CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Jumaat, 17 April 2009

ketulusan hati...


sedih ku sakit ku

ku terima

ku rela ku pasrah jalan ku

ini suratan aku dicoba

demi rahmat mu

ku memohon

Ya Allah...
redhai ketulusan hati

Ya Allah...
beri aku ketabahan

Ya Allah...
aku sanggup berkorban

demi rahmat mu
Ya Allah...

Rabu, 15 April 2009

Oooiii saya dah balik.....

Tidak ada daun yang gugur yang tidak diketahui Nya...

Kekawan saya dah balik rumah... sorrylah kalau saya buat kalian sahabat semua tertanya-tanya ke mana saya pergi beberapa hari ni.

Sebenarnya saya balik ke kampung Kota tinggi setelah menerima panggilan telefon dari Kak Long yang abah sakit dan di masukkan ke Hospital Kota Tinggi pada hari Sabtu.

Dan pada pagi Ahad selepas azan subuh abah menghembuskan nafas terakhir.... abah meninggalkan kami semua buat selamanya. Saya terima segala ketentuanNya dengan hati yang terbuka dan redha atas apa yang telah berlaku.

Dalam masa tidak sampai dua bulan pelbagai dugaan dan ujian yang mendatang... dari salah seorang ahli keluarga terdekat suami meninggal dunia kemudian anak saya Shafiq menjalani pembedahan apendiks selang beberapa hari anak bungsu saya kena demam panas dan sekarang abah saya pergi buat selamanya.

Maafkan saya sekiranya khabar yang saya bawa membuatkan sahabat sekalian, tetamu yang mengintai dari kejauhan juga yang menumpang lalu terasa tersentuh dan bersedih hati.

Tiada sekelumit niat di hati untuk berkongsi kesedihan ini pada anda semua cuma apa yang tercatat di sini sebagai coretan peribadi saya sendiri. Saya akan rasa bersalah jika anda sahabat sekalian turut merasa sedih.

Sekalung terima kasih saya hulurkan kepada sahabat-sahabat yang mengambil berat dan merisik khabar selama saya tiada. Terima kasih juga kerana sudi singgah dan jenguk-jengukkan rumah saya ketika ketiadaan saya.

Buat masa ini saya tidak dapat membuat kunjungan balas dan membalas komen sahabat semua tapi bukan bermaksud anda tiada di hati saya....

Al- Fatihah...

Isnin, 13 April 2009

layan diri.....




TUAN RUMAH TIADA DI RUMAH HARAP MAKLUM....

Khamis, 9 April 2009

rileks laa dulu.... layan tag fara

Terima tag dari diva tag ni dah lama dah... diva tag...?? siapa lagi kalau bukan cikFara tu... saje jer nak panggil dia diva tag sebab dia memang rajin beno jawab tag lepas tu bagi tag... jangan marah yer fara... hihihi.

* Apakah nama blog anda sekarang dan kenapa anda memilih nama itu?

Ini soalah dah macam wartawanlah pulak... LU
RAH RASA... nape ekkk bagi nama tu... saje jer kot nak kasi gempak... orang ni kalau sebut lurah jer... terus mereng... hihihi sekali masuk cite makcik-makcik hahaha... baru padan muka.

* Apakah link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakan seperti itu?

lynnzinda.blogspot.com... tak taulah macam mane nama tu dah jadi macam tu... dah terpusing belit-belit dari nama akak... tup-tup jadi macam tu... entam jerlah janji akak boleh buat blog.

*Apakah 'method' penulisan dalam blog anda?

Ikut suka akak lah dik... kalau hari tu mood nak jadi pakar motivasi berbakul motivasi akak beri... kalau datang angin nak membebel akak membebel pasal anak-anak... ngumpat dilarang sama sekali... kalau nak luah benda yang tak puas hati akak tulis ikut rasa hati dah takde basa basi lagi... kau aku akak bantai... ( biarlah benda yang berfaedah... dan menghibur hati... kisah tepi kain orang jangan cerita kekadang terbabas gak mulut ku ini... ampunnn... )

* Pernah terasa nak hapuskan blog anda? sebabnya?

