CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Selasa, 31 Mac 2009

teman sejati...


Suatu hari, gadis kecil bernama Habibi meminta kebenaran daripada ibunya pergi bermain dengan anak jirannya di rumah sebelah.
Ibunya memberi kebenaran dengan syarat dia berjanji pulang ke rumah sebelum jam enam petang.

Pada pukul enam petang, Habibi masih belum pulang. Ibunya sabar menanti di muka pintu sambil mengomel-ngomel mengenai kelewatan anak manjanya itu.

Selepas 25 minit berlalu, barulah wajah Habibi muncul di pintu hadapan rumahnya. Ibunya yang cuba mengawal perasaan geram lantas bertanya kepada anaknya itu, "Kenapa lewat Bibi?"

"Maafkan saya ibu. Waktu saya nak pulang ke rumah anak patung Zurin pecah," jawab Habibi degan sedikit pelat.

"Oh, begitu," balas ibunya. 'Jadi Bibi tolong Zurin baiki semula anak patung dialah?" teka si ibu dengan wajah yang penuh tanda tanya.
"Taklah," balas Bibi. "Bibi cuma tolong dia nagis jer," tambahnya lagi.

*************************************************************************************

Ada dua orang sahabat yang keluar berperang bersama-sama. Seorang daripada mereka berdua tercedera dan tidak dapat bergerak bagi mencari tempat perlindungan.

Rakannya yang setia tadi terus berlari menuju ke arah temannya yang cedera bagi membantu mencari tempat perlindungan. Sedang pada masa itu, ketua mereka memberikan arahan berundur.

Apabila sahaja tiba di tempat perlindungan, dia mendapati rakanya sudah mati. Sedangkan dia pula mendapat kecederaan yang parah.

Ketuanya marah dengan apa yang berlaku. "Saya dah katakan kepada awak tadi supaya berundur. Sekarang saya kehilangan kedua-duanya, awak dan rakan awak ini. Ini tidak berbalaoi sama sekali," tengking ketuanya dengan marah.

Tentera yang hampir mati itu membalas, " Tetapi tuan, samasa saya mengangkat kawan saya tadi, dia kata, "Kudin, saya tahu awak pasti datang kepada saya."

Khamis, 26 Mac 2009

dari dalam diri....

Andaikan ada dua remaja yang baru sahaja mendapat hadiah dari ibubapa mereka masing-masing sempena hari lahir.
Hadiah itu adalah permainan jigsaw puzzle.

Remaja yang pertama cukup bersemangat menyiapkan jigsaw puzzle itu. Dia cukup menghargai pemberian ibubapanya itu.

Hatinya tidak tenang selagi jigsaw puzzle itu tidak disiapkan. Selepas siap, gembiranya bukan kepalang. Rasa puasnya tidak dapat digambarkan apabila melihat permandangan yang indah terhasil daripada cantuman jigsaw puzzle itu.

Tiba-tiba datang si adik sambil berlari dan melompat-lompat meminjak cantuman jigsaw puzzle itu sehingga ia terpisah semula.

Walaupun sedih dan sesudah bergaduh dengan adiknya, remaja itu memulakan semula cantuman jigsaw puzzle.

Berbeza dengan remaja yang ke dua, sejak awal lagi dia tidak berminat menyiapkan jigsaw puzzle itu. Bagi memberi 'motivasi' dan dorongan, si ayah menawarkan ganjaran berupa wang seandainya remaja kedua itu dapat menyiapkan jigsaw puzzle itu.

Selepas menyiapkannya dan mendapat ganjaran yang dijanjikan, jigsaw puzzle itu dibiarkan begitu sahaja.

Walaupun si adik memisah-misahkan cantuman jigsaw puzzle itu, dia tidak perduli lagi. ganjaran sudah dia dapati, maka motivasinya terhenti di situ.

Terdapat dua faktor yang menentukan motivasi diri seseorang iaitu faktor dalaman dan luaran. Mungkin kita pernah melihat orang yag datang daripada keluarga yang miskin dan serba kekurangan berjaya mencapai matlamat mereka.

Kemiskinan dan kekurangan tidak langsung melemahkan semangat dan motivasi diri untuk berubah serta bergerak ke arah mencapai kecemerlangan.

Jadi apakah sebenarnya yang menentukan motivasi diri individu? Apakah yang mendorong individu itu membina motivasi diri?

