CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Selasa, 10 Mac 2009

Ibu Ratu Hati...

Dapat award Mom Of The Year dari kak Nurdaniella sememangnya belum selayaknya saya menerima tapi kalau orang dah memberi seharusnya kita menerima... terima kasih bebanyak besar tapak tangan blog saya tadahkan hihihih.

Usia perkhawinan saya baru nak masuk tahun ke 15 pada pertengahan tahun ni... alhamdulillah moga-moga terus berpanjangan hingga ke akhirnya. Saya ni kawin muda sama-sama muda ketika berusia 20th... bukan gatal cepat tau hihihi... kata orang dah sampai seru nak buat macam mane.

Dua bulan berkawin terus mengandung ahhh... power tak power ler darah muda. Setahun kemudian lahirlah putera sulung saya disusuli puteri sulung selepas setahun lebih. Kiranya macam rapat jugalah yang sulung baru setahun dua bulan saya dah mengandung lagi... gara-gara terbabas hihihi.

Kemudian saya mengandung lagi selepas 4th merehatkan diri dan mencantikkan diri tapi saya keguguran diatas kesilapan saya sendiri mungkin masih belum bersedia. 2 tahun kemudian saya menebus kesilapan saya yang lalu dan saya mengandung kali yang ke 4 dan alhamdulillah selamat melahirkan putera kedua.

3th kemudian sekali lagi saya disahkan mengandung kali ke 5 tapi saya keguguran kedua kali atas sebab kandungan janin yang tidak membesar dan sekali lagi saya mengandung kali ke 6 selepas tiga bulan keguguran... alhamdulillah kali ni menjadi dan lahirlah puteri kedua.

Eemmm.... dah ada yang fining nampaknya... secara jelas dan ringkasnya saya mengandung sebanyak 6 kali dan keguguran sebanyak dua kali. Kandungan kali ke 3 dan ke 5 keguguran dan 1, 2, 4 dan 6 yang sedia ada. Dua lelaki dua perempuan... selang bunga.

Kata orang anak saya yang ke 4 selang bangkai sebab diatas dan di bawah dia saya keguguran kata orang tua-tua lah Allahualam. Sekarang semuanya dah berusia 14, 12, 6 dan 3 tahun... hehehe ramaikan dan semua dah besar terasa makin tua lah pulak tapi jiwa selalu jer perasan muda... biasalah.

THE RULES ARE:

Admit one thing you feel awful about ( involving being a mom). Once you have written it down, you are no longer allowed to feel bad. Remember you are good mom!.


Saya garang, tegas dan suka mendisiplinkan anak-anak. Bayangkanlah bila kita masih muda dan darah muda mudah naik angin.

Kesian anak sulung saya selalu kena dengan saya kat rumah. Sampai sekarang ni masih ada rotan kat rumah walaupun dah jarang digunakan tapi perlu ada untuk memberi hukuman setelah penat cakap tak nak dengar memang nak kena.

Kekadang belum kena dah nangis... pandai betul berlakon lepas tu dia ketawa arrghhh geram nyer. Anak saya taklah degil atau susah nak di kawal cuma saya aje kurang sabar dan saya tak suka suasana yang bising-bising bila dia orang bermain lama-lama mula lah nak bergaduh kemudian ada yang nangis aaahhh tulah time nye macam singa terjaga dari tido...hihihi

Yang teramat saya kesal kan bila dia jadi tempat melepas geram... sedih rasa hati bila tengok berbilai dan merah... lepas tu janji pada diri taknak buat lagi.

Sekarang ianya hanya jadi mimpi ngeri yang takkan saya ulangi dan saya tak nak ingat langsung biarlah ia berlalu dengan seribu kenangan... sekarang saya nak mencurahkan sepenuh kasih dan sayang saya pada semua anak-anak saya selagi saya berkesempatan dan saya tak nak menyesal lagi.

List 7 things you love about your kids, you love doing with your kids, or that your kids love about you.

1. Anak saya yang sulung walau pun selalu kena marah sebab degil suka bantah cakap orang tapi manja bukan main... asik nak meleset tak kira dengan ayah dia atau dengan saya. Sejak duduk berjauhan ni hari-hari telefon sampai saya belikan kad fon. Kalau telefon tanya tak lain masak apa tengah buat apa kekadang geram juga tapi kalau tak telefon risau lah pulak.

2. Anak ke dua saya perempuan tembam dan montel rajin tolong saya kat rumah dah pandai masak nasi. Rajin jaga adik... tak pernah bantah kalau disuruh kekadang kasian dia... tak macam abang malas sikit tapi nanti saya belikanlah apa yang dia suka kalau gi jenjalan.

