tak sedar kolam mata ku mula bergenang... selalunya mahal mutiara mata ni.... kebal dari segala mata pedang.Aku hanya bertanya untuk menyatakan kegusaran... mungkin kebimbangan menguasai diri. Takut akan kesan dan akibat tidak berbaloi dengan apa yang diperoleh.
Andainya ia hanya sekadar kesilapan yang tidak melibatkan keaiban dan tersasar dari landasan hakiki aku tidak sebegitu lancang bersuara... walau dihujani dan dilempari malah dibalun dengan kata-kata penghinan yang kesat sehinggakan melibatkan hal-hal peribadi.
Aku tak kisah dengan semua itu katalah apa yang kau nak kata... tinggilah nada suara kau bagai petir berdentum... aku tak perduli besar dan bulatkanlah biji mata kau bagai nak terkeluar aku tak gerun... aku mahu selamatkan kau aku tetap juga nak ingatkan kau kerana aku sayangkan kau...
Mengapa kau terlalu marah dan berang bila aku mengacukan soalan begitu... aku bertanya dan tidak menpunyai apa-apa maksud yang tersembunyi apatah lagi menuduh yang bukan-bukan... hanya sekadar gusaran... takut syaitan menjadi pilihan.
Bukankah lebih baik jika kita menjauhkan diri dari perkara yang memberi peluang untuk kita makin jauh dariNya kalau memang kurang ilmu dan iman di dada...
Walau jaminan telah kau berikan... tapi aku tahu siapa kau sebenarnya luar dan dalam... itulah yang menambahkan kegusaran aku lagi...
Siapalah kita untuk menentukan takdir kita dikemudian hari walaupun kau katakan aku tidak diperlukan hingga dipenghujung hayat kau... ada kau tahu.
Fahamlah.... apa yang aku katakan ini adalah untuk kebaikan kau... bukannya menghalang kebebasan kau untuk berbuat apa yang kau suka... perkara ini bukan barang mainan... itu memang janji Dia... Dia yang berkata bukan aku buat cerita.
Kenapa...?????? kau tak faham... kita wajib menjauhkan perbuatan yang dilaknat itu... menghampiri pun dilarang... walau dengan niat yang baik.
Ya Allah... kau lindungilah dia dari perbuatan yang keji dan mungkar. Kuatkanlah iman dan akidahnya supaya tidak terpesong dan kau gerakkanlah hatinya supaya sentiasa ingat padaMu yang satu tiada yang sekutu... Amin.