CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Isnin, 16 Februari 2009

jiran sape ekkk...

Tangan di atas lebih baik dari tangan di bawah dan tangan di gambar ini menceritakan sebuah perjalanan yang panjang juga tersimpan seribu cerita suka dan duka pemiliknya.

Jika anda ada jiran yang tinggal betul-betul bersebelahan dengan rumah anda... yang selalu bertentang mata. Kalau anda keluar menyampu dia pun menyampu sama, anda siram pokok dia pun menyiram pokok juga almaklumlah rumah sebelah menyebelah dinding dia dinding anda juga... berkongsi dinding yang sama.

Anak-anak dia bagai anak-anak anda jua... bagai saudara. Bak kata orang tua-tua orang sebelah kentut pun boleh dengar begitulah gambarannya. Bukan tu aje bila anak dia demam anda juga yang di panggil minta tolong antarkan ke kelinik... kalau dah terdesak sangat ubat dalam peti sejuk anda berikan.

Time anak pulang ke sekolah anak anda berkongsi tempat duduk dan kereta yang sama andalah pemandunya. Dengan niat yang ikhlas apalah salahnya tumpang kereta yang sama rumah pun sebelah jer. Terima kasih dari mulut anaknya saje orang tuanya hampeh tak pernah bersuara samada nak minta tumpangkan anaknya atau sebagainya. Malah anak anda yang memperlawa sebagai tanda kita berjiran tetangga... baik sungguh anak kamu.

Ishhhh... bila sebut tang duit anda bukanlah jenis orang yang berkira. Setakat sepuluh dua puluh apalah sangatnya. Janji harus di kota... kalau tunggu gaji haruslah dilaksana. Tapi rasa-rasanya gaji dah bersilih ganti tapi hutang tak bayar lagi... macam mane ni. Bukan sekali anda memberi pinjam dah nak masuk dua kali tak bayar juga lagi.

Emmm... yang jadi hairannya muka selamber jer... keluar rumah bertembung menyampu buat dek jer... Anda yang tukang beri hutang pulak serba tak kena kenapa ekkk.... Bila anda mula buka mulut sebagi pemula bicara bertanya itu dan ini dengan niat nak minta duit anda kembali... cepat-cepat dia cerita masalah kerja suaminya. Anda pun kelu lidah nak berkata hilang mood nak berbicara.

Hari-hari yang seterusnya kalau anda tak menegur... dia lagi tak menyapa macam anda yang bersalah pula. Begitulah serba sedikit sandiwara kisah jiran tetangga. Adakah anda kenal jiran anda...?? Atau anda tahu siapa nama jiran anda...?? Atau anda hanya tahu dia pakai kereta apa, berapa banyak wang yang dia ada, atau berapa banyak barang kemas yang dia ada atau perabut apa yang ada di rumahnya...

Jiran adalah saudara terdekat kita... bagaimana cara sekali pun jiranlah orang pertama yang kita boleh harap jika berlaku apa-apa. Tak bertegur sapa bukan jalan penyudahnya. Fikir-fikirkan dan selamat beramal.









24 Luah rasa:

ain berkata...

Alhamdulillah jiran2 saya semuanya baik2 belaka. Seronok bila jiran dah jd mcm keluarga sendiri.

p/s..nasib le sapa2 yg dpt jiran yg tak mesra alam.

ima berkata...

salam naz,

syukurlah saya mempunyai jiran yany ok jugak...seronok bila ada majlis yasin penuh rumahlah.

izan berkata...

ilyn,

itulah yang kita harapkan, bila jiran menanam kita pun semangat nak menanam, bila jiran mengemas, kita pun semangat nak mengemas... secara tak langsung dia jadi idola.. kita jadi rajin kerana dia.

tapi kalau dapat jiran yang hanya kita je yang kena faham masalah
dia... bataskanlah pergaulan bantu mana yang mampu aje.

p/s: syukur dapat kakak-kakak yang baik-baik hati belaka.

naz ilyn berkata...

ain...
seronok bila berbalas-balas juadah dengan jiran... rasa macam keluarga sendiri...

p/s: jiran yang tak mesra alam ni... jangan di layan sangat... nanti lain pulak ceritanya... sekadar bertegur sapa apa salahnya.

naz ilyn berkata...

ima...
kekadang jiranlah beriya-iya beno bersing-sing lengan menolong kita bila kenduri atau sebagainya... meriah suasana.

