CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Jumaat, 17 Oktober 2008

" isteri suka ker suami cemburu....?? "

Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a katanya: Baginda Rasul saw bersabda: " Ada tiga golongan manusia yang tidak akan masuk syurga selama-lamanya: Pertama orang yang menderhaka kepada kedua ibu bapanya, kedua suami yang dayus atau orang yang tidak memiliki rasa cemburu dan maruah diri, dan kaum wanita yang cuba menyerupai kaum lelaki."

Sebahagian daripada bentuk yang patut dicemburui oleh suami adalah apabila isterinya bersolek dan berhias juga memakai wewangian tetapi digunakan untuk tujuan mempemerkan kapada khalayak ramai. Apabila isteri menghuraikan rambut, memakai pakaian yang singkat dan mededahkan aurat, lalu pergi bercampur gaul dengan kaum lelaki di dalam suatu majlis, bahkan berjabat tangan dengan kaum lelaki yang bertemu dengannya serta berbual-bual sambil membuat gerakan yang menunjukkan dia ingin diperhatikan dan sebagainya. Perbuatan isteri seperti itu wajar mendapat kecemburuan dari suaminya, dan jika tidak maka lelaki tersebut adalah dayus.

Sesungguhnya sifat dan perbuatan isteri seperti itu sudah tentu akan menjadi racun berbisa terhadap masyarakat dan kehidupan. Sedangkan isteri tersebut mlah suaminy sendiri akan tetap memperolehi siksa daripada Allah swt kelak pada hari kiamat. Kita berlindung kepada Allah swt daripada perbuatan yang terkutuk itu.

Sekarang kita ingin tahu sejauh manakah batas-batas kecemburuan yang dibenarkan oleh agama itu. Untuk mengetahui batas-batas kecemburuan yang positif tersebut ialah apabila perbuatan itu boleh menghindari daripada berlakunya perbalahan dan kekecohan dalam rumahtangga. Dengan kata lain, kecemburuan yang baik iti ialah kecemburuan yang berakibat untuk mengekalkan kedamaian serta kerukunan hidup suami isteri.

Diriwayatkan daripada Jabar bin Anbarah r.a, katanya: Baginda Rasul saw bersabda: " Sesungguhnya sebahagian daripada sifat cemburu itu disukai oleh Allah dan sebahgian pula dimurkai oleh Allah. Adapun kecemburuan yang disukai oleh Allah ialah kecemburuan dalam soal keraguan, sedangkan cemburu yang di benci oleh Allah ialah kecemburuan tanpa keraguan."

Demikianlah batas-batas yang harus diketahui oleh para suami tentang kecemburuan, maka apabila kecemburuan tersebut sudah berlebih-lebihan maka itu bukan lagi mendatangkan kemasalahan kepada suami isteri berkenaan. Manakala kecemburuan dibenarkan oleh Islam dan mendatangkan kebaikan kepada hubungan suami isteri ialah apabila sebab-sebabnya jelas dan buktinya jelas. Sebagai contoh, apabila lelaki lain cuba menggoda isteri dan mempermainkannya atau sebaliknya isterinya melakukan yang demikian, maka suami hendaklah mencemburui perbuatan tersebut.

Bergurau senda yang terjadi diantara isteri dan lelaki lain lebih-lebih lagi kalimat-kalimat yang mereka ucapkan seakan-akan mengisyaratkan kepada perbuatan yang buruk, ataupun dengan cara melakukan hal-hal yang menimbulkan kesan lucah, maka hal tersebut wajib dicemburui olah suami.

Adalah lebih tercela lagi apabila isteri yang memulai perbuatan terkutuk tersebut, yakni memancing dan mencuba mengambil perhatian lelaki lain dengan tindakan-tindakan tertentu seperti senyum yang menunjukkan isyarat yang tidak diredahi oleh agama.

Adapun kecemburuan yang tercela dan tidak dibenarkan ialah kecemburuan yang berdasarkan dari sangkaan-sangkaan semata-mata. Contohnya ialah kecemburuan yang berlebih-lebihan untuk menafsirkan kata-kata, pergerakan, bersikap diam, cara bercakap, bahkan berbisik. Dan tanda cemburu yang tercela ialah cemburu yang menyebabkan isteri tertegah daripada beroleh kebaikan atau cemburu yang mendatangkan kerosakkan dan pertelingkahan kerana akan mengakibatkan berlakunya salah faham antara suami isteri.

Berikut ini beberapa contoh yang boleh digolongkan ke dalam cemburu yang berlebih-lebihan:

1. Apabila suami melarang isterinya yang taat beragama pergi menghadiri majlis ilmu semata-mata kerana rasa cemburu suami.

2. Apabila suami melarang isterinya yang bertakwa kepada Allah yang mengetahui serta mengamalkan adab bercakap untuk bercakap dengan orang lain kerana semata-mata cemburu.

