CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Sabtu, 23 Mei 2009

malasssss...


Sejak dua menjak ni terasa malas betul nak update blog... tak tahu nak buat apa mood nak menulis pun takde... cuma pergi jenjalan rumah kekawan jer kalau tak pergi terasa rindu pulak nak tahu juga apa cite dia orang.

Komen sana komen sini... merayap sana merayap sini... sekali dia orang datang rumah tengok benda sama jer tak update lagi tapi takperlah saya kasi chan tak payah susah-susah nak komen... datang tengok bumbung rumah jadilah.

Boleh ker kalau tulis takat ciput macam ni... hihihi

Isnin, 18 Mei 2009

nasi sudah menjadi bubur...


Kisah 1

Pertama adalah mengenai Azman. Dia sudah lama membuat persediaaan bagi menambat hati gadis yang tinggal di hadapan rumahnya.
Suatu hari, Azman dalam kecemasan. Dia memandu keretanya sedikit laju daripada biasa. Tiba-tiba keretanya dilanggar dari belakang.

Azman dengan berangnya keluar dari kereta sambil mulutnya mengeluarkan kata-kata kesat kepada orang yang melanggar keretanya itu.
Apabila dia melihat pemandu yang keluar dari kereta yang melanggarnya itu, dia terdiam. Dia dilanggar oleh seorang gadis iaitu Liza, gadis pujaannya.

###################################################################################

Kisah 2

Kisah kedua mengenai Rahman. Dia membuat persediaan secukupnya bagi persembahan perniagaan kepada seorang pelanggan yang penting.
Malang buat Rahman, dia terlewat bangun. Lalu dia bergegas ke pejabat

Semasa sampai di pejabat, dia memandu kereta terus ke tempat letak kereta. Malangnya, petak letak kereta sudah penuh. Sesudah berpusing mencari ruang, akhirnya dia ternampak satu ruang kosong di bahagian hujung sekali.
Semasa hampir memasukkan keretanya, datang sebuah kereta Mercedes dari belakang dan terus masuk ke petak kosang itu.

Rahman dengan berangnya keluar dari keretanya sambil memaki hamun pemandu kereta itu. Dia lantas naik semula ke kereta dan mencari petak kereta yang lain.
Sesudah meletakkan keretanya, dia bergegas ke pejabat.
Apabila sampai ke pejabat, dia melihat lelaki yang menaiki Mercedes tadi sedang menunggunya di bilik mesyuarat. Rupanya dia adalah bakal pelanggan yang penting itu.

********************************************************************************************************************************************************

Pernahkan kekawan menghadapi situasi seperti yang dirasai oleh Azman dan Rahman, jangan sekali-kali mengelakkan diri. Terimalah kenyataan. Apa yang penting bagi kita adalah meminta maaf sambil menjelaskan keadaan yang sebenar.
Jangan bertangguh. Lakukan segera.
Ia bagi membetulkan kembali impresi negetif yang kita bentuk.
Walaupun dalam kedua-dua contoh ini, Azman dan Rahman tidak bersalah, namun adalah lebih baik mereka membetulkan kembali apa yang sudah berlaku.

Jumaat, 15 Mei 2009

sekilas ikan di air...

nak cuba tangkap ikan keli juga... dapat ker tu
hihihi... beriye-iye betul nak tangkap ikan
jangan kasi makan banyak-banyak nanti mati kekenyangan ikan tu...
tukey ikan keli... jangan tenung lama-lama bang
benih ikan keli yang sedia untuk dipasarkan...

Nilah aktiviti kami sekeluarga kalau balik ke rumah mertua saya. Rumah saya dengan rumah mertua taklah jauh sangat cuma mengambil masa kira -kira 30minit dari rumah saya.
Kanda kalau balik jer dari kerja memang ke sinilah tempat tujunye ikan ikan ikan tak benda lain.
Kata oranglah sekilas ikan di air dah tahu dah ikan jantan ke ikan betina tido malam pun dah termimpikan ikan keli jer isyhhh... melampau betul.
Walau pun ternakkan ikan keli ni dibuat di rumah mertua tapi kanda saya yang usahakan dan ini adalah idea dari arwah bapa mertua saya.
Ada sesiapa yang nak berkongsi tentang ikan keli tak kiralah samada cara menyiyangnya sebab ikan keli ni memang susah nak mati, cara memasak atau apa-apa saje yang boleh dikongsikan.