*************************************************************************************




lagi tadi aku peratikan siddiq selak satu demi satu buku sampai ke hujung... kemudian kembali semua menyelak buku pertama tadi... emmm pelik.

Ibu: Diq... diq buat apa tu...
Diq: baca buku...
Ibu: hah... baca buku...
Ibu: kalau baca buku napa susun buku banyak-banyak tu...
Diq: abis semua buku ni best...
Ibu: ????



Ahad, 22 Mac 2009

perut yang sakit bukan mulut....

Kat sinilah shafiq di tempatkan untuk mendapat rawatan dan menjalani pembedahan apendiks... pengalaman pertama... cuak juga bila anak di masukkan ke dalam bilik bedah.

Tengah menahan sakit... nak bangun ke tandas... eksen pulak tu tak nak dibantu... setengah jam menunggu dia mengumpul tenaga untuk bangun... mengada-ngada betul pengabisnya minta tolong kita juga.... kecik-kecik dah ego... macam siapa...??? hehehe.

Bekas kena belah... tak besar mana pun cuma panjang 2inci jer... tapi usus yang di potong tu panjang juga adalah dalam 3inci... geli pulak tengok sampai terlupa nak ambil gambar sebab macam seram pulak.

Tengoklah tu... pantang kita nak ambil gambar berposing jer. Nampaknya orang yang sakit tak makan yang sihat pulak tukang bedal. Time-time macam ni kalau letak daging kijang sekali pun dah tak lalu makan dah... kalau tidak dah lama shafiq balun semua. Ni sebab asik melantak tak ingat dunia kat rumah tak tau nak berenti mengunyah... semua makanan adik tak abis dia bedal... melampau betul... kita ni asik disuruh masak jer.

Nak ambil gambar dia bukan senang asik mengelak jer... dia tau ibu dia nak letak kat blog. "Janganlah ibu..." "alah bukan dia orang kenal pun..."

Selera ker makan makanan hospital tu.... ko tu makan nak sedap jer. Hah.... makan sampai abis nanti kena marah dengan nurse pulak. Kalau dah baik nanti nampaknya riuh semulalah rumah... menyakat adik jer.

Time-time dia tengah sakitlah kita orang boleh sakat dia pulak... dia tak boleh buat apa-apa punya ha ha ha... nak ketawa pun tak boleh apa lagi nak perambat adik-adik. ( buat kelakar banyak-banyak saje jer nak kenakan dia... bila lagi kan hehehe)

Berehat seketika mulut saya ni dari berkelahi dengan dia... selalu dia suka buat kita ketawa, geram, sakit hati, menyampah macam-macam lagilah.

Dah dua hari kat rumah ni... rupanya sama jer.... yang sakit perut bukannya mulut hempeh betul budak ni. Dia tak boleh bergerak sangat... mulut dia pulak tak tau diam.


Jumaat, 20 Mac 2009

ENTRY LAMA..... SERASI BERSAMA

Khamis, 19 Mac 2009

perasaan menghantui tag...

Award Sisterhood ni pemberian dari Kak Ain dan Kak Nurdaniella... eemm cantik awardnya rugged gitu... teringat zaman muda-muda tahun 90an... ahak ahak.

Terima kasih buat kalian berdua... tapi ada syarat lah pulak... kena ambil dengan tag sekali tu. Hehehe... kalau ambil award aje boleh tak..???

Tapi tak per nasib baik tagnya senang dibaca, senang difaham dan paling penting tak berasap kepala otak nak memerah jawapan.


1. Make a list of what u want on your birthday
2. The list should be 10 numbers
3. Give the image of this award to
your posting
4. Give it to 10 friend of you


10 Perkara yang sangat saya harap untuk birthday:

1. Di berikan kesihatan yang baik sehingga terlaksana segala tanggungjawab dan menyempurnakan segala kewajiban pada Nya... insyaAllah.

2. Kalau boleh biarlah dipermudahkan urusan Nya yang terakhir... tak nak menyusahkan anak-anak menja
ga ketika sakit.

3. Dipanjangkan umur agar berpeluang berbakti pada kanda tersayang sehingga hari akhirnya.

4. Bila dah tua nanti tak nak menyusahkan anak-anak atau memberi beban kepada mereka.


5. Bila anak-anak dah besar dan punya kehidupan sendiri... nak pergi melancong atau berbulan madu sekali lagi... hehehe nak gi negara yang ada salji.