3. Anak ketiga lelaki kedua... dia ni anak paling senang jaga dari kecil sampai besar tak banyak karenah.... hehehe sebenarnya dia lambat cakap dah lima tahun pun masih belum pandai cakap puas diajar sehinggalah saya hantar ke sekolah baru pandai cakap... alhamdulillah.

Yang saya suka tentang dia... dia ni rajin berlajar tak payah nak tegang-tegang urat. Balik sekolah terus jer buat keje rumah... kalau dia boring tengok tv atau main nanti dia buka lah buku tengok gambar ker atau buat lah latihan dalam buku yang saya beli.

4. Anak ke empat perempuan.... paling susah nak jaga suka melalak nangis tak berhenti. Sikit nangis... sikit nangis kenalah sabar bebanyak nasib baik anak bungsu. Suka nyanyi... nyanyi terutama lagu wonderpets dan buai laju-laju. Kalau masuk jer dalam buai nak tido... bukan saya yang nyanyikan dia... dia nyanyi sendiri sampai tertido.

5. Kesemua anak-anak saya suka masakan saya... masakan sayalah yang paling sedap pada mereka padahal bukan pandai sangat masak... hihihi mereka pun kuat makan kalau cuti sekolah memang tak kering tangan... mungkin air tangan sayalah yang membuatkan anak-anak bertambah sayang pada saya.

6. Saya dan anak-anak suka memancing tapi saya tak pandai nak pasang mata kail waimah nak tarik ikan pun saya tak tau. Bila dapat ikan jer terjerit-jerit panggil anak saya yang sulung minta tolong. Kalau gi memancing saya suruh dia pancing dekat dengan saya... satu lagi tolong letak umpan cacing kat mata kail... isshhh geli.

7. Banyak yang kami suka buat bersama-sama sebenarnya... keduanya kami suka menonton cd bersama-sama... kalau menonton sekeluarga terbongkang kat depan tv terutamanya bila hari cuti.

Send this to 5 other moms of the year that deserve a reminder that they too are the best moms that they can be. Remember to send them a note letting them know you have selected them, and also add a link to your post that directs people back to the person who nominted you

Saya nak kasi award Mom Of The Year ni kepada :

KAK AIN

Kak ain seorang yang cekap mendidik dan memotivasikan anak-anak beliau sehingga cemerlang dalam pelajaran dan ada salah seorang anaknya cemerlang dalam UPSR peringkat kebangsaan. Dalam tahun ni dua orang anaknya akan menduduki peperiksaan besar iaitu UPSR dan PMR. Moga dapat berkongsi pengalaman dan tip-tip dalam membantu anak-anak cemerlang dalam pelajaran.








32 Luah rasa:

Ms.Lilies berkata...

Alhamdulillah....dah 15 tahun akak kawin...moga terus bahagia selamanya....dah besar2 anak semua ye

ain berkata...

terkujat akak Naz...betul ke akak kena tag..??Actually Naz..awak reflection akak. kawin dlm usia yg sgt muda 21, tp hubby 30 le ms tu, cerewet psl disiplin anak2, kurang sabar dlm didik anak2, cpt nk naik angin dn mcm2 lg lah. Insyaallah akak buat tag ni wlupun rasanya blm layak.

SRI INTAN RH berkata...

Nazlyn, moga terus bahagia dgn kanda dan anak2 :)

nurdaniella berkata...

salam naz, anak kita yang paling kecil tu, sama la.. suka sangat nyanyi lagu wonderpet.. walaupun pelat, tapi rentaknya tak lari.. kelakar jer..

Tie berkata...

Tahniah ilyn....,

Suka baca kisah memancing tu...kak tie pun geli kat cacing, hu hu...

Memang budak lelaki manja dengan ibunya....tak tahu la kenapa , ekk... selalu je cemburu pada adik2 perempuannya...

ima berkata...

naz,tahniah.....semoga terus kekal bahagia hingga keakhir hayat...


p/s:naz dan ain kita sama le kawin muda,hehehe.

Zureen berkata...

Zureen pun kawen muda mcm kak Naz..he3
Semoga berbahagia disamping insan2 tersayang.

