CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Rabu, 25 November 2009

ditelan pahit...


Ibu!!!!!!! ada telefon..... atukkkk

A: hello Assalmualaikum.....

M: walaikumsalam ko balik tak raya ni.... ???

A: tak tahu lagilah mak....

M: haiiii!!! ari ni dah selasa tak tahu lagi...??? lagi berapa ari lagi nak raya.

A: emmm.... mungkin balik Kota Tinggi kot.....

M: ( senyap sekejap ) kalau ko tak balik mak tido, kunci pintu ko jangan datang!!!!

A: ishhh.... takkan sampai macam tu sekali... selalunya kalau balik Kota Tinggi soknyakan balik rumah mak.

M: abis takde orang kat rumah nak masak mak jaga kedai ni.... kau balik nanti nak makan apa.

A: alah makan jerlah apa yang ada mak....

A: takpelah mak nanti tengoklah macam mane... ek mak.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



A: bang raya haji ni sepatutnya kita balik mana ekkk???

B: kan balik rumah mak awak...

A: raya ni balik rumah mak abang ler mak abang tu macam merajuk jer...

B: nape pulak....???

A: mak abang cakap kat rumah takde orang nak masak.

B: lia mana...???

A: dia balik rumah bapak mertua dia.

A: nanti saya telefon mak saya cakap tak jadi balik sana.

B: (diam... tanda setujulah tuuu )



p/s: SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA sama-samalah kita hayatilah erti pengorbanan yang sebenar..... w'salam.


p/s: Keputusan sebulat suara..... raya haji ni sepatutnya giliran mak saya terpaksa dibatalkan. Lepas zohor start kereta angkut empat-empat anak balik raya rumah mak mertua (kanda kerje lagi) jalan dulu yerrrr.











Isnin, 23 November 2009

kemaruk tempayan

Nampak tak tuuuu.... ada empat biji tempayan kat depan rumah tu baru empat biji kat dalam rumah belum kira lagi.

Kemaruk tak kemaruk dengan tempayan padahal bukanlah tempayan baru yang berkilat atau berbunga-bunga seni. Semua tempayan-tempayan ni ada yang dibeli dan ada juga orang kasi.

Tempayan-tempayan ni semua adalah tempayan lama dulu-dulu zaman sekarang ni memang susah dak jumpa kalau tak masuk ke kampung-kampung.

Nak citelahkan masa tengah kemaruk gila dengan tampayan ni sampai ke hujung kampung cari sambil naik motor ronda-ronda. Nasib baiklah kanda nak ikut sama gila cari tempayan... sampai time keje pun sempat jeling-jeling rumah orang.

Almaklumlah talian eletrik kita ni sekarang dah sampai ke seluruh pelusuk kampung-kampung jadi bila bekalan eletrik terputus jer memang tugas pekerje tnb macam kanda nilah yang pergi menyuluh kalau tak gelaplah dunia dia orang.... hihihi.

Time tulah cari-cari mana ada tempayang yang dah tak pakai lagi kalau nasib baik dapatlah free cuma modal air liur jer.
Ada lagi terselit kat tepi kerusi tuuu....

dan lagiiii.....

Ah!!! tempayan yang kat atas tu bukannya muka dia berkurap ker apa tapi dalam proses meremajakan semula.... saya lekatkan kulit telur yang dah dibersihkan bila semua permukaan muka tempayan tu di saluti dengan kulit telur barulah disapu cat penyilat.... tapi tu belum siap lagi tak tahulah bila nak siap jejari montok ni macam malas gituuu.
dan lagiiii.....


Moral cerita: biar banyak tempayan jangan mulut tempayan.....


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kotak bekas hantaran yang sudah siap, kalau nak tengok lebih jelas lagi bolehlah klik kat gambar tu...


Ramai yang tanya mana dapat idea tampal kulit telur kat tempayan tu.... sebenarnya saya tengok kat kelas pendidikan khas kat sekolah anak masa ambil anak balik sekolah.

Saya tengok cikgu tu tampalkan kulit telur pada kotak kertas yang digunakan untuk bekas hantaran dan juga bekas telur... nampak begitu menarik dan kreatif.



