
Award yang cantik dan manis ni datangnya dari kenalan baru dari Kluang Johor
Reen. Terima kasih reen... besar tapak tangan laman blog saya tadahkan.

Terima award Hari Ibu ini dari
Qaseh... terima kasih. Sesungguhnya ini adalah sebuah penghargaan bagi semua wanita di dunia ini. Semoga kita semua dapat menjadi seorang ibu yang soleha dan dapat menggalas semua tanggung jawab dan amanah terhadap anak-anak permata hati kita dengan sepenuh jiwa dan raga.


Dan sempena Hari Ibu pada hari ini saya dengan rasa keikhlasan di hati menucapkan Selamat Hari Ibu buat semua pengikut blog saya dan sahabat-sahabat maya semua. Sila ambil buah tangan yang tak seberapa ini dari saya semoga kita semua dan ibu-ibu di seluruh dunia bersama-sama menjadi seorang ibu yang sentiasa mencurahkan sepenuh kasih dan sayang, membimbing dan mendidik dengan ilmu dunia dan akhirat, menunjukkan contoh dan teladan yang baik juga hargailah amanah yang Allah berikan pada kita sesungguhnya merekalah harta yang tiada ternilai hingga ke hujung nyawa kita InsyaAllah...
Buat wanita-wanita yang belum lagi berkesempatan menjadi seorang ibu terutama buat
eila, bersabarlah... semuanya dugaan memang tidak mudah menerimanya tapi apakan daya DIA maha berkuasa dan padaNya juga kita meminta.
Sila Ambil Award dan Kad... mane nama yang tertinggal harap maaf.Semua pengikut wanita yang bergelar ibuizan
cikLahdiyajoyah sengetarnirinaarryanikak tienoorlarakak chikreenasyareenakak ainsuzitasik merahQaseh ( sha )mek tiekulnauji chamsiti norizafaishzuemak suMs.Liliesibu ayukak intan RHeilaimanita (dEaLoVafm)faraazza (sedetik hati)erisyaNur Aflahranianurdaniellaeja (protozoa2u)BUAT BONDA...
bonda yang jauh di mata
tetap gah bertahta di hati
takkan ku lupai
walaupun terkadang masa begitu mencemburui
terkadang terbergantungan membatasi
bukan ku tak menyanyangi
tanggung jawab menggalasi
wahai bonda ratu hati
yang tidak pernah mengenal lelah
mencurah bahagia
menatang cinta
agar mengerti hakikat hidup ini
dengan sebenar erti
bonda... moga nanti kita sama-sama
berbahagia di syurga... Amin.