Suzi berkata...

tahniah naz...
moga menjadi pembakar semangat jadi ibu yg terbaik buat anak2 naz...

anak perempuan saya yg sorang je ni pun mcm anak naz yg ke 4 tu...suka nangis ...tak kena sikit nangis...juga suka nyanyi...tapi amatlah pemalu...

izan berkata...

ilyn,

banyak persamaan kita.... hihi. best lah... ingat kita sorang aje tutttt..........

tapi dengan 4 cahaya mata dah lagi bagus.

semoga berbahagia selalu....

naz ilyn berkata...

Ms.Lilies...
terima kasih... untuk Lilies juga... rasa macam sekejep jer masa berlalu pejam celik pejam celik dan besar anak-anak... cuma kita yang masih lagi leka sedangkan masa kian hampir.

naz ilyn berkata...

ain...
tak percaya kerr?? tanggung jawab sebagai ibu besar peranannya dan penuh cabaran... apa lagi jika sentiasa berusaha untuk membina keluarga bahagia dan cemerlang di dunia dan akhirat... dan kongsi bersama kekawan.

Mak Su berkata...

tahniah, dah 15 thn ek :)

tapi anak maksu yg kecik tu suka nyanyi lagu, 'aku raja lawak, aku raja lawak'. oops!

ku tak sempurna berkata...

bila aku nak dpt award ni??

hikhikhik...

next year hopefully... :D

ain berkata...

salam Naz...dtg umah akak amik award n tag ye. jangan lupa!

AL-BIMA SAKTI berkata...

alhamdulillah...

insya-allah terus bahagia dan sejahtera...

naz ilyn berkata...

SRI INTAN RH...
terima kasih kak... untuk akak juga yer...

naz ilyn berkata...

nurdaniella...
anak saya memang suka nyanyi... kata orang tua-tua kanak2 yang masa kecilnya suka menangis nanti bila dah besar suka menyanyi...

tak tau kebenarnya tapi itulah yang berlaku pada anak saya... pantang dengar lagu mesti nak ikut nyanyi walau pun ikut melodinya saje.

yang geli hati tu dia akan sambar jer apa-apa benda untuk jadikan mikrofon.

naz ilyn berkata...

tie...
terima kasih kak tie... anak saya selalu cemburu dengan adik-adik yang kecik yang manja dan kuat mengadu bila kena sakat dengan abang dan kakak dia... issshh riuh macam ada anak sepuluh orang.

naz ilyn berkata...

ima...
terima kasih ima... doa untuk ima juga.

kawin muda banyak cabarannya betul tak ima... hanya yang sabar dan cekal jer mampu melakukannya.

p/s: semoga kita semua dapat mempertahankan mahligai yang kita bina hingga ke akhirnya...amin.

naz ilyn berkata...

Zureen...
terima kasih Zureen... akak doakan untuk zureen juga moga kita sabar menempuh cabaran dalam hidup berumah tangga...insyaAllah.

naz ilyn berkata...

Suzi...
terima kasih suzi... doa untuk suzi juga sama-samalah kita menjadi yang terbaik untuk anak dan suami.

berapa tahun agaknya umur anak perempuan suzi ekk...

naz ilyn berkata...

izan...
Alhamdulillah apa yang di beri walau pun cuma empat... itu pun dah gamat rumah.

naz ilyn berkata...

Mak Su...
terima kasih... agaknya maksu lagi lama...

hehehe... nyanyi lagu 'aku raja lawak' agaknya anak mak su boleh melawak kot... sikit2 macam mak su...:D

naz ilyn berkata...

kts...
akak dah lama kepingin nak makan nasi minyak mu kts... bila lagi nanti berkulat... tak per akak simpan award ni untuk kamu...hihhih

naz ilyn berkata...

ain...
k... nanti saya ambil yer.

naz ilyn berkata...

AL-BIMA SAKTI...
Alhamdulillah... terima kasih bima doa untuk kamu juga.

MAZEMIE MAZ berkata...

pukul kerana didikan
bukan kerana ikut perasaan.

moga terus kekal bahagia hingga ke hujung nyawa.

naz ilyn berkata...

MAZEMIE MAZ...
betul tu... pengalaman mendewasakan dan membuatkan kita sedar kesilapan lalu.

terima kasih... moga anda begitu juga.

noey.rania berkata...

naz ilyn umo brapa ekk nak kene pangil akak ke ni hehehehe....

noi doa kn smoga bahagia selamanya brsama suami dan anak2 tersayang

naz ilyn berkata...

rania...
hehehe ikut suke lar nak panggil akak ker tidak... lagi pun baru 35th masih muda lagi... cuba tengok azizah mahzan dalamd Spa Q tu bergetah perr hihihihi...:D

naz ilyn berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
naz ilyn berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.