CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Sabtu, 31 Januari 2009

pengotor atau pemalas...??

Apa pendapat anda tentang gambar ini...??

Adakah ia sebuah rumah yang telah lama di tinggalkan...?? adakah tempat pembuangan sampah...?? tempat menternak bintang peliharaan...?? rumah yang tidak bertuan...?? rumah antu... rumah terbiar...????

Percaya tak... kalau saya katakan bahawa rumah ini berpenghuni dan didiami oleh beberapa orang anak gadis juga mak gadis... dan sampah yang berlonggok itu penghuni rumah tu yang punya bukan Ahmad Albab yang punya... kalau Ahmad Albab yang punya aku yang dulu tolong bersihkan ha ha ha.

Agak-agak lah berapa punya lama lah dia orang tak mengemas rumah atau buang sampah...?? punyalah banyak sampah sekali buang. Mereka bukanlah tuan yang engpunya rumah tu... diaorang hanya penyewa jer.

Bukan nak mengaibkan sesiapa tapi mungkin ada sesuatu yang boleh di ambil sebagai iktibar. Rumah sewa ker rumah sendiri ker jangan lah sampai macam tu sekali. Lagi pun agama kita menuntut agar umatnya menjaga kebersihan dan bertanggungjawap atas apa yang kita miliki dan perbuat.

Manalah tau ada binatang yang berbisa tumpang buat rumah kat situ kan membahayakan jiran tetangga atau diri sendiri. Kalau ayam tumpang bertelur bagus gak boleh makan telur ayam tapi kalau pak belit yang tumpang bertelur ahhh macam mana tu...??

Rumah sewa pun rumah kita juga betul tak... tak kan kita hendak membiarkan ia kotor, bersemak dan tak terurus. Kita yang mendiami, menjadi tempat kita berehat, beribadat, dunia kecil kita mengapa kita tanamkan dalam minda bahawa ini hanya rumah sewa. Bila kita duduk di rumah itu kita wajib menjaga, membersihkan, mengemas dan menjaga hati jiran sebelah menyebelah.

Kalau bersih dan kemas sekali pun kita juga yang dipuji bukannya tuan rumah yang disebuat-sebut. Lagi pun dia orang tu warga pendidik... besar perananya dalam masyarakat.

p/s: iiish... malas ler nak cakap banyak, tak paham tak paham macam maner lah mereka boleh tahan duduk rumah camtu. Kalau saya lebih baik bersihkan daripada dipandang serong.















Khamis, 29 Januari 2009

bila ketandusan...

kekeringan ketandusan hilang kata-kata
kosong di kepala tiada punca

mana hilang ke mana menghilang
puas mencari tak jua berjumpa

berlegar ke segenap ruang dan pelusuk
ke kampung ke bandar ke mana jua

tergambar di minda tak mampu diterjemah
bagai kosong tak terluah kata-kata

kaku jemari hilang rentak tari
bergendang tak menari

mungkin bukan hari ini
hari-hari yang lain kali

untuk jari jemari ini menari lagi
kan ku tunggu hari itu kembali

akan ku beraksi
untuk ku bersuara di layar ini



Jumaat, 23 Januari 2009

Syair Arab ' sabar '


Siapa sabar atas bala, sampailah ia terpenuhi
Mestinya bersabar atas kehilangan sesuatu yang hilang
Tidak perlukah engkau bersedih
Jika dunia menawarkan kemerlapannya
Maka sabar terhadapnya alamat kebaikan dan warak
Patahkan nafsu mu selalu
Kan kau dapatkan apa yang kau inginkan

Sabar itu kunci cita-cita
Selalu menolong tiada hentinya
Sabarlah meski panjang beberapa malam
Barangkali kedukaan akan bertukar kepada kesukaan
Barangkali keberhasilan itu tergantung pada kesabaran
Yang tak mungkin itu tidaklah ada

Sabar itu tali iman yang kuat
Benteng perahanan dari tipuan syaitan
Sabar punya akibat terpuji
Akibat tergesa-gesa adalah rugi
Jika kau bertemu saat menyedihkan
Itu biasa tabiat zaman
Kenakan baju kesabaran



Rabu, 21 Januari 2009

" cakap terang-terang..."

comelnya... tapi masih boleh bergaya

Berdusta ialah perbuatan di mana seseorang itu sengaja mahu memberi gambaran yang salah kepada orang yang didustai. Dusta mungkin dilakukan secara tersurat mahupun tersirat. Biasanya dusta dilakukan dengan menggunakan kata-kata yang jelas berniat memberi gambaran yang salah.

