CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Selasa, 29 Disember 2009

buah tangan dari Australia...

Cik Fairy Lilly

Nampak tak gambar si cantik manis kat atas tu...tu bukan adik saya atau jauh sekali bakal menantu saya...hehehe jangan marah Fairy....sebenarnya si cantik manis kat atas tu ler Cik Fairy Lilly.

Tengah belajar kat Australia...kalau masuk blog Fairy Lilly dia memang cakap bahasa nogori...seronok baca.



Tetiba jerkan aritu tengah sidai kain kat depan abang posmen datang....sambil senyum meleret tulis nama ngan no i/c lepas tu dapat satu bungkusan seperti kat atas tu...yehhhhh!!!!! seronoknya.

Sebenarnya tak menang pun kontest yang Fairy buat tapi dengan suka rela tanpa sebarang paksaan dia kasi juga buah tangan dari Australia....terima kasih....terima kasih....terima kasih ada lagi sebakul terima kasih akak poskan...hihihi.


Yang ni...cenderahati yang cute dari Fairy Lilly made in Australia

Dah ler tak menang kontest...suruh pilih lak hadiah mana yang berkenan...nampaknya tu pilihan yang anak-anak kat rumah pilih.



Tu dah tepek pun kat peti sejuk...bertambah koleksi....sebenarnya dah banyak dah tepek tapi lebih banyak yang dah berderai kena kejekan si kecik kat rumah tu.


P/S: Fairy Lilly terima kasih sekali lagi walau pun kita kenal tanpa bersua muka tanpa suara berbicara namun Fairy Lilly begitu baik sekali...terima kasih sekali lagi muahhh!!!















Khamis, 24 Disember 2009

hah!!!....kan dah kantoiiiii.....

port baik punya....


Saya memang hangin satu badan aritu....dah macam samseng kampung pasir berdengung makcik yang selalu kontrol ayu ni.

Ceritanya begini....saya kat dapur tengah tanya anak saya siddiq...abang long gi mana dah azan asar tak balik lagi solat pun belum.

Tiba-tiba terdengar suara budak riuh-riuh....saya pun capai tudung terus keluar ikut pintu belakang...rasanya suara tu datangnya dari rumah hujung.

Rumah hujung tu kanda baru sewakan dua bulan lepas pada seorang lelaki bujang. Penyewa ni selalunya balik lewat petang sebab berkerje.

Dah beberapa hari ni saya tengok ada beberapa orang anak jiran duduk melepak kat tepi rumah tu dan ada juga duduk bersenang lenang kat atas pokok mangga tepi rumah....kalau setakad duduk-duduk berborak-borak saya masih tak kisah lagi.

Saya berhenti selang sebuah rumah dari rumah sewa saya...dari atas pokok kelihatan dua orang budak tapi tak nampak muka sebab terlindung dengan daun pokok mangga.

Yang memeranjatkan saya lagi menaikkan hangin saya bila saya nampak plastik tergantung kat dahan pokok kat dalamnya ada setin gam. Dia orang hidu gam kat rumah saya......

Dan dua orang budak sedang pegang plastik yang berisi gam dan memberikan kepada budak yang satu lagi.

Saya dengan suara halelintar...

"hoooooiiii!!!!!!!......budak dua orang kat atas pokok tu ko buat apa hahhh!!!!!..."

(panggil hoi sebab tak tahu nama..)

"ko dua orang pegi balik sekarang..."

"cik tak nak tengok muka ko kat sini..."

"ko tahu tak ni rumah cik....ko buat apa hah!!!...ko hidu gam kat sini ekkk!!!..."

Selain budak dua orang kat atas pokok tu ada lagi beberapa orang duduk kat tepi dinding rumah...terpinga-pinga dengar suara makcik ayu ni.....

Saya masih tak puas hati takut budak dua orang tu tak berambus lagi....saya balik capai kunci kereta terus gi rumah sewa saya...tengok salah seorang budak yang saya sergah tadi masih ada buat muka selamber...

Makcik ayu masih tak puas hati...."hoiii!! anak S###rin ko pegi balik sekarang..."

Sebenarnya semua budak-budak tu anak jiran sebelah menyebelah rumah saya...kebanyakkannya sebaya anak saya.

Makcik ayu nak bersyarah...

"ko semua kalau nak duduk-duduk ker apa...cik tak marah....duduk ler...tapi cik tak suka ko semua buat tak senonoh kat rumah cik ni....kalau ko semua tak dengar cakap cik....cik repot polis nanti..." cehwah macam berani sangat makcik ayu ni....

Budak yang hidu gam tu salah seorangnya baru berumur 12th....yang saya nampak cuma dua orang yang lain tu saya tak mahu cakap mereka terlibat sama sebab saya tak nampak dan saya tak marahkan budak yang lainnya cuma dua orang yang buat tak senonoh tu jer.

Kanda balik jer terus makcik ayu ngadu...malamnya kanda panggil anak jiran sebelah yang ada juga masa tu...beri amaran...dan beberapa orang lagi...pucat lesi budak-budak tu.

Kira makcik ayu ada orang kuat ler....

Amaran: Kalau semua atau salah seorang dari budak-budak tu buat pekara yang tak baik dengan anak bujang saya...saya pastinya buat laporan polis.

(shafiq yg tak tahu apa2 tiba2 kena maki seranah dengan salah seorang dari budak2 tersebut kira otai ler tu...duduk kat rumah baris depan rumah saya.....ingat cik kenal mak ko...)

