CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Sabtu, 31 Januari 2009

pengotor atau pemalas...??

Apa pendapat anda tentang gambar ini...??

Adakah ia sebuah rumah yang telah lama di tinggalkan...?? adakah tempat pembuangan sampah...?? tempat menternak bintang peliharaan...?? rumah yang tidak bertuan...?? rumah antu... rumah terbiar...????

Percaya tak... kalau saya katakan bahawa rumah ini berpenghuni dan didiami oleh beberapa orang anak gadis juga mak gadis... dan sampah yang berlonggok itu penghuni rumah tu yang punya bukan Ahmad Albab yang punya... kalau Ahmad Albab yang punya aku yang dulu tolong bersihkan ha ha ha.

Agak-agak lah berapa punya lama lah dia orang tak mengemas rumah atau buang sampah...?? punyalah banyak sampah sekali buang. Mereka bukanlah tuan yang engpunya rumah tu... diaorang hanya penyewa jer.

Bukan nak mengaibkan sesiapa tapi mungkin ada sesuatu yang boleh di ambil sebagai iktibar. Rumah sewa ker rumah sendiri ker jangan lah sampai macam tu sekali. Lagi pun agama kita menuntut agar umatnya menjaga kebersihan dan bertanggungjawap atas apa yang kita miliki dan perbuat.

Manalah tau ada binatang yang berbisa tumpang buat rumah kat situ kan membahayakan jiran tetangga atau diri sendiri. Kalau ayam tumpang bertelur bagus gak boleh makan telur ayam tapi kalau pak belit yang tumpang bertelur ahhh macam mana tu...??

Rumah sewa pun rumah kita juga betul tak... tak kan kita hendak membiarkan ia kotor, bersemak dan tak terurus. Kita yang mendiami, menjadi tempat kita berehat, beribadat, dunia kecil kita mengapa kita tanamkan dalam minda bahawa ini hanya rumah sewa. Bila kita duduk di rumah itu kita wajib menjaga, membersihkan, mengemas dan menjaga hati jiran sebelah menyebelah.

Kalau bersih dan kemas sekali pun kita juga yang dipuji bukannya tuan rumah yang disebuat-sebut. Lagi pun dia orang tu warga pendidik... besar perananya dalam masyarakat.

p/s: iiish... malas ler nak cakap banyak, tak paham tak paham macam maner lah mereka boleh tahan duduk rumah camtu. Kalau saya lebih baik bersihkan daripada dipandang serong.















39 Luah rasa:

::SRISUFI:: berkata...

sis...

mereka semua telah dijangkiti virus sakit S.A.L.A.M diterbalikkan jd....hehe

aduhai cemana sanggup melihat longgokan itu...ditambah ada ssampah basah...huhh bau semerbak...sebab tu senang2 dpt sakit segala bagai

segalanya bpunca dr tabiat...alah bisa tegal biasa..

ain berkata...

tak tau lah nak ckp aper ye..??sah lah pemalas dan pengotor. Saya sensitive sungguh ngan org2 malas dan pengotor ni tau.

p/s..hubby ckp saya over bersih pulak. terlampau cerewet.Hihi

fazemy berkata...

Pemalas ni. Kdg tak phm org yg mcm ni. blh dia hidup dlm bau2 yg tak menyenangkan tu. Saya ada kenal org2 mcm ni. Yang pemalas giler. Sampah dlm rumah 2 3 hari baru nk buang. Ish tak paham la prangai mcm ni. laki bini sama.

Zureen berkata...

Sis..

Yang takutnya kalau tempat itu jadi sarang pembiakkan nyamuk aedes..Jiran2 terdekat juga yg akan jadi mangsanya..

PIKIRSENDIRILAH berkata...

mereka suka camtu..orang yg pengotor ni memang pemalas..orang yg pemalas boleh jadi pengotor..

Tie berkata...

Budak2 zaman sekarang ramai yang pemalas...entahlah mungkin kerana tak pernah susah...

Nanti datang rumah ambik award, ekk.

Ms.Lilies berkata...

ada juga ye org camni...boleh pulak diorg tahan dok umah yg byk smph camtu sekali..ewwww

Fara berkata...

Hisyh!!! org mcm ni pun ada kat dunia skg ni ye. Klu Fara la mau aku mati kejung nengok sampah sarap mcm tu. Heeee mmg pantang betul Fara ni bab kebersihan sampaikan abg bising sbb terlalu pembersih pulak, Hahahaha. bukan apa,klu smph dh mcm tu mesti baunya hmmmmm menyengat lubang idung. Boleh bawa mcm2 penyakit lg.

UnGu VioLeT berkata...

salam.. ade mase, dtg blog mar ambik follower award yer.. thanks..

