CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Khamis, 18 Disember 2008

"... janggut hantu...?? "

Lega rasanya akhirnya dapat juga saya update lurah rasa. Dalam beberapa hari ni agak sibuk sikit mana kena pergi asrama anak untuk melihat senarai pelajar-pelajar yang layak menduduki asrama bagi sesi 2009 (alhamdulillah ada dalam senarai), mana pergi membeli persiapan untuk persekolahan dan tempah baju sekolah (ni akibat tak pandai jahit hihihi).


Cuaca terang dan cerah mendung hitam tak kelihatan langit biru memutih mentari ceria menebarkan cahaya yang menyilau tanpa angin apatah lagi ribut. Jin toncit manalah yang guna bilik air kemudian tak tutup air ( entah-entah diri sendiri) apa lagi habis banjir dalam rumah nasib baik banjir kat dapur jer... "nasib baik ibu tak jadi ben ten" kata siddiq (kepala kartun betul ler) rasanya macam nak jadi ben ten juga tapi sabar.....
Janggut hantu....??? bukan janggut hantu sebenarnya tapi pernah tak anda dengar atau lihat pokok janggut hantu? ahh... nilah pokoknya mungkin ada yang tau dan kalau saya salah boleh anda betulkan.
Inilah antara gambar yang sempat saya ambil dan semuanya adalah rumah yang berlainan. Tak taulah apa sebabnya tuan-tuan rumah ni suka menanam ( tanam ker takda tanah pun ) pokok janggut hantu.Menurut tuan rumah yang menanamnya pokok janggut hantu ni ditanam memang tidak memerlukan tanah hanya perlu digantungkan atau dililitkan digelungan dawai saja. Dawai yang digunakan bukanlah dawai besi yang biasa tapi dawai yang telah disalut dengan pelastik hijau atau apa-apa saja asalkan jangan benda yang diperbuat dari besi. Menurutnya lagi kalau gunakan dawai besi biasa pokok janggut hantu ini tak hidup subur dan merimbun kerana dawai besi itu akan karat kalau disiram dengan air.

28 Luah rasa:

julietchun berkata...

Seramnyer. Kalo memlm lalu kat umah drg ni mau aku igt ade puaka niyang rapik dok bergayut.

naz ilyn berkata...

julietchun...

yang digantung kat bawah pokok lagi seram... mengurai dan terjuntai.

teddi berkata...

emm sy xpernah takut
cakaplah ape2 pun xpenah takut

Qaseh berkata...

akak...mak kite gelar 'janggut hantu' nih pokok janggut nabi adam..ntahlahh..wallah uallam...

ryann berkata...

waktu senja mesti meremang

ku tak sempurna berkata...

oooo... nama pokok ni janggut hantu ke... baru tau...
rupa pokok ni macam rumput kering je :D

tp bila malam2 gerun gak eh... sekali pandang, macam ada "sesuatu"

hiiiiiiiiiiiiiiiii....

naz ilyn berkata...

teddi...

hehehe... tak takut bagus ler... kalau kita takut syaitan lagi suka...

p/s: jangan pandang belakang tau..hihihi

``````````````````````````````````````

qaseh...

kalau betul namanya janggut nabi adam elok juga... tak ler terasa seram sangat.

p/s: emmm... macam mane pulak rupa musang berjanggut ek..

````````````````````````````````````

rynn...

bila waktu senja macam terbayang-bayang jer.. hisss jauhkan.

kts...

hahaha... ada sesuatu kot, tapikan menurut katanya bukan senang pokok janggut hantu ni nak hidup... kalau ia hidup subur warnanya hijau macam rumput kalau tidak ia akan kering.

p/s: pokok jer bukan apa-apa kan kan kan...

zonaku berkata...

mmg amal seram esp bg org y penakut cam sy nie...


btw, penah tgk pokok nie... but namanya agak kureng manis didengari... bulu b**** hantu...

trimas kerana sudi singgah.....

nanti sy cari masa untuk menatap blog nie... sekilas pandang cam menarik....

naz ilyn berkata...

zonaku...

apa walau yang disebut bendanya tetap sama... pokok tetap pokok apa ada pada nama..

ain berkata...

salam kenal naz...tima kasih singgah blog akak.

pokok tu namanye janggut hantu ekh. nebor akak ada tnm gak.

::SRISUFI:: berkata...

salam akak...
wah menarik betul pokok ni ...sri nak cari lah....kat ner leh dapat tu kak....sri minat sangat tanam bunga2 spesis gini...

jeles..jeles..jelse...

