CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Rabu, 24 Disember 2008

...gigit-gigit sayang...


Kenangan manis kau dan aku
tak kan terluput
duri ranjau dalam bercinta
lumrah dunia
sayang menyayang
cinta dikenang
perasaan menjadi rindu

Takde kena mengena pun lagu Ogy dengan Jamal Abdillah tu dengan entry saya kali ni. Tetiba jer bibir ni mengalunkan lagu sayang menyayang... walau pun tetengah malam ni tekak terasa payau... hentam jerlah labu...

Tetengah malam ni teringat pulak kenangan masa baru-baru kawin dulu... jangan salah faham bukan kenangan malam pengantin tapi kenangan ketika naik bas. Saya kawin muda semuda usia dua puluh tahun dan suami ketika itu dua puluh dua tahun... (ihh mudanya) ahhh... hilang pulak mood nak bercerita bukan apa malas nak cerita tentang diri sendiri ni tapi kenangan tu memang menjadi kenangan manis lagi kelakar bagi saya.

Tengah mengumpulkan kembali semangat yang hilang.... terganggu sebab kanda baru balik kerja. Rasanya kanda dah makan kat luar... lagi pun dah tengah malam ni... mungkin kanda terus tidur kot... saya ni buat apaler kat depan komputer ni.... isyhh kena minta izin dulu belum nak masuk tidur ni... nampaknya semuanya ok.

Kembali semula kepada cerita saya yang asal tadi... emmm ketika tu agak susah sikit kederaan sendiri pun masih belum ada lagi yang ada moto rxz yang penuh dengan kenangan ( zaman muda biasalah naik-naik moto ni...). Kami berkawin selepas setahun kanda diterima berkerja di salah sebuah badan kerajaan (ops... separuh swasta) almaklum ler gaji kerja kerajaan bukan ler besar mana ciput jer lepas ler untuk belanja bayar hutang dan makan untuk dua orang.

Kalau nak balik ke kampung kenalah naik bas sebab kanda malas nak bawa moto penat katanya. Dalam perjalan balik dari kampung dengan keadaan hujan rintik-rintik manja gitu... terasa menyusuk ke tulang (masa tu slim jadi cepat rasa sejuk). Punya ler ramai orang bas penuh giler... isyhh time-time ni ler orang nak ramai macam tak ada hari lain jer.

Sampai kat tangga pun penuh saya dengan kanda dapat berdiri kat tepi tangga berpaut pada sebatang besi. Kami berdiri bersebelahan dan berpaut pada tiang besi yang sama. Lama juga berdiri dengan keadaan sejuk... dengan orang yang bersesak-sesak mana yang naik mana yang nak turun.... eeee ampun.

Saya tengok kanda.. kanda tengok saya.... boring ler tu. Tiba-tiba tangan kanan saya terasa letih sebab sudah terlalu lama memegang erat besi pemegang dan perlahan saya lepaskan dan diganti dengan tangan pemuda yang berdiri bersebelahan dengan kanda. Sempat saya menjeling kanda yang senyum-senyum kamping... tetiba kanda mengagakan mulut dan... ooooh jangannnn dah terlambat. Pemuda yang berdiri sebelah dengan kanda terpinga-pinga dan tercari-cari.

Kanda yang muka selamba menahan macho buat bodoh jer... pemuda tu memandang saya dan saya pun pandang dia saya pun terus pandang kanda (kanda buat bodoh jer).... ooohhh tidakkkk merah padam buka saya... yang buat saya tambah geram tu pemuada tu senyum pulak dengan saya (kanda masih buat bodoh lagi.. ) isyhhh... sebeeel.

Sampai jer kat rumah saya tanya kanda..."abang gigit tangan orang tu ekk...???" "takder ler..." "tengok tu tak nak menggaku lin nampak ler abang nak gigit tangan lin tapi tergigit tangan orang lain" kata saya sambil tergelak (kanda masih lagi buat bodoh) masih taknak mengaku lagi tu.

Sampai sekarang kalau saya ceritakan tentang kejadian tu kanda tetap tidak mahu mengaku yang pastinya kejadian tu memang indah dan manis untuk dikenang. Pada yang baru berkawin tu kalau nak mesra-mesra manja gitu tengok ler tempat dulu... tunggulah dah sampai kat rumah barulah dunia ana yang punya... hehehehe.












22 Luah rasa:

Tie berkata...

Kah! kah!! Lucu betul laa... Nak romantik pun tak kira tempat!!

