CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Rabu, 18 Februari 2009

lupa

kita sering lupa pada yang mencipta
bila terantuk baru nak terngada

dah tersungkur baru nak melatah
terkena batang hidung baru nak meludah

mengapa begitu mudah keterlupaan menguasai diri
bukankah kita dijadikan untuk menghambai

bukan selamanya yang lapang itu luas selama
yang hidup bukan selama bernyawa

bukan selamanya yang muda itu lawa semata
yang sihat bukan selama bertenaga

mengapa kita masih lagi tak mengingati
mengapa lupa datang menghampiri

pergilah kau jauh dari diri ini
kau tak diperlukan di sini

jangan kau menghampiri
kerana aku tidak mahu terus hanyut tak bertepi

Ya Allah bawalah aku ke sisi
sesungguhnya usah biarkan aku terus begini

ingin sekali aku mencintai
Allah rabul izzati

kerana di situ segala yang hakiki
bersujud hanya pada Mu YaRabbi






Isnin, 16 Februari 2009

jiran sape ekkk...

Tangan di atas lebih baik dari tangan di bawah dan tangan di gambar ini menceritakan sebuah perjalanan yang panjang juga tersimpan seribu cerita suka dan duka pemiliknya.

Jika anda ada jiran yang tinggal betul-betul bersebelahan dengan rumah anda... yang selalu bertentang mata. Kalau anda keluar menyampu dia pun menyampu sama, anda siram pokok dia pun menyiram pokok juga almaklumlah rumah sebelah menyebelah dinding dia dinding anda juga... berkongsi dinding yang sama.

Anak-anak dia bagai anak-anak anda jua... bagai saudara. Bak kata orang tua-tua orang sebelah kentut pun boleh dengar begitulah gambarannya. Bukan tu aje bila anak dia demam anda juga yang di panggil minta tolong antarkan ke kelinik... kalau dah terdesak sangat ubat dalam peti sejuk anda berikan.

Time anak pulang ke sekolah anak anda berkongsi tempat duduk dan kereta yang sama andalah pemandunya. Dengan niat yang ikhlas apalah salahnya tumpang kereta yang sama rumah pun sebelah jer. Terima kasih dari mulut anaknya saje orang tuanya hampeh tak pernah bersuara samada nak minta tumpangkan anaknya atau sebagainya. Malah anak anda yang memperlawa sebagai tanda kita berjiran tetangga... baik sungguh anak kamu.

Ishhhh... bila sebut tang duit anda bukanlah jenis orang yang berkira. Setakat sepuluh dua puluh apalah sangatnya. Janji harus di kota... kalau tunggu gaji haruslah dilaksana. Tapi rasa-rasanya gaji dah bersilih ganti tapi hutang tak bayar lagi... macam mane ni. Bukan sekali anda memberi pinjam dah nak masuk dua kali tak bayar juga lagi.

Emmm... yang jadi hairannya muka selamber jer... keluar rumah bertembung menyampu buat dek jer... Anda yang tukang beri hutang pulak serba tak kena kenapa ekkk.... Bila anda mula buka mulut sebagi pemula bicara bertanya itu dan ini dengan niat nak minta duit anda kembali... cepat-cepat dia cerita masalah kerja suaminya. Anda pun kelu lidah nak berkata hilang mood nak berbicara.

Hari-hari yang seterusnya kalau anda tak menegur... dia lagi tak menyapa macam anda yang bersalah pula. Begitulah serba sedikit sandiwara kisah jiran tetangga. Adakah anda kenal jiran anda...?? Atau anda tahu siapa nama jiran anda...?? Atau anda hanya tahu dia pakai kereta apa, berapa banyak wang yang dia ada, atau berapa banyak barang kemas yang dia ada atau perabut apa yang ada di rumahnya...

Jiran adalah saudara terdekat kita... bagaimana cara sekali pun jiranlah orang pertama yang kita boleh harap jika berlaku apa-apa. Tak bertegur sapa bukan jalan penyudahnya. Fikir-fikirkan dan selamat beramal.









Khamis, 12 Februari 2009

"oop!...celah kain ku rabak "

nak merokok sangat nah!... ambik kau

Macam biasalah bila penggera jam handset saya menjerit-jerit itu tandanya sudah sampai masanya untuk saya mengambil siddiq balik sekolah tepat jam 11 pagi.