--{-@ Zaity @-}-- berkata...

her her her.. memang ada unsur-unsur artistik kat pokok nih, dan unsur-unsur mistik juger..seramm gak kalau malam2 tgk cam j*mb*lang jerk.. ekekekekekekekekeke

Fara berkata...

mama fara pun suka tanam pokok ni.tanam ke?? gantung kat pagar... tp nmpk mcm rumput kering je.

naz ilyn berkata...

ain...

sama2 kasih kak...
begitulah menurut katanya... tak taulah kalau ada nama yang lain...

```````````````````````````````````````

sri...

anak gadis yang cantik kalau minat tanam bunga lagilah bertambah cantik... bunga kembang yang ditanam pun berseri dan harum mewangi.

p/s: bunga kembang di taman cantik berseri macam srisufi... hehehe

`````````````````````````````````````

zaity...

kalau diamat-amati memang ada unsur mistik... tapi tu mentos jer sebab nama dia macam seram jerkan...

p/s: ditanam bukan di atas tanah...

yani_worldpeace berkata...

takut ye janggut hantu ni...especially kalau benda ni banyak n berimbun...klu memalam takot nak nengok nih...huargghhhh...

jom kita exchange link ye...

naz ilyn berkata...

Salam...

iye ker... sebenarnya pokok ni warna hijau macam rumput kalau hidup subur... kalau ia jadi macam rumput kering mesti tak berapa sihat... akak rasa sebab disangkutkan di pagar besi betul tak... suruh mak fara sangkutkan pada dawai hijau yang selalu orang buat pagar... lepas ni mesti ia segar dan menghijau.

p/s: macam senang nak tanam tak perlukan tanah... tapi agak susah nak hidup subur.(tu yg nampak kering jer)

naz ilyn berkata...

yani...

salam kenal yani & terima kasih singgah...

kalau orang yang tak biasa tengok mungkin menyeramkan... dengan keadaannya yang tergantung panjang berjuntai macam-macam boleh dibayangkan.

p/s: jom link... tinggalkan jejak yani di ruangan Luahkan Jejak yer...

iina berkata...

salam singgah

cam senang je nak bela pokok nie.. tapi sebab rupa ye yang gitu-gitu.. kensel nak tanam.. tapi kan elok juga tanam.. kot2 org nak merompak ke.. sure takut nak masuk umah seram jek ;)

ghost_MaR berkata...

tiba2 t'igt janggut pk cik santa ...
hahah

bonda beta suka bebenau tanam2 nih ... beliau paling minat dgn kaktus disamping pokok2 yang boleh dimasak & dimakan ... hohoh ...

bila tanam kaktus , jiran2 ku ramai indian dan ada sikit2 punjabi ... mereka suka tengok tapi mereka x baik tanam pokok duri2 ... celaka semakin dekat ... tapi ibu wat x reti jerk tapi ibu x der ler plak g tambah koleksi kaktus tuh ...

naz ilyn berkata...

tie...

hai kak tie... sy tengok pokok ni macam menarik sebab lain dari yang lain... tapi kalau malam macam seram ler pulak elok gak buat takutkan perompak... tapi sok dia datang lagi tak..?

mar...

bagus tanam menanam ni...hehehe hijau mata memandang... sebenarnya tiada sebarang benda atau pokok yang boleh mendatangkan mudarat kepada manusia yang lainnya... itu bukan kepercayaan kita... kalau bangsa lain itu sudah menjadi adat mereka...

p/s: nasib baik mak mar buat bodoh jer...

kuIna Jentayutiara berkata...

sy prnh dimaklumkn tumbuhn berjuntai spt nie tak elok ditanam dirmh takut jd tmpat persinggahn & tmpt tumpangan .....

naz ilyn berkata...

jentayu...

mungkin juga... tapi pokok tu kita tanam di rumah dan kita selalu menjaga dan menyiramnya membelai membelik mungkin benda nak singgah pun tak jadi.... betul tak melainkan kalau ia hidup terbiar di hutan.

tasikmerah berkata...

dah macam rumah hantu plak haih~

he he.

naz ilyn berkata...

tasikmerah...

nampak menyeramkan... tapi unik

Tie berkata...

Hi hi...tie tak de pulak pokok tu...ingin nak bela..saja suka2..

Tapi kalau memalam tentu nampak seram...lebih2 lagi bila angin bertiup..ooooooooo..eeeeeee....hihi..

naz ilyn berkata...

tie...

sebenarnya sy ada ambil nak tanam kat umah... tengok ler nanti macam mana rupanya... hehehe.

fiqqa berkata...

seramnya kalau saya keluar malam-malam mesti saya ingat jembalang manalah tadi.

naz ilyn berkata...

fiqqa...

sebab tu ler orang tua-tua pesan jangan keluar rumah memalam...

p/s: kaluar ler memalam... nanti kalau jumpa jembalang baru padan muka...hihihi