6. Nak pergi Umrah macam gi melancong jer... tiap-tiap tahun pun boleh gi... hihihi

7. Nak masuk semula dalam bidang politik... macam dulu.

8. Kalau boleh nak bina kerjaya sebagai seorang perniaga.

9. Bergiat aktif dalam aktiviti luar spt sukan, arobik dan aktiviti wanita.

10. Nak gi dan balik surau berdua- duaan d
engan kanda tersayang.

Sorrylah segala jawapan agak emo sikit sebab ada perkara yang menyedihkan berlaku ke atas anak sulung... tengah sedih dan risau sangat.

Harap sangat kekawan tolong doakan anak saya Mohd Shafiq selamat menjalani pembedahan apendiks.
nilah gambar anak bertuah tu... ni jer gambar yang ada kalau kita nak ambil gambar jer terus lari... hampeh betul.

Ahad, 15 Mac 2009

alahai.... malasnya nak buat

Ni nak jawab tag dari Kak Nurdaniella... dah lama dah baru ni nak buat panjangan sangat... tapi Kak Nurdaniella punya pasal walau jari-jari ku sakit semua kerna menaip sehari hari rela jua ku kota.

TANDA-TANDA

1.
Tanda-tanda kamu bad mood
bila muncung boleh sangkut baju

2.
Tanda-tanda kamu marah
bertukar jadi ben 10

3.
Tanda-tanda kamu sinting
bila orang lain tak ketawa tapi aku sorang yang ketawa

4.
Tanda-tanda kamu malu
pipi tembam ku merah macam biji saga

5.
Tanda-tanda kamu sedang cemburu
lupa pulak macam mane....

6.
Tanda-tanda kamu sedang sedih
lama bersimpuh.... mengadu pada Dia

7.
Tanda-tanda kamu sedang gembira
nyanyi-nyanyi


APA-APA

1. Apa warna baju yang kamu pakai sekarang
apalah punya soalan... baju kita pun nak tau warna apa... sama warna dengan kamu pakai

2. Apakah kamu termasuk orang yang suka shopping
orang gila jer yang tak suka shopping

3. Apakah kamu percaya LOVE AT FIRST SIGHT
eemmm.... dah tak penting lagi dah...

4. Apakah yang ingin kamu lakukan sekarang
nak cepat abiskan jawab tag ni.... nak gi tido

5. Apakah rasa di hati kamu saat ni
mengatuknya... napalah dia orang buat tag panjang sangat ni...


BILA

1. Bila pertama kali kamu dilahirkan ke dunia
7 Januari 1974 nape nak kasi hadiah ker...


2. Bila saat terindah dalam hidup kamu

setiap kali tidur kanda bobok macam baby

3. Bila kali terakhir dimarahi ibubapa
dah tak ingat bila... hari-hari marah anak

4. Bila kali terakhir EHAM... EHAM
eham... eham apa tu... soalan kurang jelas lain kali jawab

5. Bila kamu akan married
berapa kali mau kawin dahhhh


BAGAIMANA

1. Bagaimana jika ada orang buat kamu sakit hati
tak per lah...

2. Bagaimana kalau ada orang cakap kamu lawa
buat-buat tak percaya (ehh... iye ker...)

3. Bagaimana jika ada teman kamu meninggalkan kamu
harap dapat jumpa teman yang baru... yang lama hanya memori semalam

4. Bagaimana jika ada orang yang tidak suka sama kamu
takper mungkin takde rezeki untuk kami bersahabat

5. Bagaimana kalau ketika kamu bangun kamu dikelilingi api
harap apa yang berlaku hanya sebuah mimpi

6. Bagaimana jika kamu keseorangan

ngadap blog... lompat sana lompat sini.. last2 pening sendiri


p/s: kepai tangan menaip tag ni...



perkara merapu yang aku buat....

kartun kesukaan kami sekeluarga


Aku nak buat n3 baru tapi.... hari-hari ku terlalu sibuk. Sibuk di dapur sampai tak kering tangan... dari awal pagi bangun buat sarapan jejemput ikan bilis cecah sambal belacan.... janganlah pelik jejemput cecah sambal belacan sedap woo... kalau nak rasa bolehlah cuba.

