Pada pukul enam petang, Habibi masih belum pulang. Ibunya sabar menanti di muka pintu sambil mengomel-ngomel mengenai kelewatan anak manjanya itu.
Selepas 25 minit berlalu, barulah wajah Habibi muncul di pintu hadapan rumahnya. Ibunya yang cuba mengawal perasaan geram lantas bertanya kepada anaknya itu, "Kenapa lewat Bibi?"
"Maafkan saya ibu. Waktu saya nak pulang ke rumah anak patung Zurin pecah," jawab Habibi degan sedikit pelat.
"Oh, begitu," balas ibunya. 'Jadi Bibi tolong Zurin baiki semula anak patung dialah?" teka si ibu dengan wajah yang penuh tanda tanya.
"Taklah," balas Bibi. "Bibi cuma tolong dia nagis jer," tambahnya lagi.
*************************************************************************************
Ada dua orang sahabat yang keluar berperang bersama-sama. Seorang daripada mereka berdua tercedera dan tidak dapat bergerak bagi mencari tempat perlindungan.
Rakannya yang setia tadi terus berlari menuju ke arah temannya yang cedera bagi membantu mencari tempat perlindungan. Sedang pada masa itu, ketua mereka memberikan arahan berundur.
Apabila sahaja tiba di tempat perlindungan, dia mendapati rakanya sudah mati. Sedangkan dia pula mendapat kecederaan yang parah.
Ketuanya marah dengan apa yang berlaku. "Saya dah katakan kepada awak tadi supaya berundur. Sekarang saya kehilangan kedua-duanya, awak dan rakan awak ini. Ini tidak berbalaoi sama sekali," tengking ketuanya dengan marah.
Tentera yang hampir mati itu membalas, " Tetapi tuan, samasa saya mengangkat kawan saya tadi, dia kata, "Kudin, saya tahu awak pasti datang kepada saya."




.jpg)






