Kita sering kali berangan
membayangkan hari-hari tua berdua
bercerita tentang bahagianya cinta
selepas berumah tangga
tentang susah payah
membentuk anak-anak menjadi manusia
tentang impian-impian silam
yang tidak kesampaian
separuh jalan...
atau...
barangkali tersasar jauh dari harapan
waktu itu macam-macam yang aku angankan
macam-macam juga yang kau harapkan
lalu angan dan harapan itu
kita gantungkan di tangga impian
kini tidakkah aku nanar tatkala kau hilang
pohon tempatku berteduh rebah
dahan tempat berpaut patah
dan kau pergi membawa bersamammu
angan harapan dan impian
untuk aku merealisasikannya
seorang....
Buat sahabat pembaca sekalian... apa yang saya nukilkan di atas sedikit pun tiada kena mengena dengan saya atau sesiapa, sama ada yang hidup atau yang telah meninggal dunia. Ianya adalah sekadar nukilan dari sebuah novel Salam Terakhir... mungkin ada sesuatu yang boleh dikongsikan bersama...
p/s : Cuti sekolah akan bermula dan saya akan pulang ke kampung di Kota Tinggi untuk menjaga ibu yang kurang sihat buat beberapa hari. Semoga segalanya berjalan seperti yang dirancang... bagi yang hendak membawa anak-anak bercuti... selamat bercuti.



13 Luah rasa:
Assalamualaikum...
Pertama sekali terima kasih diatas singnggahan saudari tempuh hari. Takala ini pelbagai isu timbul dia dalam kehangatan politik Malaysia.
Secara dasar saya setuju dgn penayangan itu.. cuma usia anak anak tu perlu juga diambil kita.
Setiap perkara ada pro dan contra, dan perlu diolah dgn fikiran terbuka dgn panduan agama.
Semoga ia nya memberi impak pada anak anak secara khusus dan ibubapa secara am tentang pentingnya mengingati mati.
Salam ilyn. Harap2 ini bukan salam terakhir buat ilyn. Apa maknanya nukilan terbaru ini, ekk?? Tak berani nak meneka.
zul...
sesama...memang pada dasarnya ramai juga yang setuju...tapi masih ada yang boleh dipersoalkan..
```````````````````````````````````
salam tie...
kak tie...jangan cakap camtu...saja jer tulis, mungkin ada sesuatu yang boleh diperkatakan untuk dikongsi bersama...tak gitu.
p/s : disaat kita gembira bersama orang-orang yang kita sayang yang sentiasa berada di samping kita...hargailah
Indahnya kata-kata.
emm salam terakhir salam yg teristimewa
itu alyarham sudiman punya cite...
emm suah ke didik anak2 ekk
sy nampak cuma kasi makan dan antar ke sekolah 2je
selamat bercuti, smg bermanfaat dan semoga bahagia ya kak..
:)
salam ilyn...
tulisan tu membuatkan saya teringat kakak ipar saya yang telah pergi.
hidup nie banyak impian....mudah-mudahan tercapai.
Baru tinta perasaan entry2 ini boleh komen rupanya. Selama ni tinta tercari2 juga ruang komentar. barangkali mata ni sudah rabun saban ari mengadap laptop.
salam,
selamat pulang, dan berhati-hati selalu...
salam kak..puitis2..
terima kasih utk semua komen2nye ya..sy dh balas semuanye..sy dh kembali mnyambung semester baru..insyaALLAH,nant sy menulis lg..
Salam naz,
Dah lama tak menjengah, apa citer best agaknye ye...
Selamat bercuti pada yg bercuti, selamat bertugas pada yg bertugas cam biasa. Namun, cuti2 sekolah sebegini memberikan satu ruang terbaik buat kami para pendidik utk muhasabah diri setahun berlalu apakah tercapai maksud dan kehendak pengisian pendidikan utk anak2 bangsa(?). Dan, tahun baru yg bakal menjelang memberikan satu semangat, iltizam dan kesungguhan baru utk memperkemas diri, membetulkan niat di hati, memperbaiki mana2 yg salah dan silap, dan utk lebih bersedia menggalas amanah mendidik anak bangsa - Amanah Tuhan! amin.
Lamanya tak update ni...takkan abis idea kot?? Hi hi...
azlin...
indah kata-kata
seindah bulan purnama
penyejuk hati nan lara
pengubat sakit di jiwa
p/s: saje main kata-kata
```````````````````````````````````
utopia...
bela anak bukan macam bela si comot dik...tanggungjawab dan amanah perlu digalas sebaik mungkin.
p/: nak jaga si comot pun bukannye senang..
```````````````````````````````````
dihah...
tq...dihah, untuk dihah juga.
```````````````````````````````````
shais...
terima kasih sudi menjengah...yang pergi biar ler pergi...yang hidup teruskan perjuangan...gapai impian selagi terdaya..
p/s: tidak salah berimpian tapi jangan sampai terlalu panjang angan-angan.
```````````````````````````````````
tinta...
tu ler pasal... sekali sekala keluar-keluar ler memandang pepohon nan hijau di luar
```````````````````````````````````
bima...
terima kasih bima..
```````````````````````````````````
shima...
akak pun dah baca semuanya...suka menjengah lk.
```````````````````````````````````
zul...
wasalam...manfaatkan cuti yang ada...
```````````````````````````````````
kak tie...
tu ler pasal...nak buang sawang bukannye senang...idea pun takder sebenonye...hehehe
Catat Ulasan