Tak berapa minit buat sarapan kena masak pulak untuk makan tengah hari... kanda balik dari pasar bawa ayam yang dah siap cincang. Nak masak apa agaknya ayam ni... tanya budak-budak kat rumah dia orang suruh masak ayam masak merah lauk kesukaan anak-anak aku.

Selalunya aku masak sekali jer... malam tinggal hangatkan jer... malaslah nak masak dua kali sakit tu kaki berdiri lama-lama memasak.

Basuh baju pun banyak penuh satu ampaian dua kali basuh... mana tidaknya sekali balik bawa baju kotor satu bag... mentang-mentanglah nak balik cuti dia hentam satu minggu tak membasuh... hampeh betul budak ni... malas diabis-abiskan.

Hari ni aku kena dera dengan anak sulung aku... dia paksa aku main PS2 dengan dia... aku nak kemas rumah... nak nyapu, mop, sidai kain pokoknya banyak lagi kerja rumah aku yang belum siap... dia paksa juga... dia cabar aku macam-macam... cakap aku takutlah main dengan dia... tak pandai mainlah... dah tak terrelah... isshhh mana boleh jadi ni.

Terbakar rasanya... aku terus lupakan kerja rumah yang masih terbengkalai tu haiiii... terjebak aku... harap-haraplah jangan sampai kanda aku balik dari buat urusan dia. Kenapalah dia tak nak ajak adik dia yang lain... kenapa nak ajak aku gak. Dia belum tengok lagi skill aku hihihii...

Dia tanya... ibu nak main game apa... aku kata game kereta... mentang-mentanglah aku pandai bawa kereta... ada lesen tau... tengok ni ibu nak main... ha ha ha

Sekali aku main asik terbabas jer... anak aku yang 6th ketawa terbahak-bahak... betuah punya budak dia ketawakan aku. Tak per... aku tukar game gaduh-gaduh... dragon ball.

Kali ni aku tak kasi can... segala punat aku tekan... entam saje lah janji aku boleh menang... aku nak siapkan keje aku ni...

Aku belasah dia cukup-cukup... akhirnya.... aku menanggggg.... ha ha ha.... aku ketawa besar.... anak aku 6th yang lagi tadi tak jemu-jemu menyokong dan tukang ketawa... pun ketawa besar... ibu menangggg siddiqqq.... ibu menanggg sambil peluk dia.

Aku terus bangun dan tinggalkan anak sulung aku termenggu-menggu... ha ha ha padan muka baru tau siapa ibu kamu ni... ha ha ha.

Khamis, 12 Mac 2009

baru chun...

tengoklah kelaku dia bila suruh tunjukkan bibir... jari tu bukan main melentik lagi...


Sekarang ni saya tengah melatih atau mengajar anak bungsu saya membuang segala sisa toksidnya di tempat yang sepatutnya.

Almaklumlah umur dah meningkat tiga tahun takkan masih nak pakai lagi lampin pakai buang lagi... tak chun ler.

Anak saya yang bungsu ni suka sangat melawa walau pun saya tak pernah ajar dia waimah tepek bedak sekali pun... mau pun pakai gincu. Pantang pintu bilik saya terbuka... dia mesti hilang dari pengawasan saya.

Sekali panggil shaqiraaaa... apee jawab dia rupanya dah duduk dalam bilik mengejekan peralatan seni ( alat solek) saya. Hempeh betul... habis patah gincu aku ko kejekan... nak kena ni betuah punya anak.

Tapi yang menghairankan saya tak pulak comot atau bersememe gincu yang dipakai elok jer kat bibir dia.

Disebabkan dia dah pandai melawa kira dah besarlahkan... jadi sebagai seorang ibu yang tak berkerja dan takde keje lain kat umah selain melayan anak-anak jadi... dah menjadi tanggunghawab saya untuk mendidik dia supaya buang air di tandas.

Hari pertama tak pakai lampin pakai buang... saya suruh dia buang air kat tandas... dia tak pandai nak buang... suruh keluarkan pun tak nak keluar juga... jenuh tunggu kat tandas akhirnya keluar juga... tak boleh nak paksa dan tak boleh nak tunggu... biarkan jer dia melepaskan hajad dengan tenang dan bersahaja.

Hari ke dua dah ok sikit... dah senang dah dia membuang mungkin dah dapat timeing kot. Tapi setiap 30minit kena bawa dia pegi ke tandas tak kira dia nak membuang atau tidak.