Khamis, 19 November 2009

senyum sikit

Saya buat n3 ni sesudah subuh tadi sebelum hantar anak ke sekolah tulah masa yang saya ada untuk buat n3 terbaru. Kalau nak diikutkan dua hari lepas saya nak buat tapi maklum jer lah cuti sekolah dah nak bermula anak kat asrama pun dah balik periksa pun dah lama habis.

Berlakulah perebutan kuasa untuk menjatuhkan ratu yang lama memegang tahta.... ooohhhh!!! tahta ku!!!!!!.... dengan paksa rela terpaksa menyerahkan kerusi yang tak berapa empuk tu.... kepada dua kuasa yang masih bertelagah.... gasaklah kau situ.

Abang Long: " cepatlah sikit kak..."

Kakak: " alah... abangkan dah guna tadi akak pulaklah..."

Abang Long: " alah kejap jer... akak pakai pagilah..."

Kakak: " abanglah pakai pagi..."

Abang Long: " pagi mana ada orang on line orang semua tido.."

Haiiii!!! ni bila pulak giliran ibu dia nak memblog ni... nampak gayanya cuti sekolah ni terpaksalah slow down sikit bloging kot. Takpelah jom kita layan senyum sikit zassss.

Seorang bapa duduk di kerusi taman memerhatikan kanak-kanak rancak bermain di padang. Dia mengeluh...

"Zaman sekarang ni susah kita nak bezakan mana budak lelaki, mana budak perempuan. Sama aja. Tengoklah budak lelaki tu..." kata si bapa tadi sambil menunjuk ke arah seorang budak berbaju hujau yang sedang berlari-lari dengan kawannya.

Orang yang duduk di kerusi sebelahnya tercengang, " Itu anak saya. Dia bukannya lelaki, dia perempuan."

Si bapa tadi tersipu-sipu. Dia cepat-cepat meminta maaf. " Saya tak bermaksud nak memalukan encik. Maaflah, saya tak tahu encik ni bapanya..."

Orang yang di sebelahnya tadi sekali lagi menggaru kepala. " Tidak... saya bukan bapanya, saya emaknya."






Selasa, 17 November 2009

nasi kangkang / tangas


Hari tu saya ada tengok WHI kat TV3 tapi dah lupa bila mungkin minggu lepas kot. Topik amat menarik walau pun terasa janggal dalam zaman teknologi semakin canggih ni.

Rupa-rupanya masih ada lagi orang yang ketinggalan dan terkebelakang macam tak bertamadun. Mungkin orang-orang yang masih berpegang pada amalan kurafat dan mistik.

Nasi kangkang topik yang dipilih bersama tetamu undangan pelakon Rubiah Suparman dan Ustaz Fauzi Mustapa.

Lepas tengok jer rancangan tu barulah saya faham dengan betul bagaimana nasi kangkang atau nasi tangas di buat amat menjijikkan. Kita selalu dihidangkan tentang cerita-cerita isteri yang derhaka yang nak menundukkan suami seperti cerita Perempuan Isteri dan dot dot di era tahun 90an dan yang terbaru lakonan Fasha Sanda dalam Hangatnya Lantana.

Tapi tidak diperjelaskan dengan terperinci cara ianya dibuat. Sebenarnya sepertimana yang diperjelaskan oleh Ustaz Fauzi nasi kangkang ni dibuat ketika isteri berada dalam keadaan kedatangan haid kemudian duduk mengangkang di atas nasi yang sedang panas mendidih sehingga tertitis sedikit kotoran itu ke atas nasi... cuma sedikit sebagi syarat serta dibacakan jampi serapah.

Haiii!!! jangan jadi nasi tomato sudah ler... perlu diperjelaskan dan wajib difahami dengan betul bahawa nasi kangkang atau tangas ini adalah amalan kurafat segelintir masyarakat melayu.

Pengamalnya memang tak takut dosa bila dah dihasut dengan syaitan yang membawa mereka ke neraka jahanam.

Oleh itu jauhilah ilmu tersebut walaupun dengan pelbagai alasan sekali pun.





Sabtu, 14 November 2009

aku menyanyi....

Gambar ni baru jer masukkan tak sangka pulak shafiqa balik bawak hadiah tempat ke tiga dan hadiah persembahan terbaik tahniah!!.


