CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Rabu, 15 September 2010

Lebaran 2010

Sedondon....dipagi lebaran

Selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin buat sahabat sekalian....

Ahad, 10 Januari 2010

rehat jap....

Khamis, 7 Januari 2010

kain tak berjahit....

Buku ini amat sesuai untuk dihadiahkan kepada seseorang...

Apa itu kain tak berjahit...bukan kain nak buat baju sekolah anak tak sempat berjahit atau kain baju sesiapa yang tak berjahit....tapi kain tak berjahit adalah pakaian terakhir dipakai oleh setiap umat Islam di muka bumi Allah ini diakhir hidupnya.

Hari ini 07 Januari genap usia saya 36 tahun...menandakan semakin hampir kepada alam abadi. Pada hari lahir ini saya mahu mengingati tentang hari dimana kita dihantar ke dunia yang satu lagi.

Dalam kita merasakan nikmat dan seronoknya dunia ini perlu kita sesekali ingat akan hari itu...kerana ianya akan menyedarkan kita bahawa hidup ini ada penghujungnya...ada dunia abadi yang bakal kita tujui.

Selalunya hari lahir adalah sesuatu kegembiraan pada kita semua tak kira tua muda miskin atau kaya...dan saya mengambil peluang ini untuk memikirkan yang sebaliknya. Ramai yang tidak berapa senang dengan megingatinya.

Dengan itu saya menanam impian dah hasrat untuk saya mempelajari atau mengetahui cara-cara bagaimana menguruskan jenazah....bukan untuk menguruskan diri saya sendiri tapi untuk seluruh ahli keluarga saya.

Insya Allah akan saya terap juga kepada anak-anak saya agar mereka bersedia untuk menempuhnya kemudian hari. Ramai di kalangan kita semua bila berlaku kematian yang akan menguruskan jenazah selalunya iman, bilal atau pun ustaz.

Antara perkara yang harus disegerakan adalah pengurusan jenazah alangkah baiknya jika saat terakhir sebelum dikebumikan menerima sentuhan terakhir dari anak cucu kita. Begitu juga kita dapat menyempurnakan jenazah ibu kita atau anak-anak kita dengan tangan kita sendiri.

Perkara yang paling penting agar segala keaiban keluarga kita hanya ahli keluarga saje yang tahu dan sebagai khidmat bakti, kasih sayang dan penghormatan yang terakhir.

Saya hanya ingin berkongsi sesuatu dengan anda semua...segalanya yang saya katakan adalah untuk saya dan untuk semua...sesamalah kita mencapainya Insya Allah.

Buku Indahnya Hidup Bersyariat mengandungi pelbagai tajuk yang menarik untuk dijadikan panduan termasuklah bagaimana menguruskan jenazah.






Jumaat, 1 Januari 2010

Khalimah ALLAH

KHALIMAH ALLAH HANYA EKSKLUSIF UNTUK AGAMA ISLAM SAHAJA....

Pengajaran yang pertama harus diberikan kepada anak yang baru dilahirkan ke dunia ini adalah kenal Allah...cinta Allah dan sayang Allah sebagai mana terucap di telinga seorang bayi yang baru dilahirkan.

Tuhan kita sekalian umat Islam adalah ALLAH apakah khalimah Allah ini boleh dikongsikan dengan agama yang lainnya....renung renungkan dan selamat beramal.