" Betul! abang tak pergi kelab dangdut." ( sedangkan dia pergi )

" Betul! saya tak cakap apa-apa pasal emak awak." ( sedangkan dia cakap )

" Kalau abang nak kawin lagi, kawinlah." ( mulut jer cakap macam tu dalam hati tuhan jer tau... tapi orang lelaki kalau dengar isteri cakap macam tu cepat-cepat... AMINNN )

Katakanlah pada suatu hari anda memakai baju baru yang tidak sesuai dengan potongan badan anda. Anda bertanya kepada suami sama ada baju itu cantik apa bila dipakai. Adakah ini jawapan suami tersayang....??

" Boleh tahan! abang tak pernah tengok orang lain pakai fesyen macam tu."
( nampak beno tak tau pesen sekarang... )

" Masya Allah! teruknya baju awak tu."
( biar betul abang ni... ni lar baju yang paling cantik saya pakai...)

" Cantiknya! baju macam nilah yang elok untuk awak."
( sah-sah nak membodek ada maksud tu... )

" Baju tu cantik tapi tak berapa sesuai dengan awak."
( sejuk rasa hati dengar... macam tak ikhlas jer... )

" Awak makin nampak tua dengan baju tu."
( macam nak kena tido kat luar jer malam ni... )

" Awak nampak macam penyanyi dangdut! "
( ni ler baru panasss... )

" Awak nampak macam pokok bunga berjalan! "
( rabun ker apa laki aku ni orang dengan pokok bunga dah tak boleh nak beza... nyampahhh )

" Baju lain lebih sesuai dengan awak."
( ohhh... suami mithali ku )

" Tak der ker baju lain yang lebih cantik dari baju ni..?? "
( tak cantik ker baju ni... tengok macam ok jer.. )

Di dalam Islam, kita di benarkan berdusta hanya untuk tiga rujukan. Pertama untuk menyelamatkan orang yang tidak bersalah daripada dianiaya. Kedua untuk mendamaikan dua orang yang bermusuhan. Ketiga untuk menjaga hubungan baik antara isteri-isteri.

wasalam








Isnin, 19 Januari 2009

"duit aku... duit aku"

ni pokok duit-duit... cuba korang bayangkan kalau ia duit betul nak guna jer petik... ha ha ha


Pengurusan kewangan yang baik adalah kunci kepada bahagia. Selalu kita baca dalam akhbar dan majalah tentang kehidupan rumahtangga porak peranda gara-gara masalah kewangan.

Ada lelaki sebelum berkhawin berlagak depan keluarga bakal mertua dengan kereta dan pakaian. Lepas khawin baru mertua tahu yang menantunya gaji tak seberapa, hutang keliling pinggang dan gaji hujung bulan habis dibuat bayar hutang.

Ada pasangan yang berkerja. Ok la sebab dua-dua ada pendapatan sendiri. Isteri boleh bantu suami. Ada suami yang berkerja tapi isteri makan gaji dengan suami, so office di rumah. Ok la sebab susah juga nak urus rumahtangga. Ada yang isteri kerja, suami pula goyang kaki. Ok ke, ko ke...??

Ada suami yang nak monopoli duit gaji isteri. Isteri mesti beri peruntukan beberapa percent kepada suami. Kalau ikut hukum Islam, suami yang wajib bagi duit belanja kepada isteri. Walau apa pun senarionya yang penting di sini adalah pengurusan kewangan.

