CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Isnin, 3 November 2008

Kisah Anak Kecil Baru Belajar Bertatih

Ada seorang anak kecil baru belajar bertatih. Semasa ibu sedang memasak di dapur tiba-tiba kakaknya menjerit, "Mak, mak, tengok adik, tengok adik!"

Si ibu terus memadamkan api di dapur dan bergegas ke ruang tamu, "Kenapa? Kenapa?" Si ibu melihat resah.

"Bukan mak, tengok adik sudah pandai bertatih," jawab kakak.

Mereka lalu bersorak melihat telatah si kecil itu. "Adik pandai, adik pandai, adik pandai," kata kakak dan ibu sambil bertepuk-tepuk tangan.

Adik tergelak-gelak kecil sambil cuba menapak. Setapak, dua tapak, tiga tapak, lalu jatuh.

Si kakak lalu pegang tangan adik, cuba membantunya bertatih semula sambil terus bersorak teruja, "Adik pandai, adik pandai, adik pandai."

Begitulah keadaannya yang berlaku hingga akhirnya anak kecil itu mamapu mengimbangi badannya lalu berjalan.

Cuba perhatikan peristiwa itu, adakah kita memarahi anak kecil itu semasa dia terjatuh? Tidak.

Adakah anak kecil itu faham makna perkataan ' adik pandai ' yang ditujukan kepadanya itu? Juga tidak.

Tapi kenapa anak itu teruja dan mempunyai motivasi bagi meneruskan usahanya bertatih? Sebab dia faham reaksi emosi kita. Reaksi kita memberikan dia isyarat, kita percayakan kebolehannya. Keseronokan kita membuatnya teruja bagi terus mencuba.

Inilah dikatakan pendekatan emosi dan emosi yang digunakan pula mestilah positif. Malangnya apabila anak-anak makin besar, kita lupakan pendekatan emosi ini.

Sebaliknya kita gunakan pendekatan rasional semata-mata. Kita marah anak kita apabila markahnya merah, kita tegur anak setiap kali mereka tersilap, kita sindir dan memperkecilkan kemampuan mereka

Akhirnya jiwa mereka semakin jauh daripada kita meskipun secara fizikalnya anak itu berada di depan mata kita. Emosi yang kita gunakan adalah emosi negetif, bukannya positif.

Apa yang saya coretkan di atas adalah sebahagian daripada isi kandungan dari buku Teknik Memotivasikan Anak Cara positif yang baru saya miliki. Banyak yang menarik di dalamnya , bukan saja dapat ilmu untuk membantu anak dalam meningkatkan kecemerlangan diri, tapi dapat berlajar cara yang lebih berkesan dalam mendidik dan memotivasikan anak-anak.

Sebenarnya sebagai ibu bapa banyak lagi kekurangan dalam mendidik anak-anak dengan cara yang lebih baik dan yang paling penting ianya berkesan.

Bukan sesuatu yang mudah untuk ibu bapa mempunyai anak yang pandai mengurus diri, belajar dengan cemerlang dan menyiapkan kerja sekolah tanpa disuruh, menunaikan ibadat wajib dan ditambah dengan ibadat sunat.

Betapa bahagianya hati ibu dan ayah memiliki anak-anak yang ringan tulang melakukan kerja-kerja di rumah, pandai menjaga diri, tahu memilih kawan, mendapat pencapaian cemerlang di sekolah hingga sendiasa menerima anugerah serta pujian dan sebagainya.

Bersedialah menjadi ibu bapa yang mampu menjadi pendidik, pembimbing, kaunselor, motivator pemimpin dan hero kepada anak-anak. Ibu bapa cemerlang ,melahirkan anak-anak yang menepa kejayaan yang gemilang.

12 Luah rasa:

azlin hashim berkata...

Salam kak, menarik sgt entry ni kak. Dlm mendidik anak ni kena pandai pd cara, jgn terlalu psiko mereka dgn kata2 & perbuatan.. seiring dgn usia mereka. salah mendidik cari puncanya dr kita.

