CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Khamis, 30 Oktober 2008

" tak pandai masak....suami tegur..? "

Ramai pasangan muda hari ini yang tidak pandai memasak. Sejak kecil disuruh belajar sahaja sampai universiti. Bila berkahwin, isteri kena memasak di rumah sendiri dan di rumah mertua. Jika suami tidak memberikan sokongan moral, isteri akan berkecil hati.

Sebagai seorang isteri ungkapan atau kelakuan yang bagaimana yang ingin didengar apabila suami menegur apa yang isteri masak tak kena dengan seleranya. Apakah ungkapan atau kelakuan seperti di bawah ini yang ingin isteri dengar ? Apakah setelah mendengar ungkapan atau kelakuan tersebut isteri bersemangat untuk bersenseng lengan memasak untuk kanda tercinta...?

1. " masinnya...awak nak suruh saya kena darah tinggi ker..?"

2. " awak ni masak gulai ker...masak pengat ni...?"

3. " apasal takder rasa ni....macam air paip jer..."

4. makan sikit jer..nasi kat pinggan pun tak habis dimakan, padahal suami anda punya ler kuat makan.

5. " kenapa awak masak tak sama dengan mak saya masak..?"

6. " masakan mak saya lagi sedap...."

7. suami nak tegur tapi bercakap dengan anak " sedap tak mak masak hari ni...macam ada yang tak kena jer...?"

8. menjamah sikit jer lepas tu terus ambil kunci kereta..." nak pergi mana tu...?" " nak pergi makan kat kedai mamak.."

9. " dia ni nama jer lulus universiti, nak suruh masak gulai pun tak tau.."

10. " tak apa, esok cuba lagi...lagi pun gulai hari ni lebih sedap daripada gulai semalam.."


Apakah perasaan isteri ? gembira, sedih, rasa rendah diri atau biasa aje. Sokongan moral terhadap tindakan pasangan amat penting. Suami mesti memberi sokongan moral jika isteri berjaya melakukan sesuatu yang baru seperti memasak resepi baru.

Jika tidak pandai memberikan sokongan moral, jangan memberi apa-apa komen. Kemungkinan komen itu akan menjatuhkan air muka pasangan. Jika isteri tak pandai memasak, jangan beri komen berlebihan ketika orang lain bersama seperti mertua.

Suami kenalah jujur dalam memberi komen, janganlah mata macam nak terkeluar bila menelan makanan tapi cakap " emm...sedapnyer awak masak..." tak patut...

21 Luah rasa:

etomyam berkata...

laa, setahu kawan suami ikutlah adab nabi kita, never ever complain about the food prepared by wive, x sedap pung telan jelah....kalau nak sedap kawin jelah dengan tukang masak...tu pun belum tentu, si suami dah biasa dgn masakan maknya lebih 25 tahun, si isteri pulak biasa dgn masakan maknya sendiri pun 25 tahun...dah tentu taste lain2......in my humble opinion lah

azlin hashim berkata...

sakitnya jiwa dpt suami mcm ni.. geram tambah lak ngan bengang.. bg sy lah kan kak naz, tugas masak ni bukan nya pada isteri jek..

suami pun kena lah rajin turun ke dapur, ini nak harapkan kita sorg mana blh. pas tu, byk komplain lak tu, kalu guna bahasa yg baik sikit, sejuk sket telinga kan..

chekdenoor berkata...

Salam,

semasa chekdee mula kawin dulu .....usahkan memasak... siang ikan pun tak reti.... heheheh

chekdee mulakan hidup berumah tangga bersama mertua...so ...apa lagi....chekdee kenalah belajar siang ikan dari mertua...... kekadang kedengaran juga rungutan mertua ..."joe..mu siang ikang lah....jangan bagi kak noor (chekdeelah tu) siang ikang....kang lunya ikang tu....."...heheheheh

terasa memang terasa tapi.... nak buat cam mana kan...dah sememangnyer hakikat dari kecik..chekdee study jer..tak masuk dapur.....

so..sekarang dah tua...dah 45tahun dah...... memasak memang dah mahir...cuma....pesan chekdee pula kepada anak-anak ....cari suami yang pandai memasak dan rajin menolong didapur.....heheheheheheh....

