CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Jumaat, 10 Oktober 2008

SATU HARI PAGI RAYA

Satu hari pagi raya...
Terasa hening subuh pagi
Sebening air di kali
Secerah sinar mentari
Terkesuma...
Aroma rendang dan kari

Satu hari pagi raya...
Mak long, mak ngah, mak uda juga makcu
Sibuk di dapur menghidang juadah
Kuih muih tersiap sudah
Ketupat rendang menunggu dijamah
Lemang pun ada bagi yang gemar

Satu hari pagi raya...
Teruna kecil...teruna besar...
Bergema suara riuh rendah
Mencari-cari busana
Baju melayu juga samping
Siap bergosok kemas berterampil
Jangan lupa songkok juga lima bersaudara
Pelengkap dari leher ke dada
Lengkap sudah sepersalinan
Ramai-ramai menjamu selera
Mengalas perut seketika
Sebelum melangkah ke masjid solat raya

Satu hari pagi raya...
Ayah bonda duduk berganding
Menunggu anakanda datang di samping
Menghulur tangan mohon keampunan
Tangan dikucup dengan deraian
Agar terhapus dosa nan silam
Tak kira tua ke muda
bermaafan sesama
Dengan niat yang ikhlas di hari mulia

Satu hari pagi raya...
Doa di pohon pada yang esa
Agar pagi hari raya bisa terulang
Pada hari yang mendatang
Berkesempatan bermaaf maafan
Pada ayah dan bonda
Agar kau masih di sana
Menunggu anakanda di pagi hari raya
Dengan pelukan mesra
Berkesempatan menghapus dosa
Peliharalah Ya Allah...kedua ayah bonda
Sejahteralah keatas mereka
Sesungguhnya doamu amat mahal harganya
Ku tak sanggup kehilangan...
Biarlah berpanjangan...

Satu hari pagi raya...
Apakah bisa terulang...
Kecerian dan kegembiraan
Bersama sanak saudara kaum keluarga...

nukilan : naz ilyn

10 Luah rasa:

Nur Aflah berkata...

Selamat Hari Raya kak Naz :-)

jijin berkata...

kai nazlin.. slaam kenal gak.. ;)

utopia berkata...

selamat hari raya gak...

Zul-Elle berkata...

Salam Naz...

selamat memenuhi undangan dan jemputan ke rumah-rumah terbuka sepanjang Syawal ini.

Sepotong Hadis ku titipkan, maksudnya:
"Bukan seorang Mukmin orang yang kenyang sedang tetangga di sebelahnya kelaparan (sedang dia mengetahui)".
(Riwayat Al-Hakim & Albaihaqi)

faridmw berkata...

salam... selamat hari raya... ukirkan senyuman di SATU HARI PAGI RAYA,,, hehehehe senyum selalu..

Aboo berkata...

Sis...

Macam syair arab daaaa...Huhu!


ROger!

naz ilyn berkata...

Salam nur aflah

Salam lebaran disambut mesra
tangan dihulur hati nan gembira
lama sudah aflah bercuti raya
tiba masa jemari mengalun bicara

p/s: selamat kembali ke alam maya tanpa suara..kata-kata pengerat jiwa.

Salam jijin

tak kenal maka tak cinta
dah kenal barulah mesra.

Salam utopia

sebulan hari raya
masih beraya
hati-hati di jalan raya
selamat hari raya.

Salam zul-elle

Bersedekah dan merahsiakannya sehingga tangan kiri tidak tahu apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya.

Salam faridmw

burung camar terbang ke muara
hinggap seketika dipohon cemara
Satu hari pagi raya
senyum terukir dengan mesra.

Salam aboo

Hati berkata mengalun bicara
kata tersusun berbunga-bunga
diri ini tak sepandai mana
hanya kata meluah rasa.

kata diluah jari jemari
hanya itu mampu diberi
tak sangka mencemar diri
datang menjengah ke teratak ini.

p/s: baru nak mencuba bermain kata.

naz ilyn berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Mawar_MeLaTi berkata...

Salam, slmat b'knlan jgk.. blog awk m'narikn byk infrmation yg sy dpt. thanks..

naz ilyn berkata...

mawar_melati

terima kasih sekalung budi
kerana kunjungan balasmu ini
teratak ini sedia menanti
kepada sesiapa yang sudi.