Dalam kereta tetiba jer teringat ada suatu barang yang perlu saya beli. Lepas ambil siddiq terus jer gi kedai runcit Mak Bam. Bukan nama makcik tu Bam tapi anak dia yang nama Bam tu yang jadi kedai Mak Bam.

Lama tak gi kedai Mak Bam... selalu kalau beli barang kat kedai Mak Bam rajin makcik tu berbual-bual dengan saya tanya pasal anak lah... pasal kanda masih keje ulang alik lagi ker... pasal saya yang dah makin montel tak tanya pulak... saya makan beras cap apa... hihihii

Memang dah jarang sangat saya gi ke kedainya sejak kebelakangan ni. Lagi pun makcik tu dah tak berapa kuat... jalan pun guna kaki tiga. Sekarang menantu dia yang tolong jaga... makcik tu cuma duduk dan berborak-borak dengan pelanggan yang datang kat kedai dia... termasuklah saya yang rajin melayan.

Bila semua barang yang nak saya beli dah dapat saya pun nak bayarlah... tiba-tiba menantu makcik tu tanya nak berapa... saya terpinga-pinga, berapa apa...?? kemudian dia hulurkan dua batang rokok.

Ishhh... bila masa pulak aku minta rokok ni... saya toleh ke belakang... ada dua orang budak sekolah menengah. Dengan selamber jer ambik rokok dari tangan menantu makcik tu. Saya dengan membesarkan biji mata sambil memandang muka budak sekolah tu rasa terkejut beruk...

Budak sekolah tu sebaya dengan anak saya kawan sepermainan anak saya dan saya kenal benar dengan emaknya dan kami berjiran walaupun bukan sebelah menyebelah. Selama ni saya hanya dengar dari mulut anak saya jer tapi hari ni saya nampak dengan dua biji mata saya sendiri. Muka budak tu pun selamber badak jer...

Dalam fikiran saya berlegar-legar samada nakberitahu emak dia atau tidak... kalau saya beri tahu nanti takut lain cerita pulak yang jadi... kata orang jaga tepi kain orang lain nanti kain sendiri yang rabak. Tapi bebudak tu memang dah cuak sebab saya memang terkenal dengan garangnya di kalangan bebudak sebaya anak saya.

Bebudak tu takut datang rumah panggil anak saya nak ajak keluar... saya mesti keluar dan cakap terang-terang nak gi mana...?? nak balik pukul berapa...?? siapa lagi yang pergi...?? tanya dengan anaklah bukan dengan bebudak tu tapi depan budak tu...

Pernah saya mencari anak saya yang kata nak pergi ke masjid sembahyang margrib tapi tak balik-balik. Saya pergi cari kat masjid tapi orang semua dah balik saya cari kat kedai permainan game memang sah dia ada kat situ... tu jam juga saya suruh dia balik. Kat rumah apa lagi kena leter leter leter kemudian saya repot kat kanda. Kanda bila dengar dia tenang jer... dia kata kalau nak pergi boleh tapi kena mimta izin saya dulu dan beri tahu pukul berapa nak balik dan jangan pergi pada waktu malam.

Itu cerita tiga tahun lepas... sekarang ni Alhamdulillah... anak saya pun tak bersekolah kat sini... sesekali jer balik itu pun terperap kat rumah main PS2, ngadap internet, ngadap tv kemudian main kejar-kejar dengan saya sebab nak pukul dia suka sakat adik-adik.

Lepas ni bebudak tu mesti takut dengan saya takut saya repot dengan emak dia orang.... hihihi rahsia kalian di tangan makcik ni tau jangan macam-macam haaa.

Selasa, 10 Februari 2009

Puaka niyang rapik

Tengok kartun casper lagi best...

Baru-baru ni saya ada pulang ke kampung sebelah kanda. Kami ada melawat seorang pakcik yang sedang mengidap penyakit barah paru-paru kira-kira barah tu masih awal tahap tiga... kata orang masih belum terlambat lagi kalau nak berubat dan sekarang ni pakcik tu sedang menjalani kimoterapi.

Yang menariknya pakcik tu bercerita tentang saka belaannya kepada kami. Katanya beberapa hari yang lepas dia bertemu dengan hantu belaannya ketika berseorangan berbaring di atas katil dalam biliknya.