TAKUT TAK DENGAN MAKCIK AYU NI....HAHAHAHA.









Selasa, 22 Disember 2009

oooiiii!!! perlahan sikit boleh tak....

KETANG!!!!!!!!

=
=
=
=
=
=
=


KETONG!!!!!!!

=
=
=
=
=
=

KETANG!!!!!!!!

=
=
=
=
=
=
=

KETONG!!!!!!!

=
=
=
=
=
=
=

Oooooiiiii!!!! bising lerrr....buat keje tak boleh pelahan sikit ker...???

Abis kang semua pecah.....

Nanti telinga hilang lah....pipi sompek lah....

dah tak cantik lagi.....

nanti kalau orang datang tengok buat malu jer....

Emmm....macam tu ler kalau anak dara kat rumah ni buat keje....bukan suruh buat apa cuma suruh basuh pinggan jer.

dia punya bising ngalahkan orang bertukang...

kalau orang tak nampak....dengar jer memang orang kata tengah bertukang ler...

macam orang berperang pun ada gak....

kalau nak kira entah berapa biji tah cawan atau gelas kat rumah ni yang ghaib tiba-tiba....

takkan ler hantu datang pinjam pulak....

mangkuk dengan pinggan pun sama....abis sompek sana sompek sini jawabnya duduk kat tong sampah ler....

kalau dulu-dulu masa kecik-kecik kalau basuh pinggan ada yang terpecah ker apa.....

mak mula ler membebel....

"hah...lepas ni tak payah makan pakai pinggan....pakai daun pisang jer lepas makan terus buang takyah basuh-basuh..."

Macam tu ler budak baru nak belajar....kalau tak... tak tahu nak ke dapur. Pecah sikit-sikit tu biasalah....yang penting anak dara kena belajar ke dapur bukan perut lapar jer baru nak ke dapur.









Sabtu, 19 Disember 2009

aku anak minang...

Alhamdulillah...rasanya badan ni dah pulih sepenuhnya hasil sentuhan tangan Shafiqa mengurut...anak aku yang sorang ni kalau bab mengurut memang terer tapi lepas tu mula ler pening nak mutah dengan sakit perut. Bila nak tido jer mesti bawa bekas takut termuntah...kesian pulak.

Tapi kali ni saya rasa teruk sikit macam nak demam pun ada seram sejuk jer badan ni...lepas Shafiqa mengurut terus jer saya kasi dia asam garam bukan apa ni petua orang tua-tua supaya dia tak kena masuk angin macam saya.

Alhamdulillah elok nampaknya takde pulak dia ngadu macam-macam. Malam-malam sabtu ni apa lagi layan majalah 3 jerlah....cerita minggu ni tentang tanah minang kat padang.

Tak tahu ler hati ni tetiba jer rasa tersentuh bila tengok majalah 3 malam ni...teringat-ingat arwah abah...tutur katanya yang loghat minang tu seakan terdengar-dengar kat cuping telinga ni.

Terasa rindu dengan loghat minang...walaupun saya tak pandai cakap minang tapi kalau yang mudah-mudah tu boleh juga saya paham.

Jom layan lagu minang ni...



AYAM DEN LAPEH ( ANITA SARAWAK )


Luruihlah jalan payakumbuah
Babelok jalan kayu jati
Dima ati indak karusuah
Ayam den lapeh ai ai
Ayam den lapeh

Mendaki jalan padangsikek
Basimpang jalan ka biaro
Di ma ati indak kamaupek
Awak takicuah ai ai
Ayam den lapeh

Sikucapang sikucapeh
Saikua tabang saikua lapeh
Tabanglah juo nan karimbo
Oilah malang juo

Pagaruyuang batusangka
Tampek bajalan urang baso
Duduak tamanuang tiok sabanta
Oi takana juo ai ai
Ayam den lapeh

Khamis, 17 Disember 2009

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU HIJRIAH 1431H

SEMOGA TAHUN YANG MENDATANG INI MENJADIKAN KITA LEBIH BAIK DARI TAHUN-TAHUN SEBELUMNYA.



P/S: Minta maaf buat beberapa hari ini saya tidak dapat singgah ke laman sahabat-sahabat sekalian kerana kesihatan tidak mengizinkan. Saya akan bersiaran seperti sedia kala selepas beberapa hari..InsyaAllah.









Rabu, 16 Disember 2009

lima lelaki ratah budak 14 tahun...


Dah baca metro arini....pagi tadi tengok MHI dengan pengantaraan Ally Iskandar dengan Wardina membacakan keratan akhbar hari ini yang mengejutkan saya berita tentang salah satu berita di muka depan Harian Metro....adegan terlampau.

Gadis bawah umur 14 tahun melakukan adegan seks dengan lima orang lelaki 20an secara bergilir-gilir dan dirakamkan oleh salah seorang dari lelaki tersebut dengan menggunakan telefon bimbit budak tingkatan dua tersebut.

Rakaman di telefon bimbit budak 14 tahun ini dijumpai oleh salah seorang ahli kelaurga dan menyerahkannya pada bapa budak tu...yang menggeramkan tu budak tu balik ke rumah dengan muka yang selamber jer lepas melakukan perbuatan terkutuk tu...

