CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Rabu, 16 Disember 2009

lima lelaki ratah budak 14 tahun...


Dah baca metro arini....pagi tadi tengok MHI dengan pengantaraan Ally Iskandar dengan Wardina membacakan keratan akhbar hari ini yang mengejutkan saya berita tentang salah satu berita di muka depan Harian Metro....adegan terlampau.

Gadis bawah umur 14 tahun melakukan adegan seks dengan lima orang lelaki 20an secara bergilir-gilir dan dirakamkan oleh salah seorang dari lelaki tersebut dengan menggunakan telefon bimbit budak tingkatan dua tersebut.

Rakaman di telefon bimbit budak 14 tahun ini dijumpai oleh salah seorang ahli kelaurga dan menyerahkannya pada bapa budak tu...yang menggeramkan tu budak tu balik ke rumah dengan muka yang selamber jer lepas melakukan perbuatan terkutuk tu...

Tak tahu ler nak cakap apa kalaulah perkara ni berlaku pada saya ( mintak dijauhkan) saya pun tak tahu nak buat apa tapi yang pasti saya memang seorang ibu yang gagal dan sia-sia segala penat lelah dan segala pegorbanan yang dibuat dan sia-sia saje kepayahan mengandung dan kesakitan yang ditanggung ketika saat-saat melahirkan bila anak yang kita tatang bagai minyak yang penuh melakukan perbuatan terkutuk tu.

Macam nilah mari kita bincang sama-sama....sebab perkara yang tak terduga ini mungkin berlaku pada anak kita, saudara mara kita atau jiran tetangga kita.

Sekarang ni budak darjah satu pun dah ada hanset yang canggih lagi ngalahkan kita punya pun ada...

~ haruskah kita pantau segala isi kandungan di dalamnya termasuk kiriman sms..???

~ haruskah kita berikan handset yang hanya berfungsi untuk call dan sma jer...???

~ haruskah kita beri kata dua atau amaran kiranya kita terjumpa sms yang berbaul lucah...??

~ haruskah kita tak payah langsung beri anak kita hanset...???

~ haruskah kita rampas hanset sebagai hukuman...???

~ haruskah didikan agama ditekankan dalam didikan di rumah...??

~ haruskah kita berlapang dada bila jiran tetangga mengadu perihal anak kita kat luar...???

~ katakan apa saje yang nak anda katakan.....

Apa pun sekali tindakan kita seharusnya semua itu adalah usaha terbaik untuk zuriat harta dunia dan akhirat kita. Kita tak boleh mengawasi anak kita 24 jam itu hakikat yg harus kita terima.

Biarlah kita dikatakan ibubapa yang kolot ketinggalan zaman...penerangan yang jelas atas segala yang kita lakukan kepada anak kita harus di perjelaskan agar mereka tahu apa yang kita buat adalah untuk kebaikan mereka juga.

Selain berusaha berdoalah untuk yang terbaik bagi keluarga dan anak-anak kita...dan tawakal...Insyaallah Allah akan mempermudahkan urusan dunia akhirat kita...tu jer yang mampu kita buat.








17 Luah rasa:

e_ja berkata...

bila baca kisah2 yg saya anggap sgt keji mcmni..mmg membuat kita sntiasa takut bila mengenangkan ank2 kita..nak2 dlm dunia yg serba canggih ni..segala informasi, maklumat sama ada yg baik dan x baik..sume pun dah berada di hujung jari je..anak2 zaman skrg pulak mmg lebih advance segala2nya..apa usaha kita?..

mcm saya..ank lelaki 12 tahun..smpai skrg saya masih belum terbukak hati nk beri dia henfon sndiri..sanggup saya pinjamkan henfon saya sndiri bila saat dia perlukan..doa dan tawakkal mudah2an ank2 dan keluarga kita dijauhkan dgn perkara2 sebegitu..amin..

~0~ berkata...

memacam zaman skang...huh...
mudah sangat terpengaruh...

ibuayu berkata...

susah nak cakap zaman sekarang ni..risau dengan anak sendiri yang semakin membesar... nak salahkan handphone pun tak logik juga...

LotsOfLove-Pearls berkata...

Salam Kak..
Dah baca tadi..
Kes mcm ni pown ada juga eh..
Tak tau nak kata apa dah.

Soal diperkosa pun sana sini..
Ni soal merelakan diri di'ratah' oleh 5 org..
Huh..
Tak tau nak cakap apa..

Ms.Lilies berkata...

astaghfirullah...
takutnya ngan persekitaran anak2 skrg ni...
moga2 kita semua dikurniakan anak2 yg soleh/ah dan jauh dari perkara2 keji camni...
takut saya kak...
dua2 anak saya pempuan...

zureen @ mama berkata...

Rasanya didikkan dan pemantauan ibubapa yg sangat penting..

