum diikat dengan ikatan yang sah ( akad nikah ) perlu melalui adab dan peraturan syariat. Islam tidak mahu melahirkan cinta terlarang iaitu cinta yang melanggar hukum.

Wassalam

Jumaat, 17 Oktober 2008

" isteri suka ker suami cemburu....?? "

Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a katanya: Baginda Rasul saw bersabda: " Ada tiga golongan manusia yang tidak akan masuk syurga selama-lamanya: Pertama orang yang menderhaka kepada kedua ibu bapanya, kedua suami yang dayus atau orang yang tidak memiliki rasa cemburu dan maruah diri, dan kaum wanita yang cuba menyerupai kaum lelaki."

Sebahagian daripada bentuk yang patut dicemburui oleh suami adalah apabila isterinya bersolek dan berhias juga memakai wewangian tetapi digunakan untuk tujuan mempemerkan kapada khalayak ramai. Apabila isteri menghuraikan rambut, memakai pakaian yang singkat dan mededahkan aurat, lalu pergi bercampur gaul dengan kaum lelaki di dalam suatu majlis, bahkan berjabat tangan dengan kaum lelaki yang bertemu dengannya serta berbual-bual sambil membuat gerakan yang menunjukkan dia ingin diperhatikan dan sebagainya. Perbuatan isteri seperti itu wajar mendapat kecemburuan dari suaminya, dan jika tidak maka lelaki tersebut adalah dayus.

Sesungguhnya sifat dan perbuatan isteri seperti itu sudah tentu akan menjadi racun berbisa terhadap masyarakat dan kehidupan. Sedangkan isteri tersebut mlah suaminy sendiri akan tetap memperolehi siksa daripada Allah swt kelak pada hari kiamat. Kita berlindung kepada Allah swt daripada perbuatan yang terkutuk itu.

Sekarang kita ingin tahu sejauh manakah batas-batas kecemburuan yang dibenarkan oleh agama itu. Untuk mengetahui batas-batas kecemburuan yang positif tersebut ialah apabila perbuatan itu boleh menghindari daripada berlakunya perbalahan dan kekecohan dalam rumahtangga. Dengan kata lain, kecemburuan yang baik iti ialah kecemburuan yang berakibat untuk mengekalkan kedamaian serta kerukunan hidup suami isteri.

Diriwayatkan daripada Jabar bin Anbarah r.a, katanya: Baginda Rasul saw bersabda: " Sesungguhnya sebahagian daripada sifat cemburu itu disukai oleh Allah dan sebahgian pula dimurkai oleh Allah. Adapun kecemburuan yang disukai oleh Allah ialah kecemburuan dalam soal keraguan, sedangkan cemburu yang di benci oleh Allah ialah kecemburuan tanpa keraguan."

Demikianlah batas-batas yang harus diketahui oleh para suami tentang kecemburuan, maka apabila kecemburuan tersebut sudah berlebih-lebihan maka itu bukan lagi mendatangkan kemasalahan kepada suami isteri berkenaan. Manakala kecemburuan dibenarkan oleh Islam dan mendatangkan kebaikan kepada hubungan suami isteri ialah apabila sebab-sebabnya jelas dan buktinya jelas. Sebagai contoh, apabila lelaki lain cuba menggoda isteri dan mempermainkannya atau sebaliknya isterinya melakukan yang demikian, maka suami hendaklah mencemburui perbuatan tersebut.

Bergurau senda yang terjadi diantara isteri dan lelaki lain lebih-lebih lagi kalimat-kalimat yang mereka ucapkan seakan-akan mengisyaratkan kepada perbuatan yang buruk, ataupun dengan cara melakukan hal-hal yang menimbulkan kesan lucah, maka hal tersebut wajib dicemburui olah suami.

Adalah lebih tercela lagi apabila isteri yang memulai perbuatan terkutuk tersebut, yakni memancing dan mencuba mengambil perhatian lelaki lain dengan tindakan-tindakan tertentu seperti senyum yang menunjukkan isyarat yang tidak diredahi oleh agama.

Adapun kecemburuan yang tercela dan tidak dibenarkan ialah kecemburuan yang berdasarkan dari sangkaan-sangkaan semata-mata. Contohnya ialah kecemburuan yang berlebih-lebihan untuk menafsirkan kata-kata, pergerakan, bersikap diam, cara bercakap, bahkan berbisik. Dan tanda cemburu yang tercela ialah cemburu yang menyebabkan isteri tertegah daripada beroleh kebaikan atau cemburu yang mendatangkan kerosakkan dan pertelingkahan kerana akan mengakibatkan berlakunya salah faham antara suami isteri.

