tak sedar kolam mata ku mula bergenang... selalunya mahal mutiara mata ni.... kebal dari segala mata pedang.Aku hanya bertanya untuk menyatakan kegusaran... mungkin kebimbangan menguasai diri. Takut akan kesan dan akibat tidak berbaloi dengan apa yang diperoleh.
Andainya ia hanya sekadar kesilapan yang tidak melibatkan keaiban dan tersasar dari landasan hakiki aku tidak sebegitu lancang bersuara... walau dihujani dan dilempari malah dibalun dengan kata-kata penghinan yang kesat sehinggakan melibatkan hal-hal peribadi.
Aku tak kisah dengan semua itu katalah apa yang kau nak kata... tinggilah nada suara kau bagai petir berdentum... aku tak perduli besar dan bulatkanlah biji mata kau bagai nak terkeluar aku tak gerun... aku mahu selamatkan kau aku tetap juga nak ingatkan kau kerana aku sayangkan kau...
Mengapa kau terlalu marah dan berang bila aku mengacukan soalan begitu... aku bertanya dan tidak menpunyai apa-apa maksud yang tersembunyi apatah lagi menuduh yang bukan-bukan... hanya sekadar gusaran... takut syaitan menjadi pilihan.
Bukankah lebih baik jika kita menjauhkan diri dari perkara yang memberi peluang untuk kita makin jauh dariNya kalau memang kurang ilmu dan iman di dada...
Walau jaminan telah kau berikan... tapi aku tahu siapa kau sebenarnya luar dan dalam... itulah yang menambahkan kegusaran aku lagi...
Siapalah kita untuk menentukan takdir kita dikemudian hari walaupun kau katakan aku tidak diperlukan hingga dipenghujung hayat kau... ada kau tahu.
Fahamlah.... apa yang aku katakan ini adalah untuk kebaikan kau... bukannya menghalang kebebasan kau untuk berbuat apa yang kau suka... perkara ini bukan barang mainan... itu memang janji Dia... Dia yang berkata bukan aku buat cerita.
Kenapa...?????? kau tak faham... kita wajib menjauhkan perbuatan yang dilaknat itu... menghampiri pun dilarang... walau dengan niat yang baik.
Ya Allah... kau lindungilah dia dari perbuatan yang keji dan mungkar. Kuatkanlah iman dan akidahnya supaya tidak terpesong dan kau gerakkanlah hatinya supaya sentiasa ingat padaMu yang satu tiada yang sekutu... Amin.


45 Luah rasa:
salam naz.. selagi kita mampu menyelamatkan 'dia', berusahalah semampu mungkin.. jangan biarkan 'dia' terus hanyut.. tapi, andainya 'dia' tetap berdegil, apa lagi yang mampu kita buat.. mungkin 'dia' cuma akan insaf bila dah terkena..
kekadang bila dah sesat, agak sukar utk ke pangkal jalan lagi.
namun kita yang menyedari kesesatan dia bertanggungjawab utk mengajak dia pulang..
namun kekadang, tidak semudah yang disangka..
saling mengingati sesama..
semoga'dia' menyedari..
Hws good of ya kak..
happy monday..
nurdaniella....
terima kasih kak kerana menjadi tetamu yang pertama...
sy tak sanggup melihat dia menuju jalan yang terpesong dan mengadaikan akidah...
LOL...
mmg tak mudah dik tapi akak kena lakukan juga...
kami mendoakan kejayaan akak dalam perjuangan ini.
sis,
entri kali ni berkait rapat dgn diri insan..insan juga sedang mempejuangkannnya..ye,bukan mudah utk menyelamatkan 'dia'..memerlukan kesabaran yg amat tinggi..semuanya ats kesedaran diri sndri..
salam naz,
semoga naz berjaya memujuk 'dia' kejalan kebenaran.
insyaallah.
Ilyn...
Berdoalah agar dilembutkan hatinya.. Sebut namanya berulangkali... Insyaallah...Tuhan maha penyayang..
Kak tie dah melaluinya... doa seorang ibu, isteri atau paling jauh pun seorang saudara Islam amat berkesan.........
aminnn jugerr..
kebaikan kadang2 adalah sesuatu yang menyakitkan pada sesetengah insan..
tapi kita sebagai manusia haruslaa mendorong manusia yang lain agar melakukan kebaikan walaupun kita tahu perbuatan kita akan lebih mendatangkan kebencian dia pada kita..
HARUS kita buat yang terbaik.. yang lain, berserah padaNYA..
naz berusahalah selagi terdaya...demi untuk kebaikan...Allah akan bersama umatnya yang sabar.