Pendapatan itu mestilah daripada kerja yang halal agar ia diberkati. Jika pendapatan makan gaji tidak mencukupi kerja sampingan boleh dilakukan. Banyak kerja sampingan boleh dilakukan. Yang menjadi masalah kepada kebanyakan orang bukan kerana tidak berkemanpuan mencari wang tetapi terlalu cepat menghabiskannya.

Kad kredit jika digunakan secara bijak akan memudahkan pemegangnya. Namun ramai yang kurang bijak dalam menggunakannya mereka dibelengu hutang kad kredit. Ramai juga yang diisytiharkan muflis akibatnya.


Sabtu, 17 Januari 2009

Buah Tangan

Buat pertama kalinya selama tujuh bulan aku menjadi seorang blogger inilah award pertama yang aku dapat. Cantik tu pink color lagi sebenarnya bukan siapa-siapa pun yang cute... blog aku ni antik ada ler... tuan rumah yang engpunya blog ni pun tak gak cutenya cuma comey tu ada lar sikit ha ha ha.... jangan jeles haa. Apa-apa pun terima kasih daun keladi... aku nak gak kasi bebudak ni award tapi tak pandai lar pulak nak cipta award almaklumlah buta IT... lain kalilah yer tunggu aku pandai godeh-godeh dulu. Lahhh... lupa pulak nak bagi tau award ni dari Qaseh, Mar, Tinta hati, Seroja dan Nurdaniella... kalu ada bagi ler lagi hi hihi.


Haa... ni award gak dari nurdaniella terima kasih bebanyak yer... dah terima ker sebakul terima kasih yang saya hantar kat depan rumah tu hi hi hi... cuma dari kejauhan ku kirim doa moga segala kesulitan dan permasalahan yang dihadapi dapat ditangani dengan bijak. Semua insani di dunia ni ada masalah yang tersendiri cuma cara bagaimana untuk kita mengatasinya... terpulang pada diri masing-masing.

p/s: award aku nak... tag aku tak nak boleh gitu aci tak... hi hi hi

Rabu, 14 Januari 2009

bila aku 'memomen'

nampak tak wayer yang tercabut tu...

Hari ni saya terpaksa menggunakan jari jamari yang selalunya ayu dan sopan membuat kerja-kerja seorang wanita tetiba jer kena buat kerja diluar bidang. Ahak... ek eleh sebenarnya bukan saya tak biasa buat kerja itu semua cuma dah lama tak buat. Tangan dah kejung nak pegang skru driver. Tapi tah macam mana saya terpaksa buat puncanya saya tak dapat nak onkan tv kat dapur sebab salah satu daripada wayernya tercabut.

tengok dah siap pun tak tipu tau... tak main tipu-tipu ni.

Suka betul memomen bukan apa kalau misi berjaya suka banget. Iktiar hidup kalau terdesak boleh pakai juga saya ni. Dulu masa baru-baru kawin selalu buat kerja ni betulkan plug iron, rice cooker... bukan apa nak tunggu kanda betulkan alamat tak berasaplah dapur tak bergosok lar baju kanda.

Dah siap semua saya dengan semangat bagai seorang serikandi cuba nak on tv... tapi tak boleh. Alamak apa ke benda lagi yang tak kena ni...?? Rasa-rasanya semua dah ok... pikir pikir pikir hah... antena tak pasang. Terlupa lar pulak hari tu kanda set up tv kat bilik shafiq gunakan antena tv dapur wayer penyambung dah beli tapi kanda taknak pasangkan puas saya suruh.

nilah tempat dimana antena disambungankan... susah tu nak buat.

Tengok tu ada empat sambungan dan sebanyak tu gak tv yang ada kat rumah saya. Tu pun kanda sibuk nak beli tv plasma. Buat apa beli tv bebanyak buat membazir letrik bazir duit jer yang ada pun tak tertengok. Kalau anak semua sekolah siapa nak tengok pening lar tengok tv bebanyak buat sempit rumah jer selagi tv tak rosak jangan memandai mandai nak beli tv baru kalau anak ada sepuluh, sepuluh tv nak beli ker... ahh... sekali membebel. ( sengeh jer kanda... hi hi hi)

horeyyy... berjaya tu dia hasilnya.