Perkara yang sama berlaku selama lebih kurang tiga atau empat hari berturut turut. Saya hanya mendengar secara sambil-sambil, sebenarnya pakcik tu beria-ia benar bercerita dengan kanda. Ada juga saya menyampuk sesekali bertanya betul ker yang dia nampak tu hantu.

Pakcik tu kata dia memang pasti yang dia nampak tu adalah hantu sebabnya dia hanya nampak dari kepala hingga ke bahagian dada jer selainnya takder termasuklah kaki. Hantu tu membelakangkan dia dan pakcik tu hanya nampak bahagian sisinya sahaja jadi dia hanya nampak mata yang merah dan keseluruhannya berwarna merah terang. Bukan seperti yang kita selalu lihat kat tv yang rambut warna hitam dan berpakaian putih.

Pakcik tu kata lagi dia bercakap dengan hantu tu tapi hantu tu diam jer perkara ni berlaku ketika pakcik tu lepas menunaikan solat zohor kemudian pakcik tu berbaring seketika. Pakcik tu kata lagi dia mendapat saka ni dari bapanya yang telah meninggal dunia beberapa tahun lalu.

Dan dia taknak membelanya lagi sebab keuzuran yang kian mencengkam dan berhasrat hendak mengwariskannya pada keturunannya. Tapi mungkin bukan seberangan orang yang akan diberikan mungkin ada syarat-syarat yang tertentu... itu saya tak sempat nak tanya Allahualam.

Kanda ada juga bertanya apa makanan yang harus diberikan kepada hantu itu... pakcik tu kata hanya memberikan dia makan dengan membacakan ayat Al-Fatihah pada setiap malam jumaat dan barang perantaraannya adalah sebilah keris lama yang kecil. Tuan yang baru harus mengambil keris itu kemudian membalutnya dengan kain kuning dan diikatkan di pinggang dan dibawa tidur sebagai tanda perkenalan dengan tuan yang baru.

Jikalau tuan yang baru taknak simpan di rumah keris itu bolehlah dibuang atau diletakkan disuatu tempat dan setiap malam jumaat datang ketempat tersebut dan dibacakan Al-fatihah. Kata pakcik tu lagi kalau kita bela saka ni dia akan menjaga kita dari sebarang jangguan fizikal, menjaga kebun, harta benda dan hantu itu akan menegur kalau kita hendak membuat sesuatu perkara yang buruk.

Pada pendapat saya yang menyebuk ni hantu belaan pakcik tu keluar menunjukkan diri sebab merasakan tuan yang menjaganya itu telah uzur dan sudah tidak dapat memberi makan kepadanya atau sebagainya dan meminta dicarikan tuan yang baru dan itu jugalah yang di fikirkan oleh pakcik itu.

Apa yang nak saya tekan di sini ialah syirik hukumnya adalah haram. Segala ibadat atau perbuatan berupa perkataan atau perbuatan, yang lahir atau ynag batin meliputi doa, solat, nazar, korban, rasa takut, pertolongan, perlindungan dan sebagainya harus ditujukan hanya kepada Allah tidak kepada yang selainNya sebagaimana firman Allah Ta'ala,

"Hanya kepadaMulah kami beribadah dan hanya kepadaMulah kami meminta pertolongan." (Al-Fatihah: 5 )

Di sebabkan gambar hantu yang sebelum ni terdapat di bawah posting ni begitu menyeramkan sehingga ada tetamu yang hendak mengomen terbantut tak jadi nak mengomen jadi dengan rasa berbesar hati saya memadam gambar tersebut agar tetamu mengomen rasa lebih aman... harap maaf.













sungguh tak aci....


Sungguh tak aci cik adik Farah tu nak kasi award dengan tag sekali... tapi apa yang gila-gila bebeno blog akak ni Fara oooii.

Rasa-rasanya akak dan blog akak belum tahap gila lagi...hihihi apa-apa pun terima kasih bebanyak besar tapak tangan laman Lurah Rasa akak tadahkan.

Minta ampun bebanyak sebahagian dari tag tu terpaksa akak abaikan jangan marah iye Fara... mesti serik dengan akak ni... hihihi




Jumaat, 6 Februari 2009

Gila-Gila Remaja

Bercinta sebelum waktunya ishhhh... nak kena budak-budak ni...

