CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Selasa, 2 Disember 2008

GURAU SENDA SUAMI ISTERI


Kita semua sedia maklum bahawa hidup ini tidak pernah sunyi dari masalah. Cubaan dan cabaran yang dilalui manusia dalam hidup sering membuatnya tersudut sehingga sukar untuk mengatasinya.

Kerana itu manusia sangat memerlukan sesuatu yang dapat memberi ghairah hidup dan semangat berkerja supaya hiang perasaan bosan dan jemu, supaya sirna rasa letih dan penat, sehingga ia beroleh kesegaran dan kesihatan jiwa dan raga.

Untuk tujuan itu maka dalam Islam dibenarkan adanya gurau senda dalam rangka untuk melahirkan suasana yang penuh kegembiraan dan kasih mesra antara suami isteri.

Apakah gurau senda yang selalu suami atau isteri anda selalu lakukan untuk menegakkan rumahtangga yang teguh dan bahagia ?. Supaya mengisi kelangsungan hubungan rumahtangga dengan gurau senda dan mencipta iklim yang menyenangkan yang penuh dengan senyum tawa.

1. Adakah dengan mengajak pasangan anda berlumba lari walau pun anda tahu dia akan kalah disebabkan tubuhnya yang gempal, comel montel atau berat badan yang terlebih....

2. Saling goda mengoda dan bergurau mesra....

3. Membuat perlakuan yang menggelikan hati pasangan....

4. Buat lawak macam kumpulan senario....

5. Pergi menonton wayang cerita komedi....

6. Bergurau senda di meja makan saling bersuapan atau pasangan anda menyuapkan makanan ke mulut anda....

7. Sebagaimana baginda Rasul saw bergurau senda ketika mereka sedang mandi....

8. Teguran dengan cara bergurau yang mempunyai nilai-nilai murni yang boleh menjadi pengajaran pada orang-orang yang mendengar atau melihat.

Jadi bilakah waktu-waktu yang sesuai untuk digunakan bagi bergurau dengan pra isteri?.
1. Waktu malam ketika hendak tidur.

2. Waktu isteri sedang memasak.... awas jangan sesekali terperanjatkan isteri nanti senduk naik ke dahi...hehehe.

3. Waktu di meja makan..... awas jangan sampai nasi tersembur ke muka.

4. Waktu mencuci pakaian.... masa yang agak selamat.

5. Dalam perjalanan yang jauh.... kalau bergaduh sempat berbaik semula..

6. Pada malam-malam keraian seperti majlis perkhawinan.... mengimbau saat malam pertama.

Waktu-waktu tersebutlah yang paling sesuai digunakan oleh suami untuk bergurau senda dengan isteri, setidak-tidaknya untuk melakukan sesuatu yang boleh menyenangkan hati kaum isteri.

Wassalam

12 Luah rasa:

Tie berkata...

Baguslah gurau senda ni...jangan terover sudah laa...hi hi..

azza_irah berkata...

heheh kak..
bagus sekali di praktikkan..
bab tgh masak suami mai cuit kut blakang tuh penah jadi kat azza...angkat senduk sebab terkejut..nyariss...hehe

ku tak sempurna berkata...

lelaki selalunya lepas kawin, ilang segala romantik yg ada... bergurau senda pun ala kadar je..

hehehehehe... mcm org dah kawin plak aku komen :D

naz ilyn berkata...

tie...

kalau terover apa salahnya... yang halal...
jangan sampai bergurau sudahnya bercekau... auumm.

p/s: gurau senda bawa bahgia.

`````````````````````````````````````

azza...

kalau terangkat senduk takper gak... tang tengah pegang pisau tu... isyhhh.. jangan buat main.

p/s: kena yang melatah tu... siap bersilat

```````````````````````````````````````

ku tak sempurna....

hehehe... kamu ni camder pengalaman jer...
kalau lepas kawin romantiknya tak nampak... simpan kat...tuttt

Al Khalifah berkata...

Betol,betol,betol..setuju sesangat tu...cuma sekarang ada jugak yg bergurau senda via SMS...text message pun boleh buat hati teruja dan happy!

Unrestmind berkata...

hye salam...syoknyer klu suami isteri slalu brgurau..sisuami wat lawak..si ieteri wat kelakar..epinyer duniani cam ana yg punya...

naz ilyn berkata...

Al Khalifah...

zaman sekarang ni semua kemudahan dah ada cepat, mudah dan ringkas... jangan masa bercinta jer sms bagai nak rak...

kalau hantar sms untuk usik mengusik pasangan masing-masingkan bagus... hiss... macam orang bercinte...

``````````````````````````````````````````

unrestmind...

dunia memang ana yang punya kalau kita hidup aman bahagia... anak-anak membesar dengan baik... hidup sentiasa ceria... dikelilingi orang-orang yang kita sayang...

p/s: yang lama membujang tu... cepat-cepat ler cari pasangan...hehehe

tasikmerah berkata...

tengah menumbuk sambal bulih gurau tak?

he he.


.

naz ilyn berkata...

tasik merah...

hehehe... kalau nak tahu kena ler cuba...

p/s: nanti bukan mulut aje yang kena cili...

xiiinam751 berkata...

Salam...
Blog yang berjiwa!!!

Qaseh berkata...

Seronok bergurau senda...rasa macam baru bercinta jek..

naz ilyn berkata...

cklah...

terima kasih daun keladi
ada masa jenganlah lagi
teratak saya sedia menanti
pada anda yang sudi

p/s: ku menulis bukan kerna nama...

`````````````````````````````````````

Qaseh...

kalau selalu bergurau senda
senyum dan tawa
hati bertambah ceria
hidup lagi bahagia
jiwa sentiasa berbunga-bunga
bagai orang bercinta

p/s: jika bibir sentiasa tersenyum
jiwa rasa bahgia...