CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Selasa, 30 Disember 2008

aku mahu apa... ?? aku mahu RELAX

Adakah ini yang dicari... ??

Hari ini saya sekeluarga pergi jenjalan kat Diamond Hill salah satu tempat rekreasi di Kluang ingat nak relax tapi tak seperti yang diharap. Bukan kerana tampat tak menarik, bukan tiada ketenangan, bukan kerna tiada kedamaian atau udara yang tak menyegarkan bukan... bukan.
Masih ada lagi kedamaian...

Mungkin minda saya perlu relax... dua tiga hari kebelakangan ini sakit kepala saya mula terasa pemandangan rasa berpinar-pinar apatah lagi selepas mengadap komputer. Bila bangun dari kerusi yang setia menunggu kehadiran punggung hangat saya serta rela badannya yang empuk saya henyak terasa berpusing kepala bagai nak pitam.
Pil yang wajib diambil dan sebanyak itu untuk sebulan... adakah anda mampu melakukannya...??

Hampir lima tahun tengkorok saya menelah butir-butir pil yang wajib diambil sebagai mengawal tekanan darah tinggi. Namun saya tidak pernah rasa jemu atau muak kerana perjuangan belum selesai tanggungjawap digalas belum habis dilunas.
Seronoknya sekecil Shaqira bersama abang dan kanda relax di tepi kolam renang... andainya aku bisa begitu....

Ketika mengandung anak ke tiga height pertension mula mengintai... selepas kelahiran dia jatuh cinta dengan saya dan sehinggalah sekarang. Height pertension bagi setiap orang adalah berbeza-beza... ada yang merasa kesakitan yang melampau pada belakang tengkuk sebelah kiri apabila tekanan darah pada tahap tertentu dan tidak boleh memakan makanan yang mengandungi kandungan lemak yang terlalu tinggi juga tidak boleh makan daging merah seperti daging lembu dan ini adalah spesies saya.

Ada juga yang tidak merasa sebarang kesakitan pada mana-mana bahagian anggota badan cuma rasa pening saja dan boleh makan apa saje... inilah yang dimaklumkan pada saya oleh doktor untuk keterangan lanjut bolehlah tanya dengan doktor anda.

Sejak saya menelan pil-pil darah tinggi saya sihat seperti orang lain juga tekanan darah kembali normal dan saya amat menambil berat tentang pengambilan makanan saya sehinggakan daging jenis merah hilang dalam menu masakan saya tapi semenjak dua menjak ni.... tak tau ler kenapa... ohhh daging korban itu.... (banyak dapat daging korban kira-kira lima kilo masih berbaki sedikit dalam peti sejuk)

Mungkin untuk beberapa hari yang bakal mendatang ini saya perlukan rehat yang secukupnya terutama minda agar pengaliran darah saya kembali normal.
Doakan moga saya kembali sihat seperti sedia kala... dan kita boleh berblog semula... anda pasti saya rindui...

p/s: Pesanan saya agar sahabat sekalian dapat menghargai nikmat kesihatan yang diberi sebelum kita merasai kehilangannya...

Hadith Qudsi " Bersabarlah dalam menghadapi penyakit, sesungguhnya penyakit itu penghapus dosa. "

Ahad, 28 Disember 2008

Pantun Moden




Pisang emas bibawa berlayar
Masak sebiji di atas peti
Hutang emas tidak dibayar
Hutang Ah Long dibawa lari

Harap-harap kelapa tuan
Tidak puan kelapa bali
Harap-harap kepada kawan
Kawan sendiri cabut lari

Tudung periuk pandai menari
Menari lagu putera mahkota
Kain yang elok bawa ke mari
Untuk mengesat Proton Perdana

Nasi lemak buah bidara
Daun ketupat saya lurutkan
Tinggallah emak tinggalah saudara
Kerana pangkat anakanda turutkan

Apa guna kepuk di ladang
Kalau tidak berisi padi
Apa guna hidup membujang
Tidur malam syok sendiri

Kiri jalan kanan pun jalan
Di tengah-tengah pohon mengkudu
Kirim jangan pesan pun jangan
Sama-sama kepala batu

Sayang tempua bersarang di batu
Sayang cempaka dibuang layu
Orang muda melepaskan rindu
Orang tua menanggung malu

Sorong papan tarik papan
Buah keranji dalam perahu
Suruh makan tuan makam
Suruh mengundi haram tak mahu

Timang tinggi-tinggi
Dapur tak berasap
Bila besar nanti
Duduk dalam lokap

Siakap senohong
Gelama ikan duri
Bercakap bohong
Bolehlah jadi menteri

Kajang tuan kajang berlipat
Kajang saya mengkuang lama
Dagang tuan dagang bertempat
Dagang saya papa kedana

Ayuh mari berpantun... menjual boleh membeli pun boleh... ada bran.... ??

p/s: Pada semua kekawan Selamat Menyambut Maal Hijrah... moga kita semua dapat memperbaiki diri agar yang lepas dijadikan sempadan yang bakal mendatang memberi kita ruang dan peluang untuk terus berusaha mengapai kecemerlang dan kegemilang di dunia dan diakhirat... Amin.

Rabu, 24 Disember 2008

...gigit-gigit sayang...


Kenangan manis kau dan aku
tak kan terluput
duri ranjau dalam bercinta
lumrah dunia
sayang menyayang
cinta dikenang
perasaan menjadi rindu

Takde kena mengena pun lagu Ogy dengan Jamal Abdillah tu dengan entry saya kali ni. Tetiba jer bibir ni mengalunkan lagu sayang menyayang... walau pun tetengah malam ni tekak terasa payau... hentam jerlah labu...

Tetengah malam ni teringat pulak kenangan masa baru-baru kawin dulu... jangan salah faham bukan kenangan malam pengantin tapi kenangan ketika naik bas. Saya kawin muda semuda usia dua puluh tahun dan suami ketika itu dua puluh dua tahun... (ihh mudanya) ahhh... hilang pulak mood nak bercerita bukan apa malas nak cerita tentang diri sendiri ni tapi kenangan tu memang menjadi kenangan manis lagi kelakar bagi saya.

Tengah mengumpulkan kembali semangat yang hilang.... terganggu sebab kanda baru balik kerja. Rasanya kanda dah makan kat luar... lagi pun dah tengah malam ni... mungkin kanda terus tidur kot... saya ni buat apaler kat depan komputer ni.... isyhh kena minta izin dulu belum nak masuk tidur ni... nampaknya semuanya ok.

