CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Selasa, 30 Disember 2008

aku mahu apa... ?? aku mahu RELAX

Adakah ini yang dicari... ??

Hari ini saya sekeluarga pergi jenjalan kat Diamond Hill salah satu tempat rekreasi di Kluang ingat nak relax tapi tak seperti yang diharap. Bukan kerana tampat tak menarik, bukan tiada ketenangan, bukan kerna tiada kedamaian atau udara yang tak menyegarkan bukan... bukan.
Masih ada lagi kedamaian...

Mungkin minda saya perlu relax... dua tiga hari kebelakangan ini sakit kepala saya mula terasa pemandangan rasa berpinar-pinar apatah lagi selepas mengadap komputer. Bila bangun dari kerusi yang setia menunggu kehadiran punggung hangat saya serta rela badannya yang empuk saya henyak terasa berpusing kepala bagai nak pitam.
Pil yang wajib diambil dan sebanyak itu untuk sebulan... adakah anda mampu melakukannya...??

Hampir lima tahun tengkorok saya menelah butir-butir pil yang wajib diambil sebagai mengawal tekanan darah tinggi. Namun saya tidak pernah rasa jemu atau muak kerana perjuangan belum selesai tanggungjawap digalas belum habis dilunas.
Seronoknya sekecil Shaqira bersama abang dan kanda relax di tepi kolam renang... andainya aku bisa begitu....

Ketika mengandung anak ke tiga height pertension mula mengintai... selepas kelahiran dia jatuh cinta dengan saya dan sehinggalah sekarang. Height pertension bagi setiap orang adalah berbeza-beza... ada yang merasa kesakitan yang melampau pada belakang tengkuk sebelah kiri apabila tekanan darah pada tahap tertentu dan tidak boleh memakan makanan yang mengandungi kandungan lemak yang terlalu tinggi juga tidak boleh makan daging merah seperti daging lembu dan ini adalah spesies saya.

Ada juga yang tidak merasa sebarang kesakitan pada mana-mana bahagian anggota badan cuma rasa pening saja dan boleh makan apa saje... inilah yang dimaklumkan pada saya oleh doktor untuk keterangan lanjut bolehlah tanya dengan doktor anda.

Sejak saya menelan pil-pil darah tinggi saya sihat seperti orang lain juga tekanan darah kembali normal dan saya amat menambil berat tentang pengambilan makanan saya sehinggakan daging jenis merah hilang dalam menu masakan saya tapi semenjak dua menjak ni.... tak tau ler kenapa... ohhh daging korban itu.... (banyak dapat daging korban kira-kira lima kilo masih berbaki sedikit dalam peti sejuk)

Mungkin untuk beberapa hari yang bakal mendatang ini saya perlukan rehat yang secukupnya terutama minda agar pengaliran darah saya kembali normal.
Doakan moga saya kembali sihat seperti sedia kala... dan kita boleh berblog semula... anda pasti saya rindui...

p/s: Pesanan saya agar sahabat sekalian dapat menghargai nikmat kesihatan yang diberi sebelum kita merasai kehilangannya...

Hadith Qudsi " Bersabarlah dalam menghadapi penyakit, sesungguhnya penyakit itu penghapus dosa. "

22 Luah rasa:

teddi berkata...

yahoo comment pertama
emm akak ade sakit darah tinggi
emm bahaya gak 2
xleh marah2 nnti kena serang sakit

ain berkata...

setahun yg lepas bila bad cholesterol saya lebih dr paras sepatutnye, doktor cdgkan mkn ubat. Tp minta tempoh dr doktor utk perbaiki gaya pemakanan n more xcersize.. Adusss...tensen gak nak ubah to good diet, nak xcersize . Tp sbb tak nak mkn ubat sepanjang hayat...maka berkorban leee....

Untuk Naz...bykkan berehat, kurangkan stress and enjoy yourlife.

INTAN RH berkata...

Nazlyn, get well soon. Gonna miss u. Takecare ye.

Tie berkata...

Wah...muda lagi dah ada darah tinggi?? Tak sangka pulak.. Kak tie pernah gi check masa asyik pening tu.. Doktor kata tak de apa2 cuma dia suspect kak tie ni rungsing je...memang makcik ni kuat sangat berfikir..mcm professor matematik lak..hihi..

