
Indahnya pemandangan...Nampaknya hari-hari terakhir cuti sekolah dinoktakan dengan menduga perairan Selat Johor di Tanjung Piai. Keadaan agak berbeza dengan lapan tahun lalu ketika pertama kali menjejakkan kaki ke sana.

Selamat datang ke resort Tanjung Piai... nampak macam menarik.Berbezanya dengan terpacak teguh resort-resort yang didirikan diatas permukaan air. Suasana amat nyaman dengan hembusan bayu menyapa lembut sungguh menyenangkan. Cuaca agak baik dan boleh ler menunaikan niat ke sana untuk menguji kail yang panjang sejengkal. Tak sabar rasanya nak melabuhkan joran mendarat ke dasar laut dengan air beralun tenang dengan anak-anak ombak memecah menghempas tiang-tiang batu yang menjadi kaki meneguhkan lantai resort.
ni ker bilik yang nak di sewa...?? bukan kot... ni dah penuh.
atau yang ini...?? ni cuma ada dua katil bujang... tak sesuai.
yang ni pulak nampak macam best jer... pun tidak... tak cukup bajet lagi pun cuma tempat nak berehat jer tak tidur pun.Sungguh menarik kata pertama terpancul keluar dari mulut saya dan ramai pelancong yang turut sama menikmati keindahan laut Selat Johor juga bersetuju dengan saya. Pertama sekali adalah mencari tempat sesuai dan selamat untuk memancing terutamanya keselamatan untuk Shaqira yang amat lasak dan tak tau diam.
ni...?? ohh tidak ni asrama untuk rombongan beramai-ramai.
ahhh... ni baru betul kat hujung sekali... jenuh juga kaki melangkah kepai rasa... tapi sesuai untuk memancing ada kira-kita empat buah bilik lagi yang masih kosong nampaknya kami yang pertama... boleh ler layannn.Setelah perbincangan antara kami dan anak-anak keputusan diambil untuk menyewa salah satu bilik untuk digunakan oleh saya dan Shaqira berehat... kira macam kem tahanan ler... mana taknye orang lain sibuk memancing saya terpaksa menjaga Shaqira kat dalam bilik sambil sesekali mengitai permandangan di luar tingkap.
Belum apa-apa dah pun landing si kecil Saqira ni... macam best jer. Cuma ni aje bilik yang tinggal ada tiga katil bujang... jadi ler. Nampaknya bilik yang lain dah penuh... nasib.Dari tingkap di dalam bilik saya dapat melihat perlabuhan Singapura yang sesak dengan kapal-kapal. Bila hari beransur menyinsing keadaan di pelabuhan mula disimbahi dengan cahaya nieon... amat manarik dari kejauhan. Bila saya keluar nampaknya semua bilik dan pun berpenghuni dan ada yang datang dari Johor Bahru juga Singapura.
Asyik betul pengail-pengail kita ni... macam iya-iya jer... dapat ikan ker tu.... ??Isyhhh... apa cerita pulak dengan dia orang yang tengah memancing tu agaknya yer...?? dengar cerita hari ni joran diorang kurang bernasib baik sebab ikan buntal tengah banyak bermain-main di sekitar perairan... kata orang tua-tua kalau ikan buntal ada alamatnya ikan lain tak der peluang ler nak datang dekat.
Tapi memang betul banyak betul ikan buntal yang mengena mata kail kira-kira dalam dua puluh ekor tapi kami lepaskan semula ke laut. Setelah berhempas pulas memerah keringat akhirnya pengail tewas dan masuk ke bilik melepas lelah. Emmm nampaknye giliran saya pula memegang joran... tapi tak sia-sia mungkin rezeki saya seekor ikan sembilang mengena mata kail.
Tapi tu ler sekor yang dapat mungkin anak sembilang dewasa tu tak dengar nasihat emak sembilang sebab tu dia terkorban.... hihihi. Dan selepas berlalunya senja kami pun beransur pulang dengan rasa ingin kembali semula pada suatu hari nanti dengan kail yang panjang berjengkal-jengkal... dan tungguuu lautan dalam Tanjung Piai kami datang.
Shafiq bersiap untuk memulakan persekolahan... moga berjaya sedih... huhuhu.Esoknya kami bersiap untuk menghantar Shafiq pulang ke asrama dan mendaftar kemasukkan asrama untuk memulakan persekolahan... moga azam tahun baru dapat direalisasikan dan selamat pulang ke gagang.