3. Apabila suami memberi hukuman yang berat keatas isterinya hanya kerana lelaki lain memandang wajahnya sama ada dengan sengaja atau pun tidak.

4. Apabila suami melarang isterinya untuk berubat kepada doktor lelaki kerana doktor wanita tidak ada di tempat itu dengan alasan takut bahawa aurat isterinya akan terdedah, begitu juga suami yang melarang isterinya bersalin pada doktor-doktor lelaki kerana tidak ada doktor wanita juga dengan alasan ditakuti auratnya akan terdedah.

Maka jelaslah bahawa kecemburuan yang amat berlebihan seperti itu perlu dikaji semula dan atas dasar hukum yang sudah ditetapkan oleh syarak. Sesungguhnya kecemburuan seperti itu tidaklah termasuk kecemburuan yang dibenarkan oleh agama. Maka para suami tidak seharusnya melanggar ketentuan agama atas nama agama sedangkan agama sendiri tidaklah ada sangkut pautnya dengan persoalan yang cuba dipertahankan oleh suami tersebut.

Perhatian:
Kaum wanita pada zaman baginda Rasul saw dahulu juga zaman sahabat Nabi sudah menjadi kebiasaan menghadiri majlis ilmu yang dihadiri kaum lelaki, tetapi mereka memakai jilbab serta mengamalkan adab-adab bercakap.

Pada waktu itu sahabat lelaki dan sahabat wanita juga para Ummul Muukminin megemukakan pertanyaan kepada Nabi saw secara silih berganti, tetapi mereka tetap memelihara adab-adab bercakap.

Bercakap soal cemburu ini memang sukar bagi kita untuk menetapkan batas-batasnya, yakni sejauh mana cemburu yang dibenarkan dan sejauh mana pula cemburu yang dilarang. Maka untuk mengetahui batas-batas tersebut tidak lain kecuali kita kembali kepada agama dan ajaran-ajarannya.

Sebagaimana yang telah dijelaskan sebelum ini bahawa sesungguhnya rasa cemburu yang positif jika ditempatkan menurut yang sewajarnya tentu ia akan menambahkan perasaan cinta kasih diantara suami isteri yang hidup dalam rumahtangga bahagia itu. Sebaliknya jika perasaan cemburu dibiarkan secara membuta tuli dan mengikut dorongan hawa nafsu maka akibatnya akan merenggangkan hubungan suami isteri, malah boleh menghancurkan sebuah rumahtangga.

p\s: Jika masih ada pembaca yang masih musykil dengan apa yang telah diperjelaskan tadi, bolehlah bertanyakan dengan lebih lanjutnya pada mereka-mereka yang selayaknya.

Wassalam.






6 Luah rasa:

farah aminuddin berkata...

mmg wajar lah suami camburu...

lgpun, sbg isteri mmg xpatut bergurau lebih2 dgn lelaki lain =)

zulsa berkata...

Assalamualaikum.. salam ukhwah..

Sememangnya wajib suami mencemburui isterinya. kalau tidak ia dinamakan lelaki yg dayus.

Berbalik pada kes nie, teringat saya pesan DrFadilah Kamsah di Radio ERA.

Al Khalifah berkata...

Sepertimana yg telah saya komentarkan diblog kenalan maya Zul-Elle, akal dan nafsu menjadi tunjang cabaran keimanan manusia. Bila akal kalah pada nafsu...keimanan tergugat! Antara persoalan yang Puan utarakan ialah tahap dan batas-batas cemburu....definasi cemburu berlebihan kadangkala menjadi subjektif dan bertukar mengikut suasana dan keadaan. Contohnya didunia tanpa sempadan dan batasan di ruang siber; jilbab wanita bukan lagi setakat aurat tetapi jilbab untuk menutupi hati siisteri dari dihampiri oleh silelaki lain..berbalik kepada akal dan nafsu...yang mana satu menguasai diri. Oleh itu,gaya penulisan seseorang diblog boleh saya takrifkan sebagai tahap akal dan nafsu seseorang itu semasa menghuraikan atau berkongsi pendapat tentang apa yang tersirat. Kekadang, tanpa disedari, ianya mengundang cemburu dari pasangan kerana jika apa yang dikongsi dan diceritakan dialam maya siber diterjemahkan kepada alam nyata...tiada bezanya. Niat tetap sama cuma penyampaiannya sahaja berbeza.... Sekadar renungan agar kita sebagai khalifah tahu kemana arah tujuan asal dan niat kita masih berpaksi pada akal yang sihat...bukannya nafsu.

namakuct@gmail.com berkata...

