CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Sabtu, 8 November 2008

DOA SEORANG IBU


Hati ibu mana yang tidak sedih. Malah ada ketikanya Puan Hajah hilang sabar lalu dicarinya Naufal di pusat video itu. Dia pernah memarahi Naufal di hadapan rakan-rakannya dengan niat mahu memalukannya. Fikirnya apabila anaknya malu maka dia berhenti dari tabiat buruknya itu. Nampaknya tindakan itu tidak berhasil. Malah dia juga pernah memarahi rakan-rakan Naufal yang sama-sama membuang masa di situ. Namun hasilnya tetap sia-sia. Dia juga pernah memarahi tauke pusat video itu tetapi hasilnya tetap menghampakan.

Akhirnya, Puan Hajah mengambil keputusan memasukkan anaknya ke program Motivasi Alihan Pelajar. Setelah dua hari dimotivasikan, Naufal nampak insaf dan mula meninggalkan tabiat buruknya itu. Malangnya, kesan motivasi itu bertahan selama beberapa hari sahaja dan selepas itu Naufal kembali ketabiat lamanya. Apabila Puan Hajah pulang dari sekolah, dia dapati anaknya tiada di rumah. Naluri keibuan itu berat merasakan, anaknya kembali kepada perangai lama. Beliau lalu memandu keretanya dan terus ke pusat permainan video yang menjadi lokasi anaknya serta rakan-rakannya melepak.

Memang benar sangkaannya itu, anak sudah kembali ketagih permainan video. Dia turun dari keretanya dengan perasaan yang mendengus-dengus. Dadanya turun naik menahan kemarahan. Dia mempercepatkan langkah kakinya. Apabila tiba di pintu masuk pusat video itu kakinya terhenti. Dia teringat satu pesanan yang pernah diterima olehnya tidak lama dahulu, " Kalau kita mahu anak-anak kita berubah maka kita mesti berubah sama." " Hendak berubah macam mana?" fikirnya. Tiba-tiba dia mendapat ilham, jika selama ini dia menyerang dan memarahi anaknya, kali ini dia cuba bersabar. Dia sedar tindakannya memarahi anak selama ini terbukti satu tindakan yang sia-sia.

Apabila dia masuk ke pusat siber itu, dia perhatikan anaknya begitu asyik bermain dengan permainan video. Lalu dia menarik satu kerusi dan duduk di sebelah anaknya itu tanpa mengeluarkan sebarang kata-kata. Hampir sepuluh minit dia di situ anaknya langsung tidak menyedarai kehadirannya. Bukan anaknya tidak perasan kehadiran seseorang cuma dia tidak dapat menoleh kerana kalau dia berbuat demikian bimbang nanti game over pulak. Tetapi akhirnya permainan itu tamat juga.

Waktu itu barulah dia menoleh ke sisi dan alangkah terkejutnya apabila mendapati yang sedang memerhatikan gelagatnya sejak tadi adalah ibunya sendiri. Wajahnya ketakutan. Dalam keadaan panik dan kelam kabut itu si ibu lalu bersuara, " Nanti, nanti, nanti... kamu bayar hingga pukul berapa?" " Hingga pukul lima petang emak," balas Naufal dengan nada suara yang terketar-ketar. " Hmm... ada sepuluh minit lagi, rugi ni," kata si ibu lagi." " Eh, tidak mengapa mak, sudah lama," balas Naufal lagi dalam keadaan dirinya yang masih terpinga-pinga. " Kalau begitu jom balik," kata ibunya lagi.

Puan Hajah dan anaknya Naufal beredar dari pusat siber itu. Dalam hatinya, Tuhan saja yang tahu bertapa arahnya dia. Mahu saja dia melepaskan kemarahannya seperti yang pernah dilakukannya sebelum ini. Tapi dia tahu, kalau itu yang dilakukannya hasilnya tetap sama. Naufal tidak akan insaf. Masuk sahaja dalam kereta, Naufal pula terfikir habislah dia kali ini. Pasti ibunya memarahinya dengan teruk. Tapi apa yang dia sangkakan tidak berlaku.