Tak tahu ler nak cakap apa kalaulah perkara ni berlaku pada saya ( mintak dijauhkan) saya pun tak tahu nak buat apa tapi yang pasti saya memang seorang ibu yang gagal dan sia-sia segala penat lelah dan segala pegorbanan yang dibuat dan sia-sia saje kepayahan mengandung dan kesakitan yang ditanggung ketika saat-saat melahirkan bila anak yang kita tatang bagai minyak yang penuh melakukan perbuatan terkutuk tu.

Macam nilah mari kita bincang sama-sama....sebab perkara yang tak terduga ini mungkin berlaku pada anak kita, saudara mara kita atau jiran tetangga kita.

Sekarang ni budak darjah satu pun dah ada hanset yang canggih lagi ngalahkan kita punya pun ada...

~ haruskah kita pantau segala isi kandungan di dalamnya termasuk kiriman sms..???

~ haruskah kita berikan handset yang hanya berfungsi untuk call dan sma jer...???

~ haruskah kita beri kata dua atau amaran kiranya kita terjumpa sms yang berbaul lucah...??

~ haruskah kita tak payah langsung beri anak kita hanset...???

~ haruskah kita rampas hanset sebagai hukuman...???

~ haruskah didikan agama ditekankan dalam didikan di rumah...??

~ haruskah kita berlapang dada bila jiran tetangga mengadu perihal anak kita kat luar...???

~ katakan apa saje yang nak anda katakan.....

Apa pun sekali tindakan kita seharusnya semua itu adalah usaha terbaik untuk zuriat harta dunia dan akhirat kita. Kita tak boleh mengawasi anak kita 24 jam itu hakikat yg harus kita terima.

Biarlah kita dikatakan ibubapa yang kolot ketinggalan zaman...penerangan yang jelas atas segala yang kita lakukan kepada anak kita harus di perjelaskan agar mereka tahu apa yang kita buat adalah untuk kebaikan mereka juga.

Selain berusaha berdoalah untuk yang terbaik bagi keluarga dan anak-anak kita...dan tawakal...Insyaallah Allah akan mempermudahkan urusan dunia akhirat kita...tu jer yang mampu kita buat.








Selasa, 15 Disember 2009

cari peluh...

Alamak dah pukul 4.30 ptg...azan asar pun dah berkumandang....n3 baru belum buat lagi asik tertangguh-tangguh jer...

Ingat petang ni lepas asar nak gi cari peluh sikit....nak gi jogging keliling kampung sana. Dari mula cuti sekolah sampai ler sekarang ni baru dua tiga hari jer dapat gi jogging geram betul.

Cuti sekolah ni asik kat dapur jer masak makan... masak makan... macam mane ler tak bertambah montel lagi gebu...hehehe.

Jom layan saya berjogging....

dah siap ni jommm....

1 malaysia...jaga-jaga amoi depan ada taik lembu....hehehe.

Saya jogging bukan kat trek tapi kat tepi kampung sebelah taman perumahan saya....seronok gak tiap-tiap petang ramai datang berjogging tua muda dari kaum india, cina, melayu, nyona ngan apek tua pun ada.

Yang ronda-ronda naik motor, naik kereta sampai ler yang saje jer duduk lepak.


yang mancing pun ada...


alahai...gelap pulak gambo ni sejak hanset masuk dalam kolam ikan keli aritu terus blur jer...


Kat sini sebelah kiri sungai sebelah kanan ladang kelapa sawit dan kampung....jadi pemandangan memang segar dan sejuk mata memandang. Lembu pun banyak gak...hehehe.

Masa jogging tu pakai baju kaler merah bila nampak lembu terus rasa seram...pulak lembu tu macam suke jer ngan kaler merah...tenung punya ler lama...saya dah ready langkah seribu ni mane ler tahu dia nak berkenalan ngan saya.


Hah!!! tenung...tenung aku nak ambik gambo jer lahhh.... posing elok-elok jangan buat kek tau...

Ada banyak lagi kat sana tuuu....heyyy!!! lembu ko kejar ler aku biar laju sikit aku lari biar hilang lemak aku...dah lama sangat dah aku simpan ni....cepat lerrr....



Sabtu, 12 Disember 2009

masuk lobang...

Rumah atas bukit....


Malam tadi tengah asik memblog tak sedar dah larut malam anak-anak pun dah masuk tido...tetiba jer teringat kanda yang belum balik lagi...ke manakah dia keje ker atau bersembang-sembang ngan kekawan....kalau tak telepon memang tak ingat balik ke subuh sudahnya maklum ler sesekali keluar jumpa kawan mestilah panjang celotehnya...

Gi call ler kejap...rupanya masih buat keje pendawaian kat rumah atas bukit tu...

"haiii dah tengah malam buat keje lagi kerr???"

"ala...buat jer ler nanti sok ada keje lain...kalau tukang dah naik siling lagi susah nak buat..."

"buatkan abang air panas antar kat sini sedap juga lin..."

"ah yerlah kejap lagi..."

Jam cap ayam kat dinding dah tunjuk pukul 11.30 malam...siap-siap buat air teh o panas terus jer gi antar dengan baju kelawar corak pelangi.....tak jauh sebenarnya cuma selang 6 buah rumah jer....cuma rumah tu betul-betul kat sempang seberang jalan....

Kat tangan ni sebelah kiri pegang jak air sebelah lagi pegang handphone...ni takde keje ler nak snap gambo jer....


