CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Sabtu, 29 November 2008

KANDA OH KANDA


Alahai...dan dekat seminggu dapur saya rosak. Pada mulanya gabra juga nak beri tahu kat kanda...mana ler tahu nanti dia kata saya tak pandai jaga benda yang paling mustahak kat rumah...minta bantuan dengan shafiq mana ler tahu dia ada sebarang buah fikiran...nak periksa plug ker apa...
Puas saya dengan shafiq periksa itu dan ini...dah takder arah dah..."bagitau ayah jerlah ibu..." kata shafiq. Terserlah kasihnya kanda pada saya...dia senyum jer...terus antar kedai mana lertau boleh diperbaiki...lama gak kat kedai, tukey cina tu kata kena petir dah tak boleh baiki lagi. ( sedap mulut dia jer tukey ni padahal belum pun periksa lagi) Bila masa pulak ada petir rasa-rasanya dua tiga hari ni takder pulak hujan...apa lagi petir...sabo jer ler...

Hah!...jangan terkejut pulak tengok dapur basah saya ni....ah nilah dapur basah yang saya gunakan selama dapur kat dalam yang dikatakan rosak tu....dah macam dapur kat kedai warung Mak Timah....hehehe... jangan tak tau kalau guna dapur ni nak masak banyak pun senang, nak buat kenduri pun senang... yang ado... nampak tak... siap kena rantai lagi... almaklum ler kat sini banyak doktor yang tak bertauliah....

Sebenarnya dapur yang dikatakan rosak tu sebetulnya bukan ler rosak tapi pendawaian suis kat rumah yang rosak jadi elektrik tak dapat dibekalkan. Tukey cina tu siap perli kanda lagi... mana taknya kanda pakai uniform masa hantar kat kedai. "Alamak lu tak tau ker... bukan dapur lu yang rosak.. tengok sudah boleh on..." kata tukey.

Ni ler benda yang rosak sebenarnya.... nasib baik ler orang kata kanda orang api... ( bukan orang minyak ah..) kerja-kerje ni semua kat hujung jari jer hehehe....


Ni apa ker nama.... saya pun tak tahu tapi untuk menentukan samada aliran arus eletrik ada atau pun tidak... apa-apa aje..

Gelap ler pulak gambar ni.... dah letak di tempat yang sepatutnya.... "Baru senang hati abang tengok dapur dah boleh digunakan... tak payah lagi masak kat dapur luar." Kanda saya sejak dapur rosak dialah yang rajin masak...kesian dia.

Alhamdulillah.... dan boleh pun on... masak air ler kasian kanda mesti haus... air teh secawan...

7 Luah rasa:

azza_irah berkata...

hehehe..
kasih kanda pd dinda tetap tak kurang walau dinda tak masak..hehee

asyima binti dollah berkata...

hehe:D

mungkin masakan nyer lebih sedap kak!

Qaseh berkata...

heheheh...kira ok akak pakai dapaur yg kaler ijau tuh, daripada nak kena carik kayu api ker..kayu arang...heheh...

naz ilyn berkata...

Salam semua...

azza...

azza...kalau sekali sekala tak masak boleh diampun kalau selalu...boleh mengaum harimau...

p/s: sekali sekala nak juga rasa air tangan suami...tak gitu.

````````````````````````````````````````

asyima...

kalau dah malas masak... tak kira ler sedap atau tidak yang penting anak-anak kenyang...akak makan sikit jer...hehehe

```````````````````````````````````

Qasih...

alahai... zaman akak kecil pun dah tak pakai dapur kayu atau arang... kalau sekarang nak pakai... mane ler nak cari kayu api... ingat nak cari kat hutan bandar ler...

p/s: teringat masa kecil iron baju pakai seterika arang... sampai sekarang simpan... antik.

Tanpa Nama berkata...

nazlyn..dapur lawo, mesti masakan nya pun sedap.. :)

baik2 ye, jgn smp rentung!

Tanpa Nama berkata...

eh, lupa plak nak letak nama..akak ni yg reply kat atas..

luvs,
intanrh

naz ilyn berkata...

Salam kak intan...

isyhh... takder lawo mane pun... yang penting masakkannya mesti sedap dan menyelerakan... tak gitu..?

p/s: tu ler pasal kalau suami sy masak pakai dapur yang kat luar tu selalu rentung..hehehe ( nape tak link..)