Dia sudah bersedia dimarahi malah dia sudah bersedia dengan alasan-alasannya. Namun ibunya tetap diam sepanjang perjalanan itu. Sampai sahaja di rumah, Puan Hajah meninggalkan anaknya di ruang tamu. Tanpa sepatah pun perkataan keluar dari mulutnya dia terus berjalan menunju ke biliknya. Dia berwuduk bagi meredakan kemarahannya. Dia tunggu waktu solat Maghrib yang sudah semakin hampir dan terus bersolat bagi memperolehi ketenangan.

Selesai sahaja menunaikan solat Maghrib, si ibu terus berfikir apa lagi yang dapat dilakukan bagi anaknya ini. Masuk program motivasi, jumpa kaunselor, minta ustaz buatkan solat hajat, beri minum air Yasin dan hampir semua usaha dilakukannya. Namun Tuhan belum izinkan anaknya berubah. Akhirnya beliau terfikir untuk buatkan sendiri solat hajat untuk anaknya ini. Sebelum ini pun dia pernah buatkan solat hajat untuk anaknya tetapi kali ini agak berbeza. Hatinya benar-benar ingin mengadu pada Tuhan.

Puan Hajah berdiri di atas sejadah lalu mengangkat tangan bagi mendirikan solat hajat itu. Waktu itu segala kemarahan dan kekecewaannya bertukar menjadi kesedihan. Dia tidak mampu lagi menahan sebak di hati. Semasa mengangkat takbir, air matanya mengalir deras. Dia menangis semasa berdirinya, rukuk dan sujudnya. Selesai sahaja menunaikan solat hajat dia terus berdoa. Tangisan hiba semakin kuat lebih-lebih lagi semasa dia menyebut nama anaknya, " Ya Tuhan, berikanlah petunjuk kepada anakku Naufal, ya Tuhan. Sudah habis rasanya ikhtiarku. Aku hanya mampu berdoa dan memohon padamu sahaja ya Tuhan." Tangisan hiba dan rintahan itu kedengaran hingga ke luar bilik.

Naufal yang berada di luar bilik mengetuk pintu bilik berkali-kali tapi tiada sebarang jawapan. Puan Hajah langsung tidak mendengar ketukan itu. Tumpuannya terhadap Tuhan begitu khusyuk hingga menutup pendengarannya. Lalu Naufal memberanikan diri menolak daun pintu itu. Semasa dia melangkah masuk ke dalam bilik, dia lihat ibunya sedang sujud, menangis, sambil berdoa dan menyebut namanya. Hati anak mana dapat menahan hiba melihat keadaan ibu sebegitu.

Lebih-lebih lagi Naufal baru beberapa hari pulang dari program motivasi. Hatinya sebenarnya sudah disentuh cuma kekuatannya masih belum mencukupi untuk berubah. Melihat keadaan ibunya itu, Najfal terus menerpa, melutut lalau memeluknya. Spontan dia berkata, " Mak, Naufal minta maaf mak, Naufal bersalah mak, Naufal berdosa mak, ampun mak Naufal tidak buat lagi, Naufal janji mak." Kedua-duanya berpelukan dalam tangisan dan ketika itulah Tuhan makbulkan doa ibu tadi. Naufal benar-benar berubah selepas itu sehingga berjaya berlajar ke peringkat universiti.

Itulah kekuatan doa. Malah kepasrahan ibu tadi berdoa bergitu berkesan pada emosi anak itu. Kesan emosi itu cukup mendalam hingga memberikan satu kekuatan, motivasi dan azimat dalam diri si anak untuk terus berubah. Memang betul ada antara kita tidak pernah lupa mendoakan anak-anak. Baguslah kalau begitu. Tapi berapa kerap kita betul-betul berdoa, benar-benar pasrah seperti kisah ibu di atas tadi? Mungkin sekali, mungkin dua kali. Mungkin juga tidak pernah walau sekali.