Cuti hujung minggu ni Shafiqa bawa geng datang rumah nak berlatih nasyid katanya. Geli hati pulak bila tengok budak-budak ni beriye-iye menyanyi.

Dengan gaya tersendiri bersungguh betul, dia orang ni tak sedar yang makcik kat dapur ni sekodeng ikut tingkap.

Mula-mula berlatih kat dalam bila kanda dan anak bujang besar balik jer terus dia orang berlatih kat anjung depan lantaklah kau situ biar jiran-jiran tengok nanti kat atas pentas dah tak malu dah.

Yang saya ni pulak teringat masa zaman muda-muda sekolah menengah dulu. Ada gak masuk persembahan nyanyian solo wakahahaha....... jangan gatal pulak tekak tu bila baca, tak caya ker...??? wahkahkahhahhh.... saya pun tak percaya.

Tapi tak sampai ke mana pun saje jer suka-suka buat persembahan kat sekolah. Selepas jer saya buat persembahan tu esoknya kat dalam kelas setiap guru yang masuk semua sindir saya mana taknya saya ni kalau kat kelas macam ada bertan-tan emas kat dalam mulut.... sekali naik atas pentas menyanyi mana tak terkejut cikgu wahkahkahkahhh...... bakat terpendam cikgu.

Sekarang ni menyanyi kat dapur jerlah tak payah risau dapat laki tua. Anak-anak ler peminat setia saya mana taknya masa kecil-kecil dulu bila masuk buai jer terus tertido dengar saya menyanyi hahaha..... kalau tak nyanyi dipaksa pulak menyanyi tak boleh tido katanya.....

Ada juga sekali kami sekeluarga gi karaoke bersemangat betul anak-anak dan mak bapak anak menjahanamkan lagu gasak ler situ bukan ada orang dengar. Nasib baik ler saya ni tak buang tabiat nak masuk pertandingan nyanyian yang berlambak-lambak kat tv tu. Kalau teringin masuk idola kecil boleh tak agaknya wahkahkahkahhh.


Rabu, 11 November 2009

adik hilang lagi...

Sempat juga beri tahu Shaqira jangan berani jalan sorang-sorang nanti kena culik dah tak dapat jumpa ibu lagi...


Hari ni masa saya tengah mandi tiba-tiba terdengar Shafiqa panggil " dik dik dikkkk... " dalam hati " dah balik rupanya Shafiqa..." sebenarnya Shafiqa pergi rumah kawan dia kat depan rumah tu.

Tinggal Shaqira seorang kat dapur tengok tv sambil main mainan dia. Bila Shafiqa balik jer tengok adik dia takde kat rumah tu yang saya dengar Shafiqa panggil adik. Bila saya keluar dia pun tanya " ibu adik mane..???" saya kata " tadi ada kat sini main..." " adik takdelah ibu akak dah cari kat rumah tapi takde..."

" cepat cari kat luar ibu nak pakai baju ni..." lepas siap pakai baju lama juga saya tunggu mana pulak budak dua orang ni tak balik lagi risau betul.

Tak lama kemudian Shafiqa balik dengan adik dia saya tanya adik pergi mana " adik kat kedai belakang... nasib baik nenek kedai tu jaga adik." " Astafirullahalazim "

Ini mesti kakak keluar tadi tak tutup pintu lagi cuma tutup pagar besi jer... adik ni memang pandai bukak pintu pagar tu.

Kali ni dah masuk dua kali adik hilang kali pertama tu masa saya tengah sibuk kat dapur... Shafiqa keluar dengan Siddiq..... masa dia orang berdua keluar Shaqira tidur. Bangun jer dari tidur dia sibuk tanya mana abang dengan kakak... saya kata " abang dengan kakak pergi rumah kawan kejap ada study group... "

Tiba-tiba jer dia pergi saya ingatkan dia pergi kat ruang tamu depan tak sampai beberapa minit saya nak tutup tv bila saya keluar tengok dia dah hilang cari-cari kat dalam bilik semua takde.