Mujurlah budak tu sangka ilyn yang gigit! Kalau dia tahu hubby ilyn yang buat tentu bertumbuk dlm bas tuh!! hi hi...

naz ilyn berkata...

tie...

sebab tu ler kanda saya buat bodoh jer tahan macho...

p/s: tak sanggup... saya pulak yang kena... eeee takci ni.

Fara berkata...

Hahahah...mmg kelakar. Bila ingat citer masa baru2 kahwin ni boleh buatkan rasa cinta tu datang balik. Kot2 la rasa cinta tu dah berjalan tah kemana.

naz ilyn berkata...

fara...

tu ler pasal... banyak betul kan cerita-cerita kelakar masa baru-baru kawin...

p/s: semua orang ada kenangan yang tak dapat dilupakan kan kan...

yani_worldpeace berkata...

hahha...boleh ke nak bermesraan kat bas...amboi kanda tu tak sabar-sabar ye??? tau-tau kanda gigit tangan berurat2???ekekek...

sian mamat tu perasan naz yang gigit tangan die eh???hehehe

rindu nak gigit-gigit sayang ngan hubby...opps..

julietchun berkata...

Hahahaha,haru betul.Kalo tergigit tgn mat bangla atau nepal lagik haru,hahhaha.

naz ilyn berkata...

yani...

almaklum ler orang baru kawin... ari ujan pulak tu... tu yang tak sabo2 nak tunggu sampai umah.... hihihi

---------------------------------------

juliechun...

nampaknya saya kena buat bodoh jer ler... tapi dalam ati tuhan jer ler yang tau... balik nanti siap kanda....hehehe

tintaHati berkata...

Hahaha...lucu2....tapi mujur tak gigit telinga kan? ;P

naz ilyn berkata...

tinta...

nasib baik gigit tangan... cuba bayangkan kalau kanda gigit telinga orang tu.... mahu riuh satu bas...hihihi

tasikmerah berkata...

tangan ko macam jantan ke naz?

ha ha.


.

naz ilyn berkata...

tasik merah...

mata kanda tengok tempat lain... tu yang jadi macam tuuu...

noorlara berkata...

naz,
mengenang kisah lama memang membuat kita jiwang, kalu semua suamisteri sentiasa mengingati kisah silam yg indah sudah tentu sukar untuk berpisah sebab sepatutnya semakin hari semakin sayang.....pengalaman susah payah yg dilalui bersama mematangkan kita

naz ilyn berkata...

noorlara...

kekadang bila bermasam muka... teringat kenangan masa baru-baru berkawin atau kenangan masa cintan cintun... hilang rasa marah..kan kan kan...

ain berkata...

salam naz...kelakar lah xperience naz ni. ni gtee tengah semangat pengantin ni.

Naz sama ngan akak kawin muda, 21 tp hubby akak masa tu 30 dahh..

naz ilyn berkata...

ain...

banyak sebenarnya cabaran berkawin muda ni kan kan... tapi kena banyak bersabar... fikir panjang dan ingat kita berkawin atas dasar suka sama suka...

p/s: apa yang penting kerjasama.

Qaseh berkata...

ahahah..kelakar la kak lyn nih..teringat gak masa zaman2 bercinta..pegi naaik bus jek..skrg nak naik bus pun dah x tau mcmane... teringat gak zaman bercinta kat bus stop..gaduh pun kat bus stop..kena pujuk pun kat bus stop..dan yang pasti masa dalam bus tgh bercinta, hp hubby leh plak tertinggal dalam bus..balik jb siap telefon kaunter bus suruh simpankan..dan allhamdulliah jumpa juga hp tuh...heheh..kenangan di awal perkahwinan....

naz ilyn berkata...

qaseh...

hihihi... sama ler kita kalau ada dating sanggup pergi naik bas ke johor... kanda tunggu kat bas stop... alhamdulillah jadi juga suami akak...

p/s: tersenyum sendiri...

sEr0ja berkata...

best blog...
hehe..
tuka2 link jom..
http://serojakejora.blogspot.com

Sunshine in the morning berkata...

salam kak..
trimas sudi singgah teratak ati..

salam ma'al hijrah juga

naz ilyn berkata...

seroja...

hai..seroja terima kasih...takder lah biasa-biasa aje... jom tukar link.

p/s: lynnzinda.blogspot.com

----------------------------------------

sunshine...

terima kasih juga... kalau sudi datang ler lagi kat teratak antik akak ni...

ryann berkata...

sweet apa hehehe

naz ilyn berkata...

rynn...

tu ler pasal... kekadang kalau diingat-ingat balik... tergelak sendiri