Cemburu Yang Dibenarkan.
Sudah menjadi sifat semulajadi kaum lelaki memiliki rasa cemburu terhadap isteri. Dari satu segi, sifat cemburu seorang suami terhadap isterinya adalah dibenarkan kerana ia menunjukkan betapa ia mencintai serta menghargai isterinya.
Dengan kata lain kecemburuan yang dibenarkan oleh Islam ialah kecemburuan yang positif, yang menyebabkan seorang suami bersungguh-sungguh menjaga dan memelihara isterinya. Bahkan, Islam sendiri meninggikan kedudukan seorang suami yang mempunyai kecemburuan yang positif, dan sebaliknya Islam mencela suami yang tidak memiliki rasa cemburu terhadap isterinya, sebab suami seperti itu adalah suami yang dayus.
Di samping itu, Islam telah menjelaskan sejauh mana boleh cemburu kepada isterinya. Jika batas-batas ini tidak dipenuhi oleh suami, atau kecemburuannya melebihi ketentuan-ketentuan yang dibenarkan oleh Islam, maka sifat cemburunya tersebut boleh menggugat kedamaian dan ketenteraman suami isteri dalam rumahtangga mereka.
Oleh itu, para suami hendaklah benar-benar mengerti bahawa kecemburuan tersebut hendaklah menjurus kepada pemeliharaan serta mendorong untuk bersungguh-sungguh memberi penjagaan dan pemeliharan, kerana inilah yang dimaksudkan cemburu yang dibenarkan dalam Islam. Cemburu seperti ini tentulah akan menguatkan lagi struktur rumahtangga dan ikatan suami isteri.
Maka suami yang mempunyai maruah dan harga diri hendaknya mempunyai sifat cemburuyang positif kerana sifat tersebut adalah satu daripada sifat Allah swt dan sifat nabiNya Muhammad saw.
Sesungguhnya suami yang tidak mempunyai rasa cemburu apabila kehormatan dan maruahnya tercabar, tentulah ia akan membiarkannya. Sekiranya lelaki lain cuba menggoda dan mempermainkan isterinya, maka suami yang dayus tidak akan mengambil berat kepadanya. Suami seperti itu tentulah sudah termasuk golongan lelaki yang tidak mempunyai harga diri dan maruah.
Selasa, 14 Oktober 2008
SUAMI CEMBURU...???
Dicatat oleh naz ilyn di 7:36 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

18 Luah rasa:
Salam Naz...
"Suami isteri bersama keluarga,
Balik ke kampung gembira ria;
Bermuafakat kita sesama keluarga,
Supaya hidup aman bahagia".
"Semakin hari semakin sayang,
Moga hidup bertambah berkat;
Cemburu suami tandanya sayang,
Cemburu isteri tak kena tempat".
ta ta..
salam,
cemburu suami sejati
lahir dari hati nan suci.
cemburu itu luahan sayang
kasih nan bukan kepalang...
zul-elle
hidup aman dan bahagia
muafakat kita sesama
jadikan amalan setiap keluarga
semoga bahagia ke hujung nyawa.
memohon doa pada ilahi
mengharap suami yang dicintai
nun jauh di sudut hati
cinta pertama bawa ke mati.
al-bima
cemburu juga pemberian ilahi
perlu ada di dalam diri
perlu kita menjagai
agar tidak binasa diri.
cemburu itu mainan jiwa
datang dari rasa cinta
sayang...sayang juga
jangan sampai cemburu buta.
Cemburu itu tndanya si dia benar2 m'yintai dan myanyangi kita. tapi awas jgn biarkan diri d'belenggu cemburu buta.
salam,
suka pd lelaki yg cemburu pd pasangannya. cemburu yg berpada2, bkn sampai menimbulkan huru- hara.hehe...
Salam,
Bukankah cemburu itu tandanya sayang?
hehehe!
thx!
mawar_melati
jauhkan cemburu buta
nanti hidup bagai neraka
biar sayang menyayangi
walau busuk tetap wangi
violet
seronok kalau dicemburui
oleh lelaki yang di cintai
terasa diri dihargai
bertambah sayang menyayangi.
perfecwater
cemburu memang tandanya sayang
namun ia kian kelam
pada jenerasi zaman sekarang
konon katanya faham.
suami yang tidak cemburu adalah suami yang dayus.
intan rh
Ada tiga golongan manusia yang tidak akan masuk syurga selama-lamanya.
1. Orang yang derhaka kepada kedua ibu bapa.
2. Suami yang dayus atau orang yang tidak memiliki rasa cemburu dan maruah diri.
3. Kaum wanita yang cuba menyerupai kaum lelaki.
Wassalam
Cemburu itu ada bermacam jenis..
ada cemburu kerana cinta..ada juga cemburu yang dibolehkan dan tidak dibolehkan..
Ya!
saya seorang yg cemburu,
tapi pada batasnya.
Sifat cemburu ni adalah naluri manusia yg sememangnya amat sukar nak dibendung. Banyak jugak jenis cemburu... ada yg positif & ada yg negatif. Bila kita cakap pasal cemburu ni, dah tentu ramai yg menuding jari & mengaitkannya dgn kaum hawa. Ramai beranggapan bahawa orang perempuan ni kuat cemburu. Sebenarnya dlm soal ni, kita tak boleh nak tuduh sesapa pun, samada lelaki mahupun perempuan. Sifat cemburu ni ada pada setiap manusia. Cuma kita perlu bijak dlm mengawal perasaan cemburu tu. Jadi pikir2kan lah yg mana baik & yg mana buruk.
ibnurashidi
cemburu atas dasar mengikut dorongan hawa nafsu memang tidak dibenarkan.
tegezoot
pengakuan yang amat terang dan jelas..sy suka.
unrestmind
setuju..memang sering kali cemburu dikaitkan dengan kaum hawa, itu sebabnya ramai kalangan suami yang terlepas pandang dan merasakan mereka tidak patut rasa cemburu..
salam pagi jumaat akak nazz itteww..
en_me
Salam pagi jumaat juga dan salam kenal.
good info.. nak mintak modified..hehe
Catat Ulasan