Rabu, 13 Mei 2009

jawa di jiwa...

ada seni juga nak menghidang...

Nape pelik beno tajuk kat atas tu... jangan rasa pelik sebenarnya ianya tentulah berkaitan dengan gambo kat atas tu...
Ada sesiapa tau apa agaknya nama hidangan tersebut...?? Mungkin sekarang dah ramai yang tahu tentang hidangan tradisi orang-orang Jawa.
Namanya nasi ambang tapi cara sebutan orang Jawa ada lain sikit dia ada bunyi telo Jawa.

Keturunan saya sebelah abah adalah orang minang Indon dan di sebelah emak adalah orang bugis tapi saya sepatah haram cakap bugis tak tau dan tak paham, janganlah cuba-cuba nak cakap bugis dengan saya dan cakap minang tahulah juga sikit-sikit... kalau izan anak jati minang nak ngumpat saya dengan bahasa minang harap jangan cuba-cuba... hihihi jangan marah izan gurau jer ni...

Sebelah suami pula memang kedua-dua mertua ku ni orang Jawa tapi sama juga suami saya dua kali lima dengan saya tak tahu cakap Jawa... ha ha ha.

Jadi lidah saya ni dah lalilah dengan segala macam masakan orang Jawa ni termasuklah nasi ambang yang memang terkenal. Bila kenduri atau yassinan mesti masak nasi ambang. Dalam satu dulang ada macam-macam lauk, ada mee hoon goreng, ayam masak kicap, sayur goreng jawa, serunding dan ikan masin. Semua lauk pauk ni di letakkan di tengah-tengah dan diletak di atas nasi dan dimakan didalam dulang besar.

Untuk meletakkan nasi dan segala lauk pauk ini pun perlu kepandaian dan ada cara yang tersendiri. Saya yang dah lama perhatikan mak mertua mengisi makanan ini pun belum lagi yakin nak membuatnya supaya mudah untuk dibahagikan supaya semua dapat lauk pauk yang sama.

Selalunya satu dulang untuk empat orang dan makanan ni tidak dimakan di rumah kenduri tersebut tapi akan dibahagikan kepada empat bahagian dan dibawa pulang untuk keluarga di rumah. Tuan rumah yang buat kenduri itu akan menyediakan plastik untuk membungkus makanan.

Ahhh... tak boleh ngelat tau nak ambik lauk jer nasi bagi kat orang lain... kata orang sepakat bawa berkat, hati gajah sama dilapah hati nyamuk sama dicicah.


Selasa, 12 Mei 2009

deretan award dari kak ain







Perhhh... meriah sungguh blog saya dengan deretan award dari Kak Ain. Sekali Kak Ain nak bagi award ambik tujuh gituu...
Dah lama gak Kak Ain kasi baru ni nak tunjuk... terima kasih Kak Ain. Lain kali kasi banyak-banyak lagi tau.


Sabtu, 9 Mei 2009

Selamat Hari Ibu


Award yang cantik dan manis ni datangnya dari kenalan baru dari Kluang Johor Reen. Terima kasih reen... besar tapak tangan laman blog saya tadahkan.




Terima award Hari Ibu ini dari Qaseh... terima kasih. Sesungguhnya ini adalah sebuah penghargaan bagi semua wanita di dunia ini. Semoga kita semua dapat menjadi seorang ibu yang soleha dan dapat menggalas semua tanggung jawab dan amanah terhadap anak-anak permata hati kita dengan sepenuh jiwa dan raga.