Macam mane dengan anda di luar sana... mungkin ada pengalaman yang boleh dikongsikan bersama tak kiralah anak ker adik ker atau sapa-sapa atau anak jiran sebelah ker yang datang kat rumah tetiba terbuang kat rumah anda... rasa macam nak pelempang jer kan... tak baik tau hehehe.

Atau mungkin anak anda berhenti pakai lampin pakai buang bila dia betul-betul pandai bercakap nak ke tandas atau dia sendiri dah tak nak pakai lagi. Harga barang-barang semua mahal... kalau kita dapat berjimat cermat dengan sedikit kesabaran dan kerajinan apa salahnya.








Selasa, 10 Mac 2009

Ibu Ratu Hati...

Dapat award Mom Of The Year dari kak Nurdaniella sememangnya belum selayaknya saya menerima tapi kalau orang dah memberi seharusnya kita menerima... terima kasih bebanyak besar tapak tangan blog saya tadahkan hihihih.

Usia perkhawinan saya baru nak masuk tahun ke 15 pada pertengahan tahun ni... alhamdulillah moga-moga terus berpanjangan hingga ke akhirnya. Saya ni kawin muda sama-sama muda ketika berusia 20th... bukan gatal cepat tau hihihi... kata orang dah sampai seru nak buat macam mane.

Dua bulan berkawin terus mengandung ahhh... power tak power ler darah muda. Setahun kemudian lahirlah putera sulung saya disusuli puteri sulung selepas setahun lebih. Kiranya macam rapat jugalah yang sulung baru setahun dua bulan saya dah mengandung lagi... gara-gara terbabas hihihi.

Kemudian saya mengandung lagi selepas 4th merehatkan diri dan mencantikkan diri tapi saya keguguran diatas kesilapan saya sendiri mungkin masih belum bersedia. 2 tahun kemudian saya menebus kesilapan saya yang lalu dan saya mengandung kali yang ke 4 dan alhamdulillah selamat melahirkan putera kedua.

3th kemudian sekali lagi saya disahkan mengandung kali ke 5 tapi saya keguguran kedua kali atas sebab kandungan janin yang tidak membesar dan sekali lagi saya mengandung kali ke 6 selepas tiga bulan keguguran... alhamdulillah kali ni menjadi dan lahirlah puteri kedua.

Eemmm.... dah ada yang fining nampaknya... secara jelas dan ringkasnya saya mengandung sebanyak 6 kali dan keguguran sebanyak dua kali. Kandungan kali ke 3 dan ke 5 keguguran dan 1, 2, 4 dan 6 yang sedia ada. Dua lelaki dua perempuan... selang bunga.

Kata orang anak saya yang ke 4 selang bangkai sebab diatas dan di bawah dia saya keguguran kata orang tua-tua lah Allahualam. Sekarang semuanya dah berusia 14, 12, 6 dan 3 tahun... hehehe ramaikan dan semua dah besar terasa makin tua lah pulak tapi jiwa selalu jer perasan muda... biasalah.

THE RULES ARE:

Admit one thing you feel awful about ( involving being a mom). Once you have written it down, you are no longer allowed to feel bad. Remember you are good mom!.


Saya garang, tegas dan suka mendisiplinkan anak-anak. Bayangkanlah bila kita masih muda dan darah muda mudah naik angin.

Kesian anak sulung saya selalu kena dengan saya kat rumah. Sampai sekarang ni masih ada rotan kat rumah walaupun dah jarang digunakan tapi perlu ada untuk memberi hukuman setelah penat cakap tak nak dengar memang nak kena.

Kekadang belum kena dah nangis... pandai betul berlakon lepas tu dia ketawa arrghhh geram nyer. Anak saya taklah degil atau susah nak di kawal cuma saya aje kurang sabar dan saya tak suka suasana yang bising-bising bila dia orang bermain lama-lama mula lah nak bergaduh kemudian ada yang nangis aaahhh tulah time nye macam singa terjaga dari tido...hihihi

Yang teramat saya kesal kan bila dia jadi tempat melepas geram... sedih rasa hati bila tengok berbilai dan merah... lepas tu janji pada diri taknak buat lagi.

Sekarang ianya hanya jadi mimpi ngeri yang takkan saya ulangi dan saya tak nak ingat langsung biarlah ia berlalu dengan seribu kenangan... sekarang saya nak mencurahkan sepenuh kasih dan sayang saya pada semua anak-anak saya selagi saya berkesempatan dan saya tak nak menyesal lagi.