Unrestmind berkata...

hye salam..insya allah klu sy mmpunyai anak kelak.. .sy akn mempraktikkn ape yg sy baca ni..

chekdenoor berkata...

Salam....

Chekdee....pun masa mula-mula anak pandai buat sesuatu yang baru....wah....bukan main happy......

Tapi...ada gak antara kawan-kawan yang suka buat cerita gurauan perlipur lara...cam ni ...

"Masa mula-mula anak boleh sebut mak atau abah......wah.... mak dan abah dier bukan main happy..... tapi bila sianak dah mula membesar...... sikit-sikit hal panggil mak.... sikit-sikit abahhhhh..... nak itu.... nak ini....... lantas si mak atau si abah....eishhhh budak ni....... asyik-asyik mak...asyik-asyik abah...... pergilah buat sendiriiiii......."

hehehehehehe..... masa tu...cam lain macam lah pulak..... hehehehehe

kisah pelipur lara aje......

naz ilyn berkata...

salam..

kenapa kita ingat cikgu yang kita suka dan yang kita benci..? kerana ia melibatkan kekuatan emosi..

```````````````````````````````````

unrestmind...

bagus ler kalau ada impian begitu..
moga-moga tercapai.

p/s: tunggu bila nak makan nasi minyak..hehehe

```````````````````````````````````

chekdee...

anak tak pandai berjalan..suruh berjalan, anak tak pandai bercakap suruh bercakap, bila dah pandai kena marah ler pulak..

p/s: pandai berjalan, pandai bercakap tidak bermakna..sudah pandai segalanya..

13may berkata...

:)

naz ilyn berkata...

salam..

hey..may..senyum tandanya suka..diam tandanya setuju..

p/s: jangan ler senyum..diam seribu bahasa..mahal ker kata-kata

azlin hashim berkata...

Out Of Topic>

BERITA TERKINI!!!!
MENURUT LAPORAN YG DI HANTAR DR PLANET SY, MENUNJUKKAN ANDA TELAH DI TAG! SILA SELESAIKAN TUGAS ANDA DGN SEBAIKNYA!!! UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA LAWATI KE BLOG SY. TERIMA KASIH ..

en_me berkata...

gittewww yerr..

ku tak sempurna berkata...

hmmmm... dgn kanak2 kena byk bersabar... byk benda yg mereka lakukan boleh mencabar kita, org dewasa

Al Khalifah berkata...

Salam dari Al-Khalifah,

"Apa yang saya coretkan di atas adalah sebahagian daripada isi kandungan dari buku Teknik Memotivasikan Anak Cara positif "

Saya menantikan buku 'Teknik Memotivasikan Ibubapa Cara Positif'...why?

Yalah ibubapa zaman sekarang ramai yang ditinggalkan anak-anak apabila besar dan kesunyian yang mereka alami perlukan pendekatan yg berbentuk motivasi juga...

Kalau dulu kita kagum apabila anak bertatih...mengapa kita seolah leka apabila melihat perubahan diri ibubapa kita sendiri yg semakin hari akan menjadi seperti 'bayi' juga....mulanya lemah sendi untuk berjalan, kemudian bertongkat...kerusi roda, last sekali dah tak boleh berjalan. Allah maha besar!

Zul-Elle berkata...

Salam dari mindamuallim.

Bila terkenang asuhan dan didikan yang diterima dari ibubapa yg. telah memungkinkan kita jadi "orang" pd. hari ini, ingin sekali nak dipraktikkan pada anak2 pula. Sayangnya, zaman berubah, suasana dan keadaannya juga turut sama berubah. Tuntutan dan keperluannya juga berlainan sama sekali. Sungguh! mendidik anak di zaman ini lebih mencabar dan menduga kesabaran, menuntut ketabahan, memerlukan kesungguhan... klu mahu mereka juga jadi "orang"...! Wassalam.

Al-BIMA SAKTI berkata...

salam,

ibu bapa gemilang,
anak-anak cemerlang.
ibu bapa alang kepalang,
anak-anak tunggang langgang...