Susah juga nak buat sambungan antenani... baru pertama kali. Mula-mula rasa macam tak boleh buat tapi sabar sabar cuba lagi dan akhirnya berjaya. Saya sambil buat kerja rumah memasak ke atau mengemas selalu tengok tv nak tengok berita cerita lain malas nak tengok nanti lalai semua kerje tak siap... habis lar kalau anak balik dari sekolah belum sempat kemas rumah atau belum lagi siap masak... rasa bersalah pulak dengan anak.

Kekadang isteri ni kenalah buat sendiri tak payah tunggu suami buat tapi tengok juga keadaannya kalau rasa mampu dan tidak membahayakan diri sendiri atau orang lain boleh ler buat.





Isnin, 12 Januari 2009

seluar mane...???

Eeeee buat apa tu ek...?? bau usuk yer.. takpe ler sendiri punya...

Saya terlihat seorang budak usianya dalam lingkungan lima tahun di pagi hari kira-kira pukul tujuh lebih berdiri di tepi jalan di hadapan rumahnya berpimpingan tangan dengan seorang wanita. Dari pengamatan saya wanita itu lebih kurang 40an dan kemungkinan besar itu adalah maknya.

Budak tu lengkap berpakaian sekolah rambut kemas tersisir putih kasut tak ternoda... segak dan dari raut wajahnya ada sekelumit rasa gementar bercampur gusar dan kadang-kadang tergambar kecerian diwajah. Tahun pertama di alam persekolahan agaknya. Tersentak saya dengan deruman bunyi yang kuat rupanya van kuning menyusuri jalan dan berhenti betul-betul di hadapan budak dan mak.

Tiba-tiba tenggelam gementar dan gusar hanya senyuman lebar terpancar bertemu rakan-rakan sama ceria. Berlainan benar dengan tujuh hari lepas menangis bagai nak rak si mak terpaksa buat pekak demi masa depan anak.

Empat jam kemudian... van kuning datang lagi. Si budak menunjukkan diri tapi... sudah tak sama lagi macam pagi tadi. Muka masam kelat tak berseri mata bengkak tak bersinar lagi. Apa dah jadi ni...?? Mengapa jadi begini... Si mak menghampiri lalu di kendong si budak tadi.

Apa yang saya perhati hanya baju masih lekat lagi di badan budak tadi tapi... mana pergi seluar... ohh dia kencing kat sekolah tadi.... tapi kenapa tak dipakaikan seluar?? Apa tak ada seluar lain sebagai ganti...?? Kenapa biarkan budak malu sendiri sampainya hati... membiarkan budak telanjang lantas diperhati.

Bolehkah ini dikata isu kemanusian dalam ruang lingkup yang lebih kecil. Walau pun dia hanya seorang budak yang tak mengerti apa itu maruah diri tapi bagaimana dengan mak budak itu adakah dia merasa tercalar...?? Dan terganggukah emosi si budak itu...?? tentunya diketawakan dan dihujani dengan ejekkan yang menerjah pasti esok dia tak bersekolah... ternyata tekaan saya benar.








Sabtu, 10 Januari 2009

Gadis Kecil

Anak kecil main api... terbakar hatinya sepi... air mata darah bercampur keringat... bumi dipijak milik orang... nenek moyang kaya raya... tergadai seluruh harta benda... akibat sengketa sesama kita... cinta lenyap diarus zaman...

Tubuh itu mengingatkan daku
sebatang pinang di desa sepi
kurus dan tinggi
ketika ribut besar
pohon sekitarnya rebah terkapar
dan pohon pinang tegak menanti
sinar mentari pagi

Demikianlah gadis kecil itu
kurus seperti sebatang pinang
bertahun berulang alik melalui
penjara kawat duri menemui
ayahnya yang bertahun pula sendiri
menentang setiap penderitaan
tabah dan beriman

Gadis kecil itu mengagumkan daku
tenang dan senyuman yang agung
dengan sopan menolak pemberianku
"saya tak perlu wang, pak cik,
cukuplah kertas dan buku".