naz ilyn berkata...

etomyam..

etomyam..awk belum jumpa lagi orang lelaki yang cerewet..

p/s: bukan pasal makan jer cerewet serba-serbi cerewet.
```````````````````````````````````

azlin..

biasa ler tu..kalau isteri yang berkerja kadang2 boleh tolak angsur gak..tapi isteri tak berkerja ni..alamat kena tahan telinga jer ler.

p/s: kanda akak rajin juga ke dapur..

INTAN RH berkata...

alhamdulillah asben akak jrg sgt komplen tentang masakan akak sjk kami kawin, wpun dia cerewet. Klu masakan tu tak sedap, dia akan abaikan menu tu dan akak perlu buat post-mortem.

tak boleh nak salahkan asben jek sbb kerap menegur tapi sbg isteri, kena ada inisiatif utk berubah. Klu rasa tak reti nak masak, belajo drp org yg lebih reti. Jadi la seorg isteri yg kreatif bila memasak, rajin2 la jenguk internet utk cari resepi.. :)

naz ilyn berkata...

chekdee..

serupa ler kita..tapi kata orang alah bisa tegal biasa..lama-lama pandailah..sy mak mertua yang banyak ajar memasak.
```````````````````````````````````

intan rh..

kekadang kita pun rasa sendiri apa yang kita masak tu tak sedap..jadi lain kali boleh ler baiki lagi..banyakkan bertanya.

p/s: tak mudah kecil hati kalau kena tegur..

faridmw berkata...

salam... nak tegur pon biar bertempat.. jgn sesekali jatuhkan air muka psangan kita dia hadapan orang,,.. klu isteri tak reti masak, suami tolongla ajar masak(bagi suami yang reti masak).. heheheh apapon tegurlah secara beradap dan penuh kasih sayang.. itulah salah satu cara bagi hubungan terus berkekalan..

naz ilyn berkata...

farid..

nak tegur tu tak salah tapi mestilah ada caranya...yang pening kepala tu..pasangan yang dah berkawin berbelas tahun pun kalau masak termasin atau tertawar masih kena tegur..

Tie berkata...

Sebenarnya hidup berumahtangga kena ada tolak ansur, bertimbang rasa dan saling sokong antara satu sama lain. Isteri mesti usaha belajar masak walau setinggi mana pun ia belajar. Bukan saja utk suami tapi juga anak2.

Anak2 dan suami yang makan masakan ibu/isteri tentu lebih menghargai rezeki yang dikurniakan. Hubungan pun lebih rapat kerana air tangan ibu/isteri penuh dengan kasih sayang. Tak semestinya masak yang istimewa setiap hari. Setiap makanan yang disediakan pasti menyelerakan jika isteri ikhlas, dan gembira tika di dapur.

Suami juga perlu beri ruang utk isteri memperbaiki, dgn beri sedikit pujian dan dorongan supaya dia lebih rajin. Sikap suami dgn secara tidak langsung akan mempengaruhi anak2 supaya menghargai ibu mereka.

Akhir sekali...apa yang penting?? KERJASAMA!!

utopia berkata...

emm sye ade dengar..
klau isteri xpandai masak
nnti suami lari
sbb kasih sayang berada di perut
hahaha

Zul-Elle berkata...

hmmmmmmmm,

14 minggu jadi mr. mama, masak-memasak setakat nak layan selera sendiri sama empat org. askar tu, tanggung beres!
La ni, dah meriah ler balik. Umi depa dah abis kursus. Fuuhh.... legaaaaa!

BaYu SenJa berkata...

kalau nasi lembik, katakan saja 'mudah telan, tak tercekik'..

kalau nasi mentah,kata 'cepat kenyang'...

kalau kurang masin atau manis, kata 'baik untuk kesihatan'..

kslsu terlajak masin atau manis..cakap je dlam hati "awak nak saya mati cepat ka?!!.."