Belum terasa mereng lagi otak akak ni melayan blog dan karenah isi kandungannya... kalau jari akak ni dah tak larat nak menekan-nekan butang-butang yang ada ni baru boleh pikir kot...

* Apakah pendapat anda mengenai blog kepada pemilik blog yang tag anda ni?

Blog si fara tu... isyhhh dah bertambah cantik blog dia sekarang ni dah tukar cat baru... nama pun dah tukar daaa... ~DARI MATA KE HATI~
Jangan marah yer fara... pagi-pagi ni akak buat tag ni belum sarapan lagi dah berkeroncong perut ni sebab tu macam tak berapa waras jer... tapi fara memang best.





Isnin, 6 April 2009

mengadu.....

tak sedar kolam mata ku mula bergenang... selalunya mahal mutiara mata ni.... kebal dari segala mata pedang.

Aku hanya bertanya untuk menyatakan kegusaran... mungkin kebimbangan menguasai diri. Takut akan kesan dan akibat tidak berbaloi dengan apa yang diperoleh.

Andainya ia hanya sekadar kesilapan yang tidak melibatkan keaiban dan tersasar dari landasan hakiki aku tidak sebegitu lancang bersuara... walau dihujani dan dilempari malah dibalun dengan kata-kata penghinan yang kesat sehinggakan melibatkan hal-hal peribadi.

Aku tak kisah dengan semua itu katalah apa yang kau nak kata... tinggilah nada suara kau bagai petir berdentum... aku tak perduli besar dan bulatkanlah biji mata kau bagai nak terkeluar aku tak gerun... aku mahu selamatkan kau aku tetap juga nak ingatkan kau kerana aku sayangkan kau...

Mengapa kau terlalu marah dan berang bila aku mengacukan soalan begitu... aku bertanya dan tidak menpunyai apa-apa maksud yang tersembunyi apatah lagi menuduh yang bukan-bukan... hanya sekadar gusaran... takut syaitan menjadi pilihan.

Bukankah lebih baik jika kita menjauhkan diri dari perkara yang memberi peluang untuk kita makin jauh dariNya kalau memang kurang ilmu dan iman di dada...

Walau jaminan telah kau berikan... tapi aku tahu siapa kau sebenarnya luar dan dalam... itulah yang menambahkan kegusaran aku lagi...

Siapalah kita untuk menentukan takdir kita dikemudian hari walaupun kau katakan aku tidak diperlukan hingga dipenghujung hayat kau... ada kau tahu.

Fahamlah.... apa yang aku katakan ini adalah untuk kebaikan kau... bukannya menghalang kebebasan kau untuk berbuat apa yang kau suka... perkara ini bukan barang mainan... itu memang janji Dia... Dia yang berkata bukan aku buat cerita.

Kenapa...?????? kau tak faham... kita wajib menjauhkan perbuatan yang dilaknat itu... menghampiri pun dilarang... walau dengan niat yang baik.

Ya Allah... kau lindungilah dia dari perbuatan yang keji dan mungkar. Kuatkanlah iman dan akidahnya supaya tidak terpesong dan kau gerakkanlah hatinya supaya sentiasa ingat padaMu yang satu tiada yang sekutu... Amin.






Rabu, 1 April 2009

tetap berjasa...

~Ku Cari Damai Abadi~

Aku cari bukan harta
bertimbun-timbun
bagi hidup kaya

Aku cari bukan wang berjuta-juta
bagi hidup bergaya

Aku cari bukan kawan-kawan
bagi hidup sekadar befoya-foya

Aku cari mana dia Al-Ghazali
Aku cari mana dia As-Shafie

Kita bongkar rahsia kitab suci
Cari panduan
Kita hidup kerana dia Rabbi
Dialah teman
Dialah wali
Dia mencukupi
Aku hidup bererti
Menikmati damai abadi

Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi
Mei 2003

p/s: Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu adalah dari diri kita sendiri.