"bang ni air nyerr.."

"k mekasih letak kat situ kejap lagi abang minum.."

Lepas ambik gambo jer terus balik sambil tutup handphone dengan tak pandang jalan..... tiba-tiba.... kedebukkkk!!!!!....alamak apa hal ni....gelap kejap pandangan mata.

Dan sepantas kilat belum sempat nak buat apa-apa...

Nilah lobang jahanam tu...apasal ler dio orang tak nak tutup lobang ni....silap aku gak.



"ehhh!!!! lin kenapeee niiiii..."

"nantiii abang angkatttt....abang angkatttt...."

Masih lagi dalam keadaan terpingga-pingga....

"awak tak apa-apa kerrrr..."

"sakit kat mane....sakit kat maneee..????"

Dalam hati... apasal lak laki aku ni gabra semacm jer....aku jatuh jer masuk lobang bukan apa-apa pun...bukan ada patah riuk ke apa...

Tapi kalau kau orang boleh tengok laki aku punya berlari siap sreetttttttt.... brek ngan kaki....gempak gila nak selamatkan bini dia....padahal aku boleh naik sendiri pun.... eksen lagi tuuu...hehehe.

Lepas tu aku bengang gak kan sebab boleh jatuh dengan baju kelawar glemour tuuu...ahak ahak. Mula-mula jatuh tu memang tak rasa sakit ler...tapi bila tengok kanda risau semacam jer buat-buat sakit ler kan.

Keadaan masa jatuh tu kaki kiri kat dalam lobang kaki kanan dari dada ke atas....kat atas. Bayangkan macam mane tuuu....hehehe tapi kaki kiri yang jatuh dalam lobang tu memang tak jejak kat tanah memang dalam betul.

Terus kanda antar balik naik motor...kanda suruh basuh dulu masa nilah baru rasa sakit campur perit ngan pedih....aduhhhhhh sakit nyerrrr....kanda sapukan ubat luka lepas tu ambik minyak urut...urut mana-mana yang sakit takut ada yang terkehel ker kalau tunggu esok takut bengkak atau masuk angin.

Kanda kata dia dengar ada benda jatuh....nasib baik dia tak kata bom ker nangka busuk ker atau gajah terduduk ker...kalau tak kat situ gak aku nangisss...waaaawaaaa!!!!

"ayah! ayah! ayah tak rasa ker macam gempa bumi...????" betuah punya anak....mogok masak kang baru tahu....

cinabeng punya lobang...aduhhhh sakit nyerrrr...alhamdulillah takde apa-apa.

Ok ler nak masak dulu......







Jumaat, 11 Disember 2009

sidang Jumaat...


Muhammad bin Basyir berkata:

Semalam kamu lewat sebagai saksi yang adil

Harimu ini juga menyaksikan perbuatanmu

Jika semalam engkau berbuat buruk

Lipatkanlah kini dengan kebaikan, engkau terpuji

Jangan engkau tunda perbuatan baikmu sampai esok

Barangkali esok akan datang namun engkau telah tiada

Telah engkau lakukan dosa yang kau inginkan

Kau tunda juga taubat dimasa datang

Sedang mati datang di saat tiada terduga

Itu bukan perbuatan orang berakal.




Nabi Daud as berkata kepada Nabi Sulaiman as,
"Dapat dilihat ketaqwaan seorang mukmin dengan tiga hal. Baiknya tawakal dalam sesuatu yang dia dapatkan. Baiknya redha dalam sesuatu yang dia peroleh. Serta baiknya kesabaran terhadap sesuatu yang tiada."



Mestinya engkau bersabar atas kehilangan sesuatu yang hilang
Tidak perlulah engkau bersedih
Jika dunia menawarkan kemerlapannya
Maka sabar terhadapnya alamat kebaikan dan warak
Patahkan nafsumu selalu
Kan kau dapat apa yang kau inginkan.

Sabar itu kunci cita-cita
Selalu menolong tiada hentinya
Sabarlah mesti panjang beberapa malam
Barangkali kedukaan akan bertukar kepada kesukaan
Barabgkali keberhasilan itu tergantung pada kesabaran
Yang tidak mungkin itu tidaklah ada

Sabar itu tali iman yang kuat
Benting pertahanan dari tipuan syaitan
Sabar punya akibat terpuji
Akibat tergesa-gesa adalah rugi
Jika kau bertemu saat menyedihkan
Itu biasa tabiat zaman
Kenakan baju kesabaran.
















Selasa, 8 Disember 2009

nak membebel....


Mulut ni rasa macam nak membebel lak pasal anak-anak yang tengah cuti sekolah sekarang ni. Harap-harap ler ibubapa peratikan anak-anak terutamanya anak-anak remaja jangan dibiarkan berkeliaran melepak tak tentu hala.

Ni bukan nak cakap anak saya baik atau anak orang lain jahat atau sebagainya fikir positif.

Sekarang ni cuti sekolah banyak saya tengok anak-anak jiran tetangga yang membesar depan mata menjadi semakin bebas dan buat benda-benda yang tak baik.

Budak-budak yang sebaya dengan anak saya dalam lingkungan umur 14 tahun terutamanya anak-anak jiran mula berjinak-jinak dengan kegiatan tak bermoral.

Pada mulanya saya selalu peratikan budak-budak ni hisap rokok sembunyi-sembunyi dan pernah terserempak ketika beli rokok kat kedai runcit....sekarang ni selamber jer hisap depan mata kita.