Renung-renungkan...

18 Luah rasa:

faridmw berkata...

salam..
ibu akan sentiasa mendoakan anak2 nya.. tpi adakah anak2nya akan medoakan untuknya...

yaallah engkau rahmati lah ibu2 kami...

utopia berkata...

emm doa ibu selalu doakan anaknya
tapi kita doakan mak kita x... emm satu persoalan yg bagus kan

naz ilyn berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
naz ilyn berkata...

farid..

kepadaMU ilahi
pohonku Kau ampuni
pada kedua ibubapa yang dikasihi
moga mereka dirahmati
itulah anak yang berbakti

p/s: berdoalah untuk kesejahteraannya selagi mampu dan terdaya.
```````````````````````````````````

utopia..

sedari kecil hingga dewasa
kita dijaga dan dimanja
sanggupkah kita membiarkannya
hanya doa yang diharapinya

p/s: ibu yang mendoakan anak-anak insya Allah.. anak2 pun mendoakannya.

BaYu SenJa berkata...

Sedihnya banyak ibu bapa lepas tangan.. Tak fikir banyak tentang tarbiyah.

bicara mereka sudak cukup makan pakai..

Doa ibu bapa merupakan tarbiyah paling berkesan..

tentang respon farid dan utopia timbul pula persoalan, apakah ibu dan bapa sekarang tidak mendoakan anak-anak mereka sehingga menyebabkan ramai anak-anak apatah lagi tidak mendoakan ibu bapa mereka?

Hadis Nabi,
"Redho Allah itu ada pada keredhaan ibu bapa. Dan kemurkaan Allah itu ada pada kemurkaan ibu bapa"

chekdenoor berkata...

Salam,

Inilah fenomena zaman global..... anak-anak terdedah kepada pelbagai modenisasi....... so.....

Kalau ada orang lama kata....aku ada anak 10 pun semuanyer boleh jadi orang........ korang ni...baru 3...pun susahnyer nak jaga...... hehehehehe

Dulu..... 10 anak...bangun tido....boleh lompat keluar rumah main kat seluruh ceruk kampung.... tahu-tahu....balek rumah hanya untuk makan sahaja....... Persaingan education tak senget....so....lulus skit jer dah boleh masuk u....boleh pegang jawatan tinggi.

Sekarang.... 3 anak sahaja pun....kena pastikan duduk dalam rumah.... kalau nak keluar kena pastikan selamat...banyaknyer orang jahat yang tunggu masa jer nak colek anak kita.... so.....berat tu tugas ibu bapa zaman ini...... Then kena pastikan dapat banyak A dalam exam..... sebab susah nak dapat tempat diasrama atau di U ...

Inilah anatara cabaran zaman global......

Ibu...dulu mahu pun sekarang....sememangnyer selalu berdoa...mengharapkan yang terbaik untuk anak-anak....

naz ilyn berkata...

Salam..

percayalah...doa ibu sentiasa ada
walau tidak terlihat di mata
tidak tedengar di telinga
kelangsungan itu pasti ada
walau lintasan di hati cuma
jangan di fikir doa si bonda
sebagai anak kewajipan harus dikota

p/s: doalah untuk ibu...walaupun ibu tidak pernah mendoakan kita..( ada ker ibu yang tidak pernah mendoakan anak..??)
```````````````````````````````````

chekde...

betul tu...zaman sekarang mendidik anak-anak besar cabarannya...bayangkan baby yang baru lahir aje dah pandai tengok tv...kalau dulu kita bebas untuk bermain ke mana saja..tapi sekarang perlu pengawasan dari ibubapa walaupun hanya bermain di depan rumah.

pendidikan juga sudah jauh ke depan..ramai anak-anak kita yang bijak-bijak..kalau nak menduduki tempat di asrama atau di 'u' bukan aje perlu bijak tapi lebih dari itu.

p/s: ibu mana yang tidak mendoakan anak-anak..sedangkan ia lahir dari rahim kita sendiri..

etomyam berkata...

doa ibu mujarab dan kasih ibu sepanjang hayat...tp kasih anak berubah arah bila dah besar....sedihnya

ku tak sempurna berkata...

zaman dah berubah... pendekatan utk mendidik anak pun kena berubah...

