Kekawan saya dah balik rumah... sorrylah kalau saya buat kalian sahabat semua tertanya-tanya ke mana saya pergi beberapa hari ni.
Sebenarnya saya balik ke kampung Kota tinggi setelah menerima panggilan telefon dari Kak Long yang abah sakit dan di masukkan ke Hospital Kota Tinggi pada hari Sabtu.
Dan pada pagi Ahad selepas azan subuh abah menghembuskan nafas terakhir.... abah meninggalkan kami semua buat selamanya. Saya terima segala ketentuanNya dengan hati yang terbuka dan redha atas apa yang telah berlaku.
Dalam masa tidak sampai dua bulan pelbagai dugaan dan ujian yang mendatang... dari salah seorang ahli keluarga terdekat suami meninggal dunia kemudian anak saya Shafiq menjalani pembedahan apendiks selang beberapa hari anak bungsu saya kena demam panas dan sekarang abah saya pergi buat selamanya.
Maafkan saya sekiranya khabar yang saya bawa membuatkan sahabat sekalian, tetamu yang mengintai dari kejauhan juga yang menumpang lalu terasa tersentuh dan bersedih hati.
Tiada sekelumit niat di hati untuk berkongsi kesedihan ini pada anda semua cuma apa yang tercatat di sini sebagai coretan peribadi saya sendiri. Saya akan rasa bersalah jika anda sahabat sekalian turut merasa sedih.
Sekalung terima kasih saya hulurkan kepada sahabat-sahabat yang mengambil berat dan merisik khabar selama saya tiada. Terima kasih juga kerana sudi singgah dan jenguk-jengukkan rumah saya ketika ketiadaan saya.
Buat masa ini saya tidak dapat membuat kunjungan balas dan membalas komen sahabat semua tapi bukan bermaksud anda tiada di hati saya....
Al- Fatihah...



29 Luah rasa:
innalillahiwainnailaihirojiun..
al fatihah...
kak.. nanti aku pulangkan balik brg2 yg aku amik masa ko takde aritu eh...
hik hik hik..
bersedihlah klu itu yg terbaik..
bergembiralah klu itu yg terbaik
:D
semoga sentiasa mendpt perlindunganNya
Salam takziah,
Al-Fatihah.
Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang mulia di sisi Allah.
Takziah ilyn, saya fahamn perasaan itu kerna pernah kehilangan juga...tabah ye
Assalammualaikum Kak Naz,
Salam takziah buat Kak Naz sekeluarga. Semoga Allah menempatkan arwah di kalangan mereka yang beriman.
Al-Fatihah
salam naz,
takziah buat naz dan keluarga...semoga arwah ditempatkan dikalangan org2 soleh...dan moga naz tabah menghadapinya...
al fatihah...
Al-Fatihah..
Salam Takziah dik..
patut lerr lama tak nampak blog kamu.. bebanyak bersabar yerr..
Salam takziah dari Kak tie.
Tiada satu pun yang kekal di dunia ini. Redhalah pemergian yang tersayang....kena ingatkan diri sendiri juga.
Moga2 dia ditempatkan bersama2 orang yang beriman. Amin.
salam takziah.
semoga tabah dengan segala dugaan.
salam takziah buat akak sekeluarga..
Semoga rohnya dicucuri rakmat Allah..
Takziah dan Al-Fatihah untuk arwah bapa..
Salam trakziah dari saya juga..
Samalah kita. Saya juga pernah lalui apa yg awak lalui...
Salam takziah sis~
Salam TAKZIAH Kak..
Cara akak menyampaikan BERITA ini, adik boleh rasakan bahawa Kak begitu TABAH..
Semoga rohnya ditempatkan di kalangan insan-insan yang diredhaiNya.
Innalillahiwainnailaihirojiun..
al-fatihah..
Semoga roh abah naz ditptkan dikalangan org yg beriman. Semoga naz kuat juga menghadapi dugaan ini.
p/s..naz org kota tinggi??akak pun dr sana gak.
salam naz, harap2 naz banyakkan bersabar yer.. ni semua ketentuanNya.. salam takziah buat naz n famili..
innalillahiwainnailaihirojiun..
al fatihah...
Salam Takziah...moga terus tabah dalam aper jua dugaan yg mendatang..setiap kejadian Tuhan ader Hikmahnyer..
Hye there Kak Naz Ilyn..
Datang kat blog LOL k.
Amik Award ChanteQ..
Hehe..
Gud day Kak..
salam tahziah dan semoga naz tabah.
al-fatihah.
darinya kita datang dan kepadanya kita kembali.
Salam takziah. Semoga tabah menghadapi segala dugaan........
salam..
la tahzan & byk bersabar ya..
ilyn,
takziah buat mu dan keluarga. tiap yang hidup pasti menemui Penciptanya. itu ketentuan sejak azali. bersabar banyak..
Salam, Takziah bt awk..
Smg rohnya ditemapat org2 yg b'iman. amin.
awk org kota yea?
Kita sdara skg lah :)
al fatihah.. semoga arwah berada di kalangan org beriman.
kita yang masih hidup.. bersabarlah di atas segala dugaan dan kesusahan.
salam takziah...yg hidup pasti akan pergi...jgn brrsedih lagi:)
salm takziah. moga ruh arwah dicucuri rahmatNYA. Ameen
maaf terlewat...takziah kak atas pmrgian ayahanda tercinta..
smoga roh dcucuri rahmat&dtmpatkn dkalangn orng yng beriman...
salam takziah
al-fatihah
Catat Ulasan