Saya keluar cari kat rumah jiran-jiran tanya kat kekawan dia yang selalu main waktu petang tapi seorang pun tak nampak... badan saya dah menggigil Allah aje yang tahu.... tu jamlah terfikir macam manalah nak jawab dengan kanda ni dah terbayang-bayang macam-macam kisah budak-budak yang hilang kena culik dan sebagainya...

" Ya Allah kau jauhkanlah anak aku dari segala bahaya...." rasa macam nak telefon kanda tapi nantilah dulu. Ada juga jiran yang tolong carikan.

Saya masuk rumah nak ambil kunci kereta ingat nak cari pakai kereta jer tapi bila keluar jer Shaqira dah ada kat depan rumah. Kata jiran dia keluar dari rumah jiran yang hujung tu jauh dari rumah saya cuma selang empat buah rumah jer.

Rupanya dia pergi cari akak dengan abang dia.... dia ingatkan kakak dengan abang dia pergi rumah jiran tu sebab anak jiran tu kawan Safiqa.

Walau macam mana pun kesalahan tetap kepada kita sebagai ibu bapa yang cuai sebenarnya walau pun kita anggap ianya hanya sekejap tapi macam-macam boleh berlaku... saya memang cukup serik lepas ni mesti lebih berhati-hati jangan cepat ambil mudah jer dengan Shafiqa pun saya pesan.

p/s: saya salah... saya salah... huhuhu










Isnin, 9 November 2009

perlukan rumah yang lebih besar...???


Bilik Shafiq kat loteng muat untuk dua orang jer...
" oiiii!!! kata nak study minggu depan nak periksa ni apa cite main PS2 pulak.... "

Dari loteng atas boleh nampak dapur kat bawah...

" heyyy... terpaksalah Shafiqa sepanjang hari macam ni kat rumah kecuali kat dalam bilik "



Cuti hujung minggu lepas shafiq bawa kawan sekolah balik bermalam di rumah dan saya memang rasa berbesar hati sangat.

Walaupun ada sikit gusar sebab rumah kami taklah sebesar mana cuma muat-muat untuk kami enam beranak jer takut tetamu tak selesa bukannya ape sebelum ni pun tak pernah dia bawak kawan balik.

Shafiqa pulak bila dengar abang long nak balik bawak kawan terus mencerut muka.... saya tanya kenapa " alahhhh nanti akak tak bebaslah ibu... malu ler. "















Khamis, 5 November 2009

polka dot

Biasanya setiap pukul 6.45 pagi saya dah bertolak hantar anak ke sekolah tapi dah dua hari perjalanan saya terganggu sebabkan si dot-dot ni... geram betul.

Ada ker dia duduk betul-betul kat tengah jalan dengan muka selamber jer tah buat apa tah tercium-cium kat jalan tar nak bunuh diri ke apa anjing ni ingat dia baru putus cinta kot... tu yang gila gaban cari dia punya mambang.

Terpaksa saya berhentikan kereta. Sekali tengok kat belakang ada pulak lori kontena sebesar-besar alam.... alamak!! suhh!! suhh!! ( manelah anjing tu dengar ) eehhh..... geramnya sebelum lori tu honkan saya lebih baik saya honkan anjing tu dulu.

Ishhhh.... dengan ayunye dia jalan tergedik-gedik macam tak bersalah langsung.

Hari ni pun dari jauh saya dah nampak dia betul-betul kat garis puteh tepi jalan nampak macam nak lintas jalan..." hey!! anjing jangan berani-berani ko nak buat hal pagi-pagi buta ni kang aku langar ko tergolek dog baru tahu".

Esok kalau si dot-dot tu ada lagi siap ko aku baling ko dengan batu tiada maaf bagi mu... oooiiii!!!! anjing sape ni cepat ngakuuu!!!












Isnin, 2 November 2009

last kopek

Ni jerlah yang tinggal balang atau telap kuih raya aku yang last kopek yang lain dah lama selamat ke dalam perut.

Kata orang yang koret-koret tinggal abuk tulahhhh yang sedap. Masa hari raya aritu kuih ni tak pandang pun kesian tak taulah sebab apa mungkin rupanya yang kurang menarik atau yang paling tepat rasa yang kurenggg kot.

Tapi dah last-last sedap pulak rasanya.... hihihi