Moon berkata...

mcm rumah sy..


punya jin lah.
haha

Qaseh berkata...

amboi..banyaknyer sampah..kalau dibiarkan mungkin takut ada haiwan berbisa plak yg tinggal..

mungkin mereka semua nih ada penyakit MALAS kot..bak kata srisufi..

Amal @ PriaPrai @ Chulan Chin berkata...

Salam dik naz..

1. diorang tu pendidik..? aduhai.. malu teman!

2. amalan mjaga kbersihan bukan tletak kpd sgelintir klmpok msyrkt @ phk bkuasa sj. tp stiap indvdu btggjwb sama..

sbb itu, bukan skolah sj kna didik anak2 dr kcil utk amalkn pjagaan kbrsihan, ttpi stiap kita bperanan myampaikn ingatn & asuhn kpd ank2 mahupun kpd rkn taulan..

(*mgkin dik naz "segan" nk tegur scra lisan kat depa tu. tp blh buat cara lain, kn? spt hntr surat (tanpa nama) ke.. atau salurkn aduan kpd jkkk & ajk tmn prumahn ke.. insya-Allah..)

[tkenang zmn teman skolah rndh dulu, ada sbjek "sivik"- anak2 diajar & dibentuk "civic minded" n dpt latih diri jaga kmudahn awam, kbersihn dsb..]

naz ilyn berkata...

srisufi...

tak tau lar kenapa mereka begitu... terlalu sibuk agaknya sampai tak ada masa nak berkemas kot...

`````````````````````````````````````

ain...

agaknya malu nak cabut rumput atau tunggu sampah kat rumah dah banyak baru buang...

naz ilyn berkata...

emy...

kalau sampah basah dalam rumah lambat di buang alamatnya satu rumah lar berbau... alamak geli lar

`````````````````````````````````````

zureen...

betul tu zureen... takut tau. kata jiran sebelah rumah tersebut banyak ulat bulu merayap masuk dalam rumah dia orang... bahayanye

naz ilyn berkata...

PIKIRSENDIRILAH...

sebenarnya pengotor dan pemalas tu adik beradik... tapi penyakit tu tak ada ubat..

``````````````````````````````````````

tie...

budak sekarang ni kadang-kadang hidup dah terlampau senang atau terlampau manja... sapa yang susah jiran-jiran juga yang susah... sakit mata memandang..

naz ilyn berkata...

Ms.Lilies...

cikgu yang sewa sebelum ni tak pulak macam tu... malah rajin merumput, memerun, bercucuk tanam... kekadang jiran-jiran sebelah tumpang sekaki minta daun pandan atau daun kesom... yang ni pulak lain pesen.

````````````````````````````````````````

Fara...

kekadang tu ada benda peribadi yang tak sedap dipandang di buang dengan cara yang tak betul bersepah terkeluar dari tong sampah... ishhhh anak siap agaknya iye..

naz ilyn berkata...

Ungu Violet...

salam... selamat bertandang ke laman LR...

ok nanti akak ambil yer...

`````````````````````````````````````

moon...

kalau setakat bersawang tu biasa lar... tapi kalau dah jadi tempat jin bertendang apa cerita tu...

naz ilyn berkata...

Qaseh...

sebenarnya takut jadi tempat nyamuk bertelur... kekadang kita ni jaga kebersihan rumah kita tapi kalau jiran sebelah tak jaga tak guna gak sebabnya kita juga yang terkena sama...

nyamuk tu bukannya duduk diam kat situ jer...

```````````````````````````````````

Amal...
salam Amal...

tu yang tak paham... kat sekolah lain yang mereka ajar kat rumah lain pulak yang jadi...

ada gak buat aduan dengan tuan rumah... tapi tuan rumah buat tak tau jer...

buat aduan dengan majlis daerah minta tolong bersihkan di sekitar longkang dan potongkan semak yang tah mula merayap ke tengah jalan... rumput tu dan nak naik ke rumah seberang jalan... melampau betul.

nasib baik majlis daerah datang tolong bersihkan longkang dan potong rumput... tapi takad mana bersihnya..

ima berkata...

kalau macam tu, namanya orang pemalaslah ni...orang malas ni dia rela dalam keadaan apa pun ...asalkan dia dapat pertahankan kemalasannya.

kalau saya rela dalam kepenatan...asalkan rumah dalam keadaan bersih.

nurdaniella berkata...

salam naz, huhu.. macam mana la diorang leh hidup macam tu yer.. agak2 kalau dibiarkan lagi sebulan tu, mau penuh dah pokok kat pintu tu.. diorang tak pernah bukak pintu belakang tu ker?? kalau akak jadi tuan rumah, puas hati biarkan kosong jer..

naz ilyn berkata...

ima...