Kembali semula kepada cerita saya yang asal tadi... emmm ketika tu agak susah sikit kederaan sendiri pun masih belum ada lagi yang ada moto rxz yang penuh dengan kenangan ( zaman muda biasalah naik-naik moto ni...). Kami berkawin selepas setahun kanda diterima berkerja di salah sebuah badan kerajaan (ops... separuh swasta) almaklum ler gaji kerja kerajaan bukan ler besar mana ciput jer lepas ler untuk belanja bayar hutang dan makan untuk dua orang.

Kalau nak balik ke kampung kenalah naik bas sebab kanda malas nak bawa moto penat katanya. Dalam perjalan balik dari kampung dengan keadaan hujan rintik-rintik manja gitu... terasa menyusuk ke tulang (masa tu slim jadi cepat rasa sejuk). Punya ler ramai orang bas penuh giler... isyhh time-time ni ler orang nak ramai macam tak ada hari lain jer.

Sampai kat tangga pun penuh saya dengan kanda dapat berdiri kat tepi tangga berpaut pada sebatang besi. Kami berdiri bersebelahan dan berpaut pada tiang besi yang sama. Lama juga berdiri dengan keadaan sejuk... dengan orang yang bersesak-sesak mana yang naik mana yang nak turun.... eeee ampun.

Saya tengok kanda.. kanda tengok saya.... boring ler tu. Tiba-tiba tangan kanan saya terasa letih sebab sudah terlalu lama memegang erat besi pemegang dan perlahan saya lepaskan dan diganti dengan tangan pemuda yang berdiri bersebelahan dengan kanda. Sempat saya menjeling kanda yang senyum-senyum kamping... tetiba kanda mengagakan mulut dan... ooooh jangannnn dah terlambat. Pemuda yang berdiri sebelah dengan kanda terpinga-pinga dan tercari-cari.

Kanda yang muka selamba menahan macho buat bodoh jer... pemuda tu memandang saya dan saya pun pandang dia saya pun terus pandang kanda (kanda buat bodoh jer).... ooohhh tidakkkk merah padam buka saya... yang buat saya tambah geram tu pemuada tu senyum pulak dengan saya (kanda masih buat bodoh lagi.. ) isyhhh... sebeeel.

Sampai jer kat rumah saya tanya kanda..."abang gigit tangan orang tu ekk...???" "takder ler..." "tengok tu tak nak menggaku lin nampak ler abang nak gigit tangan lin tapi tergigit tangan orang lain" kata saya sambil tergelak (kanda masih lagi buat bodoh) masih taknak mengaku lagi tu.

Sampai sekarang kalau saya ceritakan tentang kejadian tu kanda tetap tidak mahu mengaku yang pastinya kejadian tu memang indah dan manis untuk dikenang. Pada yang baru berkawin tu kalau nak mesra-mesra manja gitu tengok ler tempat dulu... tunggulah dah sampai kat rumah barulah dunia ana yang punya... hehehehe.












Selasa, 23 Disember 2008

buku ibu... buku anak... buku pinjam

Tengok ler si Shaqira ni bukan main lagi... kita bersiap dia pun sibuk nak bersiap gak... tu ler bebudak sekarang kecil-kecil dah pandai nak cantik.... patut ler cari mana bedak kompet saya tak jumpa... rupanya si peri peri kecik bawa lari... isyhhh nak kena babab ni.

Dua minggu lagi cuti persekolahan akhir tahun bakal berakhir ibubapa sepatutnya sudah bersedia dengan tanggungjawab bagi menyediakan persiapan persekolahan anak-anak. Bagi ibubapa yang berkemampuan bolehlah berganti serba baru, sukalah budak-budak tu kalau semuanya baru tapi seeloknya biarlah berpada. Kalau masih boleh digu
nakan... gunakanlah balik tak usah membazir walau pun kemampuan itu milik kita.
Ini buku yang sempat saya beli di kaunter semasa beli buku sekolah... compius ni beli untuk anak ker untuk mak...

Kalau yang lama masih elok lagi tapi dah beli yang baru bolehlah sedekahkan barang-barang tu pada jiran-jiran atau kawan anak-anak yang kurang kemampuan. Kitab-kitab sekolah agama misalnya kalau kita tak ada anak yang bawah untuk menggunakannya daripada dibuang adalah lebih baik disedekahkan... begitu juga dengan beg sekolah, baju sekolah yang masih elok pun boleh.

Hari ni dari pagi saya sekeluarga sudah bersiap untuk membeli buku persekolahan bagi sesi persekolahan tahun depan dan giliran pertama ialah di sekolah Shafiq. Hari ini juga adalah pembelian buku bagi tingkatan dua dan tiga tahun 2009.

Dan yang ini juga...

Ada sesuatu yang saya nak kongsikan... akan saya terakan di bawah tapi sekejap lagi tau... sebab saya nak ke perpustakaan desa... pulangkan buku masakan yang sa
ya pinjam....hehehe tapi tak cuba masak pun... kejap yer.
Dah berwajah baru... ahhh rindunya dengan buku-buku kat sini. Berada di sini macam mabuk buku... tak tau mana satu nak baca dan pinjam... aaaa buku ni best ler... isyhhh yang tu best gak... aaaa pening! pening! balik ler.

Dah lama betul saya tak datang menjengah kat perpustakaan desa kira-kira dalam satu tahun lebih... isyhh lamanye. Selepas saya melahirkan anak yang ke empat saya dah tak ke sini lagi. Selalunya setiap tahun akan diadakan aktiviti seperti pertandingan membuat buku skrap, pertandingan mewarna, pertandingan mencari buku dan banyak lagilah.

Saya rajin juga masuk pertandingan kat situ. Selalunya semua pertandingan dilakukan secara berkeluarga. Kelakar ler juga kalau diingat-ingat. Kali terakhir saya memasuki pertandingan membuat buku skrap... ibu bersama anak. Tak sangka saya mendapat tempat ke tiga... tercari-cari mana saya letakkan buku skrap yang saya menangi tu... emmm rupanya semua buku skrap yang dipertandingankan disimpan di situ.... tengok ler kalau masih ada lagi... saya nak tangkap gambar kasi anda semua lihat... ok.

Bukan ler nak memuji diri tapi saya agak kreatif dan suka dengan seni lukisan juga kraf tangan. Ada beberapa pertandingan yang pernah saya ikuti seperti pertandingan mengubah bunga, pertandingan masakan, pertandingan gubahan... yang masakan jer tak pernah menang... hehehe macam tak tau masak jer kan...

