CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Sabtu, 25 Oktober 2008

TAMU TAK DIUNDANG

Demi Allah...
kalian akan mati itu janji
ia kepastian yang pasti
tiada keraguan yang sangsi
kabar yang harus dipercayai
kita semua akan dijemput
pada hari tidak disebut
itu dia sakaratul maut
tamu datang tanpa diundang
pada hari pasti datang
apakah kita mampu membayang
jangan tanya kenapa sekarang
kerana ia sentiasa dekat dengan setiap orang
ia tidak pernah memilih
tua atau muda
miskin atau kaya
rakyat atau raja
pemimpin atau penguasa
semuanya sama rata
tidak peduli siapa kita
tidak mengenal kecil atau dewasa
yang kuat atau lemah
mana yang mulia
mana yang hina
ia tidak pernah mengetuk pintu
atau datang minta izin dulu
itulah janji padamu
wahai jiwa inilah dunia
semua nikmat akan dirampas
seluruh angan-angan hanyalah bualan
semua harta akan diwarisi
yang hilang akan kembali
tetapi...
yang hilang kerana mati
tak kan kembali
kenapa kita masih tak sedarkan diri
wahai jiwa bertaubatlah...
sesungguhnya kematian bakal datang
apalah erti harta yang kau simpan di belakang
padahal kau keluar dari dunia dengan telanjang
marilah kita amati...
marilah kita ubati...
hati yang keras ini...
nukilan : naz ilyn

8 Luah rasa:

Unrestmind berkata...

Salam...nak komen...tp x tau nk komen..hehe..cmni la,maut itu benar,alam barzakh benar,hari pengadilan benar,neraka benar,syurga itu benar....didunia Allah swt tlh mmberikn kita tanda2 sblm kita mati...ape yg Allah rahsiakn antaranye ialah bila ajal kita..akan gugurla sehelai daun dimana didaun itu trcatat name org yg bakal mati..
raja segala kesakitan adalah maut...k la,,best entry ni..wasalam

faridmw berkata...

salam.. kullu nafsin zaiqotul maut... itu janji allah.. setiap insan akan mati cuma tak tahu bila masanya... adakah diri kita penuh amalan untuk dihisab?? itu yang kita paling takut... berkerjalah seperti kamu akan hidup 1000 thn lagi.. dan beribadatlah seperti kami akan mati esok harinya.. pa yang penting kita beribadat dan kita minta maghfirah padanya setiap saat dan waktu...
allahumma fighlana zunubana.. amin...

Zul-Elle berkata...

Salam...

"Jangan takut pada mati, kalau iaman yang suci..."

Itulah masalah nyer.. Sudahlah iman senipis kulit bawang, dikotori daki dunia, diselaputi noda dan dosa, dicemari kerakusan dan ketaksuban duniawi, dibelai dan dilalaikan oleh pujukan nafsu dan syaitan terkutuk!

Sehari semalam, banyak mana ler masa beramal beribadat. Dunia, dunia, dunia! Bila dah meninggalkan dunia, apa lagi nak dikata, ape yg sempat aje ler dibawa bekal ke sana!

PENDEKAR berkata...

orang yang paling bijak orang yang selalu mengingati kematian...

Al-BIMA SAKTI berkata...

setiap yg hidup pasti mati
tak kira mulia atau keji
itulah sebenar-benar janji
daripada Ilahi.

sebelum kematian sediakan bekalan
biarlah amalan yg diterima Tuhan
tidak nanti derita diperbalasan
hanya Allah Maha pertimbangan...

ku tak sempurna berkata...

terasa hati ini semakin keras... lalai dan alpa dgnNYa...
terima kasih kerana mengingatkan :)

-hola-

insan bernama asyima berkata...

terasa dosaku menggunung..

terima kasih kak, selalu singgah n tinggal komen kt LK.. sama2 kongsi ilmu.. semoga yg baik2 saje,insyaALLAH=)

naz ilyn berkata...

unrestmind
Tak ada yang harus dikhawatirkan dalam kematian. Ia adalah pintu yang setiap orang pasti akan memasukinya.
```````````````````````````````````

faridmw
Tetapi yang menjadi masalah serius adalah, apa yang telah terjadi setelah kematian.
```````````````````````````````````

zul-elle
Kerananya setiap orang mesti selalu bersedia.
Dan tentu, husnul khatimah harus menjadi pilihan.
```````````````````````````````````

pendekar
dan orang bijak juga harus melalui jalan syariat dengan menjalankan segala perintah dan menjauhi segala larangan Allah.
```````````````````````````````````

ai-bima
kematian melenyapkan kemegahan
mengeluarkan manusia dari rona kehidupan
mengeluarkan seseorang dari istananya
kemudian membenamkannya
dalam sempitnya liang lahat
```````````````````````````````````

ku tak sempurna
kita memang perlu nasihat, keran hiruk pikuk dunia kekadang melalaikan.
```````````````````````````````````

insan bernama asimah
sesama ler kita

p/s: iman kekadang pasang surut..kerana itu kita kena pupuk.