CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Isnin, 24 November 2008

KALA MALAM BULAN MENGAMBANG


Emm...sebenarnya tajuk kat atas tu tajuk sebuah filem takder kena mengene pun dengan apa yang hendak saya tulis kat bawah...saje jer suka nak tulis tajuk tu...hehehe

Lama sangat rasanya tak kemas kini lurah rasa, selama saya pulang ke kampung rasa-rasanya hampir seminggu lebih. Alhamdulillah kesihatan mak di kampung semakin pulih, dah boleh pergi ke tandas sendirian, dah nak makan dan hampir tidak kedengaran rengekkan 'aduh' di tengah malam minta disapukan minyak panas di badan yang kian mengecut...sakit di seluruh sendi.

Walau mata terasa kelat menahan mengatuk, namun saya gagahi juga menuang minyak panas di tapak tangan dan disapukan di serata badan...susut badan yang dulunya berisi bagai tinggal tulang dan kulit. Usia tak ler setua mana tapi keuzuran menelan usia kalau nak dikira baru 56th tapi sudah tidak kelihatan isi pada susuk badan.

Berjalan berkaki tiga tapi masih perlukan dua kaki lagi untuk menyokong diri melangkah menuju ke bilik kecil. Selangkah demi selangkah, langkah diatur perlahan terasa terlalu berat penuh sabar mengampu lengan mak, sesekali tangan saya lepaskan melihat sejauh mana kekuatan mak menggagahi diri...kekadang hilang keseimbangan, pantas saya menyambut tubuh yang seakan mahu tumbang.

Mak memang kecil molek orangnya dan berkulit putih kalau sebelum sakit badannya agak berisi tapi sekarang.... sempat juga saya berseluroh " dah macam nyonya tua jer..." kata saya sambil ketawa kecil sambil disambut dengan senyuman dari mak.

Sempat juga saya memandikan mak, rambutnya saya syampo, badannya disabunkan, gigi nak saya gosokkan tapi tak payah katanya walau pun tangan mak masih sakit dan bengkak tapi mungkin dia lebih selesa mengosok giginya sendiri.

Selepas mandi baju saya pakaikan, rambut yang yang dulu hitam kelat kini sudah semakin memutih saya sisirkan, bedak wangi disapu rata ke seluruh muka. Masih cantik lagi mak aku ni...detik hati. Mak kata rambutnya dah panjang dan terasa rimas, esoknya saya tanya mak nak saya potongkan rambut, tak sangka mak nak... apa lagi saya pun potonglah... emm tak sangka ada bakat potong rambut orang. Barulah nampak kemas dan tak rasa rimas lagi.

Itu ketika empat atau lima hari yang lalu, tapi selepas itu keadaannya semakin membaik dan dah tak menggunakan kaki tambahan atau sudah tidak perlu diampu lagi.

Pada hari saya dan anak-anak mahu pulang ke rumah, kelihatan mak berjalan ke bawah sepohon pokok nan rendang di hadapan rumah jiran sebelah, ada bangku besar di bawahnya. Rasanya tempat tu sudah menjadi tempat bersembang diwaktu singgang.

Sebenarnya sakit mak bukan ler tenat sangat hanya sakit darah tinggi, gaout, lemah jantung dan sakit-sakit sendi. Tapi kata orang kalau kita semakin tua sesekali nak juga bermanja dengan anak-anak... saya pun tak kisah kalau mak bersikap demikian saya lagi rasa berbesar hati.

Sempat juga mak berpesan supaya saya berhati hati ketika memandu. Inilah pertama kali saya memandu pulang ke kampung bersendirian bersama anak-anak. Sesungguhnya mak memberi kakuatan untuk saya memandu sejauh berkilo-kilometer.

bonda yang jauh di mata

tetap gah bertahta di hati

takkan ku melupai

walaupun terkadang masa begitu mencemburui

terkadang terbergantungan membatasi

bukan ku tak menyayangi

tanggungjawab menggalasi

ku tahu kau sunyi

bukan ku tak merindui

hanya Allah yang mengtahui

bertapa hati ini menangisi

hanya doa ku kirimi

agar kau di rahmati

moga selamat pergi dan kembali

ingatlah anakmu yang satu ini

walau pun diri ini tak dimanjai

kasih sayangmu tetap ku idami

kasih ku jua ku taburi

wassalam







21 Luah rasa:

Memory berkata...

alhamdulillah.. ibu puan makin sihat...

alhamdulillah... ibu puan punyai anak seperti puan... sejuk hati ibu mengandungkan..

Sejenak terkenang ibu di kampung..

siapalah kita tanpa ibu yang melahirkan..

naz ilyn berkata...

memory...

terima kasih...begitulah tanggungjawab kita sebagai anak...dulu masa kecil dialah yang membelai kita...kini tiba giliran kita pula..

ku tak sempurna berkata...

masa kita kecil, ibulah yang tolong picit, tolong garu... skrg bila mereka sakit, kita patut memblsnya... tp kadangkala kekangan masa, sibuk dgn keluarga sendiri, menyebabkan kesempatan utk menguruskan mereka terhad...

kasih ibu kasih sejati...

naz ilyn berkata...

ku tak sempurna...

sebab tu ler mak berkeras nak ikut kak ngah balik terengganu sebab kak ngah boleh jaga mak sepenuh masa...lagi pun anak dia cuma dua org...yang kecil pun dah berusia 10th...kalau dibandingkan dengan sy yang ada anak ramai dan masih kecil...

p/s: bukan ku tak sayang...

azza_irah berkata...

salam kak..
napa tah hati rs tersentuh baca entry ni..sebak rs hati bila ibu ayah disentuh..
mg akak tabah..semakin kuat..

tringtkan mak..

