CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Khamis, 29 Oktober 2009

jenayah perang

Hari ni pepagi lagi saya dah tengok MHI macam biasalahkan tapi ada sesuatu yang menarik tentang topik hari ni pasal peperangan terutama kekejaman yang dilakukan kepada pesalah perang ( pada merekalah ) yang di tempatkan di penjara yang paling kejam di dunia iaitu di penjara Abu Ghraib.

Lintas langsung dari PWTC membuatkan saya tersentap sekejap bila diperlihatkan pameran pasal seksaan yang dibuat pada tahanan perang di penjara tersebut kekawan tengoklah sendiri gambar kat bawah ni bertapa zalim dan kejamnya mereka.
Ni sebenarnya hanya patung jer tapi inilah sebenarnya yang berlaku dicucuk dengan paku dan besi sampai menembusi badan.


Yang ni seksaan yang menggunakan lagu Boney M antaranya dan juga lagu-lagu yang popular kat negara omputeh yang dipasang ke telinga sekuat-kuatnya bayangkanlah tak ker pecah gegendang telinga orang tu mahu pekak jadinye.

Yang ni pulak kena ikat tangan kat kaki dan kepala ditutup dengan kain dan diperlakukan sebegini selama 15jam macam mane tu...

Ini pulak gambar baby yang terkena kesan dari peluru berpandu nukleur yang digunakan semasa peperangan. Kesan dari peluru berpandu ini dibawa oleh angin sehingga berbatu-batu jauhnya. Bayangkanlah jika ada negara jiran kita yang berperang menggunakan peluru berpandu nukleur tak ker kesannya akan sampai ke negara kita.

Peperangan ini dianggap sebagai jenayah yang patut disokong oleh seluruh negara di dunia kerana kesannya amat besar kepada manusia sejagat.

Sedangkan di seluruh dunia membunuh itu adalah kesalahan yang besar dan dijatuhkan hukuman yang tiada keampunan walaupun hanya membunuh satu nyawa sahaja apatah lagi jika membunuh beribu-ribu nyawa malahan berjuta.

Isnin, 26 Oktober 2009

make over

Made over kat negara orang puteh memang tak asing lagi. Mana-mana yang tak cantik ke yang gedebeh boleh ditegangkan, yang muka macam nenek kebayan pun boleh bertukar jadi ratu cantik macam gambo kat atas tu.Tapi lain pulak yang jadi kat shafiqa, cuba ler te ngok muka dia, dari macam ni bertukar macam ni..... lepas make over... mane tak haru jadinya, ni sapelah yang punya keje ni... cuba kita tengok sape yang kene... Mahu tak mengamuk shafiqa, rupanya ni keje ko yer lain yang orang suruh buat lain pulak yang jadi dah macam zombe kampung pisang dah otak otak otak. Abislah gincu aku kau dua orang kejekan ek.
Tengoklah tu ishhh...!!! budak ni dah takde keje lagi agaknya. Sebenarnya shafiqa sendiri yang buat muka dia macam tu pakai water colour. Saje jer nak dengki adik-adik ada-ada jer keje bukan-bukan budak ni.

Sabtu, 24 Oktober 2009

kala hujan


KALA HUJAN
*********

kala hujan mulai menitis

******

oh! dinda jangan menangis

******

kisah cerita kita penuh tragis

******

lepaskan segala rasa yang mengguris

******

terimalah segala takdir yang tertulis

*****

walaupun coretannya penuh sadis

******

kita pernah bersama melukis

******

seribu rasa kenangan manis

******

selamat tinggal duhai kekasih

******

kala hujan lambaian mu penuh sedih...

******



Sajak ni bukanlah hasil nukilan saya, saje jer tulis sebab sejak dua menjak ni cuaca panas jer kat tempat saya ni, kengkadang bunyi guruh berdentam- dentum angin bertiup macam nak puting beliung tapi hujan yang turun tak sampai basah tanah pun.

Mungkin belum ada rezeki hujan nak turun kot, atau awan yang selalu bawa hujan merajuk dengan manusia yang masih rakus memusnahkan alam sekitar. Namun dalam pada itu masih juga menurunkan hujan walaupun hanya setitis dua kerana masih ada lagi makhluk yang hidup di muka bumi ini yang sentiasa bertasbih padaNya.

Di laut, ikan-ikan masih lagi setia pada penciptanya. Di langit masih ada beburung yang berterbangan menyebarkan sayap mengagumi kebesaranNya. Di bumi masih ada semut-semut yang berzikir padaNya. Di rimba masih ada lagi pepohon yang memayungi dan memujaNya.

