Pemeriksaan kesihatan pun ada juga... akak-akak ni semua seram sejuk bila nak periksa tekanan darah... yang takde darah tinggi pun boleh jadi ada kelakar betul.
Yang satu ni yang buat saya muskil... cuba perhatikan betul-betul ada lebel nyamuk aedes diletakkan di lesung batu. Rasa-rasanyalah kat rumah sapalah sampai nyamuk beranak penak kat lesung batu ni memang tak patut.
Sekarang ni tengah hangat dengan penyakit Influenza A H1N1... bimbang betul lah takut penyakit ni merebak seluruh pelusuk negara. Kat sekolah pun ada juga anak-anak cakap ada orang dari Jabatan Kesihatan buat penerangan tentang penyakit ni.
Tapi yang nak saya katakan kat sini bukan pasal selsema babi ni. Sebelum penyakit selsema babi menular ke negara kita seluruh negara sibuk berkempen tentang penyakit yang sinonim dengan kita tak kiralah di luar bandar atau di bandar iaitu Demam Denggi.
Di tempat saya adalah kawasan panas demam denggi setiap tahun ada saje penduduk yang kena demam denggi... bila dah ada yang kena demam denggi apalagi Jabatan Kesihatan pun datanglah buat sembur asap kekadang dah macam pesta pulak. Saya memang berhati-hati bila penyakit ni mula menyerang di kawasan perumahan saya.
Bukan apa rasa tak sanggup nak tengok anak-anak kita yang masih kecil kena demam denggi yang boleh bawa maut ni. Sebelum apa-apa terjadi lebih baik kita ambil langkah berhati-hati.
Tapi itu dua atau tiga tahun yang lepas sekarang ni Alhamdulillah sejak seluruh sistem peparitan dinaik taraf kami semua tidak lagi bimbang tentang serangan nyamuk aedes lagi.
Walau bagai mane pun kempen kesedaran masih juga diadakan di tempat kami. Semoga kita dan seluruh ahli keluarga kita dijauhkan dan dilindungi daripada penyakit yang membahayakan kesihatan dan nyawa kita sama ada penyakit Influenza A H1N1, Demam Denggi atau sebagainya.