Berikut ini beberapa contoh yang boleh digolongkan ke dalam cemburu yang berlebih-lebihan:

1. Apabila suami melarang isterinya yang taat beragama pergi menghadiri majlis ilmu semata-mata kerana rasa cemburu suami.

2. Apabila suami melarang isterinya yang bertakwa kepada Allah yang mengetahui serta mengamalkan adab bercakap untuk bercakap dengan orang lain kerana semata-mata cemburu.

3. Apabila suami memberi hukuman yang berat keatas isterinya hanya kerana lelaki lain memandang wajahnya sama ada dengan sengaja atau pun tidak.

4. Apabila suami melarang isterinya untuk berubat kepada doktor lelaki kerana doktor wanita tidak ada di tempat itu dengan alasan takut bahawa aurat isterinya akan terdedah, begitu juga suami yang melarang isterinya bersalin pada doktor-doktor lelaki kerana tidak ada doktor wanita juga dengan alasan ditakuti auratnya akan terdedah.

Maka jelaslah bahawa kecemburuan yang amat berlebihan seperti itu perlu dikaji semula dan atas dasar hukum yang sudah ditetapkan oleh syarak. Sesungguhnya kecemburuan seperti itu tidaklah termasuk kecemburuan yang dibenarkan oleh agama. Maka para suami tidak seharusnya melanggar ketentuan agama atas nama agama sedangkan agama sendiri tidaklah ada sangkut pautnya dengan persoalan yang cuba dipertahankan oleh suami tersebut.

Perhatian:
Kaum wanita pada zaman baginda Rasul saw dahulu juga zaman sahabat Nabi sudah menjadi kebiasaan menghadiri majlis ilmu yang dihadiri kaum lelaki, tetapi mereka memakai jilbab serta mengamalkan adab-adab bercakap.

Pada waktu itu sahabat lelaki dan sahabat wanita juga para Ummul Muukminin megemukakan pertanyaan kepada Nabi saw secara silih berganti, tetapi mereka tetap memelihara adab-adab bercakap.

Bercakap soal cemburu ini memang sukar bagi kita untuk menetapkan batas-batasnya, yakni sejauh mana cemburu yang dibenarkan dan sejauh mana pula cemburu yang dilarang. Maka untuk mengetahui batas-batas tersebut tidak lain kecuali kita kembali kepada agama dan ajaran-ajarannya.

Sebagaimana yang telah dijelaskan sebelum ini bahawa sesungguhnya rasa cemburu yang positif jika ditempatkan menurut yang sewajarnya tentu ia akan menambahkan perasaan cinta kasih diantara suami isteri yang hidup dalam rumahtangga bahagia itu. Sebaliknya jika perasaan cemburu dibiarkan secara membuta tuli dan mengikut dorongan hawa nafsu maka akibatnya akan merenggangkan hubungan suami isteri, malah boleh menghancurkan sebuah rumahtangga.

p\s: Jika masih ada pembaca yang masih musykil dengan apa yang telah diperjelaskan tadi, bolehlah bertanyakan dengan lebih lanjutnya pada mereka-mereka yang selayaknya.

Wassalam.






Selasa, 14 Oktober 2008

SUAMI CEMBURU...???

Cemburu Yang Dibenarkan.

Sudah menjadi sifat semulajadi kaum lelaki memiliki rasa cemburu terhadap isteri. Dari satu segi, sifat cemburu seorang suami terhadap isterinya adalah dibenarkan kerana ia menunjukkan betapa ia mencintai serta menghargai isterinya.

Dengan kata lain kecemburuan yang dibenarkan oleh Islam ialah kecemburuan yang positif, yang menyebabkan seorang suami bersungguh-sungguh menjaga dan memelihara isterinya. Bahkan, Islam sendiri meninggikan kedudukan seorang suami yang mempunyai kecemburuan yang positif, dan sebaliknya Islam mencela suami yang tidak memiliki rasa cemburu terhadap isterinya, sebab suami seperti itu adalah suami yang dayus.