Tapi sekarang ni dah semakin berani dah mula mabuk-mabuk dengan arak yang murah dan sekarang ni tengah kemaruk hidu gam...Ya Allah minta dijauhkan.

Yang peliknya kenapa nak cuba benda yang tak senonoh tu..??? seronok sangat ker benda tuuu??? cuba ler benda lain yang lebih berfaedah.

Saya rasa kesian tengok budak-budak ni....masih muda dan bertenaga tapi merosakkan diri sendiri....dulu masa kecil baik jer....saya dan emak-emak budak ni selalu tunggu sama-sama masa jemput balik sekolah....tapi sekarang jadi macam tu pulak.

Nilah asalnya mereka ni terus hanyut ke dunia hayalan sementara....dari nak cuba-cuba terus melarat jadi penagih...cuba bayangkan berapa ramai budak-budak sebaya anak saya kat taman perumahan ni yang buat macam tu lambat laun jadi *penagih pelapis* sungguh rugi.







Sabtu, 5 Disember 2009

tuan ladang bawak ikan....

S: ibuuu!!!! ayah tepon.

A: Assalammualaikum....

I: Walaikumusalam.....emmmm adepe bang.....???

A: lyn abang nak mintak tolong sikit boleh tak...???

I: (ishhh!!! laki aku ni apehal lak ni.... nak tambah cawangan kerrr???) nak mintak tolong per???

A: ni!!! cik abang balik bawak ikan sebarau.....awak balik kampung tolong masak boleh tak???

(cik abang tu panggilan bagi adik ipar yang bungsu, dia ni kembar yang lahir dulu dipanggil abang)

I: emmm....okler....


Rumah mak mertua takler jauh sangat lebih kurang 10minit jer dari rumah saya.

Dalam perjalanan terpikir-pikir nak masak ape ikan sebarau ni....sebelum ni tak pernah pulak masak ikan sebarau....cukup ker nak makan ramai-ramai ni.

Ni pun dah satu kereta bala tentera saya angkut semua kalau makan bukan sikit-sikit punya.

Tu belum tambah mak mertua, si kembar, saya enam sekeluarga, adik ipar empat sekeluarga....ishhhh cukup ker????

Sampai jer terus adik ipar tunjukkan ikan yang dibawa balik....sebenarnya adik ipar ni tuan ladang kat ladang sungai tawing kluang...disebabkan teringin nak makan ikan sebarau dia suruh jer pekeje ladang yang kaki pancing tu pancingkan ikan tuk dia....kebetulan dapat pulak tu....memang rezekilah jawabnya.

Berat dua ekor ikan tu 4 kilo dan harganya cuma 30 hinggit jer...murah tu apa lagi sambar jerlahkan....tapi yang sekor lagi tu tak tahu lak ikan apa....sape yang tahu boleh ler bagi tahu ikan apa tu....Haiii...nasib baik ler dia nak siang ikan tu kalau tidak abis ler jejari montok ku ni....dia punya sisik sebesar duit 50sen adusss....
Tengok ler tu...dapur tu dari letak kat atas dah duduk kat bawah sebab kena pakai kuali sebesar-besar alam.

Cari punya cari pinggan yang paling besar kat rumah mak mertua ni tak jumpa...pakai yang ado jerlah ambik ko dulang besar baru muat.

Aduhhhh!!!!! akhirnya siap jugak....tapi tak tahu ler pulak apa ker nama masakan saya ni....mula-mula kanda suruh masak lemak cili api tapi bila tengok punya ler besar ikan manalah ada periuk yang besar nak muat masak ikan ni.

Last-last adik ipar kata masak jer pekat-pekat lepas tu siram jer kat atas ikan tu....lepas tu apa lagi bedal ler....sila....sila.






Selasa, 1 Disember 2009

tulang empat kerat...

Cuti-cuti sekolah macam nilah peluang terbaik untuk merasa tulang empat kerat anak bujang kat rumah. Kalau hari bersekolah memang tak merasalahhhh.... dari tengok dia asik buang masa ngadap pc lepas tu ngadap tv pulak, lebih baik suruh dia cabut-cabut rumput.


Bukan selalukan tengok anak bujang nyampu sampah macam ni.... ibu siap cekak pinggang lagi

" Ada lagi tu yang tak bersih.... kat sini ada lagi, tu pun ada lagi, bersih-bersih sikit buat keje tu..." hehehe

" Susah ler * bu * nak cabut rumput ni, pendek sangat.... "

" pakai cangkul ler kalau susah nak cabut..."


" Jangan ler ambik gambo * bu*...."

" Alahhh.... ambik gambo kaki jer muka ko pun bukan suci sangat pun...." hehehe


" Lepas bersihkan kat depan, kat belakang pulak tau, cabut dulu rumput lepas tu sapu sampai bersih..."

" Bu!!! dah siap dah...."

" heyyy!!! belum bersih lagi tu...". Ambik gambo lagi, senyap-senyap dari tingkap dapur.... hehehe.

Nak kena suruh ler baru nak buat kalau tak dia buat muka selamber jer. Tapi ibu dia jugalah tukang penyudahnya. Kalau dia yang buat keje memang tak senonoh belum boleh kalahkan ayah dia buat keje.








Rabu, 25 November 2009

ditelan pahit...