Usianya terlalu muda
Jiwanya didewasakan oleh pengalaman
tidak semua orang mencapai kekuatan demikian
ketabahan yang unik, mempersonakan.

Bila aku menyatakan simpati dan dukaku
rasa pilu terhadapnya
sekali lagi dia tersenyum dan berkata:
"jangan sedih, pak cik, tabahkan hati
banyak anak-anak seperti saya di dunia ini."

Aku jadi terpaku
dia, si gadis kecil itu pula menenteramkan
mengawal ombak emosiku
jangan sedih melihat derita pahitnya

Alangkah malunya hati seorang lelaki dewasa
yang mahu membela manusia derita terpenjara
menerima nasihat supaya tabah dan berani
dari anak penghuni penjara itu sendiri

Sepuluh anak seperti dia
akan menghapuskan erti seribu penjara.

p/s: Hasil karya penulisan Sasterawan Negara Datuk Usman Awang tahun 1976


Khamis, 8 Januari 2009

beranjak usia

suka nyer aku dapat hadiah handphone merah lagi... alhamdulillah

Setahun lagi usia ku beranjak... sememangnya aku sentiasa bersedia dengan kedatangannya. Tidak juga menunggu tapi ia tetap berlalu bagai angin lalu sentiasa memikirkan masa depan dan pengisian hari-hari agar tidak terlepas begitu saja kosong dan kontang. Akan terus berusaha mencari pengisian abadi walau pun belum sempurna tapi akan tetap ku usaha kerana aku mahu sesuatu yang pasti agar damai terus aku miliki.

Setiap tahun mesti ada cake juga kekadang hanya ucapan dari kanda tersayang juga anak-anak. Tapi aku tak pernah mengambil berat tentang hal itu sambut pun tak apa tak sambut pun tak mengapa tidak menjadi soal begitu juga dengan pemberian hadiah.

Sebenarnya bukan apa aku tak mahu menyusahkan kanda. Almaklum ler kanda seorang saje yang menanggung kami sekeluarga dan aku mengerti kanda mahukan yang terbaik untuk kami sekeluarga. Pada kanda segala kerja keras adalah untuk keluarga. Apa yang anak-anak orang lain ada sedikit pun tak pernah kurang begitu juga dengan aku makan pakai segala-galanya yang terbaik.

Setakat kerja T%$$N%#@B besar mane ler gaji bukan berpangkat besar tapi kalau suami orang lain pagi keluar... malam dah ada kat rumah (agaknye lar) tapi kanda kalau tak gelap tanah selagi tuler tak nampak muka kat depan pintu. Ini antara sebab tahap pendidikan yang kurang... nak lebih kena kerja lebih guna segala kudrat (selalu nasihat kat anak) baju jangan cerita lar... kena cuci dengan Fab (jaga kamu dengan isteri aku..)

Bukan nak berbangga... sebab tu lar aku gunakan ganti nama 'aku' sebab ini adalah coretan luahan hati aku dah lama aku nak mencoretkan sesuatu untuk kanda tercinta sebagai penghargaan atas segala pengorbanan yang telah kanda lakukan untuk aku dan anak-anak. Dan masa yang sesuai adalah pada hari lahir aku iaitu semalam 07/01.

Tak sangka kanda beri hadiah walau pun bagi sesetengah orang bukan sesuatu yang terlalu bernilai tapi bagi aku ianya terlalu berharga. Aku yang tak berkerja dapat sama macam orang yang berkerja... suka, gembira sedih, terharu... huhuhu. Bukannya sebelum ni kanda tak pernah belikan aku apa-apa contoh sebuah kereta kancil untuk kegunaan seharian aku lima tahun lepas... tapi tak sama dengan yang ni. Perasaan sukar digambarkan rasa sayang seolah-olah kian bertaut... terima kasih kanda... huhuhu mungkin faktor umur.