Di samping itu, Islam telah menjelaskan sejauh mana boleh cemburu kepada isterinya. Jika batas-batas ini tidak dipenuhi oleh suami, atau kecemburuannya melebihi ketentuan-ketentuan yang dibenarkan oleh Islam, maka sifat cemburunya tersebut boleh menggugat kedamaian dan ketenteraman suami isteri dalam rumahtangga mereka.

Oleh itu, para suami hendaklah benar-benar mengerti bahawa kecemburuan tersebut hendaklah menjurus kepada pemeliharaan serta mendorong untuk bersungguh-sungguh memberi penjagaan dan pemeliharan, kerana inilah yang dimaksudkan cemburu yang dibenarkan dalam Islam. Cemburu seperti ini tentulah akan menguatkan lagi struktur rumahtangga dan ikatan suami isteri.

Maka suami yang mempunyai maruah dan harga diri hendaknya mempunyai sifat cemburuyang positif kerana sifat tersebut adalah satu daripada sifat Allah swt dan sifat nabiNya Muhammad saw.

Sesungguhnya suami yang tidak mempunyai rasa cemburu apabila kehormatan dan maruahnya tercabar, tentulah ia akan membiarkannya. Sekiranya lelaki lain cuba menggoda dan mempermainkan isterinya, maka suami yang dayus tidak akan mengambil berat kepadanya. Suami seperti itu tentulah sudah termasuk golongan lelaki yang tidak mempunyai harga diri dan maruah.

Jumaat, 10 Oktober 2008

SATU HARI PAGI RAYA

Satu hari pagi raya...
Terasa hening subuh pagi
Sebening air di kali
Secerah sinar mentari
Terkesuma...
Aroma rendang dan kari

Satu hari pagi raya...
Mak long, mak ngah, mak uda juga makcu
Sibuk di dapur menghidang juadah
Kuih muih tersiap sudah
Ketupat rendang menunggu dijamah
Lemang pun ada bagi yang gemar

Satu hari pagi raya...
Teruna kecil...teruna besar...
Bergema suara riuh rendah
Mencari-cari busana
Baju melayu juga samping
Siap bergosok kemas berterampil
Jangan lupa songkok juga lima bersaudara
Pelengkap dari leher ke dada
Lengkap sudah sepersalinan
Ramai-ramai menjamu selera
Mengalas perut seketika
Sebelum melangkah ke masjid solat raya

Satu hari pagi raya...
Ayah bonda duduk berganding
Menunggu anakanda datang di samping
Menghulur tangan mohon keampunan
Tangan dikucup dengan deraian
Agar terhapus dosa nan silam
Tak kira tua ke muda
bermaafan sesama
Dengan niat yang ikhlas di hari mulia

Satu hari pagi raya...
Doa di pohon pada yang esa
Agar pagi hari raya bisa terulang
Pada hari yang mendatang
Berkesempatan bermaaf maafan
Pada ayah dan bonda
Agar kau masih di sana
Menunggu anakanda di pagi hari raya
Dengan pelukan mesra
Berkesempatan menghapus dosa
Peliharalah Ya Allah...kedua ayah bonda
Sejahteralah keatas mereka
Sesungguhnya doamu amat mahal harganya
Ku tak sanggup kehilangan...
Biarlah berpanjangan...

Satu hari pagi raya...
Apakah bisa terulang...
Kecerian dan kegembiraan
Bersama sanak saudara kaum keluarga...

nukilan : naz ilyn

Sabtu, 4 Oktober 2008

SYAIR PARA SAHABAT

LUPA KEPADA ALLAH SWT
Engkau selalu lupa
Sedang hatimu tetap lalai
Padahal umur kian tiada
Namun dosamu makin bertambah.
Waktu terus berlalu
Sedangkan dosa kian bertambah
Malaikat maut datang bertemu
Namun hati tetap lalai
Nikmatmu di dunia
Hanyalah kepalsuan dan kerugian
Hidupmu di dunia
Adalah muhal dan batil.
Ku fikirkan hari perhimpunan dan kiamat
Juga tertanamnya pipiku di bawah pusara
Sendirian, tanpa teman, setelah mulia dan jaya
Tubuhku tergadai dengan tanah liat
Ku renung panjang dan lebarnya hisab
Juga hinanya makamku waktu diberi kitab
Namun harapanku kepada Engkau
Wahai tuhanku
Wahai penciptaku
Engkau ampuni kesalahanku.