Ibu!!!!!!! ada telefon..... atukkkk

A: hello Assalmualaikum.....

M: walaikumsalam ko balik tak raya ni.... ???

A: tak tahu lagilah mak....

M: haiiii!!! ari ni dah selasa tak tahu lagi...??? lagi berapa ari lagi nak raya.

A: emmm.... mungkin balik Kota Tinggi kot.....

M: ( senyap sekejap ) kalau ko tak balik mak tido, kunci pintu ko jangan datang!!!!

A: ishhh.... takkan sampai macam tu sekali... selalunya kalau balik Kota Tinggi soknyakan balik rumah mak.

M: abis takde orang kat rumah nak masak mak jaga kedai ni.... kau balik nanti nak makan apa.

A: alah makan jerlah apa yang ada mak....

A: takpelah mak nanti tengoklah macam mane... ek mak.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



A: bang raya haji ni sepatutnya kita balik mana ekkk???

B: kan balik rumah mak awak...

A: raya ni balik rumah mak abang ler mak abang tu macam merajuk jer...

B: nape pulak....???

A: mak abang cakap kat rumah takde orang nak masak.

B: lia mana...???

A: dia balik rumah bapak mertua dia.

A: nanti saya telefon mak saya cakap tak jadi balik sana.

B: (diam... tanda setujulah tuuu )



p/s: SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA sama-samalah kita hayatilah erti pengorbanan yang sebenar..... w'salam.


p/s: Keputusan sebulat suara..... raya haji ni sepatutnya giliran mak saya terpaksa dibatalkan. Lepas zohor start kereta angkut empat-empat anak balik raya rumah mak mertua (kanda kerje lagi) jalan dulu yerrrr.











Isnin, 23 November 2009

kemaruk tempayan

Nampak tak tuuuu.... ada empat biji tempayan kat depan rumah tu baru empat biji kat dalam rumah belum kira lagi.

Kemaruk tak kemaruk dengan tempayan padahal bukanlah tempayan baru yang berkilat atau berbunga-bunga seni. Semua tempayan-tempayan ni ada yang dibeli dan ada juga orang kasi.

Tempayan-tempayan ni semua adalah tempayan lama dulu-dulu zaman sekarang ni memang susah dak jumpa kalau tak masuk ke kampung-kampung.

Nak citelahkan masa tengah kemaruk gila dengan tampayan ni sampai ke hujung kampung cari sambil naik motor ronda-ronda. Nasib baiklah kanda nak ikut sama gila cari tempayan... sampai time keje pun sempat jeling-jeling rumah orang.

Almaklumlah talian eletrik kita ni sekarang dah sampai ke seluruh pelusuk kampung-kampung jadi bila bekalan eletrik terputus jer memang tugas pekerje tnb macam kanda nilah yang pergi menyuluh kalau tak gelaplah dunia dia orang.... hihihi.

Time tulah cari-cari mana ada tempayang yang dah tak pakai lagi kalau nasib baik dapatlah free cuma modal air liur jer.
Ada lagi terselit kat tepi kerusi tuuu....

dan lagiiii.....

Ah!!! tempayan yang kat atas tu bukannya muka dia berkurap ker apa tapi dalam proses meremajakan semula.... saya lekatkan kulit telur yang dah dibersihkan bila semua permukaan muka tempayan tu di saluti dengan kulit telur barulah disapu cat penyilat.... tapi tu belum siap lagi tak tahulah bila nak siap jejari montok ni macam malas gituuu.
dan lagiiii.....


Moral cerita: biar banyak tempayan jangan mulut tempayan.....


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kotak bekas hantaran yang sudah siap, kalau nak tengok lebih jelas lagi bolehlah klik kat gambar tu...


Ramai yang tanya mana dapat idea tampal kulit telur kat tempayan tu.... sebenarnya saya tengok kat kelas pendidikan khas kat sekolah anak masa ambil anak balik sekolah.

Saya tengok cikgu tu tampalkan kulit telur pada kotak kertas yang digunakan untuk bekas hantaran dan juga bekas telur... nampak begitu menarik dan kreatif.



Khamis, 19 November 2009

senyum sikit

Saya buat n3 ni sesudah subuh tadi sebelum hantar anak ke sekolah tulah masa yang saya ada untuk buat n3 terbaru. Kalau nak diikutkan dua hari lepas saya nak buat tapi maklum jer lah cuti sekolah dah nak bermula anak kat asrama pun dah balik periksa pun dah lama habis.

Berlakulah perebutan kuasa untuk menjatuhkan ratu yang lama memegang tahta.... ooohhhh!!! tahta ku!!!!!!.... dengan paksa rela terpaksa menyerahkan kerusi yang tak berapa empuk tu.... kepada dua kuasa yang masih bertelagah.... gasaklah kau situ.

Abang Long: " cepatlah sikit kak..."

Kakak: " alah... abangkan dah guna tadi akak pulaklah..."

Abang Long: " alah kejap jer... akak pakai pagilah..."

Kakak: " abanglah pakai pagi..."

Abang Long: " pagi mana ada orang on line orang semua tido.."

Haiiii!!! ni bila pulak giliran ibu dia nak memblog ni... nampak gayanya cuti sekolah ni terpaksalah slow down sikit bloging kot. Takpelah jom kita layan senyum sikit zassss.