Asm. Saya tertarik dengan issu yang dibentangkan. Cemburu pada dasarnya boleh mengundang kebaikan dan juga kesengsaraan. Apapun bentuk cemburu yang datangnya dari si suami, si isteri, kekasih atau jejaka idaman dan sebagainya, ianya hanya bergantung pada niat. Dasarnya perempuan atau isteri telah ditakdirkan menjadi sumber impirasi lelaki sekaligus boleh menjadikan kaum lelaki tewas padanya. Saya tak setuju suami cemburu pada isteri yang bersolek dan berhias apabila berjumpa dengan orang ramai kerana isteri yang sentiasa nampak cantik dan rapi dapat membantu menaikkan imej suami terutama suami dikalangan usahawan. Saya juga ingin menyentuh jilbab wanita yang pada umumnya hanya fesyen pakaian sahaja. Lelaki atau suami boleh terpikat mana-mana wanita tanpa melihat raup wajah cukup hanya mendengar suara si lelaki atau sang suami boleh terpikat. Kebenarannya isteri memamng suka suami cemburu tatapi cemburu yang bertempatlah. Isteri hendaklah memperbaiki diri dari keluhan rasa cemburu yang diutarakan oleh suami. Nasihat saya pada suami-suami yang isteri-isterinya bekerja cemburuilah isteri-isteri kamu dengan niat untuk menjadikan isteri-isteri kamu tergolong dalam kalangan isteri-isteri yang solehah. Pada isteri-isteri pula sentiasalah bersifat terbuka, ikhlas di dalam semua perbuatannya dan jadikan keluhan cemburu suami sebagai pembimbing kejayaan di dunia mahupun di akhirat. Wasalam.

Zul-Elle berkata...

Salam...

sekadar nak menokok,

klu suami cemburu, itu tandanya sayangkan isteri,
klu tak ada cemburu, itu suami datyus, fakta kan...

mmmmmm,
klu isteri cemburu, itu cemburu buta namanya, sbb selalunya suami kena serang time2 yg sungguh tak relevan. ch. time balik kerja, time nak jamah nasi, time nak mula lelap mata, dsb....

dan, klu isteri tak cemburu, hahhh itu maknanya 'tak da makna laaaa'! suami nak balik rumah kul berapa, suami nak main sms ngan sapa, suami nak lepak di warung, mesy. kedai kopi, berembun sampai satu pagi, suami main mata ngan sapa, dan seribu perkara sewaktu dgn.nya lah lagi...

Jadi, rumusannya... "man-man" la, cemburu la sikit sekadar secukup rasa, sayangnya biarlah lebih. Org. yg lokek kasih sayang, sunyi-sepi hidupnya dalam hiruk-pikuk dan riuh-rendahnya meladeni kehidupan ini... itu jer...!

naz ilyn berkata...

Salam...untuk saudara/ri yang sudi bertandang dan memberikan komentar yang berguna untuk dicerna menjadi tambatan ilmu bagi kita manfaatkan bersama.

farah..
itu sebab kaum wanita diberi sifat pemalu..sebagai batasan pergaulan, jika hilang sifat malu..tu yang jadi tak tahu malu..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

zulsa..
salam ukhwah juga,
drfadilah kamsah..emmm..terkesan dengan motivasinya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

al khalifah..
kadang-kadang kita terlepas pandang
dunia siber tanpa sempadan menjadi satu cara manusia berbicara
walau tanpa suara
adab-adab berbicara masih perlu dijaga
agar tidak mendatangkan syak wassangka
bukan apa..
takut hati berubah rasa
nanti terzahir di alam nyata.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

namakuct..
bagi isteri berkerjaya
bersolek, berhias menjaga penampilan
dituntut kita supaya bersih dan kemas
niat paling utama
bukan perhatian atau mengoda
teguhkan ia jadi pedoman
cemburu suami sebagai batasan
untuk isteri membatasi diri
ikhlas dalam berkerja
setiap langkah menuju keberkatan
suami isteri harus sepakat
menuju rumahtangga cemerlang di dunia juga akhirat.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

zul..silakan tokok mana nak tokok..

Agaknya..waktu yang mana tu yang dikatakan releva..??

biasanya cemburu memang berkait rapat dengan para isteri..itu juga menjadi punca suami salah faham..bila isteri mula buka mulut bertanya ke mana pergi..dengan siapa ..kenapa balik lambat dan bla..bla..suami pun mulalah sangka isteri cemburu..kadang-kadang tu..soalan isteri tak dijawab..marah pulak yang dapat.
isteri ni bertanya atas dasar perihatin dan kasihnya pada suami.
kalau jawapan yang diberi dapat diterima akal ok ler..lagi pun kalau tak salah buat apa nak takut..jawab jerler..bukannya susah..abis cerita.

emm..kalau isteri dah taknak ambil peduli..lagi parah..gasak ler situ..yang penting makan minum pakai duit belanja dan segala kemudahan tersedia..baru tau..tu tanda dah keringlah kasih sayang.

p/s: waimah sekali pun kita diajar supaya berserderhana dalam segala hal termasuklah dalam perihal cemburu..hanya kita saja yang tahu pekara-pekara yang membuatkan pasangan kita rasa cemburu.
bak kata s.m salim..jangan buat yang suami tak suka..jangan buat yang isteri tak rela.

p/s: kepada yang beri komentar terima kasih banyak.
wassalam