Akhir kata semoga kanda diberikan kesihatan tubuh badan yang sihat dipanjangkan umur dimurahkan rezeki dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat dipanjangkan jodoh kita juga semoga mendapat keredahan dariNya... amin yarobal alamin.




allergy datang lagi... Qaseh jaga kamu

Alahai aku kena tag lar dari Qaseh nak kena budak ni... allergy aku datang lagi habis gatal merenyam rasa seluruh badan. Tak per lar setelah ditimbang kilo berat dan ringan aku sahut cabaran... hihihi apa-apa aje. Sebenarnya takde yang istemewa pun aku ni (kanda jer yang tau.. hi hi) malu lak nak tulis tapi disebabkan ianya hanya fakta jadi aku tulis seringkas ringkasnya.

1. pemalu

2. tak kenal orang kata sombong.


3. tak berapa pandai nak bergurau tapi tak bermaksud tak boleh bergurau (sekali bergurau macam nak beresling... hi hi kalau ketawa macam nak pecah perut tapi jarang jarang)


4. paling ler benci sesangat orang yang poyo dan tergedik gedik.


5. nampak macam garang tapi hati penuh keikhlasan ( perh... puji diri sendiri... orang kata bukan aku yang kata... ha ha)


6. cerewet dalam urusan rumahtangga dan anak-anak (dengan kanda tak cerewet dah kenal luar dalam... ahak)


7. terlalu memikirkan pelajaran dan sasiah akhlak anak-anak dan sentiasa berusaha mencari keredhaannya(tekanan tekanan)


8. aku suka banget tengok tv dan baca-baca.


9. suka pada kesempurnaan (buruknya aku ni)


10. ingin menjadi ibu yang berjaya membesar dan mendidik anak-anak ( rasa diri tak berguna kalau anak tak berjaya... kalau rasa perangai aku tak elok jangan ikut amaran keras..)


p/s: kan aku dah kata takde yang istimewa pun sama jer dengan orang lain tapi aku tak nak tag sesiapa jangan marah yer Qaseh... moga persahabatan terus terjalin.

Rabu, 7 Januari 2009

manusiakah engkau atau...

kita berkongsi alam semesta
menikmati yang tersedia
tidak mengenal siapa kita
warna kulit agama juga bangsa
keturunan atau di mana kita berada

sesama kita merasa
langit yang sama jua kita jujung bernaung
tapi mengapa masih ada sengketa
sedangkan kita di sini bergelak ketawa
di sana ada mata yang berkaca

di sini girang gembira
di sana hanya bahasa berbicara di mata
jiran sebangsa buat tak tau aja

hanya memerhati bagai tiada apa yang terjadi
bukan meringani malah membebani
mengapa jadi begini
mengapa sekatan harus didahului
bumi anbiyah bergolak lagi
adakah ini dinamakan era moden lagi globalisasi

bukan cerita baru
kaum yahudi mengganas menghujani peluru
israel laknatullah berhati kaldu
membiarkan peluru tak bermata menjadi guru
kejam! kejam! kejam!

jet perjuang berlawan dengan batu batuan
mana hilangnya peradaban
mana perginya isu kemanusian yang diperjuangkan
wanita bangkit melawan
mempertahankan maruah walau terkorban
asalkan mati dalam kepuasan

segalanya kian meruncing
pembunuhan anak-anak bakal perjuang
segalanya lanjutan dari cerita yang panjang
genarasi ketiga sekarang berjuang
walau tanah air sendiri tak pernah terbayang
sedari kecil hingga remaja menggalas senapang

mayat kanak-kanak wanita bergelimpangan
hari-hari pasti ada kematian
terlalu biasa bukan mengejutkan
tragis mengayat hati ohhh... sukar diluahkan

kita tak kenal hati dan wajah
hanya bersudara seagama
marilah kita bersama berdoa
agar palestin dilindungi Allah
agar anak-anak tak berdosa dipelihara
kaum wanita dijaga














Ahad, 4 Januari 2009

MENDUGA LAUTAN

Indahnya pemandangan...

Nampaknya hari-hari terakhir cuti sekolah dinoktakan dengan menduga perairan Selat Johor di Tanjung Piai. Keadaan agak berbeza dengan lapan tahun lalu ketika pertama kali menjejakkan kaki ke sana.
Selamat datang ke resort Tanjung Piai... nampak macam menarik.