Seorang bapa duduk di kerusi taman memerhatikan kanak-kanak rancak bermain di padang. Dia mengeluh...

"Zaman sekarang ni susah kita nak bezakan mana budak lelaki, mana budak perempuan. Sama aja. Tengoklah budak lelaki tu..." kata si bapa tadi sambil menunjuk ke arah seorang budak berbaju hujau yang sedang berlari-lari dengan kawannya.

Orang yang duduk di kerusi sebelahnya tercengang, " Itu anak saya. Dia bukannya lelaki, dia perempuan."

Si bapa tadi tersipu-sipu. Dia cepat-cepat meminta maaf. " Saya tak bermaksud nak memalukan encik. Maaflah, saya tak tahu encik ni bapanya..."

Orang yang di sebelahnya tadi sekali lagi menggaru kepala. " Tidak... saya bukan bapanya, saya emaknya."






Selasa, 17 November 2009

nasi kangkang / tangas


Hari tu saya ada tengok WHI kat TV3 tapi dah lupa bila mungkin minggu lepas kot. Topik amat menarik walau pun terasa janggal dalam zaman teknologi semakin canggih ni.

Rupa-rupanya masih ada lagi orang yang ketinggalan dan terkebelakang macam tak bertamadun. Mungkin orang-orang yang masih berpegang pada amalan kurafat dan mistik.

Nasi kangkang topik yang dipilih bersama tetamu undangan pelakon Rubiah Suparman dan Ustaz Fauzi Mustapa.

Lepas tengok jer rancangan tu barulah saya faham dengan betul bagaimana nasi kangkang atau nasi tangas di buat amat menjijikkan. Kita selalu dihidangkan tentang cerita-cerita isteri yang derhaka yang nak menundukkan suami seperti cerita Perempuan Isteri dan dot dot di era tahun 90an dan yang terbaru lakonan Fasha Sanda dalam Hangatnya Lantana.

Tapi tidak diperjelaskan dengan terperinci cara ianya dibuat. Sebenarnya sepertimana yang diperjelaskan oleh Ustaz Fauzi nasi kangkang ni dibuat ketika isteri berada dalam keadaan kedatangan haid kemudian duduk mengangkang di atas nasi yang sedang panas mendidih sehingga tertitis sedikit kotoran itu ke atas nasi... cuma sedikit sebagi syarat serta dibacakan jampi serapah.

Haiii!!! jangan jadi nasi tomato sudah ler... perlu diperjelaskan dan wajib difahami dengan betul bahawa nasi kangkang atau tangas ini adalah amalan kurafat segelintir masyarakat melayu.

Pengamalnya memang tak takut dosa bila dah dihasut dengan syaitan yang membawa mereka ke neraka jahanam.

Oleh itu jauhilah ilmu tersebut walaupun dengan pelbagai alasan sekali pun.





Sabtu, 14 November 2009

aku menyanyi....

Gambar ni baru jer masukkan tak sangka pulak shafiqa balik bawak hadiah tempat ke tiga dan hadiah persembahan terbaik tahniah!!.


Cuti hujung minggu ni Shafiqa bawa geng datang rumah nak berlatih nasyid katanya. Geli hati pulak bila tengok budak-budak ni beriye-iye menyanyi.

Dengan gaya tersendiri bersungguh betul, dia orang ni tak sedar yang makcik kat dapur ni sekodeng ikut tingkap.

Mula-mula berlatih kat dalam bila kanda dan anak bujang besar balik jer terus dia orang berlatih kat anjung depan lantaklah kau situ biar jiran-jiran tengok nanti kat atas pentas dah tak malu dah.

Yang saya ni pulak teringat masa zaman muda-muda sekolah menengah dulu. Ada gak masuk persembahan nyanyian solo wakahahaha....... jangan gatal pulak tekak tu bila baca, tak caya ker...??? wahkahkahhahhh.... saya pun tak percaya.

Tapi tak sampai ke mana pun saje jer suka-suka buat persembahan kat sekolah. Selepas jer saya buat persembahan tu esoknya kat dalam kelas setiap guru yang masuk semua sindir saya mana taknya saya ni kalau kat kelas macam ada bertan-tan emas kat dalam mulut.... sekali naik atas pentas menyanyi mana tak terkejut cikgu wahkahkahkahhh...... bakat terpendam cikgu.

Sekarang ni menyanyi kat dapur jerlah tak payah risau dapat laki tua. Anak-anak ler peminat setia saya mana taknya masa kecil-kecil dulu bila masuk buai jer terus tertido dengar saya menyanyi hahaha..... kalau tak nyanyi dipaksa pulak menyanyi tak boleh tido katanya.....

Ada juga sekali kami sekeluarga gi karaoke bersemangat betul anak-anak dan mak bapak anak menjahanamkan lagu gasak ler situ bukan ada orang dengar. Nasib baik ler saya ni tak buang tabiat nak masuk pertandingan nyanyian yang berlambak-lambak kat tv tu. Kalau teringin masuk idola kecil boleh tak agaknya wahkahkahkahhh.


Rabu, 11 November 2009

adik hilang lagi...

Sempat juga beri tahu Shaqira jangan berani jalan sorang-sorang nanti kena culik dah tak dapat jumpa ibu lagi...


Hari ni masa saya tengah mandi tiba-tiba terdengar Shafiqa panggil " dik dik dikkkk... " dalam hati " dah balik rupanya Shafiqa..." sebenarnya Shafiqa pergi rumah kawan dia kat depan rumah tu.