Bila kita sebut pasal cinta di kalangan anak-anak remaja ada sebahagian ibu bapa teutamanya ibu mula pening kepala bagaimana hendak menangani permasalah tersebut. Semua remaja yang masih di alam persekolahan sedikit sebanyak akan terkena tempias tersebut.

Permasalahan cinta remaja ni bukan hanya berlaku di kalangan remaja peringkat menengah tetapi seawal sekolah rendah lagi perkara ini juga terjadi. Banyak yang kita dengar tentang masalah cinta yang terus berlarutan hingga ke tahap yang membimbangkan sehingga berlakukan perkara di luar batasan seorang kanak-kanak sekolah.

Ishhhhh... apalah yang saya melalut sampai macam tu sekali ni... menulis dalam keadaan yang terlalu serius nanti sakit kepala. Menulis secara santai dan bersahaja bagi saya terlalu sukar tapi saya mesti cuba sebab berblog ni untuk menceriakan hati, minda dan mengisi masa senggang.

L : k... la kite jumpe kat sek nanti gud nite semoga ko dpt mimpi yang indah mlm nie.

P :
k... jgn lpe ea coklatnye... nite n swet dream... MMUAHH

Di atas adalah sms yang tertera di dalam sebuah telepon tangan seorang remaja sekolah menengah berusia 14tahun. Mereka juga rakan sebaya di sekolah berasrama dan menduduki kelas aliran agama di sekolah mereka tetapi berlainan kelas.

Sebagai seorang yang dewasa atau dari kaca mata seorang ibu yang membaca apakah yang anda fikirkan...? Apakah ada kata-kata positif yang boleh dikatakan...? Apakah sebagai seorang ibu anda berkata NO!!!...? Apakah kata-kata nasihat yang seharusnya anda tarbiah kepada anak anda...? Bagaimanakah pendapat anda...???

Anda boleh memberikan segala pendapat, komen dan sebagainya di ruangan komentar. Segala pendapat, buah fikiran dan komen anda amat diharapkan sila masuk dan katalah apa yang ingin anda katakan.





Rabu, 4 Februari 2009

Senandung Bidadari Syurgawi

Gambar hiasan

Jika anda ingin mendengarkan nyanyian para bidadari, maka dengarkanlah beritanya sekarang melalui keterangan berikut...

Sesungguhnya para isteri ahli syurga benar-benar menyanyi untuk suami-suami masing-masing dengan suara mereka yang merdu belum terdengar oleh seorang manusia pun. Sesungguhnya di antara nyanyian yang disenandungkan oleh mereka ialah...

Kami wanita yang baik lagi cantik isteri kaum yang mulia.
Sementara mereka memandangnya dengan hati yang bahagia.
Kami adalah wanita yang kekal tidak akan mati
kami adalah wanita yang aman
tidak pernah rasa takut
dan kami adalah wanita yang bermukim
dan tidak pernah menghilang.

Isteri yang gemilang merupakan hiasan dalam jiwa dan minda seorang suami. Senyumannya menyerikan lagi semangat dan perjuangan dalam mengharungi bahtera rumahtangga. Isteri yang ingkar bagaikan duri dalam daging, menusuk setiap gerakan nadi, memamah jiwa dan raga, serta menularkan bahang keresahan dan penderitaan.

Isteri yang mengabaikan tanggungjawabnya akan menghancurkan harapan seorang suami. Agama Islam menganjurkan agar isteri mematuhi segala perintah suami jika berada di jalan yang diredhai. Sesungguhnya kederhakaan kepada suami yang soleh bererti menderhaki Allah dan RasulNya.

Semoga semua wanita para isteri mendapat perdoman dalam berbakti kepada keluarga untuk menuju kebahagiaan dunia dan akhirat, insya Allah.


Award ni buah tangan dari kak Tie memori seronoknya dapat award dari akak comey. Terima kasih bebanyak moga tirai persahabat yang telah di buka menjadi wadah untuk kita terus mengikat tali kelangsungan sahabat yang berpanjangan, insya Allah.

Dan semoga kak Tie teruskan menulis dengan air tangan yang menyenangkan dan mencuit hati para pembaca... seronok lepak kat laman kak Tie dan celoteh yang dinanti.

Award yang sama juga di terima dari kak Nurdaniella, terima kasih moga yang jauh dapat didekatkan dan yang dekat dieratkan, insya Allah.