Tak pe laa..ubat ada tu..cuma hati2 je. Tak cuba minum air misai kucing ke?? Bagus tu..cubalah..

Diamond Hill tu tak pernah dengar laa... Nampak best je..

julietchun berkata...

Mg beroleh kedamaian yg di cari.

kuIna Jentayutiara berkata...

get rest...

kedamaiaan ada di dalam hati di dalam diri...

tasikmerah berkata...

naz, kalau kau tgk ubat aku pulak... aku syak mau menitik air mata ... ha ha.

nurdaniella berkata...

salam naz.. mak saya pun ada darah tinggi gak.. cuba la amalkan minum teh misai kucing tu.. setiap pagi lepas sarapan, minum secawan.. bila nak tido, minum lagi secawan..

Sunshine in the morning berkata...

selamat berehat kak..
hehe..
relax2 sokmo

Fara berkata...

Kak Naz, jgn lupa makan ubat...berpantang la sikit demi kesihatan. Huhuhu lupakan yang sedap2 supaya cepat sihat.

ghost_MaR berkata...

barakallah hu fi ki ...
sy hanya tahan mkn pil & segala ubat5 bulan jerk ...
lepas tuh dah fed-up sbb ubat x sedap ... hiks !

jgn jd mcm beta tau ...

ku tak sempurna berkata...

huhuhuhu... jeles...
aku pun perlukan rehat ni :D

Aloy berkata...

cantik giler gambar kat atas sekali.

Tanpa Nama berkata...

salam kenal.. singgah ke blog saya http://najuacupcakes.blogspot.com/

athin_vesparados berkata...

haha
sy pon mahu relax
tapi sy lonely..

haha..
my shoes cm anak awaknye
haha
malunye
sy mybe keanak2akn cket
ngeee

fiezafadilla berkata...

jangan main2 sakit darah tinggi... kena jaga makan la kak ye..
nway...selamat tahun baru.

salihin berkata...

halu..salam..
its been a while tak drop kat blog akak..

hmm..akak..hpt (hypertansion)tu serious...

macam komen2 yg lain tu..bende yg same gak salihin nak cakap,

1st makan..jage,kurangkan garam.
2nd ubat..jgn lupekan..selalu ingat..
3rd..if nonly if akak bole buat,dan rajin..tolong pegi wat cek up kat hospital yg berdekatan or clinic..
make it regular..

its just we need to be cautious..n avoid bad outcome..ockay..?

hope u get well soon..

naz ilyn berkata...

Assalammualaikum kekawan semua...

teddi, ain, intan rh, kak tie dan juliechun...

Terima kasih bebanyak atas perhatian anda... terharu rasanya dan saya amat merindui anda semua dan cerita-cerita anda... saya akan berkunjung ke laman anda tidak lama lagi.

naz ilyn berkata...

jentayu, tasik merah, nurdaniella, sun shine dan fara...

Terima kasih atas kata-kata nasihat kalian... akan ku sekat selera ku dari mengambil makanan yang memudaratkan kesihatan... dah cuba pun air misai kucing... tanam dan buat teh sendiri.

naz ilyn berkata...

mar, kts, aloy yang baru singgah, anon walau nama mu tak tertera danathin...

memang saya perlukan rehat dan sekarang saya kembali untuk tugasan menjengngah blog anda... dah sedia dengan cerita yang menarik..??

naz ilyn berkata...

fieza dan salihin....

terima kasih atas nasihat itu... dan untuk bakal doktor salihin... terima kasih bebanyak dan memang akak ada doktor yang menjaga tahap kesihatan akak beliau juga sentiasa memeriksa jantung akak... alhamdulillah dah beransur pulih.

Tanpa Nama berkata...

salam kak nazlyn. boleh tanya kalau2 ada lagi gambar diamond hill? boleh email atau post kan kat blog tak? saya cadang nak buat camping kat situ. cari punya cari kat internet gambar tempat tu satu pun takda kecuali kat blog kak lyn. thanks byk2 =)

-diana