betul tu... malu lar orang tengok rumah kita macam tu... dulu ada gak sebuah rumah yang macam tu... rumput dah sama tinggi dengan rumah... lama-lama dia pindah dah malu kot sebab jiran-jiran dah mula bising...

`````````````````````````````````````

nurdanella...

memang tak pernah buka pintu sebab tu rumput dah panjat rumah... terpikir gak kat mana pulak dia buang sampah hari-hari terutamanya sisa makanan...

sekali buka pintu dah macam rimba kat belakang...

iNsaN BiaSa berkata...

adehhh sis..sakit mataku menengoknya..diorg ni mmg species duduk dikelilingi sampah kot..huhu...

naz ilyn berkata...

insan biasa...

alah bisa tega biasa lar tu... muka pun dah tebal

tintaHati berkata...

Penyewa tu sekeluarga ka atau kwn-kwn gitu. Mungkin masing2 mengharap hsemate yg laen akan buat. Kwn2 sy selalu alami masalah ni kat umah sewa depa...huhu

asyima binti dollah berkata...

salam..

terima kasih utk doanya ya kak..
tak mengapa..sy bukan siapa2..biasa saja dilupa=)

Bunga Rampai berkata...

Pemalas! :((

Salam Naz :)

izan berkata...

naz,

kalau lah zan ada lampu ajaib...

kelip je mata...mesti clear..hihi..
tak pun kalau lalu lori sampah tu.. informkan la diaorang tolong bersih kan... yelar kalau dibiar lama2 nanti macam2 datang hurung.. yang takut tu...yang berlengkar haa..

She SembilanPuluh berkata...

bersangkalah baik..
yg dilihat belum tentu itu kenyataannya..

naz ilyn berkata...

tintahati...

mereka duduk sesama kawan tapi ada juga yang dah mendirikan rumah tangga menumpang sama...

mungkin begitu... menunggu kekawan yang lain bersihkan...

`````````````````````````````````````

asyima...

kita semua insan biasa cuma keterlupaan sesekali datang menerpa...

naz ilyn berkata...

Bunga Rampai...

kalau dah dapat penyakit tu... susah lar takde ubat...

`````````````````````````````````````

izan...

lori sampah memang datang ambil semua sampah tapi kalau dah banyak sangat bercampur sampah basah dengan sampah kering... dio orang ambil masa dua-tiga hari nak habiskan sampah yang banyak tu terutama sampah kering...

naz ilyn berkata...

SSP...

tapi memang tu lah kenyataannya... rumah tu terletak betul-betul belakang rumah saya... lebih sepuluh ekor ulat bulu merayap masuk dalam rumah... macam mane tu..

Suzi berkata...

mmm tak tahu nak cakap apa....
jiran2 sebelah tak tegur ke??

naz ilyn berkata...

suzi...

mereka ni cikgu... jadi macam malu sikit nak tegur... tapi akak yang sebelah rumah tu pergi jumpa dengan tuan rumah suruh dia bersihkan... emmm tuan rumah pun buat bodoh jer...

INTAN RH berkata...

Akak ada pandangan berbeza. Mungkin kat situ mmg tmpt letak sampah, sementara tunggu tukang angkut sampah amik. Mgkin jg tukang angkut sampah yg tak buat kerja. Who knows? ;)

naz ilyn berkata...

INTAH RH...

salam kak... sy sebenarnya tak suka menulis sesuatu yang tak pasti sebab natijahnya mengundang fitnah...

buat pengatahuan akak pintu belakang rumah tu bertentangan dengan pintu dapur rumah saya...

buka pintu jer terus nampak semak samun dan sampah yang berlonggok tu...

dan saya tau apa sebenarnya terjadi...

e_ja berkata...

salam kenal juger..:)
hmm rasa2nya dua2 simtom diaorg ada nih..
pemalas + pengotor..
krn dua2 'p' di atas sgt sinonim..
bila ada satu je 'p' tuh maka ikut sertalah sekali 'p' yg satu lagi tuh..huhu

Mak Su berkata...

maksu rimas mata kalu keadaan mcm tu :(

tapi jgn tekejut, mmg betul, mmg ada orang yg boleh hidup dlm keadaan mcm tu, dunia dorang cuma diri dorang sahaja :(

naz ilyn berkata...

e_ja...

hai... eja, betul tu 'p' dua serangkai...

`````````````````````````````````````

mak su...

terima kasih mak su selalu jengah kat blog sy... tiga empat hari ni belum sempat terjah blog mak su dan kekawan... si kecil sy demam lah... nanti sy singgah yer

tu lar pasal... sakit mata memadangnya... nak tolong tebaskan semak takutlah mana tau ada binatang yang berbisa...

abah aman berkata...

Salam ukhwah!
Islam itu bersih dan suci tetapi ramai orang Islam tidak mengamalkannya. (mohon guna gambar pokok duit-duit).