Kita berehat sebentar layan sajak Kisah Dalam Ribut karya Sasterawan Negara Usman Awang layannnn.


Malam menguak antara rimbun daun-daun
Titis-titis gerimis melalui lubang pondok usang
Dalamnya gadis tani merangkum lutut
Kedinginan merayap ke tulang-tulang kecut.

Sesekali kilat menyambar ngeri
pondok usang dimandi hujan dinihari
Adik-adik menangis menggigil menghampiri
Manakah ayah yang tak pulang sampai kini

Petir mengamuk memacung pohon
Pondok usang remuk seperti timun
Suara jeritan sayup antara pelepah kelapa
Suluhan kilat menampakkan tiga mayat bertimpa



Sabtu, 20 Disember 2008

ADAKAH ANDA RASA DIRI ANDA CANTIK ATAU TAMPAN.....??

Dunia seindah wanita soleha.

Usah terkejut kalau ada orang melahirkan rasa hatinya pada anda, sedangkan anda merasakan tiada apa-apa istimewanya anda. Begitulah hebat dan misterinya kehidupan. Ukuran manusia tentang kecantikan dan ketampanan memang tidak sama.

Ada orang mabuk dengan seseorang sedangkan menurut pandangan orang lain, wajah semacam itu tidak patut dimabuk-mabukkan. Misterinya suara memang sukar dibaca. Tidak ada sebarang alat untuk mengukur makna cantik atau tampan pada seseorang. Ukuran cantik atau tampan ini sentiasa berlainan.




Kecantikan mata bundar.


Sebab persepsi kecantikan tidak pernah sama antara manusia. Ada orang anggap hidung yang sedikit mancung sebagai cantik, ada orang tidak. Ada orang rambut yang mengurai sebagai cantik ada orang menganggap rambut yang ditutup sebagai kecantikan yang mengatasi.
Mata sepet pun cantik pe macam si dia tu..... putih melepak lagi.

Ada orang menganggap putih melepak itu sebagai cantik ada orang suka yang hitam.
Ada orang mengtafsirkan kecantikan itu mata yang bundar tetapi ada orang merasakan yang sepet seperti Jepun atau Cina itu lebih menawan. Ada orang menganggap bibir yang nipis itu cantik tetapi ada juga orang yang mengatakan bibir tebal lebih mengancam.

Di sebuah kawasan terpencil di utara Thailand terdapat sekelompok manusia yang mentafsirkan cantik itu leher yang jinjing. Maka, para wanita memakai besi lilit di leher untuk memanjangkan leher masing-masing. Alangkah seksanya untuk menjadi cantik menurut penilaian masyarakat ini.Kat Afrika ni dah cantik sangat dah... emmm ada yang terpikat ker...??

Begitu juga di sebuah penempatan di Afrika, cantik di tafsirkan mulut yang lebar. Semakin lebar mulut semakin cantiklah mengikut ukuran kelompok ini. Maka para lelaki dan para wanitanya memakai piring besi berbentuk bulat di mulut. Piring ini diukur kepada yang lebih besar dari semasa ke semasa.
Datuk Shah Rukh Khan... jangan tenung lama-lama haaa.

Begitulah misteri dan luasnya makna cantik dan tampan. Jadi usah terlalu susah hati jika anda merasakan anda tidak begitu menarik. Anda tetap cantik di mata orang yang mengtafsirkan kecantikan itu bukan sekadar wajah tetapi mungkin keseluruhan anda. Ini termasuklah gaya jalan anda, cara nada bertutur, pendirian serta sikap anda terhadap sesuatu perkara.

Siapa kita untuk mempertikaikan ciptaan-ciptaan ALLAH. Sudah tentu kita tidak layak. Tetapi ramai orang yang mempertikaikan ALLAH setiap kali menghadap cermin. Berkatalah setiap kali bercermin sebab dengan berkata, cermin akan memberitahu anda apakah anda yang berdiri di situ atau perasaan dan keegoan anda yang menampani.

Siapa anda.... anda sendiri yang menentukan. Pandangan manusia semuanya tidak sama, sejuta yang mengatakan anda tidak indah, sepuluh juta mungkin mengatakan yang sebaliknya. Hanya anda belum bertemu muka dengan yang sepuluh juta itu.

DR. H. M. TUAH.

Khamis, 18 Disember 2008

"... janggut hantu...?? "

Lega rasanya akhirnya dapat juga saya update lurah rasa. Dalam beberapa hari ni agak sibuk sikit mana kena pergi asrama anak untuk melihat senarai pelajar-pelajar yang layak menduduki asrama bagi sesi 2009 (alhamdulillah ada dalam senarai), mana pergi membeli persiapan untuk persekolahan dan tempah baju sekolah (ni akibat tak pandai jahit hihihi).


Cuaca terang dan cerah mendung hitam tak kelihatan langit biru memutih mentari ceria menebarkan cahaya yang menyilau tanpa angin apatah lagi ribut. Jin toncit manalah yang guna bilik air kemudian tak tutup air ( entah-entah diri sendiri) apa lagi habis banjir dalam rumah nasib baik banjir kat dapur jer... "nasib baik ibu tak jadi ben ten" kata siddiq (kepala kartun betul ler) rasanya macam nak jadi ben ten juga tapi sabar.....
Janggut hantu....??? bukan janggut hantu sebenarnya tapi pernah tak anda dengar atau lihat pokok janggut hantu? ahh... nilah pokoknya mungkin ada yang tau dan kalau saya salah boleh anda betulkan.
Inilah antara gambar yang sempat saya ambil dan semuanya adalah rumah yang berlainan. Tak taulah apa sebabnya tuan-tuan rumah ni suka menanam ( tanam ker takda tanah pun ) pokok janggut hantu.Menurut tuan rumah yang menanamnya pokok janggut hantu ni ditanam memang tidak memerlukan tanah hanya perlu digantungkan atau dililitkan digelungan dawai saja. Dawai yang digunakan bukanlah dawai besi yang biasa tapi dawai yang telah disalut dengan pelastik hijau atau apa-apa saja asalkan jangan benda yang diperbuat dari besi. Menurutnya lagi kalau gunakan dawai besi biasa pokok janggut hantu ini tak hidup subur dan merimbun kerana dawai besi itu akan karat kalau disiram dengan air.

Ahad, 14 Disember 2008

SENGKETA MAYA

Dunia maya tanpa sempadan menghubungkan manusia sesama manusia walau dimana dan sejauh mana sekali pun kita berada . Begitulah majunya teknologi komunikasi ciptaan manusia yang bijak. Beruntung dan bertuahlah kita semua dapat merasai dan menggunakan kemudahaan yang telah tersedia.