Tinggal Shaqira seorang kat dapur tengok tv sambil main mainan dia. Bila Shafiqa balik jer tengok adik dia takde kat rumah tu yang saya dengar Shafiqa panggil adik. Bila saya keluar dia pun tanya " ibu adik mane..???" saya kata " tadi ada kat sini main..." " adik takdelah ibu akak dah cari kat rumah tapi takde..."

" cepat cari kat luar ibu nak pakai baju ni..." lepas siap pakai baju lama juga saya tunggu mana pulak budak dua orang ni tak balik lagi risau betul.

Tak lama kemudian Shafiqa balik dengan adik dia saya tanya adik pergi mana " adik kat kedai belakang... nasib baik nenek kedai tu jaga adik." " Astafirullahalazim "

Ini mesti kakak keluar tadi tak tutup pintu lagi cuma tutup pagar besi jer... adik ni memang pandai bukak pintu pagar tu.

Kali ni dah masuk dua kali adik hilang kali pertama tu masa saya tengah sibuk kat dapur... Shafiqa keluar dengan Siddiq..... masa dia orang berdua keluar Shaqira tidur. Bangun jer dari tidur dia sibuk tanya mana abang dengan kakak... saya kata " abang dengan kakak pergi rumah kawan kejap ada study group... "

Tiba-tiba jer dia pergi saya ingatkan dia pergi kat ruang tamu depan tak sampai beberapa minit saya nak tutup tv bila saya keluar tengok dia dah hilang cari-cari kat dalam bilik semua takde.

Saya keluar cari kat rumah jiran-jiran tanya kat kekawan dia yang selalu main waktu petang tapi seorang pun tak nampak... badan saya dah menggigil Allah aje yang tahu.... tu jamlah terfikir macam manalah nak jawab dengan kanda ni dah terbayang-bayang macam-macam kisah budak-budak yang hilang kena culik dan sebagainya...

" Ya Allah kau jauhkanlah anak aku dari segala bahaya...." rasa macam nak telefon kanda tapi nantilah dulu. Ada juga jiran yang tolong carikan.

Saya masuk rumah nak ambil kunci kereta ingat nak cari pakai kereta jer tapi bila keluar jer Shaqira dah ada kat depan rumah. Kata jiran dia keluar dari rumah jiran yang hujung tu jauh dari rumah saya cuma selang empat buah rumah jer.

Rupanya dia pergi cari akak dengan abang dia.... dia ingatkan kakak dengan abang dia pergi rumah jiran tu sebab anak jiran tu kawan Safiqa.

Walau macam mana pun kesalahan tetap kepada kita sebagai ibu bapa yang cuai sebenarnya walau pun kita anggap ianya hanya sekejap tapi macam-macam boleh berlaku... saya memang cukup serik lepas ni mesti lebih berhati-hati jangan cepat ambil mudah jer dengan Shafiqa pun saya pesan.

p/s: saya salah... saya salah... huhuhu










Isnin, 9 November 2009

perlukan rumah yang lebih besar...???


Bilik Shafiq kat loteng muat untuk dua orang jer...
" oiiii!!! kata nak study minggu depan nak periksa ni apa cite main PS2 pulak.... "

Dari loteng atas boleh nampak dapur kat bawah...

" heyyy... terpaksalah Shafiqa sepanjang hari macam ni kat rumah kecuali kat dalam bilik "



Cuti hujung minggu lepas shafiq bawa kawan sekolah balik bermalam di rumah dan saya memang rasa berbesar hati sangat.

Walaupun ada sikit gusar sebab rumah kami taklah sebesar mana cuma muat-muat untuk kami enam beranak jer takut tetamu tak selesa bukannya ape sebelum ni pun tak pernah dia bawak kawan balik.

Shafiqa pulak bila dengar abang long nak balik bawak kawan terus mencerut muka.... saya tanya kenapa " alahhhh nanti akak tak bebaslah ibu... malu ler. "















Khamis, 5 November 2009

polka dot

Biasanya setiap pukul 6.45 pagi saya dah bertolak hantar anak ke sekolah tapi dah dua hari perjalanan saya terganggu sebabkan si dot-dot ni... geram betul.

Ada ker dia duduk betul-betul kat tengah jalan dengan muka selamber jer tah buat apa tah tercium-cium kat jalan tar nak bunuh diri ke apa anjing ni ingat dia baru putus cinta kot... tu yang gila gaban cari dia punya mambang.

Terpaksa saya berhentikan kereta. Sekali tengok kat belakang ada pulak lori kontena sebesar-besar alam.... alamak!! suhh!! suhh!! ( manelah anjing tu dengar ) eehhh..... geramnya sebelum lori tu honkan saya lebih baik saya honkan anjing tu dulu.

Ishhhh.... dengan ayunye dia jalan tergedik-gedik macam tak bersalah langsung.

Hari ni pun dari jauh saya dah nampak dia betul-betul kat garis puteh tepi jalan nampak macam nak lintas jalan..." hey!! anjing jangan berani-berani ko nak buat hal pagi-pagi buta ni kang aku langar ko tergolek dog baru tahu".

Esok kalau si dot-dot tu ada lagi siap ko aku baling ko dengan batu tiada maaf bagi mu... oooiiii!!!! anjing sape ni cepat ngakuuu!!!