Hanya setitis hujan mampu mencambah dan membiakkan hidupan yang sujud padaNya.




Rabu, 21 Oktober 2009

Kekasih syaitan

Mengucap panjang saya bila tengok berita kat tv 3 malam tadi pasal budak tiga tahun didera terok sampai mati diliwat dan dirogol oleh kekasih ibu sendiri seorang warga Afrika malah ibunya juga turut mendera.

Tiada bahasa hilang semua kata-kata nak saya luahkan bertapa kejam dan zalimnya kedua-dua manusia itu sanggup memperlakukan kanak-kanak yang tak tahu apa-apa, tah ke manalah perginya sifat kemanusian malahan sifat seorang ibu terhadap anaknya.

Budak sekecil itu apalah tahu, apalah dosanya sehingga sanggup berlaku zalim dan sampai membunuh sedangkan dia masih mengharapkan perlindungan, kasih sayang dan perhatian seorang yang lebih dewasa atau ibu sendiri yang melahirkan. Hendaknya hukuman yang setimpal yang diberikan di dunia dan diakhirat dan dilaknati oleh semua makhluk Allah di muka bumi ini.

Tak sanggup membayangkan jika berlaku kepada anak saya yang seusia dengan kanak-kanak itu. Sakit, perit, pedih macam dihiris-hiris perasaan ini, sedangkan kalau anak kita yang masih kecil diusik dan disakat dengan abang atau kakak yang besar sikit kita dah menjerit "jangan usik adik!!!!!!..." apatah lagi kalau sampai mendera macam tu sekali, mahu saya bunuh orang itu demi melindunginya.

Kanak-kanak yang sekecil ini sepatutnya bermain dan bergembira mengikut naluri seorang kanak-kanak. Senyum tawanya menceriakan dunia kita semua, bukan diminta untuk dilahirkan ke dunia yang fana ini. Moga anak-anak kita terlindung dan dipelihara dari kezaliman dan kekejaman manusia yang bertopengkan syaitan dan semoga kita semua menjadi orang-orang yang sabar, dijauhkan dari melakukan kezaliman AMINNN.

Jumaat, 16 Oktober 2009

Takkan Melayu Hilang Di Dunia


walau apa pun dugaan

***

walau apa pun rintangan

***

bersama menggenggam harapan

***

perjalanan ini kita teruskan

***

bersama menggenggam keyakinan

***

segala impian pasti dilemaskan

***

setitik dijadikan laut

***

segumpal dijadikan gunung

***

tradisi tetap kita junjung

***

perubahan tetap kita zahirkan

***

kandati tergantung awan di langit

***

telah terlanjur ku bentangkan layar

***

walau badai datang menggunung

***

walau berdentum guruh di langit

***

walau bumi berkeping dua

***

takkan mungkin ku berbalik awan

***



p/s: kalau ada yang tersilap tolong betulkan.

Selasa, 13 Oktober 2009

kalau nak buat sekejap jer...

Entah kenapalah dari tadi lagi mata aku ni mengantuk tak tentu pasal pada hal baru jer bangun tidur. Ni mesti gara-gara ubat selsema yang aku makan lepas ambil siddiq pukul sebelas tadi.


Tak tertahan lagi rasanya nak mencari bantal entah masa bila aku terlelap pun aku tak tahu sedar-sedar jer dah pukul 12.30 tengah hari. Sedor-sedor jer teringat aku belum masak lagi pinggan yang berlonggok kat dalam sink pun belum berbasuh lagi... tengoklah tu.
Sekejap jer basuh pinggan ni bukanlah lama sangat asal nak buat jer semua ditanggung beres.

Nasib baiklah pagi-pagi lagi aku dah mengemas ngan sidai baju kalau tidak lagilah haru biru. Hari pulak bila dah petang sikit jer nak hujan.

Kita orang perempuan ni kalau nak buat kerja-kerja rumah ni sekelip mata jer kata orang alah bisa tegal biasa. Tengah masak sekali tengok jam dah pukul 1.00 tgh hari, alamak lauk kat atas dapur belum didih lagi shafiqa dah nak balik... ahhh setkan jer 5 minit lepas tu bolehlah ambil shafiqa.Tengok dah siap pun tunggu untuk di makan jer...

Nilah masakan yang paling cepat, ringkas dan yang paling penting anak-anak suka. Potong-potong, campak-campak siap.

Jumaat, 9 Oktober 2009

tak diam mulut...


