Kisah antara dua watak. Bapa mertua yang kuat berkerja tetapi malas bersolat dan menantu yang kuat makan tetapi malas berkerja.
Bapa mertua ingin menegur sikap malas berkerja pada menantunya.
Dia mengajak menantunya bermain dam.
Dalam permainan itu, bapa mertua memberi peluang kepada menantunya untuk 'makan'.
Setiap kali menantu 'makan', bapa mertua berkata: "Tahu makan, kerja malas".
Selepas beberapa kali disindir, menentu memberi peluang kepada bapa mertua untuk 'makan' dan 'naik haji'.
Setiap kali naik 'haji' menantu berkata: "Kerja naik 'haji', solat malas".
Akhirnya kedua-duanya menyedari kesilapan masing-masing.
Bapa mertua ingin menegur sikap malas berkerja pada menantunya.
Dia mengajak menantunya bermain dam.
Dalam permainan itu, bapa mertua memberi peluang kepada menantunya untuk 'makan'.
Setiap kali menantu 'makan', bapa mertua berkata: "Tahu makan, kerja malas".
Selepas beberapa kali disindir, menentu memberi peluang kepada bapa mertua untuk 'makan' dan 'naik haji'.
Setiap kali naik 'haji' menantu berkata: "Kerja naik 'haji', solat malas".
Akhirnya kedua-duanya menyedari kesilapan masing-masing.

Tidak mengkritik tapi menegur pasangan dengan berhikmah dan bijaksana.
Bijak pandai ada berpesan: "Setiap teguran mesti didahului oleh beberapa pujian".
Untuk menegur suami yang perut boroi, isteri mestilah menyebut dahulu kelebihan suami yang lain seperti pandai memasak, rajin mengemas umah, suka menolong isteri dan sebagainya.
Suami akan melihat banyak kelebihan dirinya di mata isterinya dan hanya satu kekurangan.
Begitulah juga suami.

Perkara yang jarang dilakukan walaupun dengan percuma dan mudah tapi sangat berkesan.
Suami isteri jarang menunjukkan perbuatan romantik kepada pasangannya secara istiqamah atau berterusan.
Perkara-perkara yang mudah seperti, amalkan senyuman sewaktu pulang dari kerja, memperbanyakkan sentuhan seperti di bahu, di kepala, di leher, ditangan dan sebagainya.
Ingat, Nabi Muhammad saw juga selalu meriba isteri-isterinya sewaktu bersama dengan mereka dan Nabi juga selalu meletakkan kepalanya di atas riba isteri-isteri baginda.
Cuba jadi pasangan yang romantik.
Kalau tidak pandai, berlajarlah.
Kalau tidak pernah membeli bunga atau hadiah dihari ulangtahun perkahwinan atau hari-hari istimewa, berilah ciuman mesra ketika pulang dari kerja.



22 Luah rasa:
wow,power gle post nih...nak reproduce kat blog aku bleh?boleh la,please...serius nih...
BB...
boleh apa salah nyer... jangan ambil tuan rumah sekali udah ler..hehehe
p/s: ambil ler apa-apa yang berkenan di hati...
sungguh bermakna ... hiks
kalau nak cium abang time balik keje, pastikan pakai dust musk..hehehe..kekadg ada aroma yg blh wat kepala pening :D
Kekdg salah tegur bleh masam muka plakkan.
mar...
teguran dan luahan kasih sayang mengeratkan hubungan...
intan...
betol tu... tak tergamak rasanyer... kalau nak pergi keje tu ok lagi... kalau dah 'ummah' cam malas jer nak lepaskan pegi keje... hehehe
``````````````````````````````````````
juliechun...
tu yang nak belajar tu... bukan mudah nak tegur orang... silap-silap kita yang kena balik...
p/s: hati-hati nak tarik rambut dalam tepung...
bila bercinta, tak perlu diajar, masing2 bukan main romantik...
bila dah kahwin, sudah diajar pun masih tak tahu nak romantik...
pelik tapi benar :D
makan berak.. makan berak..
amacam teguran aku?
ha ha.
Kalau kita menanam pokok, kita tidak boleh harapkan buah yang manis dari pokok itu, sedang kita tak pernah pun membajanya.....
Kalau kita punya pasangan, kita tak boleh harapkan kemanisan cinta dia, kalau kita pun tidak membelainya...
Rumah tangga perlu sentiasa dibaja dengan belaian kasih...
kts...
lepas kawin baru tahu kentut sidia bau macam tuttt... badan berk@#%p...bau badan cam bangla jual kapet macam-macam lagi ler
p/s: bau original lagi romantik... hehehe
``````````````````````````````````````
tasikmerah...
hahaha perhh... ayat power tu... kalah ayat-ayat cinta hehehe
p/s: kalau sidia dengar mau tak makan berak sebulan... merajuk hihi
````````````````````````````````````
xiiinam...
tu ler pasal... bila pokok dah besar buah dah puas dimakan... dibiarkan kering dan layu...
p/s: teratai layu ditasik madu... camner tu ekkk
Teguran secara berhikmah jangan sampai menjatuhkan air muka orang lain dan bukan juga dengan cara perli2 atau cakap2 belakang...
Salam naz...
Yang salahnye dua2! Mertua dan Menantu buang masa berjam2 main dam macam la tak de kerja lain yg lebih bermanfaat!
salam,
setiap sentuhan suami isteri itu ada nikmat dan hikmahnya... jika kita tahu menilainya...
Salam...
menegur dengan rasa ikhlas dan tiada niat di sebaliknya... dan orang yang ditegur kenalah berfikiran positif terima dengan hati yang terbuka...
p/s: macam senang jer...
``````````````````````````````````````
mualim...
pandai awk menegur... ada cara ler... layannn
````````````````````````````````````
bima...
jarang dilakukan walaupun dengan percuma dan mudah tapi sangat berkesan....
p/s: tau tak per...
ade je benonye naz,
paling payah nak tego org yg paling rapat ngan kite.
Suamisteri seringkali terlalu berkira (Payah nak tolak ansur) sedangkan dengan kawan-kawan apapun boleh. Sebabnya kita lupa bahawa suami atau isteri kita merupakan ahli pasukan kita satu-satunya yg harus bekerjasama untuk mencapai matlamat berumahtangga kan kan kan
noorlara...
orang yang paling rapat dengan kita adalah yang paling sukar nak ditegur... nak jaga hati takut tersinggung... merajuk
emmm... selalunya orang lelaki atau perempuan ekk..
jarang dilakukan walaupun dengan percuma dan mudah tapi sangat berkesan.... BETULLLLLLL...
Salam,
Sama-sama bersalah, sama-sama saling menyedari dan sama-sama memperbaiki diri. Alhamdulillah.
Menghargai kunjungan Naz ke teratak saya. Salam kenal :)
jentayu...
sesekali riba kepala suami seronok gak... picit-picit jerawat ker... kira-kira kedut kat muka ker..hehehe
p/s: selalu gak riba kepala suami... terutama ketika tengok tv...
```````````````````````````````````
bunga rampai...
terima kasih singgah rumah sy yang antik ni...
Saya suka post ni.
Suka.suka.suka.....
I Likeee.....
arryani...
apa ler yang buat awk suka sangat dengan n3 sy tu... tak nak kongsi sama ker...
p/s: mesti kat rumah suka riba-riba ni... i like too.
Catat Ulasan