Berbezanya dengan terpacak teguh resort-resort yang didirikan diatas permukaan air. Suasana amat nyaman dengan hembusan bayu menyapa lembut sungguh menyenangkan. Cuaca agak baik dan boleh ler menunaikan niat ke sana untuk menguji kail yang panjang sejengkal. Tak sabar rasanya nak melabuhkan joran mendarat ke dasar laut dengan air beralun tenang dengan anak-anak ombak memecah menghempas tiang-tiang batu yang menjadi kaki meneguhkan lantai resort.ni ker bilik yang nak di sewa...?? bukan kot... ni dah penuh.
atau yang ini...?? ni cuma ada dua katil bujang... tak sesuai.
yang ni pulak nampak macam best jer... pun tidak... tak cukup bajet lagi pun cuma tempat nak berehat jer tak tidur pun.

Sungguh menarik kata pertama terpancul keluar dari mulut saya dan ramai pelancong yang turut sama menikmati keindahan laut Selat Johor juga bersetuju dengan saya. Pertama sekali adalah mencari tempat sesuai dan selamat untuk memancing terutamanya keselamatan untuk Shaqira yang amat lasak dan tak tau diam.ni...?? ohh tidak ni asrama untuk rombongan beramai-ramai.
ahhh... ni baru betul kat hujung sekali... jenuh juga kaki melangkah kepai rasa... tapi sesuai untuk memancing ada kira-kita empat buah bilik lagi yang masih kosong nampaknya kami yang pertama... boleh ler layannn.

Setelah perbincangan antara kami dan anak-anak keputusan diambil untuk menyewa salah satu bilik untuk digunakan oleh saya dan Shaqira berehat... kira macam kem tahanan ler... mana taknye orang lain sibuk memancing saya terpaksa menjaga Shaqira kat dalam bilik sambil sesekali mengitai permandangan di luar tingkap.
Belum apa-apa dah pun landing si kecil Saqira ni... macam best jer. Cuma ni aje bilik yang tinggal ada tiga katil bujang... jadi ler. Nampaknya bilik yang lain dah penuh... nasib.

Dari tingkap di dalam bilik saya dapat melihat perlabuhan Singapura yang sesak dengan kapal-kapal. Bila hari beransur menyinsing keadaan di pelabuhan mula disimbahi dengan cahaya nieon... amat manarik dari kejauhan. Bila saya keluar nampaknya semua bilik dan pun berpenghuni dan ada yang datang dari Johor Bahru juga Singapura.
Asyik betul pengail-pengail kita ni... macam iya-iya jer... dapat ikan ker tu.... ??

Isyhhh... apa cerita pulak dengan dia orang yang tengah memancing tu agaknya yer...?? dengar cerita hari ni joran diorang kurang bernasib baik sebab ikan buntal tengah banyak bermain-main di sekitar perairan... kata orang tua-tua kalau ikan buntal ada alamatnya ikan lain tak der peluang ler nak datang dekat.

Tapi memang betul banyak betul ikan buntal yang mengena mata kail kira-kira dalam dua puluh ekor tapi kami lepaskan semula ke laut. Setelah berhempas pulas memerah keringat akhirnya pengail tewas dan masuk ke bilik melepas lelah. Emmm nampaknye giliran saya pula memegang joran... tapi tak sia-sia mungkin rezeki saya seekor ikan sembilang mengena mata kail.

Tapi tu ler sekor yang dapat mungkin anak sembilang dewasa tu tak dengar nasihat emak sembilang sebab tu dia terkorban.... hihihi. Dan selepas berlalunya senja kami pun beransur pulang dengan rasa ingin kembali semula pada suatu hari nanti dengan kail yang panjang berjengkal-jengkal... dan tungguuu lautan dalam Tanjung Piai kami datang.
Shafiq bersiap untuk memulakan persekolahan... moga berjaya sedih... huhuhu.

Esoknya kami bersiap untuk menghantar Shafiq pulang ke asrama dan mendaftar kemasukkan asrama untuk memulakan persekolahan... moga azam tahun baru dapat direalisasikan dan selamat pulang ke gagang.