Handset hanyalah alat, jika digunakan dengan cara yg betul tidak menjadi masalah..

Contohnya pisau sekiranya digunakan utk memotong makanan maka betullah pengunaannya TAPI kalau pisau itu digunakan utk bunuh org maka..sudah salahlah pengunaannya.

lillies berkata...

salam kak...
saya rasa pokok pangkalnye jgn bagi hp....itu yg sebenarnye...bermula dengan hpla akan jadik mcm2 benda yg x elok...
skarang ni sy tgk mcm dh jadik trend pada parents kat luar sana bila anak2 dpt result yg bagus terus bg hp bila anak tu mintak...
masa sy dulu kalau mntak hp..alamatnye makan penampor ler......
bukan nak mendengki atau ape..tapi sekadar nak mengingatkan...hp ni sumer melalaikan...zaman dulu xde hp bole je idup...nape skarang mesti nak adiahkan hp??banyak lagi benda lain yg berfaedah yg bole diberikan atas ganjaran kejayaan anak2...
ini cuma pandangan saya je...jgn ade plak yg rasa marah...

Teacher Yatee berkata...

mengucap je bila baca..budak2 skg mmg advance. Cam sy umur 14 thn masih poyo xtau pape. Mungkin yg terbaik adalah pantauan from parents i guess..

julietchun berkata...

remaja skang ni dihanyutkan ngan hp, ngan internet. pada saya, jgn bagi hp kat dorang.

sori lama tak masuk, bukan merajuk tapi line P1 wimax sangatlah teruk, kekdg tgh baca buleh hilang terus.

Tie berkata...

Entahlah Ilyn,

Kak tie ada anak-anak meningkat remaja. Walaupun tinggal jauh di hulu, masih rasa begitu berat tanggungjawab sebagai seorang ibu. Bukannya mudah seperti zaman kita remaja dulu.

Remaja sekarang mudah terpengaruh, kurang matang pemikirannya dan susah untuk dinasihati.

Selalu mendoakan agar anak2 kita sentiasa dalam perlindunganNya. Tapi kalau dah ditakdirkan begitu kesudahannya kita tak boleh putus asa. Mulakan dengan redha, dan bantulah mereka agar dapat maju ke jalan yang lurus. Sesungguhnya doa seorang ibu itu penting dalam kehidupan kita.

ain berkata...

susahnya nak mendidik anak2 zaman sekrg yg terdedah dgn teknologi2 canggih ni. Kdg2 kita dh buat yg terbaik, memberi didkan yg terbaik, tetapi masih tak menjadi. di mana silapnya..??? kena balik pd pendidikan agama yg kukuh juga!!!

ima berkata...

salam ilyn...

pada pendangan ima lah...
anak2 zaman sekarang perlukan lebih perhatian,kasih sayang dan pemantauan dari ibubapa mereka dan selebihnya kita kena berikan didikan agama yang kukuh...insyaallah boleh membawa anak2 kita kearah jalan yang diredhai.

hisham berkata...

salam kak..sy no komen la ..nk slhkan parents pn xleh gak..xtaula..takut plak nk ade anak...

izan berkata...

ilyn

mmg takut... tapi kadang2 lihat keadaan..mcm kwsn izan ni setahun yang lepas line talipon tak da. mana nak harapkan org tua klu bebudk jalan2 kemana. dengan hp dapatlar nak suruh balik ke atau sebagainya.

yang pastinya... jangan jemu menegur perbuatan anak walaupun setiap masa dan dianggap pening oleh ank. mudahan tak banyak sedikit mereka akan ingat sehingga dewasa. klu diikutkan tak mau lar sedikit dia ambik pakai... tapi bebudak remaja ni selagi tak berakal ikut suka dia aje nak buat.

bukan tak berakal tapi tak mahu menggunakan akal sepenuhnya. tahu tapi masih buat... jadi biarlah kita dikatakan membebel asalkan apa yang nak disampaikan padanya terlaksana untuk diguna pakai.

hans berkata...

kesian ayah dia
kalau den jadi ayah dia tak pitak kena heart attack
budak2 pompuan zaman skrg cepat percaya pada stranger
baru kenal sejam pun leh ikut terus

zue berkata...

mmg rasa takut pun ada..sbb anak ppuan akak pun umurnya 14 thn.

anak2 ni didepan kita perangainya x sama bila dia org dgn kwn2nya.
ni yg akak risau.

moga jauhilah dari perkara sebegini.

naz ilyn berkata...

TERIMA KASIH SAHABAT SEKALIAN e_ja, ~0~, ibuayu, LOL, Ms.Lilies, zureen, lillies, Teacher Yatee, julitechun, kak tie, ain, ima, hisham,izan, hans, dan zue kerana sudi meluahkan pendapat yang berguna untuk dijadikan panduan tq sekali lg.