Dan sempena Hari Ibu pada hari ini saya dengan rasa keikhlasan di hati menucapkan Selamat Hari Ibu buat semua pengikut blog saya dan sahabat-sahabat maya semua. Sila ambil buah tangan yang tak seberapa ini dari saya semoga kita semua dan ibu-ibu di seluruh dunia bersama-sama menjadi seorang ibu yang sentiasa mencurahkan sepenuh kasih dan sayang, membimbing dan mendidik dengan ilmu dunia dan akhirat, menunjukkan contoh dan teladan yang baik juga hargailah amanah yang Allah berikan pada kita sesungguhnya merekalah harta yang tiada ternilai hingga ke hujung nyawa kita InsyaAllah...

Buat wanita-wanita yang belum lagi berkesempatan menjadi seorang ibu terutama buat eila, bersabarlah... semuanya dugaan memang tidak mudah menerimanya tapi apakan daya DIA maha berkuasa dan padaNya juga kita meminta.

Sila Ambil Award dan Kad... mane nama yang tertinggal harap maaf.

Semua pengikut wanita yang bergelar ibu
izan
cikLah

diya
joyah senget
arnirina
arryani
kak tie
noorlara
kak chik
reen
asyareena
kak ain
suzi
tasik merah
Qaseh ( sha )
mek tie
kulna
uji cham
siti noriza
faish
zue
mak su
Ms.Lilies
ibu ayu
kak intan RH
eila
ima
nita (dEaLoVafm)
fara
azza (sedetik hati)
erisya
Nur Aflah
rania
nurdaniella
eja (protozoa2u)


BUAT BONDA...

bonda yang jauh di mata
tetap gah bertahta di hati
takkan ku lupai
walaupun terkadang masa begitu mencemburui
terkadang terbergantungan membatasi
bukan ku tak menyanyangi
tanggung jawab menggalasi
wahai bonda ratu hati
yang tidak pernah mengenal lelah
mencurah bahagia
menatang cinta
agar mengerti hakikat hidup ini
dengan sebenar erti
bonda... moga nanti kita sama-sama
berbahagia di syurga... Amin.


Selasa, 5 Mei 2009

tak salah bertanya...


Tiga orang anak lelaki meninggalkan ibu mereka di kampung bagi mencari rezeki di ibu kota. Selepas mereka berjaya, mereka bertiga bertemu bagi membincangkan hadiah yang sesuai diberikan kepada ibu mereka yang setia menunggu di kampung.

Anak yang sulung berkata, " Abang mahu membina sebuah rumah yang beser kepada emak kita."

Anak kedua pula berkata, " Saya mahu membelikan sebuah kereta Mercedes sekali dengan pemandunya bagi mak kita."

Anak yang bungsu pula berkata, " Abang berdua tahu yang mak suka membaca buku. Malangnya mak terlalu rabun untuk membaca buku.
Oleh itu, saya sudah membeli seekor burung nuri yang menghafal beberapa buku.
Harga burung itu sangat mahal tetapi saya sanggup belikannya untuk mak kita yang tercinta."

Mereka kemudiannya memberikan hadiah masing-masing kepada mak mereka. Tidak lama kemudian mereka mendapat surat ucapan terima kasih daripada mak mereka di kampung.

Kepada anak yang sulung, " Yop, rumah yang kamu bina cukup besar. Mak hanya tinggal di dalam satu bilik sahaja tetapi mak perlu membersihkan keseluruhan rumah."

Kepada anak yang kedua, " Ngah, mak sudah terlalu tua hendak berjalan-jalan. Mata mak pun dah rabun. Oleh itu, mak tidak pernah naik kereta yang kamu berikan itu. Pemandu yang kamu gajikan itu pula, sangat biadab."

Kepada anak yang bungsu, " Adik, kamulah sahaja yang benar-benar memahami mak yang sudah tua ini. Terima kasihlah kerana memberikan mak burung nuri itu. Rasa burung nuri tu sungguh sedap."

Kisah ini cukup menggambarkan pentingnya bertanya apabila kita tidak mampu melihat daripada kaca mata orang lain. Niat ketiga-tiga anak lelaki itu sungguh baik. Malangnya mereka tidak dapat memahami kehendak ibu mereka yang sudah tua. Bukankah lebih baik sekiranya mereka bertanya?