CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Selasa, 21 Oktober 2008

TITIPAN DARI CAKAR HARIMAU

Hari minggu yang lepas pulang dari melawat anakku Shafiq di asrama, kami singgah ke kedai buku kerana menunaikan janji kepada Siddiq. Aku macam biasa mencari-cari buku yang berkenan di hati dan terpandang buku Cakar Harimau dari Siti Nor Bahyah Mahamood. Rasanya dah lama buku ni berada di pasaran cuma aku yang terlepas pandang tapi hari ini aku berkesempatan memilikinya.

Masih belum habis membacanya tapi ada sesuatu yang hendak aku kongsikan bersama iaitu Rumahtangga Bahagia Bermula Dari Cinta Suci

Cinta adalah anugerah Ilahi kepada setiap insan. Insan yang tidak bercinta atau tiada rasa cinta adalah insan yang tidak mempunyai hati dan perasaan. manusia tidak dapat lari daripada cinta. Oleh itu al-Quran menegaskan cinta sebagai sesuatu yang fitrah. Firman Allah maksudnya:

" Dihiaskan bagi manusia itu kecintaan tentang apa-apa yang dapat menyenangkan iaitu daripada wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari emas dan perak, kuda-kuda pilihan, haiwan ternakan dan tanaman..."( Surah Ali Imran : 14 )

Cinta bertujuan melahirkan kebahagiaan dalam kehidupan. Cinta ada pasang surutnya. Ada ketikanya, cinta itu akan pudar. Ada ketika, cinta itu cinta buta. Ada ketika, manusia buta cinta. Setiap yang terjadi kepada cinta perlu dinilai dan digilap agar ia kembali bersinar.

ADA APA DENGAN CINTA ?

Mengapa cinta begitu penting ? Tidak lain tidak bukan ialah cinta adalah kunci kepada kebahagiaan. Kebahagiaan adalah antara perkara terpenting dalam kehidupan kita. Semua orang ingin bahagia. Tiada manusia yang bercita-cita untuk tidak bahagia. Seorang penulis pernah bertanya kepada anaknya, " Apa cita-cita kamu apabila besar kelak ?" Anaknya menjawab, " Saya ingin menjadi seorang profesor." Profesor itu bertanya lagi, " Profesor dalam bidang apa?" Anaknya menjawab, " Profesor kebahagiaan!" Ya, cita-cita untuk bahagia adalah cita yang mulia. Tidak guna duit banyak jika tidak bahagia. Seorang pujangga pernah berkata tentang hakikat kebahagiaan:

Rumahnya bertingkat-tingkat
Wangnya berlipat-lipat
Kasutnya berkilat-kilat
Pasangannya cantik memikat
Badannya sihat wal a'fiat

Tapi tidak bahagia kenapa
Hidupnya macam nak kiamat
Sana sini gamat

Seandainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tidak pernah hadir.

DALAM HATI ADA CINTA

Cinta akan terbina dengan baik jika hati kita bersih dan ikhlas dalam bercinta. Oleh iti, cinta yang tercerna nampak dalam kelakuan dan tingkah laku kita sebenarnya bermula daripada hati. Jika perkahwinan itu secara paksa tanpa ada sekelumit rasa cinta, maka istana yang dibina akan punah. Istana kebahagiaan juga akan musnah jika cinta tidak dibajai.

CINTA FOTOKOPI

Cinta tidak boleh di tiru dengan begitu mudah. Ia perlu dibina dan disemai dengan baik agar ia subur. Oleh, itu jika kita bercinta hanya kerana ingin fotokopi daripada cinta orang lain, ia akan kabur. Cinta fotokopi adalah cinta yang lahir tanpa perasaan yang ikhlas.

Cinta juga khususnya cinta antara pasangan yang masih belum diikat dengan ikatan yang sah ( akad nikah ) perlu melalui adab dan peraturan syariat. Islam tidak mahu melahirkan cinta terlarang iaitu cinta yang melanggar hukum.

Wassalam

16 Luah rasa:

Zul-Elle berkata...

Salam...

Dah kubelikan 'Cakar Harimau'tu buat tersayang, tapi lengkap rasanya tanpa 'Urutan Labah-labah' lah pulak...

Ada Apa Dengan Cinta? Ada Rindu Maha Mendalam, ada rajuk perlu dipujuk, ada bunga dalam taman, ada kumbang patah sayap, macam2 ade...

insan bernama asyima berkata...

ada apa dgn cinta?
rasa rindu yg sentiasa mmbara..
ada kasih yg x pernah trhakis..

salam kak..
terima kasih singgah lakaran kehidupan dan utk komennya yea..
silakn copy perbualan Fahri dgn si banduan,minta disertakn link lakaran kehidupan di situ yea..

salam ukhwah dilaman tiada bernada ini..
Assalam..