naz ilyn berkata...

izan...
betul tu izan bersaing untuk perkara yang baik tak salah... kita menjadi bersemangat untuk membuat sesuatu perkara... rumah jiran bersih rumah kita pun bersih...

tapi kalau jiran yang ada masalah kelaku ni kenalah berhati-hati... kata orang buat baik berpada-pada...

julietchun berkata...

ade jiran yg sk bertgr sapa, ade gak yg lalu dpn umah siap paling muka.

naz ilyn berkata...

julietchun...
memang ada jiran yang tak bertegur sapa dan bermasam muka... tapi sampai bila... apatah lagi kena berjiran sampai bila-bila... malu kalau orang lain tau...

Mak Su berkata...

kenal gaks, lite-lite gitu. tak berani nak mesra2 sangat, sbb dapat jiran jenis aggresif, nak buat rumah sendiri macam rumah parents dia :(, ikut suka dia plaks nak keluar masuk ke rumah mak su.

Tie berkata...

Ni ada sorang jiran...selalu memerap dlm rumah, sibuk je blogging...tak tahu apa yang berlaku dlm quaters tempat dia tinggal...teruk betul!!

Nak tau sapa?? Makcik ni laa....

zali berkata...

jiran?

leceh la...

depa buat hal depa saya buat hal saya...lagi bagus.

-SRISUFI- berkata...

alhamdulillah...sis
jiran saya baik2 belaka.

hehehe
cuma sekarang bingit telinga bising dek bunyi org keje buat rumah...adoi la...

naz ilyn berkata...

Mak Su...
saya sebagai jiran pun tak suka anak-anak saya pergi ke rumah jiran sebelh dan secara tidak langsung jiran kita pun paham...

ada juga anak jiran yang memang tak geti basa 24jam asik nak bertandang depan pintu ajak anak saya kelau main tak kira masa pulak tu... kalau kes macam ni saya kena bertegas sebab dah menggangu idup saya...

saya buat bodoh tutup pintu atau dengan selamber je suruh dia balik pentang baru boleh datang...hihihi garang tuuu.

naz ilyn berkata...

tie...
kat johor pun ada sorang jiran yang macam tu gak asik memerap kat rumah ngadap komputer 24jam( sylah tu)... sampai ada pulak jiran yang sangka saya sakit sebab lama tak nampak keluar rumah....hihihi dia tak tau saya segar bugar melayan blog...

naz ilyn berkata...

zali...
baguslah kamu ni zali(bodek sikit)... prinsip tu memang boleh diguna pakai... kubur pun lain-lain betul tak... hihihi

naz ilyn berkata...

-SRISUFI-
jiran akak pun tengah sambung rumah... emmm macam-macam bunyi boleh dengar... tak perlah hari ni hari kita sok-sok hari dia pulak manalah tau nak ubah suai rumah... hihih(tak taulah bila..)

nurdaniella berkata...

salam naz, anda telah di tag.. jangan marah arr..

nurdaniella berkata...

p/s: kitakan berjiran.. bukankah kita kena berbaik2.. hehe..

naz ilyn berkata...

nurdaniella...
tak marah kak memang tak marah... cuma geram jer... nantilah saya tengok tag nyer macam mane... kalau boleh jawab saya jawab... utang leh tak hihihi.

naz ilyn berkata...

nurdaniella...
kita memang berjiran rasa macam kat sebelah rumah jer... dah mesra gitu walau akak nun jauh di sana dan saya di sini.

LotsOfLove-Pearls berkata...

Salam Kak..
Kiri kanan jiran LOL sumernya org2 kaya..
kami jer yang ex-student and student.

Kalau ada event or makan2, dorang jemput, rasa malu2 jer..

ngeeeeeee..

Ini jiran saper ler neh?
Cepat bayar hutang..

oit, teringat hutang lama..

naz ilyn berkata...

W'salam LOL...
tak tahu lah pulak jiran sapa lah ni... dah utang tak geti-geti nak bayar ker... oooii cepat bayar utanglah garangnya makcik ni...

LotsOfLove-Pearls berkata...

Adedede..
Ikat pinggang nak BAYAR HUTANG..
Huhu..

naz ilyn berkata...

LOL... alahai kesian nyer kena ikat pingggang tapi ikat pinggang macam nak gaduh jer hihihi... kalau ikat perut ok gak... hihihi