PENDEKAR berkata...

selagi ada bonda, semai bakti padanya, kerna bila sudah tiada, semua menjadi kosong, masa seakan terhenti,

;-)

naz ilyn berkata...

azza...

sebenarnya hati ni berat sangat nak menulis entry ni...bukan apa taknak yang membaca turut terasa...

p/s: hanya luah rasa pelipur lara..

```````````````````````````````````

pendekar...

apa pun kerenahnya ketika sakit sebolehnya saya turutkan dengan rasa bukan membebankan...

p/s: bersyukur kerana diberi kesempatan menjaganya ketika sakit...agar tidak terkilan.

Mawar_MeLaTi berkata...

Salam akak...
Nice cite nie, t'sentuh hti bla m'baca nya. Smentara ibu bpa msih ada ini lh pluang kta nak jga mreka. Alangkah b'tuahnya klu kita smua b'jya mjadi seorang anak yang soleh dan soleha.

naz ilyn berkata...

mawar melati...

wasalam...moga anak-anak akak menjadi anak yang soleh dan soleha...amin.

azza_irah berkata...

salam..
apa kabar kak naz malam ni..
azza nak btanya kabar takde shoutbox kat depan..
terasa sgt nak kenal akak...dh lama ada dlm list tapi lum sempat nak kenal mesra..

naz berkata...

wasalam azza...

teraian hujan memecah kedingin malam...terasa lembut sapaan angin menyentuh pipi...budak-budak dan bapak budak dah masuk tidur tinggal mak budak tengah menyusun bicara...

blog akak ni antik sikit azza...apa yang ada itulah yang termampu...tapi akan akak usahakan tungguler nanti yer...

p/s: berbesar hati dapat bergaul mesra..

Tie berkata...

Sayu rasa hati bila baca entry ilyn ni.. Tie memang mudah tersentuh, dan beruntunglah ilyn kerana dapat membahagiakan ibu sendiri.Tie ni jauh dari parents, entah bila pula dapat berjumpa..hu hu..

naz ilyn berkata...

tie...

hai...kak tie pagi-pagi dah masuk dah buat sarapan ker...

bersabar yer kak tie...berbakti pada suami pun besar juga ganjarannya...

tintaHati berkata...

Kali terakhir saya sikatkan tok, bedak dan wangikan dia semasa tubuhnya saya balutkan dengan kain kapan..itulah memori terakhir saya bersama dgn jasadnya....

azlin hashim berkata...

hah akak dah up date pun blog/... lama dah .. sedih kan kalau ingat kan pergorbanan seorang ibu.. sedih! tak dpt nak diluah dgn kata2betapa besarnya jasa mereka.

naz ilyn berkata...

Salam...

tahziah...dia pergi jua
menyahut panggilan
tabahkan hati relakan ia pergi
biar kenangan terpahat di sanubari
rasa terkilan tiada lagi
segala bakti telah diberi
semoga rohnya aman abadi
amin..

p/s: sabar yea tinta...

```````````````````````````````````

azlin...

akak dah lama update...azlin jer lama tak menjengah...hehehe
selagi terdaya berbuat baktilah..kalau dikira tak terbalas jasanya pada kita...

Qaseh berkata...

allhamdulliah..harap bonda akak sentiasa dirahmati allah dengan kesihatan yang baik dan berpanjangan..

teringat juga kat mak..walaupun mak selalu ada depan mata, tapi kadang tersentuh rasa bile dia menyebut... " pinggang mak selalu sakit-sakit, kadang2 tangan mak kebas-kebas"....
sedih dengar...

MAZEMIE MAZ berkata...

Asslmk,

Salam singgah.

Bonda adalah segala-galanya. Dia penawar dan pelita hati kita. Hamba bersyukur kerana usia bonda hamba masih lagi panjang. Hamba kerap berdoa untuknya, sebagaimana bonda kerap berdoa untuk kebaikan dan kesejahteraan hamba.

naz ilyn berkata...

Qaseh...

kekadang dia hanya nak mengaduh...bukan niat nak menyusahkan anak2...alahai apalah salahnya picit-picit mana yang sakit bukan nak beria-ia sangat atau tanya yang mana sakit...kalau dia ada ubat...ambil ubat beri dia makan...insya Allah

p/s: yang penting ilmu ikhlas perlu ada...

```````````````````````````````````

wasalam mie maz...

selamat menyinggah...
kalau kita berjaya, sihat atau cemerlang dalam hidup...sesungguhnya ada doa ibu disebaliknya...

Al Khalifah berkata...

Teringat lagu Mamat Exist bila bincang pasal ibu...memang klas susunan liriknya...Oh Ibu.....!

naz ilyn berkata...

Al khalifah...

Sampai sekarang kalau mendengar nyanyian Mamat Exist hati menjadi hiba... air mata bagai mahu berderai...

bagai lautan kering
tiada tempatku layarkan
hasaratku ini masih belum sempat
ku buktikan padamu ibu tersayang
huhuhu...