Dunia internet misalnya menjadi penghubung antara kita walaupun rupa mu tak ku kenal tapi bicaramu dapat ku selam. Hanya bicara tanpa suara membuatkan saya seolah-olah ada ramai kawan dan banyak kata-kata yang boleh dikongsi bersama.

Walaupun di pekan yang saya duduki sekarang ni tidak ramai yang menggunakan internet dan golongan masyarakatnya terdiri dari suri-suri rumah seperti saya juga pekerja industri, peladangan juga bekerja sendiri dan golongan profesional amat sedikit. Tapi saya lebih bernasib baik kerana diberi kemudahan oleh kanda dan dapat bersahabat dengan kamu semua.
Jangan jadi seperti cermin ni hanya retak menanti belah.

Dalam kita membina bicara dan mengikat tali persahabatan mungkin ada terselit sengkita. Perkara ni bukan sesuatu yang mustahil betul tak..?? Selagi manusia bernama manusia dan selagi manusia boleh meluah kata-kata selagi itulah syaitan bermaharajalela. Bukan semua suka apa yang kita buat dan bukan semua setuju apa yang kita kata tapi kalau bicara itu diluahkan secara jujur dan sihat tidak menjadi salahnya.

Sebaiknya kesempatan yang ada ini kita manfaatkan dengan cara yang sihat dan mengeratkan tali siratulrahim dan ukhwah sesama insan. Jangan jadikan dunia maya tanpa suara dan wajah ini menjadi wadah untuk kita bersengketa atau sebagai jalan untuk melontarkan kata-kata yang kesat atau kata-kata lucah dan sumpah seranah. Jika ada pelawat yang menjengah dan berkata bukan-bukan usah endahkan anggap jer dia demam atau pening kepala... hehehe.

Terus terang saya katakan yang saya bukan ler seorang yang berpelajaran tinggi cakap pun satu bahasa jer. Moga apa yang saya luah dan kata tidak akan melukakan hati sesiapa kalau ada yang terasa maaf dipinta sesungguhnya tiada sekuman pun niat di hati saya.
Yang putus disambung kembali seperti tali buaian ni... bestnya main buaian.

Setakat ni Alhamdulillah semua sahabat maya saya baik-baik belaka dan semoga yang jauh dapat dirapat rapatkan dan yang dekat dierat eratkan... amin.






Jumaat, 12 Disember 2008

LUKISAN HUJAN

Sejak musim tengkujuh melanda banyak juga saya baca entry mengenai hujan. Saya memang suka dengan suasana hujan, rasa sejuk, dingin hingga menyusuk ke tulang sum-sum. Terkenang zaman kanak-kanak pantang kalau hari hujan mesti mandi hujan.

Tengoklah tu... bukan main suka lagi main hujan. Kebetulan kanda balik jer dari keje hujan lebat pun turun... apa lagi kanda pun ajak ler anak- anak mandi hujan. Saje jer teringat zaman kanak-kanak kat kampung suka main hujan.
Isyhhh... sejuknya siddiq kat belakang dah tak tahan lagi. Si kecil yang kena kendung tu... tak boleh turun mandi hujan takut demam belum cukup umur lagi nak mandi hujan. Yang tukang ambil gambar ni... pot pet pot pet. Dah ler tuuu... nanti demam.!!! Nak ambil gambar anak yang besar... cabuttt tak nak gelamor. Alamak... kaki ayam mana selipar dah kena hanyut dengan hujan ker.....

Alhamdulillah kat tempat saya kalau hujan lebat macam mana pun air tak naik atau banjir walau pun rumah saya kat bawah bukit cuma longkang jer yang penuh dengan air. Dulu ada juga air sampai kat depan pintu rumah tapi sekarang sejak longkang dah diperbesarkan dah takde lagi dah.

Bila dah kesejukan mandi hujan perut mulalah rasa lapar. Time-time macam ni apa yang sedap di makan...?? emm... ubi rebus ler cecah dengan sambal tumis... yummmy sedapnya makan panas-panas seperiuk pun abis tak sempat nak ambil gambar dah licin.
Inilah agaknya selipar kanda yang kena hanyut dek hujan... apa ler makna kalau dah tinggal sebelah jer. Ooh... selipar jepun ku...

Sebagai pencuci mulut layannn... sajak lukisan hujan.

Ku lukis kembali wajahmu dalam hujan
Dalam kenangan
Ku urai kembali masa lalu
Di tepi jalan dalam renyai hujan
Aku merenung titas hujan dingin
Pada dua titik hitam bola mataku
Kenangan itu ku lukis kembali
Aku masih ingat bagaimana
Basah mandi hujan
Hari ini hujan tak lagi sama
Banjir surut meninggalkan
Kesan yang dalam.

Rabu, 10 Disember 2008

SALAH MERTUA.... SALAH MENANTU

Kisah antara dua watak. Bapa mertua yang kuat berkerja tetapi malas bersolat dan menantu yang kuat makan tetapi malas berkerja.
Bapa mertua ingin menegur sikap malas berkerja pada menantunya.
Dia mengajak menantunya bermain dam.
Dalam permainan itu, bapa mertua memberi peluang kepada menantunya untuk 'makan'.
Setiap kali menantu 'makan', bapa mertua berkata: "Tahu makan, kerja malas".
Selepas beberapa kali disindir, menentu memberi peluang kepada bapa mertua untuk 'makan' dan 'naik haji'.
Setiap kali naik 'haji' menantu berkata: "Kerja naik 'haji', solat malas".
Akhirnya kedua-duanya menyedari kesilapan masing-masing.


Tidak mengkritik tapi menegur pasangan dengan berhikmah dan bijaksana.
Bijak pandai ada berpesan: "Setiap teguran mesti didahului oleh beberapa pujian".
Untuk menegur suami yang perut boroi, isteri mestilah menyebut dahulu kelebihan suami yang lain seperti pandai memasak, rajin mengemas umah, suka menolong isteri dan sebagainya.
Suami akan melihat banyak kelebihan dirinya di mata isterinya dan hanya satu kekurangan.
Begitulah juga suami.