Unrestmind berkata...

hye salam sis..Kahwinilah orang yang lebih mencintai diri kita daripada kita mencintai diri orang itu. Itu lebih baik daripada mengahwini orang yang kita cintai tetapi tidak menyintai diri kita kerana adalah lebih mudah mengubah pendirian diri sendiri daripada mengubah pendirian orang lain..ni pd org yg x berkahwin lagi shj..pd yg dh berkahwin minta izin dulu ok..

naz ilyn berkata...

Salam semua..

Wah..en zul suami perihatin betul..
bagus..bagus..pasti isteri en zul dah amalkan cakar harimau dan pelengkapnya urutan labah2.

p/s: ada apa dengan cinta? semuanya secukup rasa
```````````````````````````````````

asyima..

ok & tq..ada apa dengan cinta..
hati yang berdetik
jiwa yang gelora
rasa yang membara
naluri yang peka
perasangka yang tak terduga..
```````````````````````````````````

Salam unresmind..

Tapi saling menyintai adalah yang utama..kerana ia datang bukan diundang dan bukan mengundang.

p/s: cinta tidak boleh di cipta

suealeen berkata...

dulu Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood tu ada keluar kat WHI pasal cakar harimau. dia tunjukkan sket teknik 'cakaran' tu bagaimana. salah satunya di bahagian belakang badan.

serious.. sekali buat sedap jugak, hilang sakit belakang.

bercintalah tanpa syarat!!

Tie berkata...

Thanks kerana lawat blog Tie..tak sempat nak baca ni..nak balik kg hubby, nanti senang tie datang lagi,ye..

faridmw berkata...

salam..
cinta itu ada dalam jiwa setiap insan... yang penting cinta kita pada pencipta kita.. smoga kita berbahagia selalu...

Al-BIMA SAKTI berkata...

cinta sejati
cinta yg dihargai.

cinta setia
cinta yg mulia...

cinta membara
biarlah ada peradabannya...

tintaHati berkata...

salam perkenalan kak naz :)

Walaupun tinta belum berkahwin lagi tapi tinta ada membaca buku ini. Mencari ilmu utk persediaan ke arah itu insyaAllah :)

naz ilyn berkata...

sue..
sy ada juga menontonnya..memang rasa selesa dan hilang rasa sakit belakang..tapi asik kita aje yang mencakar..lima kali dia satu kali kite..

p/s: cakar-cakar juga yang penting kemesraan bertambah..
```````````````````````````````````

tie..
teratak ku ini sedia menanti
pada sesiapa yang sudi

p/s: sudi-sudikan ler buat cam umah sendiri..
```````````````````````````````````

farid..
cinta itu ada dalam jiwa
dalam diri setiap manusia
jangan diri kita menjadi buta
ikibat bahana cinta
kembali kepada pencipta kita
kerana Dia lebih berhak keatas kita

p/s: 1.cinta Allah 2.cinta rasul 3. cinta diri sendiri 4.cinta ibibapa 5.cinta saudara muslim.
```````````````````````````````````

al-bima..
cinta sejati
bawa ke mati

cinta setia
bawa bahagia

cinta membara
terus menyala

p/s: cinta itu boleh diumpamakan makan sambal belacan..walau pedas hingga mengalirkan air mata tapi masih dimakan jua..
```````````````````````````````````

tintahati..
tahniah..! membaca jambatan ilmu
mudah mudahan dapat di amalkan..

BaYu SenJa berkata...

cinta..

hubb itu sangat unik. perlu diisi dan dinikmati.

tetapi hubbud-dunya (cinta dunia semata-mata) jangan dicita-citakan :)

salam syawal dan perpaduan...

Tanpa Nama berkata...

salam. Mempelawa anda untuk vote di www.musicforum2007.blogspot.com. TQ.

-aria.

utopia berkata...

hai emm
mcm mane dah habis baca...
emm best x

naz ilyn berkata...

bayu..
cinta sesama manusia
itu cinta dunia
cinta pada yang kuasa
cinta yang kekal selamanya
```````````````````````````````````

anonim..
insyallah..akan saya kunjungi

p/s: tapi rasanya macam pernah menjengah..
```````````````````````````````````

utopia..
alhamdulillah...emm dah abis, boleh di dapati dipasaran

zikirullah berkata...

den bukan orang MINANG tapi bolah omak adoo la skitt

--{-@ Zaity @-}-- berkata...

ERM..INSAF DAN TERSENTUH..hati nurani