Kisah 1
Pada suatu hari, seorang lelaki dan seorang perempuan yang tidak pernah mengenali antara satu sama lain mendapati mereka mendapat bilik yang sama di dalam kereta api yang mereka naiki.
Si lelaki berada di bahagian bawah manakala si perempuan mendapat tempat di bahagian atas tempat tidur itu.
Pada tengah malam, semasa semua orang sedang tidur, si perempuan yang berada di tingkat atas menjenguk ke bawah dan memanggil lelaki yang berada di bawahnya.
"Maafkan saya, saya rasa terlalu sejuk sekarang ni. Boleh tak awak capaikan selimut yang berada di bawah itu untuk saya?"
Si lelaki itu menjenguk kepalanya dan dengan selamba berkata, "Saya ada satu idea. Apa kata kalau kita berlakon seakan-akan kita ini suami isteri?"
"Apa salahnya," balas si perempuan itu sambil tertawa kecil. Nakal.
"Baiklah," balas lelaki itu, "kalau begitu ambillah selimut itu sendiri."
####################################################################
Kisah 2
Sebuah kereta milik seorang perempuan muda yang baru rosak di lampu isyarat. Dia cuba dan terus mencuba menghidupkan enjin keretanya namun tidak berjaya.
Apabila lampu isyarat bertukar warna hijau, perempuan muda itu duduk sahaja di kerusi keretanya dengan perasaan marah dan malu.
Dia mungkin menjadi punca kepada kesesakan jalan raya pada masa itu. Selepas beberapa ketika, beberapa kereta yang berada di belakang keretanya mula mengambil laluan sebelah apabila mendapati kereta perempuan itu mungkin rosak.
Namun, sebuah kereta yang betul-betul berada di belakang keretanya tetap tidak bergerak sambil membunyikan hon berkali-kali.
Selepas berputus asa menghidupkan enjin keretanya, perempuan itu keluar dan berjalan ke arah kereta di belakangnya.
Lelaki yang berada di dalam kereta itu menerunkan cermin dengan wajah selamba. "Awak nak tahu tak?" kata perempuan muda itu.
"Apa kata awak pergi cuba hidupkan enjin kereta saya dan saya duduk di belakang awak sambil menekan hon sekuat-kuatnya."
p/s: Perlukah kita bersabar dalam memulakan perhubungan...

34 Luah rasa:
Hmm....ada masanya kita boleh bersabar....bergantung kepada situasi laa...he he...
Kalo dah org dah kawin kena tarik selimut sendiri2 ke? :D
sabar itu perlu tp jg sampai ditindas org pulak.
Sabar memeng perlu.
Tapi kadangkala bila terjadi sesuatu kita perlu bertegas.Perlu mengambil tindakan supaya bisa jadi pengajaran.
cerita yang best sis
Manusia ni ada emosi dan ego masing2, so kita buat muka seposen je la ye.
sabar itu perlu...
tapi biasalah manusia...ada hadnya..
waduh...
cerita2 yg sgt menarik..
mmg selalu berlaku dlm kehidupan kita...
kita mmg kena selalu bertolak ansur...
bertolak ansur ya... bukan baya secara ansur...
:D
peace no war :D
Salam kenal juga dari saya... saya follow blog u yer...
Sabar itukan separuh daripada iman...oleh itu kesabaran kita perlulah dijaga......
Bersabar atas segala cubaan..pasti ada hikmah disebaliknya..
klau cam situasi cete tu saya pun x leh sabar hehehe...
Sokog kata kak ain. sabar boleh sabar. tp jgn smpai ditindas org. dipijak2 kepala kita.
k tie...
betul lah... kaum wanita ni memang penyabar tapi kalau dah melampau meletup juga gunung berapi ni...hihiih
julietchun...
sendiri sejuk sendiri tarik lar... hihihi
episod berebut selimut pun ada tau...:D
ilyn,
suspen kesudahan cerita hehehe...
ain...
kenapa kalau kita bersabar mesti kena tindas kalau tak pun orang ambil kesempatan atas kesabaran kita... iisssshh nak sabar lagi ker arrgghh.
SRI INTAN RH...
muka seposen tulah yang buat orang lain lagi respek kat kita...
kalau sy kereta tetiba rosak kat tengah jalan... bukan muka seposen lagi yang sy buat... mau nak nangis rasanya...
-SRISUFI-
sabar separuh dari iman... selembut-lembut orang perempuan ni kalau menekeng terperanjat beruk gak dia orang...hihihi
Suzi...
kalau tak sabar tak taulah nak jadi apa... tapi orang perempuan memang insan paling penyabar dibanding orang lelaki betul tak suzi..??
kts...
kamu ni kts selalu buat akak beremosi tau...:)
bertolak ansur... eemmm malas nak layan sebenarnya kalau dilayan nanti lain jadinya.
atie...
hai atie... selamat datang ke laman LR... terima kasih ikuti blog sy.
ima...
betul tu... sabar perlu di jaga sebagaimana kita memelihara iman kita... bagus kata-kata ima.
Zureen...
selalu iman di uji ini memaksa kita bersabar bagi mengukuhkan keimanan kita...
p/s: selalu hilang sabar dengan peil anak-anak...aarrgh
noey.rania...
mau angin satu badan...hihihi
sy ni cakap jer sebenarnya penakut dan gelabah... rasanya kalau sy duduk diam-diam dalam kete buat muka seposen...hihihi
emy...
paling tak suka orang lain pandang rendah atas kesabaran kita... walau pun akak ni memang redang tak berbuah...hahaha
izan...
sesekali bagi izan suspen apa salah nyer...
p/s: pernah tak izan berebut selimut dengan abang sayang tu...hihihi
oops! cerita 1. nasib baiklah saya tak perlu berlakon dan mendapat consequences sebegitu, so far, saya rasa ler, tentu cik abe saya akan kasik kan selimut itu juga :)
hehehehe..suka crita yg mula2..x sabar sungguh!!
sesungguhnya sabar tukan separuh dpr iman..:)
sabor ghitewww..
Mak Su...
betul lah tu maksu... setakat selimut apalah sangat kan...
e_ya...
hehehe... kekadang buruk juga perangai.
en_me...
apa salahnya bersabar kalau pulangannya lumayan... (iye ker gitu...)
saya suke cerita nie..
perempuan memg kuat sabarnya, tp kalau dah melampau sgt... hah...
salam kenalan...
Catat Ulasan