Perkara yang jarang dilakukan walaupun dengan percuma dan mudah tapi sangat berkesan.
Suami isteri jarang menunjukkan perbuatan romantik kepada pasangannya secara istiqamah atau berterusan.
Perkara-perkara yang mudah seperti, amalkan senyuman sewaktu pulang dari kerja, memperbanyakkan sentuhan seperti di bahu, di kepala, di leher, ditangan dan sebagainya.
Ingat, Nabi Muhammad saw juga selalu meriba isteri-isterinya sewaktu bersama dengan mereka dan Nabi juga selalu meletakkan kepalanya di atas riba isteri-isteri baginda.
Cuba jadi pasangan yang romantik.
Kalau tidak pandai, berlajarlah.
Kalau tidak pernah membeli bunga atau hadiah dihari ulangtahun perkahwinan atau hari-hari istimewa, berilah ciuman mesra ketika pulang dari kerja.

Ahad, 7 Disember 2008

.... bahana cinta ....


Cinta anugerah Illahi
Dari mata turun ke hati
Mata terpana berdetiklah hati
Cintai diri sebelum mencintai
Mencintai.... dicintai
Bukan seharusnya memiliki

Cinta milik Allah
Hadir dan pergi itu miliknya
Diberi kita nikmati
Diambil kita pasrah
dalam diri berserah dan berdoa
Agar yang pergi berbahagia
Moga yang mendatang lebih sempurna

Padanya jua kita berserah
Agar ditemukan yang soleh soleha
Yang berlalu biarlah sudah
Cinta yang baru biarlah bercambah

Cinta membuat diri terseksa
Cinta buat manusia berdusta
Cinta membuatkan isteri berkorban apa saja
Cinta membuatkan dia merana

Jodoh itu rahsia Allah
Oleh itu jangan mengalah
Mungkin belum waktunya untuk kau bercinta
Allah hendak menguji pada umatnya yang dikasihi
Jangan kau terlalu mencari
Nanti kau yang tersungkur sekian kali
Jangan alpa mencari cinta
Kerna cinta mainan manusia
Carilah ia dalam diri kita
Kerna kita ada penciptanya
Semua itu ketentuanNya yakin pada janjiNya
Pasti damai dijiwa....

nukilan: naz ilyn

Hati tergerak untuk merangkumkan segala coretan yang telah saya tulis di ruangan komen teman-teman... jadi mungkin ada yang pernah terbaca sebahagian darinya.

Sudah sekian lama keinginan untuk menulisnya saya pendam setelah saya terbaca mengenai permintaan terakhir dan mendengar nyanyian dari penjara dan ada lagi beberapa kes jenayah yang pada dasarnya berpunca dari cinta yang tak kesampaian dan juga rasa cemburu.











Khamis, 4 Disember 2008

SAHABAT

Buat semua sahabat maya....


Bintang malam jadilah sahabatku
Lewat pancaran sinar lembutmu
Katakan bahawa dia sahabat terbaikku
Atas setulus senyuman manis

Kebaikan lewat mimpi

Untuk berikan kekuatan

Dalam setiap langkah dan cita-cita

Sahabat bukanlah MATEMATIK
Yang dapat dihitung

Bukan EKONOMI
Yang menerap untung rugi

Bukan juga MAHKAMAH
Yang dituntut oleh undang-undang

Tapi sahabat adalah SEJARAH
Yang dapat dikenang sepanjang
masa.....

Rabu, 3 Disember 2008

TITISAN AIR MATA


SETIAP TITISAN AIR MATA YANG TERTUMPAH DALAM DOA DAN PENGORBANAN UNTUK ORANG LAIN ADALAH SUMBER YANG MAMPU MELEGAKAN JIWA ORANG YANG DIDOAKAN. TERUSLAH BERBUAT BAIK SAMPAI AIR MATA TERTITIS

Selasa, 2 Disember 2008

GURAU SENDA SUAMI ISTERI


Kita semua sedia maklum bahawa hidup ini tidak pernah sunyi dari masalah. Cubaan dan cabaran yang dilalui manusia dalam hidup sering membuatnya tersudut sehingga sukar untuk mengatasinya.

Kerana itu manusia sangat memerlukan sesuatu yang dapat memberi ghairah hidup dan semangat berkerja supaya hiang perasaan bosan dan jemu, supaya sirna rasa letih dan penat, sehingga ia beroleh kesegaran dan kesihatan jiwa dan raga.

Untuk tujuan itu maka dalam Islam dibenarkan adanya gurau senda dalam rangka untuk melahirkan suasana yang penuh kegembiraan dan kasih mesra antara suami isteri.

Apakah gurau senda yang selalu suami atau isteri anda selalu lakukan untuk menegakkan rumahtangga yang teguh dan bahagia ?. Supaya mengisi kelangsungan hubungan rumahtangga dengan gurau senda dan mencipta iklim yang menyenangkan yang penuh dengan senyum tawa.

1. Adakah dengan mengajak pasangan anda berlumba lari walau pun anda tahu dia akan kalah disebabkan tubuhnya yang gempal, comel montel atau berat badan yang terlebih....

2. Saling goda mengoda dan bergurau mesra....

3. Membuat perlakuan yang menggelikan hati pasangan....

4. Buat lawak macam kumpulan senario....

5. Pergi menonton wayang cerita komedi....

6. Bergurau senda di meja makan saling bersuapan atau pasangan anda menyuapkan makanan ke mulut anda....

7. Sebagaimana baginda Rasul saw bergurau senda ketika mereka sedang mandi....

8. Teguran dengan cara bergurau yang mempunyai nilai-nilai murni yang boleh menjadi pengajaran pada orang-orang yang mendengar atau melihat.

Jadi bilakah waktu-waktu yang sesuai untuk digunakan bagi bergurau dengan pra isteri?.
1. Waktu malam ketika hendak tidur.

2. Waktu isteri sedang memasak.... awas jangan sesekali terperanjatkan isteri nanti senduk naik ke dahi...hehehe.

3. Waktu di meja makan..... awas jangan sampai nasi tersembur ke muka.

4. Waktu mencuci pakaian.... masa yang agak selamat.

5. Dalam perjalanan yang jauh.... kalau bergaduh sempat berbaik semula..

6. Pada malam-malam keraian seperti majlis perkhawinan.... mengimbau saat malam pertama.

Waktu-waktu tersebutlah yang paling sesuai digunakan oleh suami untuk bergurau senda dengan isteri, setidak-tidaknya untuk melakukan sesuatu yang boleh menyenangkan hati kaum isteri.