List 7 things you love about your kids, you love doing with your kids, or that your kids love about you.

1. Anak saya yang sulung walau pun selalu kena marah sebab degil suka bantah cakap orang tapi manja bukan main... asik nak meleset tak kira dengan ayah dia atau dengan saya. Sejak duduk berjauhan ni hari-hari telefon sampai saya belikan kad fon. Kalau telefon tanya tak lain masak apa tengah buat apa kekadang geram juga tapi kalau tak telefon risau lah pulak.

2. Anak ke dua saya perempuan tembam dan montel rajin tolong saya kat rumah dah pandai masak nasi. Rajin jaga adik... tak pernah bantah kalau disuruh kekadang kasian dia... tak macam abang malas sikit tapi nanti saya belikanlah apa yang dia suka kalau gi jenjalan.

3. Anak ketiga lelaki kedua... dia ni anak paling senang jaga dari kecil sampai besar tak banyak karenah.... hehehe sebenarnya dia lambat cakap dah lima tahun pun masih belum pandai cakap puas diajar sehinggalah saya hantar ke sekolah baru pandai cakap... alhamdulillah.

Yang saya suka tentang dia... dia ni rajin berlajar tak payah nak tegang-tegang urat. Balik sekolah terus jer buat keje rumah... kalau dia boring tengok tv atau main nanti dia buka lah buku tengok gambar ker atau buat lah latihan dalam buku yang saya beli.

4. Anak ke empat perempuan.... paling susah nak jaga suka melalak nangis tak berhenti. Sikit nangis... sikit nangis kenalah sabar bebanyak nasib baik anak bungsu. Suka nyanyi... nyanyi terutama lagu wonderpets dan buai laju-laju. Kalau masuk jer dalam buai nak tido... bukan saya yang nyanyikan dia... dia nyanyi sendiri sampai tertido.

5. Kesemua anak-anak saya suka masakan saya... masakan sayalah yang paling sedap pada mereka padahal bukan pandai sangat masak... hihihi mereka pun kuat makan kalau cuti sekolah memang tak kering tangan... mungkin air tangan sayalah yang membuatkan anak-anak bertambah sayang pada saya.

6. Saya dan anak-anak suka memancing tapi saya tak pandai nak pasang mata kail waimah nak tarik ikan pun saya tak tau. Bila dapat ikan jer terjerit-jerit panggil anak saya yang sulung minta tolong. Kalau gi memancing saya suruh dia pancing dekat dengan saya... satu lagi tolong letak umpan cacing kat mata kail... isshhh geli.

7. Banyak yang kami suka buat bersama-sama sebenarnya... keduanya kami suka menonton cd bersama-sama... kalau menonton sekeluarga terbongkang kat depan tv terutamanya bila hari cuti.

Send this to 5 other moms of the year that deserve a reminder that they too are the best moms that they can be. Remember to send them a note letting them know you have selected them, and also add a link to your post that directs people back to the person who nominted you

Saya nak kasi award Mom Of The Year ni kepada :

KAK AIN

Kak ain seorang yang cekap mendidik dan memotivasikan anak-anak beliau sehingga cemerlang dalam pelajaran dan ada salah seorang anaknya cemerlang dalam UPSR peringkat kebangsaan. Dalam tahun ni dua orang anaknya akan menduduki peperiksaan besar iaitu UPSR dan PMR. Moga dapat berkongsi pengalaman dan tip-tip dalam membantu anak-anak cemerlang dalam pelajaran.








Sabtu, 7 Mac 2009

Mari Bersenandung... tanya sama pokok

haiiilah pokok berapa punya lamalah kau dah duduk kat sini...


Tanya sana pokok
apa sebab goyang
nanti jawab pokok
angin yang goncang
tanya sama langit
apa sebab hujan
nanti jawab langit
tanyalah awan
awan nanti kata
aku kandung air
sampai tempat sejuk
aku pun cair
tengok dalam air
nampak bayang-bayang
campak satu batu
bayang pun hilang

Tanya sama hati
apa asal sayang
adakah tandanya nampak di pandang
kumbang rayu bunga
bulan dan bintangnya
punya tanda tanya
hubungan mesra...

