Isnin, 5 Jun 2017
Dicatat oleh naz ilyn di 2:07 PTG 0 Luah rasa Pautan pada catatan ini
Isnin, 24 Januari 2011
bercanda di tepian pantai....







macam mano lak leh tersosat gambo makcik ni...suhhh!!! suhhh!!!!...poyi lar sano sebok jo

adik...adik ok tak...kalau ok abang nak letak pasir kat kepala pulak....MELAMPAU TUUUU!!!!!!
Dicatat oleh naz ilyn di 8:37 PG 4 Luah rasa Pautan pada catatan ini
Rabu, 15 September 2010
Ahad, 10 Januari 2010
Khamis, 7 Januari 2010
kain tak berjahit....
Apa itu kain tak berjahit...bukan kain nak buat baju sekolah anak tak sempat berjahit atau kain baju sesiapa yang tak berjahit....tapi kain tak berjahit adalah pakaian terakhir dipakai oleh setiap umat Islam di muka bumi Allah ini diakhir hidupnya.
Hari ini 07 Januari genap usia saya 36 tahun...menandakan semakin hampir kepada alam abadi. Pada hari lahir ini saya mahu mengingati tentang hari dimana kita dihantar ke dunia yang satu lagi.
Dalam kita merasakan nikmat dan seronoknya dunia ini perlu kita sesekali ingat akan hari itu...kerana ianya akan menyedarkan kita bahawa hidup ini ada penghujungnya...ada dunia abadi yang bakal kita tujui.
Selalunya hari lahir adalah sesuatu kegembiraan pada kita semua tak kira tua muda miskin atau kaya...dan saya mengambil peluang ini untuk memikirkan yang sebaliknya. Ramai yang tidak berapa senang dengan megingatinya.
Dengan itu saya menanam impian dah hasrat untuk saya mempelajari atau mengetahui cara-cara bagaimana menguruskan jenazah....bukan untuk menguruskan diri saya sendiri tapi untuk seluruh ahli keluarga saya.
Insya Allah akan saya terap juga kepada anak-anak saya agar mereka bersedia untuk menempuhnya kemudian hari. Ramai di kalangan kita semua bila berlaku kematian yang akan menguruskan jenazah selalunya iman, bilal atau pun ustaz.
Antara perkara yang harus disegerakan adalah pengurusan jenazah alangkah baiknya jika saat terakhir sebelum dikebumikan menerima sentuhan terakhir dari anak cucu kita. Begitu juga kita dapat menyempurnakan jenazah ibu kita atau anak-anak kita dengan tangan kita sendiri.
Perkara yang paling penting agar segala keaiban keluarga kita hanya ahli keluarga saje yang tahu dan sebagai khidmat bakti, kasih sayang dan penghormatan yang terakhir.
Saya hanya ingin berkongsi sesuatu dengan anda semua...segalanya yang saya katakan adalah untuk saya dan untuk semua...sesamalah kita mencapainya Insya Allah.
Buku Indahnya Hidup Bersyariat mengandungi pelbagai tajuk yang menarik untuk dijadikan panduan termasuklah bagaimana menguruskan jenazah.
Dicatat oleh naz ilyn di 2:45 PTG 9 Luah rasa Pautan pada catatan ini
Jumaat, 1 Januari 2010
Khalimah ALLAH

Pengajaran yang pertama harus diberikan kepada anak yang baru dilahirkan ke dunia ini adalah kenal Allah...cinta Allah dan sayang Allah sebagai mana terucap di telinga seorang bayi yang baru dilahirkan.
Tuhan kita sekalian umat Islam adalah ALLAH apakah khalimah Allah ini boleh dikongsikan dengan agama yang lainnya....renung renungkan dan selamat beramal.
Dicatat oleh naz ilyn di 10:18 PTG 11 Luah rasa Pautan pada catatan ini
Selasa, 29 Disember 2009
buah tangan dari Australia...
Nampak tak gambar si cantik manis kat atas tu...tu bukan adik saya atau jauh sekali bakal menantu saya...hehehe jangan marah Fairy....sebenarnya si cantik manis kat atas tu ler Cik Fairy Lilly.
Tengah belajar kat Australia...kalau masuk blog Fairy Lilly dia memang cakap bahasa nogori...seronok baca.
Sebenarnya tak menang pun kontest yang Fairy buat tapi dengan suka rela tanpa sebarang paksaan dia kasi juga buah tangan dari Australia....terima kasih....terima kasih....terima kasih ada lagi sebakul terima kasih akak poskan...hihihi.
Dah ler tak menang kontest...suruh pilih lak hadiah mana yang berkenan...nampaknya tu pilihan yang anak-anak kat rumah pilih.

Tu dah tepek pun kat peti sejuk...bertambah koleksi....sebenarnya dah banyak dah tepek tapi lebih banyak yang dah berderai kena kejekan si kecik kat rumah tu.
P/S: Fairy Lilly terima kasih sekali lagi walau pun kita kenal tanpa bersua muka tanpa suara berbicara namun Fairy Lilly begitu baik sekali...terima kasih sekali lagi muahhh!!!
P/S: Fairy Lilly terima kasih sekali lagi walau pun kita kenal tanpa bersua muka tanpa suara berbicara namun Fairy Lilly begitu baik sekali...terima kasih sekali lagi muahhh!!!
Dicatat oleh naz ilyn di 4:36 PTG 10 Luah rasa Pautan pada catatan ini
Langgan:
Catatan (Atom)