CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Khamis, 7 Januari 2010

kain tak berjahit....

Buku ini amat sesuai untuk dihadiahkan kepada seseorang...

Apa itu kain tak berjahit...bukan kain nak buat baju sekolah anak tak sempat berjahit atau kain baju sesiapa yang tak berjahit....tapi kain tak berjahit adalah pakaian terakhir dipakai oleh setiap umat Islam di muka bumi Allah ini diakhir hidupnya.

Hari ini 07 Januari genap usia saya 36 tahun...menandakan semakin hampir kepada alam abadi. Pada hari lahir ini saya mahu mengingati tentang hari dimana kita dihantar ke dunia yang satu lagi.

Dalam kita merasakan nikmat dan seronoknya dunia ini perlu kita sesekali ingat akan hari itu...kerana ianya akan menyedarkan kita bahawa hidup ini ada penghujungnya...ada dunia abadi yang bakal kita tujui.

Selalunya hari lahir adalah sesuatu kegembiraan pada kita semua tak kira tua muda miskin atau kaya...dan saya mengambil peluang ini untuk memikirkan yang sebaliknya. Ramai yang tidak berapa senang dengan megingatinya.

Dengan itu saya menanam impian dah hasrat untuk saya mempelajari atau mengetahui cara-cara bagaimana menguruskan jenazah....bukan untuk menguruskan diri saya sendiri tapi untuk seluruh ahli keluarga saya.

Insya Allah akan saya terap juga kepada anak-anak saya agar mereka bersedia untuk menempuhnya kemudian hari. Ramai di kalangan kita semua bila berlaku kematian yang akan menguruskan jenazah selalunya iman, bilal atau pun ustaz.

Antara perkara yang harus disegerakan adalah pengurusan jenazah alangkah baiknya jika saat terakhir sebelum dikebumikan menerima sentuhan terakhir dari anak cucu kita. Begitu juga kita dapat menyempurnakan jenazah ibu kita atau anak-anak kita dengan tangan kita sendiri.

Perkara yang paling penting agar segala keaiban keluarga kita hanya ahli keluarga saje yang tahu dan sebagai khidmat bakti, kasih sayang dan penghormatan yang terakhir.

Saya hanya ingin berkongsi sesuatu dengan anda semua...segalanya yang saya katakan adalah untuk saya dan untuk semua...sesamalah kita mencapainya Insya Allah.

Buku Indahnya Hidup Bersyariat mengandungi pelbagai tajuk yang menarik untuk dijadikan panduan termasuklah bagaimana menguruskan jenazah.






9 Luah rasa:

ain berkata...

happy 36th bday Naz!! semoga hidup naz akan diberkati Allah hingga akhir hayat. Semoga apa yg naz doakan dimakbulkan Allah jua!!!

~0~ berkata...

hepi b'day kak...

semoga bahgia slalu dan murah rezki...

buku tue mmg menarik..

rosnanie berkata...

salam naz
bila tgk gambar buku Datuk Ismail Kamus tu membuatkan sy nak tanya, naz jual ker buku tu? Kalau naz tak jual, tp berminat nk jual, sy ada bisnes nak kongsi.
Naz email kpd sy

rosnanie2201@yahoo.com

Kwn2 lain yg interested pn please email me. Ada invitation kt blog sy, cikgusi.blogspot.com

tks

Mak Su berkata...

happy birthday :)

a good book is a treasure :)

Tie berkata...

Happy birthday Ilyn... sorry, datang lambat. Hari tu datang tak nampak word verification tu.. terus merajuk ! Hi hi...

ima berkata...

Hepi birthday Naz,
insaf kejap bila baca cerita Naz ni.
semoga kita semua sentiasa mendapat petunjuk dariNya.

hisham berkata...

salam kak..epi belated bday...moge ape2 yg akak hajatkn akan terlaksana...aminnn

izan berkata...

ilyn,

semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. ye... di umur2 kita sekarang.... seharusnya kita dah berjinak2 dan bersedia dengan semua ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan hidup dan mati. mudahan mendapat hidayah dan petunjuk.

p/s: esok izan ada kursus mandikan jenazah, boleh lar nanti izan berkongsi .....

um. masyitah berkata...

Salam,heppy belated birthday Naz
maaf telambat ya.

entry yang menginsafkan saya.
terasa pantasnya masa berlalu...