Tanya sama hati
pernahkah merindu
ingat masa lena
apa mimpimu
masa berjauhan
apa nan dikenang
bila difahamkan
itulah sayang...

kuntuman kasih
tak mungkin kembang
andai jemu menanti rindu
jambangan mesra tentulah layu...

P.Ramlee & Normadiah
Itulah Sayang

Jumaat, 6 Mac 2009

ampun.... FARA

Alamak dah nak berlapuk tag dari Fara ni... sorry ampun bebanyak Fara atas keterlupaan akak ni.
Iisshhh rajin betul budak fara ni beri dan jawab tag dari kekawan dia memang mesra alami dik fara kita ni...

Kalau kekawan senang gi lah lawat laman dik fara kita ni kat sini iye... comel orangnya.
Lagi satu pasal dik fara ni dia punya hubby rajin bebeno ke dapur. Jiran-jiran dia pun dapat merasa air tangan hubby dia... kalah kita orang pempuan.

Tapi yang paling bertuah si faralah tak payah berebut bersingsing lengan nak memasak... haii bertuah betul.

Nilah tag nyer yang sering buat saya allergic... huhuhu

5 THING FOUND IN MY BAG

bag... handbag kot.. nilah yang ado dalam bag ajaib akak ada banyak lagi sebab ko suruh kasi 5 akak pun bagi 5 jer ler.

~ bag duit
belum tentu ada duit nyer pun.

~ handset

kalau tertinggal nanti kena marah dengan kanda.

~ sapu tangan

maklumlah bebudak ni kalau masuk keta jer terus haus pelik betul macam kat umah takde air.

~ lampin pakai buang pun ada

hihihi mane ler tau emejensi bukan boleh di tahan-tahan. Ahhh... jangan salah paham lak lampin tu bukan tuk mak orang ni... untuk anak akak ler... jahat tau sapa yang salah sangka tu hihihi.

~ gincu

senang nak menenyeh bila lepas makan ker apa hihihi.

5 FAVOURITE THING IN MY ROOM

Oooo... nak tau gak apa yang ada dalam bilik rasia akak... isshhh ko memang fara... yang rasia-rasia semua ko nak tau... nak babab ni.

~ haiii set tido ler (katil pengantin tinggi nilai nyer tau dah tahap entik tapi masih kukuh... jangan ketawa)
kalau tidak kena tido kat lantai mau bengkok tulang belakang.

~ gambo pengantin

hehehe geli hati bila tengok gambar pengantin... kasi semangat malam pertama.

~ telekung dan sejadah

paling berharga.

~ selimut busuk

kalau takder mau ngigau malam meracau cari selimut hahaha.

~ handset

kena letak tepi telinga kalau tidak satu rumah terbabas.

5 THING I'VE AIWAYS WANTED TO DO

~ J robic
lama betul tak join kekawan kali terakhir join pertandingan kat kluang.

~ nak belajar menjahit

nak buatkan baju melayu untuk kanda dia teringin sesangat pakai baju melayu jahitan tangan isterinya yang rajin menjahit ni hihihi melampau betul.

~ belajar buat cup cake macam fara

berangan nak buat bisnes ahak..

~ berjoging pepagi

pun lama tak buat asik sibuk dengan anak jer.

~ tanam pokok bunga

buat taman balik yang dulu macam mati segan hidup tak mau jer.

5 THING I'M CURRENTLY INTO

~ blogging
kalau tak buat mau gatal-gatal jari jemari.

~ driver anak-anak

kecik-kecik dan jadi bos.

~ pakar motivasi

hihihi anak-anak ni kena juga kasi motivasi biar minda dia seimbang... kekadang kanda pun kena sekali bukan apa kalau dia down kenalah kita kasi semangat.

~ masak-masak kemas-kemas

apa lagi keje suri rumah macam akak ni.

~ ngobrol

tau tak apa tu..?? kalau nak tau cari sendiri... hihihi


Aduhhhh... seksa betul nak selesaikan tag fara ni macam jawab ketas pekse jer harap puas ati ler.











Selasa, 3 Mac 2009

Al kisah berkesah...




Kisah 1

Pada suatu hari, seorang lelaki dan seorang perempuan yang tidak pernah mengenali antara satu sama lain mendapati mereka mendapat bilik yang sama di dalam kereta api yang mereka naiki.

Si lelaki berada di bahagian bawah manakala si perempuan mendapat tempat di bahagian atas tempat tidur itu.