Wassalam

Sabtu, 29 November 2008

KANDA OH KANDA


Alahai...dan dekat seminggu dapur saya rosak. Pada mulanya gabra juga nak beri tahu kat kanda...mana ler tahu nanti dia kata saya tak pandai jaga benda yang paling mustahak kat rumah...minta bantuan dengan shafiq mana ler tahu dia ada sebarang buah fikiran...nak periksa plug ker apa...
Puas saya dengan shafiq periksa itu dan ini...dah takder arah dah..."bagitau ayah jerlah ibu..." kata shafiq. Terserlah kasihnya kanda pada saya...dia senyum jer...terus antar kedai mana lertau boleh diperbaiki...lama gak kat kedai, tukey cina tu kata kena petir dah tak boleh baiki lagi. ( sedap mulut dia jer tukey ni padahal belum pun periksa lagi) Bila masa pulak ada petir rasa-rasanya dua tiga hari ni takder pulak hujan...apa lagi petir...sabo jer ler...

Hah!...jangan terkejut pulak tengok dapur basah saya ni....ah nilah dapur basah yang saya gunakan selama dapur kat dalam yang dikatakan rosak tu....dah macam dapur kat kedai warung Mak Timah....hehehe... jangan tak tau kalau guna dapur ni nak masak banyak pun senang, nak buat kenduri pun senang... yang ado... nampak tak... siap kena rantai lagi... almaklum ler kat sini banyak doktor yang tak bertauliah....

Sebenarnya dapur yang dikatakan rosak tu sebetulnya bukan ler rosak tapi pendawaian suis kat rumah yang rosak jadi elektrik tak dapat dibekalkan. Tukey cina tu siap perli kanda lagi... mana taknya kanda pakai uniform masa hantar kat kedai. "Alamak lu tak tau ker... bukan dapur lu yang rosak.. tengok sudah boleh on..." kata tukey.

Ni ler benda yang rosak sebenarnya.... nasib baik ler orang kata kanda orang api... ( bukan orang minyak ah..) kerja-kerje ni semua kat hujung jari jer hehehe....


Ni apa ker nama.... saya pun tak tahu tapi untuk menentukan samada aliran arus eletrik ada atau pun tidak... apa-apa aje..

Gelap ler pulak gambar ni.... dah letak di tempat yang sepatutnya.... "Baru senang hati abang tengok dapur dah boleh digunakan... tak payah lagi masak kat dapur luar." Kanda saya sejak dapur rosak dialah yang rajin masak...kesian dia.

Alhamdulillah.... dan boleh pun on... masak air ler kasian kanda mesti haus... air teh secawan...

Isnin, 24 November 2008

KALA MALAM BULAN MENGAMBANG


Emm...sebenarnya tajuk kat atas tu tajuk sebuah filem takder kena mengene pun dengan apa yang hendak saya tulis kat bawah...saje jer suka nak tulis tajuk tu...hehehe

Lama sangat rasanya tak kemas kini lurah rasa, selama saya pulang ke kampung rasa-rasanya hampir seminggu lebih. Alhamdulillah kesihatan mak di kampung semakin pulih, dah boleh pergi ke tandas sendirian, dah nak makan dan hampir tidak kedengaran rengekkan 'aduh' di tengah malam minta disapukan minyak panas di badan yang kian mengecut...sakit di seluruh sendi.

Walau mata terasa kelat menahan mengatuk, namun saya gagahi juga menuang minyak panas di tapak tangan dan disapukan di serata badan...susut badan yang dulunya berisi bagai tinggal tulang dan kulit. Usia tak ler setua mana tapi keuzuran menelan usia kalau nak dikira baru 56th tapi sudah tidak kelihatan isi pada susuk badan.

Berjalan berkaki tiga tapi masih perlukan dua kaki lagi untuk menyokong diri melangkah menuju ke bilik kecil. Selangkah demi selangkah, langkah diatur perlahan terasa terlalu berat penuh sabar mengampu lengan mak, sesekali tangan saya lepaskan melihat sejauh mana kekuatan mak menggagahi diri...kekadang hilang keseimbangan, pantas saya menyambut tubuh yang seakan mahu tumbang.

Mak memang kecil molek orangnya dan berkulit putih kalau sebelum sakit badannya agak berisi tapi sekarang.... sempat juga saya berseluroh " dah macam nyonya tua jer..." kata saya sambil ketawa kecil sambil disambut dengan senyuman dari mak.

Sempat juga saya memandikan mak, rambutnya saya syampo, badannya disabunkan, gigi nak saya gosokkan tapi tak payah katanya walau pun tangan mak masih sakit dan bengkak tapi mungkin dia lebih selesa mengosok giginya sendiri.

Selepas mandi baju saya pakaikan, rambut yang yang dulu hitam kelat kini sudah semakin memutih saya sisirkan, bedak wangi disapu rata ke seluruh muka. Masih cantik lagi mak aku ni...detik hati. Mak kata rambutnya dah panjang dan terasa rimas, esoknya saya tanya mak nak saya potongkan rambut, tak sangka mak nak... apa lagi saya pun potonglah... emm tak sangka ada bakat potong rambut orang. Barulah nampak kemas dan tak rasa rimas lagi.

Itu ketika empat atau lima hari yang lalu, tapi selepas itu keadaannya semakin membaik dan dah tak menggunakan kaki tambahan atau sudah tidak perlu diampu lagi.

Pada hari saya dan anak-anak mahu pulang ke rumah, kelihatan mak berjalan ke bawah sepohon pokok nan rendang di hadapan rumah jiran sebelah, ada bangku besar di bawahnya. Rasanya tempat tu sudah menjadi tempat bersembang diwaktu singgang.

Sebenarnya sakit mak bukan ler tenat sangat hanya sakit darah tinggi, gaout, lemah jantung dan sakit-sakit sendi. Tapi kata orang kalau kita semakin tua sesekali nak juga bermanja dengan anak-anak... saya pun tak kisah kalau mak bersikap demikian saya lagi rasa berbesar hati.

