CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Sabtu, 4 Oktober 2008

SYAIR PARA SAHABAT

LUPA KEPADA ALLAH SWT
Engkau selalu lupa
Sedang hatimu tetap lalai
Padahal umur kian tiada
Namun dosamu makin bertambah.
Waktu terus berlalu
Sedangkan dosa kian bertambah
Malaikat maut datang bertemu
Namun hati tetap lalai
Nikmatmu di dunia
Hanyalah kepalsuan dan kerugian
Hidupmu di dunia
Adalah muhal dan batil.
Ku fikirkan hari perhimpunan dan kiamat
Juga tertanamnya pipiku di bawah pusara
Sendirian, tanpa teman, setelah mulia dan jaya
Tubuhku tergadai dengan tanah liat
Ku renung panjang dan lebarnya hisab
Juga hinanya makamku waktu diberi kitab
Namun harapanku kepada Engkau
Wahai tuhanku
Wahai penciptaku
Engkau ampuni kesalahanku.

12 Luah rasa:

Zul-Elle berkata...

Salam Renungan pagi minggu ini,

"Allah memberikan hikmat (kebijaksanaan) kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan sesiapa yang diberi hikmat sesungguhnya dia telah diberi banyak kebajikan, dan tidak ada yang mengambil pelajaran kecuali orang-orang yang berakal."
(Surah al-Baqarah, ayat 269).

Al-BIMA SAKTI berkata...

salam,

kelalaian diri
mendekatkan kita dgn dosa silih berganti
menjauhkan kita dari pahala ilahi...

naz ilyn berkata...

zul-elle
Syurganya bagi orang berakal hendaklah dia meninggalkan dunia, menyembah kepada Allah, memikirkan apa yang akan dihadapinya, serta menghendaki akhirat.

al-bima
Usia menjangkau seiring waktu
Hari berlalu usia bertambah
Sujudku mengangkat kepalaku
Dihindari kelalaian
Pengisian keabadian yang dicari.

~mardihah~ berkata...

Selamat Hari Raya Aidilfitri..

Nak duit raye...hehehee

naz ilyn berkata...

~dihah~

Aidil fitri disambut ceria,
Sanak saudara menambah meriah,
Kalau adik dihah nak duit raya,
Jemputlah datang ke rumah.

p\s: dihah..banyak ker dpt duit raya..:)

Al-BIMA SAKTI berkata...

salam naz ilyn,

saya sebenarnya telah mula 'jatuh hati' dgn setiap titipan di entri ini. sesuai dengan kepala saya.
sudikah kiranya kita ber'link' antara satu sama lain?

kesudian amat dihargai...

naz ilyn berkata...

al-bima

Cetusan rasa curahan hati
ilham tercipta dari ilahi
tiada terduga hadir dan pergi
bicara menari dihujung jemari segalanya pinjaman belaka
terlintas itu dipatri
komen mengomen tiada salahnya
terima kasih mampu diberi.

utopia berkata...

emm nak dapat pahala senang dan dapat dosa pon senang kan kan...
tapi lalai seketika blh membuat kita berdosa seumo hidup.

tegezoot berkata...

kita semua dalam situasi yg sama, dan harapan pada Allah jgn dibiar putus.

salam kenal!

naz ilyn berkata...

utopia

selera berdetik
dada gejolak
dada bertepuk
iman berdetik
kanan dan kiri
sedia menanti
lalai sendiri insafi
ingat mengingati
diharapi..

tegezoot
salam kenal jua..

kelalaian mainan manusia
kerna kita semua sama
tapi..harapan masih menyala
tersungkur bangun semula

Ibnurashidi berkata...

Usia yang sesingkat masa itu harus dipenuhi segera supaya kelak tidak merana jiwa..

Ya Allah ampunlah dosa kami..

naz ilyn berkata...

ibnurashidi

usia sesingkat masa
bagi mereka yang bernyawa
yang kosong perlu di isi jiwanya
agar tidak merana
kerana pintu sentiasa terbuka
kepada yang lupa..
sedarlah semula
mengangkat tangan pada yang isa.