Pada tengah malam, semasa semua orang sedang tidur, si perempuan yang berada di tingkat atas menjenguk ke bawah dan memanggil lelaki yang berada di bawahnya.

"Maafkan saya, saya rasa terlalu sejuk sekarang ni. Boleh tak awak capaikan selimut yang berada di bawah itu untuk saya?"

Si lelaki itu menjenguk kepalanya dan dengan selamba berkata, "Saya ada satu idea. Apa kata kalau kita berlakon seakan-akan kita ini suami isteri?"

"Apa salahnya," balas si perempuan itu sambil tertawa kecil. Nakal.

"Baiklah," balas lelaki itu, "kalau begitu ambillah selimut itu sendiri."

####################################################################

Kisah 2

Sebuah kereta milik seorang perempuan muda yang baru rosak di lampu isyarat. Dia cuba dan terus mencuba menghidupkan enjin keretanya namun tidak berjaya.

Apabila lampu isyarat bertukar warna hijau, perempuan muda itu duduk sahaja di kerusi keretanya dengan perasaan marah dan malu.

Dia mungkin menjadi punca kepada kesesakan jalan raya pada masa itu. Selepas beberapa ketika, beberapa kereta yang berada di belakang keretanya mula mengambil laluan sebelah apabila mendapati kereta perempuan itu mungkin rosak.

Namun, sebuah kereta yang betul-betul berada di belakang keretanya tetap tidak bergerak sambil membunyikan hon berkali-kali.

Selepas berputus asa menghidupkan enjin keretanya, perempuan itu keluar dan berjalan ke arah kereta di belakangnya.

Lelaki yang berada di dalam kereta itu menerunkan cermin dengan wajah selamba. "Awak nak tahu tak?" kata perempuan muda itu.

"Apa kata awak pergi cuba hidupkan enjin kereta saya dan saya duduk di belakang awak sambil menekan hon sekuat-kuatnya."

p/s: Perlukah kita bersabar dalam memulakan perhubungan...


Isnin, 2 Mac 2009

bersimpuh sebentar

doa anak-anak yang soleh soleha sebagai bekalan...


Assalammualaikum.....
kepada semua kekawan blogger... hampir seminggu lebih jejari jemari saya kaku tak mengetuk-ngetuk butir-butir huruf.
Terasa janggal bercampur rindu untuk berbicara...

Beberapa hari yang lalu gerimis seakan mengundang nestapa apabila dua orang ahli keluarga terdekat pulang ke Ramahtullah menyahut panggilan Illahi.

Dan hari-hari sebelumnya seakan mencabar emosi dan keimanan dalam meniti saat-saat nafas terakhir salah seorang darinya.

Hanya Allah maha mengetahui betapa hati ini begitu pedih terhiris menyaksikan detik-detik itu... sesungguhnya Kau maha berkuasa, maha mengatahui segala-galanya dan sesungguhnya benar apa yang dikabarkan.

Natijah diambil sebagai bekalan dan tauladan untuk saya terjemahkan dalam kelangsungan kehidupan untuk perjalanan yang hakiki.

Anak-anak yang soleh dan soleha adalah harta yang tiada tolok bandingan juga tidak boleh di jual beli walau di longgokkan segunung emas permata intan berlian waimah seluas lautan wang ringgit.

Harta-harta yang melimpah ruah tidak dapat membantu mempercepatkan atau melambatkan walau sedetik denyut nadi ketika sakaratul maut datang mengintai.

Walau nafas berbaki sisa-sisa... walau tanda-tanda besar jelas dan nyata tapi kalau belum izin dariNya ia masih juga bernyawa meskipun susuk tubuh hanya tinggal tulang dan kulit semata.

Allamdulillah... zuriat yang ditinggalkan cukup ilmu agama di dada seakan faham tugas terakhir untuk dilaksana sebagai seorang anak. Memberi kesan yang terbaik membantu kelangsungan tersebut.

Ayuh... marilah bersama-sama melahirkan anak-anak muslim profesional walau bergulung ijazah di genggaman meski setinggi langit menara gading di daki bersujud padaNya dengan ilmu agama yang selayaknya.

Semoga menjadi impian bersama agar zuriat yang kita kandung membacakan surah Yassin, memandikan, meimamkan, mengkafankan dan mengkebumikan jasad kaku kita. InsyaAllah...