Sempat juga mak berpesan supaya saya berhati hati ketika memandu. Inilah pertama kali saya memandu pulang ke kampung bersendirian bersama anak-anak. Sesungguhnya mak memberi kakuatan untuk saya memandu sejauh berkilo-kilometer.

bonda yang jauh di mata

tetap gah bertahta di hati

takkan ku melupai

walaupun terkadang masa begitu mencemburui

terkadang terbergantungan membatasi

bukan ku tak menyayangi

tanggungjawab menggalasi

ku tahu kau sunyi

bukan ku tak merindui

hanya Allah yang mengtahui

bertapa hati ini menangisi

hanya doa ku kirimi

agar kau di rahmati

moga selamat pergi dan kembali

ingatlah anakmu yang satu ini

walau pun diri ini tak dimanjai

kasih sayangmu tetap ku idami

kasih ku jua ku taburi

wassalam







Khamis, 13 November 2008

SALAM TERAKHIR


Kita sering kali berangan

membayangkan hari-hari tua berdua

bercerita tentang bahagianya cinta

selepas berumah tangga

tentang susah payah

membentuk anak-anak menjadi manusia

tentang impian-impian silam

yang tidak kesampaian

separuh jalan...

atau...

barangkali tersasar jauh dari harapan

waktu itu macam-macam yang aku angankan

macam-macam juga yang kau harapkan

lalu angan dan harapan itu

kita gantungkan di tangga impian

kini tidakkah aku nanar tatkala kau hilang

pohon tempatku berteduh rebah

dahan tempat berpaut patah

dan kau pergi membawa bersamammu

angan harapan dan impian

untuk aku merealisasikannya

seorang....


Buat sahabat pembaca sekalian... apa yang saya nukilkan di atas sedikit pun tiada kena mengena dengan saya atau sesiapa, sama ada yang hidup atau yang telah meninggal dunia. Ianya adalah sekadar nukilan dari sebuah novel Salam Terakhir... mungkin ada sesuatu yang boleh dikongsikan bersama...

p/s : Cuti sekolah akan bermula dan saya akan pulang ke kampung di Kota Tinggi untuk menjaga ibu yang kurang sihat buat beberapa hari. Semoga segalanya berjalan seperti yang dirancang... bagi yang hendak membawa anak-anak bercuti... selamat bercuti.

Rabu, 12 November 2008

SAJAK KEMATIAN

Untuk azlin hashim semoga berpuas hati... inilah seadanya... surirumah yang sentiasa natural...hehehe

Sajak kematian ini ada sebahagian daripada inti pati kandungan visual Alam Barzakh yang sedang hangat diperkatakan oleh sebahagian dari ibubapa yang mana anak mereka dipertontonkan keadaan yang menakutkan ketika selepas kematian.



Sebenarnya di daerah yang saya duduki, perkara ini telah lama berlaku. Anak saya pun telah dipertontonkan tayangan video tersebut, kira-kira setahun yang lalu tetapi perkara ini mulai mendapat perhatian kira-kira seminggu kebelakangan ini.



Pertama kali mengetahui berita ini setelah disiarkan di Buletin Utama tv3, rasa terkejut sebab perkara ini sudah lebih setahun tapi baru sekarang mendapat liputan meluas dan mendapat perhatian dari menteri pendidikan.



Di tempat saya tayangan visual ini dipertontonkan pada pelajar-pelajar yang berusia 12th keatas di sekolah agama dan pelajar-pelajar boleh membeli video cd yang dijual oleh orang tertentu.



Saya ada membeli dan sudah melihatnya, pada pandangan orang dewasa seperti saya ianya tidaklah begitu menakutkan macam katun jer melihat mayat yang dikatakan menerima seksaan kubur tu dan kelakar juga.



Tapi bagi kanak-kanak seusia 7 & 8 tahun mungkin mereka merasa takut dan saya rasa ianya tidak begitu sesuai diperlihatkan untuk menimbulkan kesedaran sebab mereka belum begitu faham dan begitu juga dengan anak saya yang berusia 6th setelah saya menonton kembali visual tersebut dia tak sanggup melihatnya dan takut juga. Dan ianya masih dalam siasatan bagi pihak yang menerbitkannya. Anda boleh melayari : kakisyurga.blogspot.com untuk melihat visual dalam Melayu Mati Tapi Hati-Hati


Di bawah ini ada saya sisipkan untuk anda rakan blogger sekalian sajak kematian...





aku penuh debar dan sungguh cemas


menunggu hari kematian


kerna ia datang tanpa ku ketahui


aku takut diwaktu ketibaan kematian


aku tidak tahu


didalam taatnya atau didalam kedurhakaan


didalam aku mengingatinya atau didalam kelalaian


diwaktu taat husnulhatima


jika diwaktu derhaka suulhatima


aduh.....cemas aku setiap waktu


bila mengingati mati


kerna aku tidak tahu nasibku


husnulhatima atau suulhatima


hatiku resah selalu


jiwaku terganggu


tapi orang tidak tahu


aduh..................


mati adalah penutup segala-galanya


apa yang dikerjakan dan apa yang dirasakan


di sana segala-galanya dinilai


jika tersilap di sana tidak boleh nak dibetulkan lagi


tuhan...tuhan...tuhan...


hatiku sungguh cemas


aku harap matikanlah aku


diwaktu aku mengtaatimu


atau diwaktu mengingatimu


kalau berlaku sebaliknya kerna kelemahanku


kerna aku ni hambamu


tidak dapat elak dari kelemahan ini


dengan rahmatmu tuhan...


dengan rahmatmu tuhan...


ampunkanlah dosa-dosa ku diwaktu ini


bila dosa ku kau ampunkan


aku seperti tidak membuat dosa


maka ringanlah bebanku diwaktu ke sana


itulah harapanku padamu tuhan


diwaktu detik kematian ku


engkau sajalah boleh menyelamatkan ku






wassalam




Sabtu, 8 November 2008

DOA SEORANG IBU


Hati ibu mana yang tidak sedih. Malah ada ketikanya Puan Hajah hilang sabar lalu dicarinya Naufal di pusat video itu. Dia pernah memarahi Naufal di hadapan rakan-rakannya dengan niat mahu memalukannya. Fikirnya apabila anaknya malu maka dia berhenti dari tabiat buruknya itu. Nampaknya tindakan itu tidak berhasil. Malah dia juga pernah memarahi rakan-rakan Naufal yang sama-sama membuang masa di situ. Namun hasilnya tetap sia-sia. Dia juga pernah memarahi tauke pusat video itu tetapi hasilnya tetap menghampakan.

Akhirnya, Puan Hajah mengambil keputusan memasukkan anaknya ke program Motivasi Alihan Pelajar. Setelah dua hari dimotivasikan, Naufal nampak insaf dan mula meninggalkan tabiat buruknya itu. Malangnya, kesan motivasi itu bertahan selama beberapa hari sahaja dan selepas itu Naufal kembali ketabiat lamanya. Apabila Puan Hajah pulang dari sekolah, dia dapati anaknya tiada di rumah. Naluri keibuan itu berat merasakan, anaknya kembali kepada perangai lama. Beliau lalu memandu keretanya dan terus ke pusat permainan video yang menjadi lokasi anaknya serta rakan-rakannya melepak.