Mawar_MeLaTi berkata...

Salam, cite nie btul2 myentuh hati saya.. Smg kta smg b'jaya mjdi seorng ibu yang dapat m'bimbing anak2 dgn sempurna. Amin.

naz ilyn berkata...

etomyam..

janganlah kasih anak berubah arah..kerana tiada kasih yang lebih sempurna dari kasih Allah dan kasih ibu..

p/s: kasih ibu bawa ke syurga

```````````````````````````````````

ku tak sempurna...

dunia berubah mengikut zaman
arus modenisasi kian berkembang
hanya doa ibu yang masih berterusan
mengharap anak tidak mudah kecundang

p/s: semua pasti berubah..doa ibu tetap gah..

```````````````````````````````````

mawar...

AMIN....terasa tidak bergunanya menjadi seorang ibu jika anak yang kita lahirkan tiada seorang pun yang berjaya di dunia juga di akhirat..(minta dijauhkan)

p/s: anak..merupakan anugerah, tanggungjawab, amanah juga dugaan.

arryani berkata...

Anak saya baru 10 thn. Minta2 saya tak alami nasib spt ini. Walau bagaimanapun setiap dugaan yang tuhan bagi itu akan disusuli kesenangan. Saya percaya nasib Hajah tu akan lebih baik satu hari nanti. Malah lebih baik dari yg kita alami. Wallahuallam

JINGGO berkata...

salam perkenalan puan : seronok baca entry ni - itu lah fitrah manusia.tidak suka berubah : saya terlibat terus dalam program pembikinan munsia.tentunya saya kena mulakan dgn diri sendiri...apa yg puan hajjah buat adalah satu ketepatan...semuga allah memberkati kita untuk hari2 seterusnya...

naz ilyn berkata...

arryani...

begitu besar harapan ibu
ingin melihat anak berjaya
bukan hanya di dunia
tapi di akhirat juga

p/s: tiada yang lebih membahagiakan bila melihat kejayaan anak

```````````````````````````````````

jinggo...

salam kenal juga..

bukan suatu yang mudah untuk seseorang berubah..ianya perlukan kekuatan rohaniah dan batiniah..itulah perlunya doa sebagai kakuatan yang datang dari dalam diri kita sendiri dan dengan izinNya.

Unrestmind berkata...

salam naz..sy jarang bca post panjang2 cmni..klu bca pn...bca pangkal n hujung je..tp post ni sy bca abis,,demi allah..sy pn x tau nape sy bca smpai abis..
Doa akn dipandang oleh allah klu kita ade masukkn pujian2 utk allah,slawat nabi,kedua ibubapa kita n muslimin n muslimat..dan seterusnya..amalkn bca YA MUJIB n surah al Ikhlas klu nk memohon sesuatu..insya allah akn trmakbul..

naz ilyn berkata...

salam unrestmind..

terima kasih..mungkin ada sesuatu yang membuat anda terpanggil untuk menghabiskan bacaan anda..mungkin ingin mengetahui bagaimana p. hajah mengatasi anaknya yang bermasalah dengan doa yang berkesan.

p/s: info yang amat berguna..terima kasih.

Princess Liyana berkata...

btoltu..setiap ibu memang akan sentiasa doakan ank3nya;)

naz ilyn berkata...

liyana...

saling doa mendoa antara satu sama lain