Semoga usaha Naz berhasil jua akhirnya. Insyaallah Allah akan permudahkan segalanya sbb Naz menghalang kemungkaran dr berterusan.
smg akak berjaya dlm apa jua yg di lakukan, amin...doaku dari kejauhan:)
ilyn,
jika kita guna cara kekerasan - dia akan balas kekerasan.
jika kita guna kelembutan - dia akan balas kelembutan.
kita kena yakin dengan niat dan alasan kita dan sabar dengan kerenahnya jika janji telah dibuat akan berubah. Insyaallah dengan doa dan harapan sedikit demi sedikit akan tercapai maksud. berikan sepenuh perhatian dan kasih sayang juga tumpuan lebih. dan sentiasa ingatkan padanya janji perubahan yang telah dibuat.
semoga ilyn suksess........
moga kamu terus tabah...
tangjwb kita ingat memperingati... memberi tunjuk & petunjuk sambil berdoa..
manusia itu kekadang terbabas jua dari landasan kemanusiaan... namun ia tetap manusia...
manusia itu kekadang tersasar jua dari landasan keimanan... namun ia tetap beriman...
julietchun...
terima kasih dari kejauhan... moga dibukakan hatinya...
insan biasa...
nak menyedarkan dia bukan senang... harap kita kuat menempuhnya dan dipermudahkan...
zue...
w'salam zue... sama-sama kita doakan yer...
tie...
terima kasih kak tie... sy dah minta ibu dia supaya sentiasa mendoakannya... moga Allah makbulkan.
en_me...
Amin YaRobbal AL-lamin
sis_nita...
sy rela dibenci dicaci asalkan dia terselamat dari hasutan syaitan
ima...
terima kasih... kesabaran dan jangan mudah berputus asa harus sy teguhkan
ain...
terima kasih kak ain... moga Allah bukakan pintu hatinya...
Fara...
amin...terima kasih dari kejauhan jua...
izan...
dia mmg tak boleh berkeras... dia seorang yang panas baran dan ego melampau... terima kasih izan.
tasikmerah...
terima kasih atas doamu... aku mmg perlu tabah... semata dugaan
kulna...
berat tngjawab ni tapi sy harus memikulnya... sama ada suka atau tidak...
AL-BIMA SAKTI
iman jangan terpesong kelak api neraka bakal menjilat...
semoga dia, aku kamu dapat petunjuk dariNya..
amin
semoga berjaya
kami para bloggers and sahabat2 akak mendoakan agar dia berlembut hati dan menyedari kesilapannya..
semoga akak berjaya mencairkan hatinya..
pasti satu hari dia akan merelakan tangannya dipimpin oleh akak..
kebanyakan manusia tau perbuatan yg dibuatnye salah tapi dibuat juga, sahabat terbaik yg berani menegur dan membetulkan kesilapan. Tanggungjawabmu selesai terima atau tidak maslah dia.
Tangisan? selain baik untuk mencuci mata ia akan melepaskan apa yg terbuku di dada.
nas...semoga doa dimakbulkanNya...jangan sedih k?hanya Allah yang dapat beri petunjuk dan hidayah...
kts...
semoga kita semua dipelihara...
Shais...
terima kasih bebanyak... moga dipermudahkan...
LOL...
terima kasih... sesungguhnya akak amat berharap doa dari kalian semua... terasa ringan bebanan ni... harap sangat dia sambut tangan akak.
noorlara...
eemmm... sy sudah mula belajar untuk merelakan butiran mutiara itu berderai... kerana ia boleh melepaskan diri kita dari bebanan perasaan...
erisya...
insyaAllah sama-sama kita doakan... moga termakbul...
terima kasih sudi singgah...
dah kurang sikit rasa sedih ni... selepas membaca kata-kata semangat dari kekawan.
errrmmm, mmg betul tu, apa yg patut dijauhi, patutlah dijauhi
Salam naz, dah lama tak berziarah!
Serulah manusia ke jalan kebaikan, berdoalah dan bertawakkallah.
Namun, hanya Allah jualah yang memberikan hidayah kepada siapa yang dikehendakiNya. Sedangkan bapa saudara Nabi sendiri pun tidak mendapat hidayah sehingga matinya!
Mak Su...
kalaulah dia cuba faham... mungkin taklah sesukar ini...
Zul-Elle...
samalah kita lama tak menziarah... mcm mane dengan baby baru...?
moga dia tak terus sesat hingga ke akhir hayatnya...
Sekadar menjawab soalan naz,
Baby baru insyaAllah akhiran bulan mei nanti. Hari ni, ibunya gi scan lagi, pun baby malu2 lagi nk gi tau boy ke girl. Baru ler surprise nantinya kan...
Mohon sama2 doakan kesihatan ibu dan babynya ye, amin!
Catat Ulasan