Sebagai ibu kita hanyalah insan biasa yang tak pernah sunyi dari melakukan kesilapan. Terutamanya pada anak-anak, jangan kita fikir sebagai seorang ibu kita tidak pernah atau tidak akan melakukan kesilapan pada anak-anak, kadang-kadang kita memarahi mereka dengan cara yang keterlaluan, maklumlah bila perasaan amarah dilayan semakin menjadi-jadi rasa marah. Lepas tu boleh terucap ker kata maaf seorang ibu pada anaknya??? Itulah yang sedaya upaya saya cuba lakukan mudah-mudahan dipermudahkan InsyaAllah.

Mulut orang perempuan ni kalau dah marah atau membebel tak ada titiknya sampai melalut tah apa-apa, tu yang sampai sumpah seranah yang bukan-bukan mintak dijauhkan terutamanya anak-anak remaja sekarang ni. Kalau tak betul didikannya mahu pening kepala kita dibuatnya macam-macam masalah yang timbul. Kalau marah anak yang masih kecil atau masih sekolah rendah boleh lagi dia nak dengar kata, kalau masih tak dengar juga boleh lagi dicubit-cubit, menjawab pun belum pandai lagi.

Yang remaja ni yang payah sikit, kasi kebebasan lebih sikit pun tak boleh, kalau dikasi tah ke mana-mana dia pergi apa lagi kalau dibagi motor lagilah besar langkahnya. Kalau tak kasi handphone kang dia kata kita ni tak ikut perkembangan sedangkan budak-budak sekolah rendah pun gi sekolah bawak handphone, bila dikasi lain pulak citenya asik sms tak kira masa bila kita tegur atau marah kang sekat kebebasan dia pulak, itu tak boleh, ini tak boleh tapi kalau dah i lap u, u lap me apa cite... ku mencintaimu kau mencintai ku macam mane.

Hari raya anak-anaklah yang kaya sebab banyak dapat duit raya, bila duit banyak mulalah nak beraya rumah kekawan, dia tak gi naik bas dia curi-curi bawak motor, dia kata nak beraya dekat-dekat jer tau-tau nun jauh berbatu-batu, kasi salah tak kasi pun salah.

Satu lagi dia mulalah nak gi ke bandar tengok wayang atau jejalan dengan kekawan dia, sebagai seorang ibu takkanlah kita nak kongkong dia kat rumah jer, walaupun kat dalam hati ni tak nak kasi dia pergi biar pergi dengan kita jer, sesekali dia nak juga dia jejalan dengan kekawan, tak terlarang kita ni.

Cuba bayangkan jika terserempak dengan anak kita yang keluar dari panggung wayang sambil berpimpinan tangan dengan seorang gadis. Bagaimana perasaan kita sebagai seorang ibu, sedangkan dia minta izin keluar dengan kekawan lelakinya. Apatah lagi anak kita tu masih diawal remaja.

P/S: Kalau sampai tak boleh nak kata lagi atau dah hilang semua kata-kata atau dah kering air mata hanya padaNya kita meminta doa yang terbaik untuknya moga dipulangkan ke pangkal jalan dan diberikan petunjuk.

Isnin, 5 Oktober 2009

Mutiara itu...


Raya tahun ni banyak juga mutiara jernih ini berguguran, pertamanya tentulah masa bermaaf-maafan di pagi raya walaupun tahun ni aku beraya di rumah mertua tapi kesedihan tetap mengelubungi rasa maklumlah tahun pertama mertua aku bergelar ibu tunggal dan aku bukanlah menantu yang sempurna sangat, apatah lagi bab ampu mengapu adalah kelemahan besar aku... ada besar batu dalam itu kepala hahaha.

Dan pada hari raya tahun ini juga aku beraya sebagai anak yatim... abah pergi selepas empat puluh hari bapa mertua aku pergi. Tak tertahan sebak di dada bila menziarahi pusara di pagi raya begitu juga ketika berhari raya di rumah adik tiri aku. Sedih bila memikirkan adik tiri aku yang kehilangan abah tersayang dalam usianya yang masih muda sebaya anak aku. Selama ini kami empat beradik semuanya sudah berkeluarga sekurang-kurang rasa sedih taklah terasa sangat tapi adik tiri aku yang masih memerlukan belaian kasih sayang seorang abah tentulah teramat sedih di hari raya ini.

Selama ini adik tiri aku terlalu rapat dengan abah sebab dia sorang jer yang masih kecil dan abahlah yang ambil dan menghantar dia ke sekolah sementara mak tiri aku berniaga di kedai makan. Kami saling berpelukan sambil mengalirkan mutiara jernih sambil mengeluarkan kata-kata semangat untuk ibu tiri ku supaya menjaga amanat abah dengan sebaik mungkin.

Dan mutiara ini gugur lagi untuk kedua kali... nanti aku sambung.