Tapi kalau dapat lelaki biasa ngaji pondok atau pernah membujang masak sendiri.. isteri akan bertuah. sungguh!!

sebab kalau dia tak lalu masakan isteri, dia akan ke dapur sendiri..
lagi mau paham laa :)

naz ilyn berkata...

tie..
perasaan yang ikhlas akan mengalir menjadi air tangan yang menyedapkan masakan..

p/s: lama rasanya tak membazirkan makanan..
```````````````````````````````````

utopia..
nak tambat hati suami kena ler ikat perutnya..

p/s: jangan ler lari..kalau tak pandai belajar." sy tak pandai masak tapi sy boleh berlajar, abg sabar ler yer"
```````````````````````````````````

zul..
hei..bujang 14 hari ler awk yer..mesti dah rindu masakan umi.

p/s: kalau sebulan camner..boleh ker..?
```````````````````````````````````

bayu..
tips yang boleh diguna pakai..sesedap telinga mendengar.

p/s: moga jadi suami yang soleh..

jijin berkata...

sib baik.. aku masuk u + masak pon bleh tahan la.. (masuk bakul tak bleh angkat..)laki aku jenis simple.. kalau sedap pon dia tak puji kalau tak sedap pon dia balun sampai habes .. dia pon bukan pandai masak.. kalau nak compare ngan masakan mak mentua.. ada certain yang dia suka mak dia masak ada certain yang dia suka aku masak.. so fair n square.. kalau dia kata mak dia masak sedap pon aku tak kisah.. mmg mak dia masak sedap pon.. ngeh ngeh..

~mardihah~ berkata...

hmmm.....entry sesedap rasa untuk orang macam Dihah yang single lagi...hehehehhehhee..kelakar juga membacanya ye...

tapi, biorlah tegur dengan alasan untuk membina dan memperbaiki. Harapan bakal begitu...hehehehe.....entah ye entah tidak, kadang2 lelaki mempunyai perangai tersendiri....susah agaknya memahami lelaki ya...

naz ilyn berkata...

jijin..

kalau dia puji masakan mak dia lebih sedap..apa salahnye, berlajar ler masak dengan mak dia..lama-lama masakan kita juga dipujinye.
```````````````````````````````````

diha..

hah..ingat bf ler tu..berterus terang dengan dia jika ada kekurangan dan berusaha memperbaiki..harap saling memahami.

insan bernama asyima berkata...

thanks kak.. atas comment nyer.. sy link lurah rase yea=)

pandai tulis sajak kak..best laa..

arryani berkata...

Salam.

Husband saya tak pernah pulak cakap benda-benda tuh. Kalau sedap, dia menambah. Kalau tak, dia makan sikit je. Tak la sampai nak complain..

Pas tu, kalau di tengok saya agak penat buat kerja-kerja rumah. Dia makan kat luar. Saya nak masak pun dia tak bagi. Dia tak kesah. Saya pulak lagila....

Tapi, kalau kat rumah mertua. Baju saya tak sempat kering. Asik duduk kat dapur je. Pada saya biasa je. Tak ada masaalah.

Tak taulah saya yg beruntung dapat dia, atau dia yg beruntung dapat saya.wakakakaka

Al-BIMA SAKTI berkata...

anak muda (pompuan) la ni, ilmu pendidikan yg utama. ilmu memasak memang tak ada.... nak buat camno...?

naz ilyn berkata...

asyima..

terima kasih..lurah rasa sentiasa sudi di linkkan.

sebenarnya akak tidak pernah bergaya bahasa sebelum ni..apa yang tertulis adalah kata-kata yang terlintas di fikiran.

dan akak seorang yang selalu berkata-kata tanpa terkeudara..hanya di minda.

p/s: sukar untuk mengucapkan..
```````````````````````````````````

arryani..

betul tu.. kalau kat rumah mertua memang tak menang tangan kita..tapi itu menjadi suatu kepuasan jika ianya ikhlas dilakukan, kalau tidak..tu yang malas nak balik rumah mertua..asik kena masak jer..betul tak..?

p/s; tak kisah kena masak asal habis dimakan..
```````````````````````````````````

bima..

agaknya sedap tak masakan bibik..??

~mardihah~ berkata...

hehehehehe..gelak jap...

nak sgt jumpa akak..