Memang benar sangkaannya itu, anak sudah kembali ketagih permainan video. Dia turun dari keretanya dengan perasaan yang mendengus-dengus. Dadanya turun naik menahan kemarahan. Dia mempercepatkan langkah kakinya. Apabila tiba di pintu masuk pusat video itu kakinya terhenti. Dia teringat satu pesanan yang pernah diterima olehnya tidak lama dahulu, " Kalau kita mahu anak-anak kita berubah maka kita mesti berubah sama." " Hendak berubah macam mana?" fikirnya. Tiba-tiba dia mendapat ilham, jika selama ini dia menyerang dan memarahi anaknya, kali ini dia cuba bersabar. Dia sedar tindakannya memarahi anak selama ini terbukti satu tindakan yang sia-sia.

Apabila dia masuk ke pusat siber itu, dia perhatikan anaknya begitu asyik bermain dengan permainan video. Lalu dia menarik satu kerusi dan duduk di sebelah anaknya itu tanpa mengeluarkan sebarang kata-kata. Hampir sepuluh minit dia di situ anaknya langsung tidak menyedarai kehadirannya. Bukan anaknya tidak perasan kehadiran seseorang cuma dia tidak dapat menoleh kerana kalau dia berbuat demikian bimbang nanti game over pulak. Tetapi akhirnya permainan itu tamat juga.

Waktu itu barulah dia menoleh ke sisi dan alangkah terkejutnya apabila mendapati yang sedang memerhatikan gelagatnya sejak tadi adalah ibunya sendiri. Wajahnya ketakutan. Dalam keadaan panik dan kelam kabut itu si ibu lalu bersuara, " Nanti, nanti, nanti... kamu bayar hingga pukul berapa?" " Hingga pukul lima petang emak," balas Naufal dengan nada suara yang terketar-ketar. " Hmm... ada sepuluh minit lagi, rugi ni," kata si ibu lagi." " Eh, tidak mengapa mak, sudah lama," balas Naufal lagi dalam keadaan dirinya yang masih terpinga-pinga. " Kalau begitu jom balik," kata ibunya lagi.

Puan Hajah dan anaknya Naufal beredar dari pusat siber itu. Dalam hatinya, Tuhan saja yang tahu bertapa arahnya dia. Mahu saja dia melepaskan kemarahannya seperti yang pernah dilakukannya sebelum ini. Tapi dia tahu, kalau itu yang dilakukannya hasilnya tetap sama. Naufal tidak akan insaf. Masuk sahaja dalam kereta, Naufal pula terfikir habislah dia kali ini. Pasti ibunya memarahinya dengan teruk. Tapi apa yang dia sangkakan tidak berlaku.

Dia sudah bersedia dimarahi malah dia sudah bersedia dengan alasan-alasannya. Namun ibunya tetap diam sepanjang perjalanan itu. Sampai sahaja di rumah, Puan Hajah meninggalkan anaknya di ruang tamu. Tanpa sepatah pun perkataan keluar dari mulutnya dia terus berjalan menunju ke biliknya. Dia berwuduk bagi meredakan kemarahannya. Dia tunggu waktu solat Maghrib yang sudah semakin hampir dan terus bersolat bagi memperolehi ketenangan.

Selesai sahaja menunaikan solat Maghrib, si ibu terus berfikir apa lagi yang dapat dilakukan bagi anaknya ini. Masuk program motivasi, jumpa kaunselor, minta ustaz buatkan solat hajat, beri minum air Yasin dan hampir semua usaha dilakukannya. Namun Tuhan belum izinkan anaknya berubah. Akhirnya beliau terfikir untuk buatkan sendiri solat hajat untuk anaknya ini. Sebelum ini pun dia pernah buatkan solat hajat untuk anaknya tetapi kali ini agak berbeza. Hatinya benar-benar ingin mengadu pada Tuhan.

Puan Hajah berdiri di atas sejadah lalu mengangkat tangan bagi mendirikan solat hajat itu. Waktu itu segala kemarahan dan kekecewaannya bertukar menjadi kesedihan. Dia tidak mampu lagi menahan sebak di hati. Semasa mengangkat takbir, air matanya mengalir deras. Dia menangis semasa berdirinya, rukuk dan sujudnya. Selesai sahaja menunaikan solat hajat dia terus berdoa. Tangisan hiba semakin kuat lebih-lebih lagi semasa dia menyebut nama anaknya, " Ya Tuhan, berikanlah petunjuk kepada anakku Naufal, ya Tuhan. Sudah habis rasanya ikhtiarku. Aku hanya mampu berdoa dan memohon padamu sahaja ya Tuhan." Tangisan hiba dan rintahan itu kedengaran hingga ke luar bilik.

Naufal yang berada di luar bilik mengetuk pintu bilik berkali-kali tapi tiada sebarang jawapan. Puan Hajah langsung tidak mendengar ketukan itu. Tumpuannya terhadap Tuhan begitu khusyuk hingga menutup pendengarannya. Lalu Naufal memberanikan diri menolak daun pintu itu. Semasa dia melangkah masuk ke dalam bilik, dia lihat ibunya sedang sujud, menangis, sambil berdoa dan menyebut namanya. Hati anak mana dapat menahan hiba melihat keadaan ibu sebegitu.

Lebih-lebih lagi Naufal baru beberapa hari pulang dari program motivasi. Hatinya sebenarnya sudah disentuh cuma kekuatannya masih belum mencukupi untuk berubah. Melihat keadaan ibunya itu, Najfal terus menerpa, melutut lalau memeluknya. Spontan dia berkata, " Mak, Naufal minta maaf mak, Naufal bersalah mak, Naufal berdosa mak, ampun mak Naufal tidak buat lagi, Naufal janji mak." Kedua-duanya berpelukan dalam tangisan dan ketika itulah Tuhan makbulkan doa ibu tadi. Naufal benar-benar berubah selepas itu sehingga berjaya berlajar ke peringkat universiti.

Itulah kekuatan doa. Malah kepasrahan ibu tadi berdoa bergitu berkesan pada emosi anak itu. Kesan emosi itu cukup mendalam hingga memberikan satu kekuatan, motivasi dan azimat dalam diri si anak untuk terus berubah. Memang betul ada antara kita tidak pernah lupa mendoakan anak-anak. Baguslah kalau begitu. Tapi berapa kerap kita betul-betul berdoa, benar-benar pasrah seperti kisah ibu di atas tadi? Mungkin sekali, mungkin dua kali. Mungkin juga tidak pernah walau sekali.

Renung-renungkan...